Dr Ahmad Idham dan isterinya, Amy Aziz, melayari bahtera rumahtangga selama hampir 23 tahun. Bertuahnya Dr Ahmad Idham kerana isterinya sentiasa menjadi tulang belakang di saat susah mahupun senang.

Minat Hobi Yang Sama Penguat Cinta DR AHMAD IDHAM & Isteri Selama 22 Tahun
Dr Ahmad Idham bersama isteri tercinta, Amy Aziz.

Hobi pun sama iaitu bermain golf, memang sehati sejiwa.

Minat Hobi Yang Sama Penguat Cinta DR AHMAD IDHAM & Isteri Selama 22 Tahun
Bukan calang-calang hobi.

Minat Hobi Yang Sama Penguat Cinta DR AHMAD IDHAM & Isteri Selama 22 TahunMinat Hobi Yang Sama Penguat Cinta DR AHMAD IDHAM & Isteri Selama 22 TahunTahun lalu, penerbit filem dan pelakon, Dr Ahmad Idham dilantik sebagai Setiausaha Kebudayaan di Kementerian Luar Negeri. Sebelum itu, beliau pernah bergelar Ketua Pegawai Eksekutif di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

Minat Hobi Yang Sama Penguat Cinta DR AHMAD IDHAM & Isteri Selama 22 Tahun
Dr Ahmad Idham ketika dilantik sebagai Setiausaha Kebudayaan di Kementerian Luar Negeri tahun lalu.

Menurut isteri Dr Ahmad Idham, apabila memilih selebriti sebagai pasangan hidup dia perlu bersedia dengan segala dugaan dalam perkahwinan. Mereka mengamalkan toleransi dan tak cepat melatah jika ada sebarang gosip. Baginya pergaduhan atau perselisihan faham itu perkara biasa dalam rumahtangga tapi apa yang penting jangan memendam rasa.

IKLAN

Minat Hobi Yang Sama Penguat Cinta DR AHMAD IDHAM & Isteri Selama 22 TahunMinat Hobi Yang Sama Penguat Cinta DR AHMAD IDHAM & Isteri Selama 22 TahunMinat Hobi Yang Sama Penguat Cinta DR AHMAD IDHAM & Isteri Selama 22 Tahun“Suami seorang simple man dan sentiasa tenang dalam menangani masalah. Saya pula jenis yang tak suka pendam. Saya akan luah semuanya baru rasa lega. Kami juga tak akan sesekali bergaduh depan anak-anak. Mereka sedang membesar, kalau kita tunjuk sikap tak baik secara tak langsung mereka akan buat perkara yang sama kelak. We are their role model.

Minat Hobi Yang Sama Penguat Cinta DR AHMAD IDHAM & Isteri Selama 22 Tahun
Anak-anak pasangan ini yang comel-comel belaka.
Minat Hobi Yang Sama Penguat Cinta DR AHMAD IDHAM & Isteri Selama 22 Tahun
Satu-satunya anak perempuan dalam keluarga, Kintan Myra (kiri).

Saya sentiasa menyokong dan bangga dengan setiap kejayaan suami. Berjaya menamatkan pengajiannya di peringkat Doktor Falsafah (Ph.D.) adalah pencapaian terbesar suami sekaligus mendidik anak-anak tentang betapa pentingnya ilmu. Arwah ayah saya adalah penyokong tegarnya kerana sentiasa berbangga dengan pencapaian suami.

IKLAN

Minat Hobi Yang Sama Penguat Cinta DR AHMAD IDHAM & Isteri Selama 22 TahunMinat Hobi Yang Sama Penguat Cinta DR AHMAD IDHAM & Isteri Selama 22 TahunMILIKI ANAK ISTIMEWA
Anak sulung mereka, Ahmad Firdaus Ahmad Idham, 21, merupakan seorang anak istimewa. Ketika usianya 2 tahun Ahmad Firdaus diserang sawan dan doktor mengesahkan dia mengalami focal encephalitis sehingga mengalami kesukaran berjalan dan bertutur.

Minat Hobi Yang Sama Penguat Cinta DR AHMAD IDHAM & Isteri Selama 22 Tahun
Anak sulung yang juga anak istimewa, Ahmad Firdaus Ahmad Idham.

Kami mempunyai banyak support system iaitu keluarga dan teman-teman rapat. Alhamdulillah hingga ke hari ini Ahmad Firdaus tidak pernah dikecam atau dihina dengan keadaannya itu. Ahmad Firdaus bertuah kerana disayangi ramai orang.

IKLAN

Minat Hobi Yang Sama Penguat Cinta DR AHMAD IDHAM & Isteri Selama 22 TahunKami sentiasa memberikan yang terbaik buat dirinya, sama seperti anak-anak yang lain. Sebagai ibu, saya sentiasa ada untuk Ahmad Firdaus. Sekurang-kurangnya bila saya sudah tiada nanti saya dah tinggalkannya dalam keadaan selamat dan pandai berdikari.” Tiga lagi anak pasangan ini ialah Ahmad Aydeel, 17, Kintan Myra, 15, dan Ahmad Khaliff, 11.

Minat Hobi Yang Sama Penguat Cinta DR AHMAD IDHAM & Isteri Selama 22 TahunAmy merupakan pengasas Eden Firdaus School, sebuah sekolah pendidikan khas dan terapi sempurna buat anak-anak istimewa (OKU). Dia mempunyai latar belakang pendidikan awal kanak-kanak dan pernah menubuhkan Tadika Sinar Indah Montessori di Ampang sekitar 1998-2010.

Minat Hobi Yang Sama Penguat Cinta DR AHMAD IDHAM & Isteri Selama 22 TahunKredit: Instagram Amy Aziz

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI