Anda pernah minum atau dengar pasal air rendaman bendi? Seperti yang kita tahu bendi memang banyak manfaatnya bila dimakan. Ia baik untuk tubuh badan, malah untuk kulit juga.

Ia mampu menstabilkan tekanan darah, kencing manis, dan juga kolestrol yang rendah. Rahsianya, anda hanya perlu minum air rendaman bendi setiap hari. Ini khasiatnya.

Caranya mudah dan murah saja :

  1. Beli 1 ikat kacang bendi RM 1 jer
  2. Potong halus
  3. Rendamkan 8-12jam di dalam air mineral supaya lendir bendi tadi keluar
  4. Minum secukup rasa
  5. Bila air dah abis, rendam sekali lagi (boleh buat 2 hingga 3 kali, sampai likat lendir dia habis)
  6. Bendi tadi tu boleh la goreng kicap ke, rebus ke, buat ulam atau letak dalam kari. Elakkan pembaziran.
Minum Air Rendaman Bendi Boleh Melembutkan Kulit, Ini 16 Khasiat Yang Tersembunyi
foto : lubuk seni

16 Khasiat Kacang Bendi Yang Ramai Belum Tahu 

  Buah bendi dikatakan elok untuk perkembangan otak iaitu menguatkan daya memori otak dan kecergasan.

  Dalam bidang perubatan tradisional, biji, akar dan bunga bendi direbus dan diminum, mampu untuk melawaskan pembungan air kecil, mengurangkan bengkak atau radang, mengurangkan masalah susah bersalin, mengubati penyakit gornea dan sifilis.

  Air rebusannya juga sesuai untuk disapu pada pelbagai jenis kudis dan bisul. Air rebusan yang dicampur gula boleh dibuat sirap ubat dan rawatan sakit kerongkong.

  Manakala lendir ia boleh digunakan sebagai ubat untuk tujuan menyejukkan dan melembutkan kulit.

  Biji bendi yang matang juga mempunyai potensi untuk di proses bagi mendapatkan minyak sayuran yang bermutu tinggi dan juga boleh diproses goreng untuk dijadikan bahan minuman sebagai kopi.

IKLAN

  Daun muda bendi boleh dimakan sebagai sayuran ulaman manakala daun yang tua boleh diproses sebagai bahan kraftangan yang cantik.

  Mencuci hati.

  Menstabilkan kandungan gula dalam darah.

  Membantu melicinkan bahagian dalam usus besar.

  Membantu mengelakkan sembelit atau mengurangkan masalah sembelit terutama di kalangan warga tua.

IKLAN

  Ia membantu pertumbuhan bakteria baik dalam saluran usus.

  Sejenis sayuran yang amat baik untuk mereka yang murung, keletihan dan rasa tidak selesa.

  Membantu merawat ulser dan mengurangkan kekejangan pada sendi.

  Sifat yang beralkali membantu menutralkan asid dalam badan sekaligus membantu mengurangkan masalah penghadaman.

  Juga ianya dapat membantu mengurangkan radang paru-paru, sakit kerongkong serta kesakitan pada dubur.

IKLAN

  Air rebusan bendi boleh menyahkan toksik dan disamping itu juga boleh menstabilkan paras gula dan anti diabetes. Rendam dua batang bendi yang dihiris besar-besar ke dalam segelas air semalaman. Pastikan gelas ditutup. Amal minum selama dua minggu sebelum sarapan, dikatakan memberi hasil yang

 

 

 

 

 

 

Sumber : Lubuk seni

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI