Manis dan ayu wajah pelakon Mona Allen, suri hati pelakon Pekin Ibrahim berhjab. Mona yang melahirkan anak lelaki, Petra Pekin pada 31 Ogos tahun lalu sebelum itu berhajat untuk bertudung sekiranya dikurniakan zuriat selepas mendirikan rumah tangga dengan Pekin pada 7 Disember 2018.
Mona menunaikan hajat dan tekadnya untuk bertudung selepas dikurniakan anak hasil perkahwinan dengan pelakon, Pekin Ibrahim.
“Saya bernazar nak pakai tudung jika diberikan cahaya mata pertama. Namun, perkara ini langsung tidak diberitahu dan diketahui oleh suami.
Pekin tidak pernah memaksa saya untuk memakai tudung. Dia pun tak tahu saya bernazar. Dia hanya pesan agar saya tak buat sebarang pengumuman dalam media sosial sekiranya ingin bertudung.
Ads
“Bukan apa, dia bimbang sekiranya saya dikecam jika tiba-tiba berubah angin,” katanya .
Ads
Terdahulu, Mona atau nama sebenarnya Munna Hafiraneza Allen mengundang perhatian umum apabila banyak berkongsi imej dirinya di Instagram dengan memakai tudung.
Ads
Walaupun sudah bertudung, Mona belum bersedia untuk mengatakan dirinya sudah bertudung sepenuhnya, sebaliknya mengakui dia masih dalam fasa memperbaiki penampilannya.
Buat masa sekarang Mona memperlahankan aktiviti kariernya sebagai anak seni buat sementara waktu kerana mahu memberi tumpuan membesarkan Petra Pekin.
Sudah bertahun menanti zuriat, pelakon dan penyanyi Marsha Milan dan suami nekad untuk menjalani rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) untuk salah satu usaha mendapatkan anak.
Marsha Milan Nekad Jalani IVF
Melalui perkongsian Harian Metro, Marsha dan suami yang sudah pun tujuh tahun menanti mencapai kata sepakat demi untuk zuriat mereka yang dinantikan sekian lama.
“Jika tiada halangan, Insya-Allah saya merancang untuk menjalani rawatan IVF tahun depan.
“Saya sudah membuat penyelidikan di beberapa pusat rawatan yang boleh mengikut syarat-syarat ditetapkan suami selain ada bertanya kepada rakan-rakan artis.
“Kos rawatan IVF ini mencecah lebih lima angka tapi ia bukan masalah utama sebaliknya saya perlu persiapkan diri daripada segi mental dan fizikal.
“Sebab itu saya fikir panjang dan perlu ambil masa yang tepat untuk melakukannya,” katanya.
Akui Marsha lagi, dia sememangnya seorang yang berfikiran positif malah tidak tertekan dengan pertanyaan orang sekeliling mengenai soal zuriat.
Malah dia tambah semangat dengan sokongan peminat yang selama ini mendoakan zuriat buat dirinya.
“Saya minta mereka doakan dan itu juga cara terbaik untuk saya berfikiran positif. Saya tak tertekan dengan pertanyaan orang sebaliknya lebih kepada diri sendiri kerana siapa yang tidak teringin nak zuriat,” katanya.
Sekadar info, Marsha mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Mohamed Shaiful pada 31 Disember 2015.
Bagi korang yang sering melakukan aktiviti luar dalam keadaan cuaca panas seperti sekarang ini, tubuh yang berpeluh dengan banyak dan masalah solekan yang mudah luntur akibat cuaca panas menjadi igauan ‘ngeri.’
Fenomena El-Nino tidak seharusnya dipandang remeh. Mungkin ada yang leka dan tidak mengambil berat tentang penjagaan kulit ketika menghadapi bahang panas setiap hari. Bagi mereka yang memiliki kulit berminyak atau berjerawat, cuaca panas melampau ini memburukkan lagi keadaan. Ini kerana ketika berpeluh, wajah terlihat lebih berminyak.
Amat penting untuk kita mempersiapkan diri dengan cuaca sebegini kerana ia boleh merosakkan kulit dan rambut tanpa disedari. Keadaan ini boleh menyebabkan kulit menjadi kering, proses penuaan yang cepat, kulit terbakar dan banyak lagi kesannya terhadap kulit.
Berikut dikongsikan tip penjagaan kulit wajah ketika cuaca panas.
HINDARI PAPARAN SINAR MATAHARI
Berada di bawah sinar matahari hanya akan membuat anda berpeluh dan mendapat kesan berbahaya dari sinar UV. Selain itu, sinar matahari dapat menyebabkan peningkatan minyak membuatkan kulit kelihatan lebih berminyak.
Dari jam 10 pagi hingga 3 petang, matahari berada di puncak dan memancarkan sinar yang panas. Jadi hindari sinar matahari terutama pada waktu terbabit. Juga, cuba tutup kepala dan memakai kaca mata hitam. Jangan lupa gunakan losen tabir suria ketika keluar rumah.
Kredit foto: Pexels
PAKAI ASID SALISILAT
Asid salisilat ialah bahan semula jadi yang aktif bekerja dengan pengelupasan sel kulit mati sehingga kulit terlihat lebih segar. Menggunakan bahan ini akan membantu mencegah dan mengubati kulit berminyak, ruam peluh dan jerawat. Untuk jerawat, asid ini mencegah sel kulit mati menutup folikel rambut sehingga mencegah penyumbatan pori yang dapat menyebabkan jerawat.
JANGAN KERAP MENCUCI MUKA
Meskipun kita berasa berpeluh selama cuaca panas, tidak elok untuk mandi atau mencuci wajah lebih daripada dua kali sehari. Apabila sering mencuci, kulit akan kehilangan kelembapan, sehingga menghasilkan minyak berlebihan agar kembali lembap. Jadi mencuci muka terlalu kerap akan meningkatkan kadar minyak pada wajah korang.
UBAH RUTIN
Pada musim panas kita cenderung menambah produk tambahan untuk memberikan kembali kelembapan kulit kita seperti serum. Hentikan produk tambahan dan gunakan pelembap losen ringan atau gel sebagai ganti. Korang akan berasa lebih segar dan minyak pada kulit juga akan berkurangan.
KURANGKAN BERSOLEK
Meskipun anda berasa tidak sempurna tanpa solekan, sebaiknya kurangkan penggunaan solekan pada musim panas. Bedak asas hanya akan membuat wajah lebih mudah berpeluh. Selain itu, produk itu dapat menyumbat pori yang menyebabkan korang mudah berjerawat. Sebaliknya, gunakan pelembap ringan ketika musim panas.
Cuba pilih lip stain yang formulanya lebih ringan daripada lipstik. Supaya tidak cepat luntur, sesudah mengaplikasikan lip stain, pakailah lip pencil dalam warna yang senada. Bahan lilin yang terkandung pada lip pencil membuatkan lip stain lebih tahan lama melekat pada permukaan bibir. Bibir pun akan terbentuk dengan lebih rapi.
LUPAKAN BEDAK ASAS (FOUNDATION)
Ketika cuaca panas terik, hindari penggunaan bedak asas bertekstur cair dan krim. Selain akan terasa melekit pada permukaan kulit, bedak asas tersebut akan mudah bercapuk pada saat kulit mulai berpeluh.
Apa yang boleh dilakukan ialah gunakan bedak dengan kandungan mineral yang mampu menutupi noda dengan baik dan tetap terasa ringan. Pilih bedak bermineral dengan formula yang mengandungi pelindung tabir suria agar sekaligus dapat melindungi kulit dari paparan sinar matahari.
Pelakon berasal dari Singapura, Atikah Suhaime, 33, sah bergelar isteri ahli perniagaan, Datuk Lokman Teh, 35, dengan sekali lafaz pada majlis tertutup di sini, kira-kira jam 8.45 malam tadi.
Pasangan itu dinikahkan bapa Atikah, iaitu Mohd Suhaime Mohd Jamali. Lokman menyerahkan mas kahwin bernilai RM300. Namun, wang hantaran dirahsiakan.
Difahamkan, majlis pernikahan itu hanya dihadiri ahli keluarga serta kenalan rapat. Pengantin lelaki menerima sembilan dulang hantaran berbalas tujuh dulang.
Hubungan cinta Atikah dan Lokman diketahui umum apabila mereka dilihat akrab sejak berkenalan pada 2019.
Untuk rekod, Atikah mengumumkan bertunang dengan Lokman melalui Instagram (IG). Atikah turut memuat naik foto hadir ke kursus perkahwinan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!