
Jika anda seorang lelaki dan anda membantu pasangan anda dengan kerja rumah, ini adalah berita baik untuk anda! Lelaki yang sama-sama atau lebih banyak melakukan pekerjaan rumah tangga lebih cenderung mempunyai EQ yang lebih tinggi dan lebih bahagia daripada lelaki yang tidak melakukan atau berkongsi rumah tangga secara adil dengan pasangan mereka.
Menurut Dr. Huang Wei Li dari Taiwan, lelaki yang melakukan kerja rumah tangga umumnya menikmati tiga manfaat – EQ yang lebih tinggi, badan yang lebih sihat dan gaya hidup yang sihat. Manfaat ini dilihat melalui kecekapan mereka dalam menyelesaikan tugas. Apabila mereka pulang dari kerja dan terus membantu dengan kerja rumah, ini bermakna mereka hebat mwmbhgikan masa untuk tugas yang berbeza dan menyelesaikannya.
Memetik sumber laman SETN lagi, kerana mereka tidak keberatan berkongsi kerja rumah dengan pasangan mereka, ini membuktikan bahawa mereka memiliki EQ yang tinggi kerana mereka tahu bagaimana untuk melegakan tekanan stres mereka dan mengelakkan menggunakan emosi bagi menangani apa-apa masalah dan situasi.
Mereka juga lebih berempati terhadap pasangan dan keluarga mereka yang akan memberi manfaat kepada mereka dalam jangka panjang kerana ia membantu membina hubungan yang berpanjangan dan bahagia.
Dr. Huang Wei Li juga menambah lelaki yang berkongsi kerja rumah tangga dengan adil mempunyai gaya hidup sihat kerana mereka akan menghabiskan lebih banyak masa di rumah daripada di luar.
“Membasuh pakaian, membersihkan lantai, melakukan hidangan, ini semua bentuk latihan dan mereka sangat baik untuk dilakukan terutama selepas makan malam,” katanya.
“Jangan duduk di sofa dan menonton televisyen. Selepas duduk di pejabat anda untuk masa yang lama, lebih baik bergerak dengan melakukan kerja rumah yang akan mengurangkan risiko anda mendapat penyakit kardiovaskular. ”
Dr. Huang Wei Li juga menyebut bahawa ia adalah amalan biasa di kalangan bangsawan untuk melibatkan diri dalam apa-apa aktiviti seperti bermain biliard atau menari selepas makan.
“Seperti sekarang, orang mempunyai masa yang kurang untuk melakukan aktiviti seperti ini, kerja rumah tangga adalah beberapa alternatif terbaik untuk membuat anda aktif di rumah,” katanya.
Jodoh Kita Mungkin Dekat, Tapi Kita Yang Tak Nak Usaha

Tak susah rupanya nak tambat hati orang yang kita suka, ini 60 tip patut pembaca Pesona Pengantin ikut!
1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.
2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.
3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.
4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.
5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.
6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.
7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.
8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.
10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.
11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.
12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.
13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).
14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.
15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.
16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.
17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.
18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.
19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.
20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.
21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.
22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.
23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.
24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.
25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.
26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.

27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.
28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.
29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.
30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.
31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.
32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.
33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.
34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.
35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.
36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.
37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.
38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.
39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.
40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.
41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.
42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.
43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.
44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.
45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.
46. Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.
47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.
48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.
49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.
50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.
51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.
52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.
53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.
54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.
55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.

56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.
57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.
58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya Kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.
59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya Kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.
60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.
sumber:http://feryco.com/60-petua-mendapatkan-pasangan
Berdesup Rezeki Masuk Bila Suami Tak Henti Bahagiakan Isterinya

Percaya tak di sebalik kejayaan suami, adanya isteri di belakang yang sentiasa memberi semangat dan sokongan. Sebagai seorang wanita kadangkala anda bukan mengharapkan balasan di atas apa yang anda sudah lakukan tetapi ia memadai hanya dapat rasa kasih sayang yang diberi oleh seorang suami.
Suami Kena Prihatin
Biasalah wanita ni memang perangainya suka mengadu walaupun perkara tu nampak remeh. Walaupun suami penat bekerja ia bukan alasan atau penghalang bagi mereka untuk tidak ambil tahu tentang apa yang anda lakukan. Cuba jadi prihatin, dengar segala perkara yang ingin diluahkan. Wanita ni selalunya menjadikan bercakap itu sebagai terapi diri, jadi balas jasa isteri dengan mendengarkan segala apa yang mahu diceritakan. Hilang stres isteri!
Boleh Kot Tolong Isteri Sesekali
Dah memang kerja isteri, biarlah dia buat. Silap tu bang! Walaupun wanita ni seorang yang multi-tasking segala perkara boleh buat tapi itu bukan lesen untuk si suami lepas tangan. Bantu isteri untuk meringankan beban mereka, mungkin pada hari bekerja tidak boleh, jadi apa kata anda tolong mereka bila cuti hujung minggu. Boleh kan?
Puji Isteri Biar Dia Tersenyum
Betul ke orang cakap ego lelaki ni tinggi macam KLCC, hiks? Tahu tak ‘kuasa’ pujian ni boleh membuatkan anda berasa gembira sepanjang hari. Jadi si suami bila nampak isteri tu cuba puji walaupun kadangkala ia nampak macam perkara yang remeh. Bila dapat happy kan isteri, rezeki pun senang nak datang!
Perkahwinan bukan sesuatu perkara yang membebankan, malah dari sudut islam orang yang berkahwin rezekinya akan bertambah. Setiap pasangan akan diduga dengan pelbagai masalah, jika rezeki selepas kawin menjadi sempit mungkin cara pengurusan kewangan ada silapnya cuba check balik okay.
Bakal PENGANTIN & SUAMI ISTERI Yang Ingin Anak,Beri Perhatian Terhadap kesihatan Rahim

Anak merupakan anugerah Allah yang terindah kepada pasangan suami isteri. Anak juga merupakan penyeri dalam sesebuah keluarga , penyeri bagi hati ayah dan ibunya .Kebanyakkan pasangan suami isteri yang sedih ataupun kurang bernasib baik apabila mereka tidak memperolehi zuriat , mungkin kerana rezeki nya sudah tertulis sedemikian. Tapi banyak usaha lain yang boleh digunakan iaitu dengan berdoa kepada Allah moga diperoleh rezeki untuk mendapat cahaya mata.

Menyedari betapa pentingnya fungsi organ peranakan wanita untuk menyambung zuriat keluarga, Pakar Sakit Puan terkenal iaitu Dr. Hamid Arshat berkongsi 10 cara terbaikl untuk menjaganya. Semoga ilmu yang disampaikan ini berfaedah untuk ramai wanita.
Rahim diciptakan khas untuk wanita sebagai tempat pertumbuhan janin yang bermula dari nutfah, kemudian menjadi alaqah dan mugdah. Seterusnya ia berkembang dan membesar membentuk organ-organ serta anggota yang sempurna, sebelum akhirnya ditiupkan roh ketika berusia 120 hari.

Namun ketika ini, semakin ramai wanita yang mengalami penyakit berkaitan rahim antaranya ketumbuhan adenomyosis dan membesar seperti hamil 5 bulan. Gejala yang dialami pesakit ialah senggugut teruk, perdarahan yang banyak serta risiko kemandulan. Sungguh menyedihkan apabila situasi ini berlaku. Ketumbuhan yang paling sering berlaku pada rahim ialah fibroid. Walaupun boleh menimbulkan gejala-gejala yang sama, tetapi masih boleh dibuang dan dipulihkan kemampuan untuk hamil.
10 Cara Penjagaan Rahim
1. Waspada jika ada sejarah penyakit rahim dalam keluarga – ibu, nenek, ibu saudara atau adik-beradik perempuan. Setiap penyakit ada kaitan dengan baka, mungkin menyumbang 10% kepada faktor-faktor penyebab. Berusaha untuk elakkan diri daripada faktor-faktor penyebab.
2. Fungsi utama rahim ialah menampung kehamilan. Kahwin dan hamil awal ketika usia muda boleh mencegah dari ketumbuhan fibroid dan adenomyosis. Ketika hamil, otot rahim membesar dan kembang hingga 1000 kali saiz normal. Selepas bersalin, ia kuncup semula kepada saiz asal. Proses kehamilan sebenarnya melindungi rahim dari ketumbuhan. Wanita yang lambat atau tidak hamil lebih terancam risiko ketumbuhan fibroid dan adenomyosis.

3.Rahim sangat dipengaruhi dengan dua hormon wanita iaitu estrogen dan progesteron. Estrogen menebalkan lapisan endometrium dan membiak sel otot (myometrial hyperplasia) manakala progesteron meningkatkan salur darah endometrium dan mengembangkan sel-sel otot rahim (myometrial hypertrohy).
Kedua-dua hormon perlu seimbang dan saling berkerjasama. Gangguan imbangan hormon mencetuskan penyakit rahim. Hormon estrogen penting bagi banyak fungsi tubuh badan wanita serta ciri-ciri kewanitaan dan kecantikan. Tapi bila berlebihan dan tak seimbang, estrogen boleh menimbulkan pelbagai penyakit dan gangguan. Diantaranya:
Ketumbuhan fibroid, adenomyosis dan kanser rahim.
Ketumbuhan adenoma dan kanser payudara.
Kemandulan dan sukar hamil.
Perdarahan rahim.
Sumber asli hormon estrogen bagi wanita ialah kilang ovari, adrenal dan lemak badan. Setengah makanan saperti makanan dari kacang soya juga adalah sumber phytoestrogen. Bahan plastik dan sterofoam dan insecticide dan semburan pewangi mengeluarkan xenoestrogen.

4. Faktor yang mengganggu keseimbangan hormon ialah tekanan fizikal dan mental serta gangguan emosi. Pemakanan yang terlebih gula dan karbohidrat, mengandungi terlalu banyak perisa dan pengawet, kegemukan (obesiti) dan penyakit PCOS, kesemuanya menyebabkan hormon estrogen meningkat tinggi sedangkan progesteron berkurangan.
5.Penjagaan rahim perlu bermula dari umur kanak-kanak. Seringkali anak perempuan dijangkiti kuman di luar farajnya akibat tidak sempurna beristinjak dan lemah ketahanan disebabkan tidak suka makan sayur dan buah-buahan.
Jika menghadapi masalah lelehan atau vaginal discharge, basuh faraj dengan air garam, itu adalah antiseptik terbaik untuk wanita. Ambil suplemen vitamin C (chewable) disamping multivitamin dan minyak ikan kepada anak perempuan. Amalan ini diteruskan dalam bentuk tablet bila mencapai umur remaja. Suplemen tersebut akan meningkatkan ketahanan untuk menangkis pelbagai penyakit khususnya di bahagian rahim.

6.Kegemukan perlu dikawal daripada umur kanak-kanak dan remaja. Dewasa ini, kanak-kanak terlalu suka junk food dan fast foods. Ibu bapa melayan kehendak mereka sebagai jalan mudah tanpa memikirkan kesan buruk dalam jangka panjang. Remaja pula dilanda kegemukan bila belajar di sekolah, kolej dan universiti.
Mereka makan terlalu banyak makanan segera kononnya tidak sempat untuk memasak sendiri atau tidak minat makanan yang disajikan. Bermula di sini gangguan haid berlaku – sama ada tidak datang haid, atau haid terlalu banyak, keluar berketul-ketul atau terlalu sedikit tetapi berpanjangan. Kesemua itu petanda adanya gangguan dan ketidakseimbangan hormon-hormon wanita dan akhirnya merosakkan rahim.
7. Remaja perlu dididik menjaga kehormatan diri agar tidak terjebak ke dalam maksiat perzinaan kerana ramai yang terjerat dengan pelbagai gejala saperti pengguguran haram dan jangkitan kuman dalam peranakan. Akhirnya rahim rosak dan jadi mandul apabila kahwin kelak.

8. Banyakkan zikir dan berselawat waktu haid. Memang ada disebut dalam Al-Quran, wanita dalam haid tidak dianggap bersih dan suami dilarang melakukan hubungan selagi isteri belum bersih dan telah mandi junub.
Sering juga haid tidak lancar keluar dan adakala haid tumpah atau melimpah ke belakang rahim. Fenomena tersebut dikaitkan dengan rahim retroverted dan saluran pintu rahim sempit. Ekoran daripada pemakanan kurang berzat dan tinggi tahap racun serta peningkatan stres, darah haid akan menimbulkan penyakit endometriosis dan adenomyosis.
9.Dipercayai darah haid yang tidak lancar dan bertakung di belakang rahim menggalakkan gangguan jin dan syaitan terhadap rahim. Oleh sebab itu ketika haid wanita tidak boleh solat dan membaca Al-Quran, sebaiknya banyakkan zikir dan selawat sebagai langkah mencegah gangguan jin dan syaitan.
10. Banyakkan makanan yang membantu dalam menjaga rahim contohnya nanas yang mengandungi enzim bromalin dan betik yang mengandungi enzim papase. Kedua enzim berperanan untuk membersih darah kotor di belakang rahim.

Makanan-makanan tradisi seperti keledek merah membekal sedikit hormon progesteron, keladi ada sedikit estrogen, ubi kayu ada sedikit B17 (antikanser). Makanan tersebut membantu penjagaan rahim. Kunyit, bawang merah, bawang putih, halia dan serai ada kesan anti-inflammatory juga berperanan menjaga rahim.
Perbanyakkan makan sayur-sayuran khususnya yang hijau saperti bayam, sawi, pucuk paku, kobis, kacang, lobak, brokoli, tauge dan lain-lain. Banyak makan buah-buahan saperti jambu, oren, mangga, apel, nenas, betik, buah naga dan lain-lain. Makan pelbagai kacang saperti gajus, badam, walnat dan lain-lain. Baik juga dimakan bersama kismis dan kurma.
Lebihkan pengambilan ikan saperti kembung, tenggiri, bawal, mackerel, tuna/tongkol dan lain-lain. Amalkan minum teh hijau yang mengandungi antioksidan yang boleh mencegah penyakit. Amalkan minum susu segar (lembu atau kambing) setiap hari.
Amalkan suplemen multivitamin, vitamin C (1GM) dan E(400 IU), logam kalsium dan minyak ikan (1-2000 GM) setiap hari sehingga akhir hayat.
Sumber : Dr Hamid Arshat