Meriahkan Majlis Kahwin Dengan 10 Pilihan Tema Warna Kombo

Share

Pening memikirkan tema warna yang bersesuaian untuk majlis perkahwinan anda, apa kata cuba gabungkan kombinasi warna yang segar ini agar majlis  anda tampil berbeza dari kebiasaan. Pastinya dengan warna sebegini menjadikan majlis perkahwinan anda lebih menonjol dan memukau tetamu yang datang.

Fikirkan apakah mood perkahwinan yang cuba anda rancangkan? Adakah anda ingin bermain dengan warna terang yang menceriakan? Atau lebih kepada warna pastel yang lebih romantis? Pilihlah palet warna yang tepat agar perancang perkahwinan dapat merealisasikannya dengan sempurna.

Kombinasi warna-warna berikut pasti memberi inspirasi buat bakal pengantin agar segalanya mengikut tema yang tepat bermula dari hantaran, baju pengantin dan sebagainya.

1. Magenta + Poppy + Kuning

2.  Emerald + Krim + Keemasan

3. Ungu + Burgundy + Oren

4. Tangerine + Oren + Kuning

5. Hitam + Hijau Kusam + Putih

6. Cinnamon + Kuning + Beige

7. Keemasan + Peach + Hijau

8. Sage + Keemasan + Ivory

9. Kuning + Kelabu + Perak

10. Aqua + Merah Ceri  + Khaki

sumber: theknot.com 

IKLAN