Kawasan leher juga hampir selalu terdedah kepada cahaya matahari, yang bermaksud sinaran ultraviolet dari matahari boleh menembus kulit yang sudah lebih nipis dan merosakkan sel-sel, mempercepat proses penuaan. Faktor lain adalah kekurangan pengeluaran sebum pada kulit leher. Oleh kerana leher anda tidak menghasilkan sebum, kulit di sini lebih rentan terhadap kekeringan, hal ini menyebabkan tekstur kulit jadi berkedut. Buat bakal pengantin semua sila ambil tindakan segera supaya kulit leher anda tidak berkedut seribu.
Jadi, apa yang perlu anda lakukan untuk menjaga leher?
Aplikasi SPF
Kita cenderung untuk meletakkan krim SPF ke muka dan badan tapi sering melupakan kawasan di antaranya. Perkara yang baik ialah, anda tidak perlu krim pelindung matahari yang berasingan untuk kawasan leher, selagi pelindung matahari anda adalah spektrum luas dan menyediakan perlindungan UVA dan UVB.Jadi sentiasa ingat untuk meletakkan SPF di leher anda seperti mana anda melakukan ke wajah.
Pakai topi
Ads
Tidak seperti tubuh anda yang dilitupi oleh pakaian, leher anda sering terdedah kepada cahaya matahari. Selain meletakkan SPF, anda boleh juga memakai topi untuk menghalang sinaran UV, terutamanya bila berada di luar untuk tempoh masa yang panjang atau pada waktu puncak.
Tanggal mekap
Bila tiba nak tanggal mekap, kita cenderung hanya menumpukan perhatian dari dagu ke atas dan mengabaikan kawasan leher. Sisa solekan yang dibina di kawasan leher dari masa ke masa boleh menghalang kulit anda daripada bernafas dan sel-sel kulit mati, yang menyebabkan tanda-tanda penuaan pramatang seperti kulit kusam.
Ads
Apabila nak membersihkan wajah, lakukan pada leher juga dan sama sekali jangan tertinggal.
Pakai produk di leher
Ads
Kebanyakan produk penjagaan kulit anda akan memberi manfaat kepada leher dengan cara yang sama dengan wajah anda dalam hal menyediakan kelembapan dan penghidratan. Oleh itu, apabila anda menjalankan rutin penjagaan kulit harian, lakukan pada leher juga (dan juga kawasan dada) supaya ia melembap dan menjaganya dengan baik.
Gerakan menaik
Apabila meletakkan produk penjagaan kulit di leher, gunakan gerakan menaik untuk mengelakkan tarik leher anda ke bawah. Juga berhati-hati untuk tidak letak secara agresif supaya anda tidak meregangkan urat leher.
KREDIT : WANISTA
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ibu bapa manalah yang tidak gembira apabila anak mereka dilahirkan. Kelahiran anak yang diamanahkan oleh Allah SWT itu merupakan simbol kasih sayang antara pasangan dan tanda kegembiraan hidup berkeluarga.
Namun, di sebalik kegembiraan dan kebahagian, ada pula tanggungjawab baru yang perlu dipikul oleh kedua-dua ibu dan bapa. Ada yang sudah berpengalaman menyambut kedatangan insan baru, tapi masih ramai sebenarnya yang keliru dengan amalan yang sering dibuat oleh masyarakat Melayu.
Yang mana satu sunnah, yang mana satu adat dan yang mana satu khurafat? Kami kongsikan 5 amalan yang biasa dibuat dalam masyarakat Melayu selepas bayi dilahirkan:
1 Menanam uri
Menurut Mufti Faraz Adam Al-Mahmudi, tubuh badan manusia ini bukanlah hak milik kita. Ia hanyalah pinjaman Allah SWT sementara kita berada di atas muka bumi. Sebagaimana jenazah seorang Muslim perlu ditanam, begitu jugalah uri dan tali pusat seorang bayi yang baru dilahirkan.
Cara menanam uri pula mudah sahaja. Dr. Danial menjelaskan uri hanya perlu dicuci bersih menggunakan air sahaja sebelum dibungkus ketat menggunakan plastik dan ditanam.
Ramai orang Melayu yang terikut-ikut amalan seperti menggunakan kunyit, limau nipis, asam keping dan sebagainya ketika membasuh uri. Ada yang lebih mengarut dengan meletakkan paku dan kain putih/hitam untuk menghalau jin.
Malah, lebih menyedihkan apabila ada ibu bapa yang percaya bahawa menanam uri bersama pen, kalkulator, laptop dan kamus boleh membuatkan anak tersebut membesar menjadi orang yang bijak pandai.
2 Membelah mulut
Masih wujud golongan Melayu yang percaya membelah mulut perlu dibuat menggunakan cincin emas yang direndam dalam air zamzam, potongan asam keping dan sebagainya. Sebenarnya upacara “belah mulut” ini adalah adat yang berasal dari kaum Hindu agar mendatangkan kepetahan, kebijaksanaan dan kebaikan kepada bayi.
Dalam Islam, sunnah Rasulullah hanyalah dengan mentahnikkan bayi tersebut dengan buah kurma. Jika tiada tamar (kurma biasa/kering), bolehlah menggunakan rutab (kurma yang masak ranum/basah).
Ada ulama yang berpendapat jika ketiadaan kurma, anda boleh bertahnik menggunakan manisan lain seperti madu. Namun, kami pernah kupaskan isu ini di mana kajian mendapati madu sebenarnya tidak boleh diberikan kepada bayi dibawah umur 12 bulan.
Bukanlah kami katakan jatuh hukum haram memberi madu, tapi jika ia boleh mendatangkan mudarat, sebaik-baiknya elakkanlah. Lagipun, kita nak buat perkara sunnah kan? Sunnah Rasulullah hanya guna buah kurma. Zaman sekarang ini rasanya tak sukar pun nak mencari buah kurma sehingga perlu diganti dengan madu atau manisan lain. Ada saja buah kurma dijual sepanjang tahun.
Menurut Ustaz Khalid Basalamah, cara bertahnik juga amat mudah. Ia boleh dilakukan oleh bapa bayi sendiri atau mana-mana orang yang soleh. Kunyah sedikit sahaja isi kurma sehingga hancur sebelum diambil secalit pada hujung jari untuk dilalukan ke lelangit mulut bayi tersebut.
Pastikan orang yang mentahnik itu membersihkan tangan, menggosok gigi dan berkumur terlebih dahulu sebelum mula ya.
3 Mencukur jambul
Dalam satu wawancara bersama Utusan Malaysia, Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz menyatakan amalan mencukur jambul (bahagian depan rambut sahaja) dan menggunakan kelapa semasa upacara tersebut berlangsung adalah amalan bidaah dan khurafat kerana meniru ritual agama Hindu.
Menurutnya lagi, Islam menggalakkan rambut bayi dicukur sehingga botak untuk menyingkirkan segala kekotoran yang melekat di kepala bayi semasa dalam kandungan dan agar rambut baru dapat tumbuh dengan lebih sihat.
Rambut yang telah dicukur itu kemudian disedekahkan kepada fakir miskin dengan cara menimbang dan menyamakan berat rambut dengan nilai perak atau emas.
Sebagai contoh, berat rambut adalah 1 gram manakala nilai emas (1 gram) pada hari tersebut adalah RM180. Jadi, wang RM180 itu perlu dijadikan sedekah kepada fakir miskin.
Ustaz Azhar Idrus pula berkata mengadakan majlis cukur jambul sekadar ‘cukup syarat’ tidak menjadi satu kesalahan. Namun, ibu bapa perlu memastikan rambut bayi masih dicukur botak setelah majlis selesai. Selain itu, sunnah mencukur rambut ini terpakai untuk kedua-dua jantina bayi iaitu lelaki dan perempuan dan paling afdal dibuat pada hari ke-7 selepas kelahiran.
4 Berendoi
Ibadah aqiqah disunatkan kepada setiap bayi yang baru dilahirkan. Sunnah Rasulullah menyatakan ia paling elok dibuat semasa hari ke-7 kelahiran bayi. Namun hukumnya sunat muakkad selagi anak itu masih belum baligh dan harus apabila anak sudah baligh.
Daripada Samurah RA, Rasulullah SAW bersabda, “Bayi itu tertebus dengan akikahnya. Disembelih akikah pada hari yang ketujuh kelahirannya, diberikan nama dan dicukur rambutnya.” (Riwayat Abu Daud : 1522)
Tertib sunat yang terbaik adalah menyembelih 2 ekor kambing bagi anak lelaki dan 1 ekor kambing bagi anak perempuan. Walaupun begitu, Mufti WP menyatakan ia memadai sekiranya dapat menyembelih 1 ekor kambing sahaja bagi anak lelaki.
Daging kambing yang disembelih bolehlah dimasak sebagai jamuan atau diagih-agihkan.
Walau bagaimanapun, kecenderungan masyarakat zaman kini dalam mengadakan majlis akikah berserta adat berendoi secara besar-besaran bagaikan kenduri kahwin mempunyai pandangan yang berbeza-beza.
Menurut Ustaz Rohidzir Rais, adat berendoi menggunakan buaian yang dihias cantik sambil didendangkan marhaban dan berzanji merupakan adat Melayu yang sudah lama dipraktikkan. Amalan ini tidaklah bercanggah dengan ajaran Islam. Walaupun ia bukan berasal daripada Rasulullah SAW, ia dibolehkan selagi tidak berlebih-lebihan. Namun, lebih afdal sekiranya ia digantikan dengan amalan lain seperti bacaan Al-Quran atau berzikir untuk mengelakkan khilaf.
Datuk Abu Hassan Din al-Hafiz pula menegaskan bahawa majlis keraian itu sekiranya diadakan secara besar-besaran, niatnya bukanlah untuk menunjuk-nunjuk dan mempamerkan unsur kemewahan. Niat seseorang haruslah benar-benar ikhlas kerana Allah SWT. Dikhuatiri kalau tersilap langkah, boleh bertukar menjadi riak. Daripada elok-elok mengejar pahala sunat, tiba-tiba mendapat dosa pula.
5 Menjauhi “gangguan”
Ramai ibu bapa yang amat takut dengan syaitan dan jin yang boleh mengganggu anak kecil. Ada yang terlalu taksub sehingga percaya dengan tangkal atau azimat seperti meletakkan paku, gunting dan sebagainya di bawah bantal bayi atau meletakkan buku surah Yaasin berhampiran dengan bayi dengan niat memberi perlindungan daripada gangguan.
Malah, lebih menyedihkan apabila segelintir masyarakat masih lagi mempercayai amalan khurafat seperti memakaikan benang hitam/kuning yang telah dibacakan ayat jampi untuk menghalau jin.
Jumhur ulama mengatakan haram mempercayai atau menggunakan tangkal dan azimat. Umat Islam ditegah melakukannya kerana dikhuatiri boleh jatuh syirik.
Menurut Ustaz Azhar Idrus, sememangnya wujud Ummu Sibyaan iaitu iblis yang suka mengganggu anak kecil. Tetapi kaedah yang terbaik untuk mengelakkan gangguan iblis ini adalah dengan menutup semua pintu dan tingkap ketika hampir waktu Maghrib.
Sekiranya anak menangis tidak henti-henti kerana dipercayai terkena gangguan syaitan, anda bolehlah bacakan ayat Kursi dan tiga Qul (al-Ikhlas, al-Falaq dan An-Naas), ditiup pada kepala bayi sambil berkata “Wahai Ummu Sibyaan, keluar dan jangan ganggu anak aku.” Kemudian, biarkan anak tidur dalam keadaan meniarap.
Kami berharap agar artikel ini sedikit sebanyak dapat membantu ibu bapa yang baru menimang cahaya mata.
Perlu diingatkan, kebanyakan amalan semasa menyambut kelahiran bayi adalah sunat dilakukan. Tidak wajib bagi ibu bapa untuk membuat akikah, bertahnik dan mencukur rambut. Janganlah kita terlalu sibuk mengejar perkara yang sunat sehingga berlaku pembaziran. Malah, lebih teruk lagi sehingga tidak sedar yang kita sebenarnya telah melakukan perkara khurafat dan bidaah.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dalam rumah tangga bertegang leher dengan pasangan sudah menjadi asam garam hidup. Namun perlu diingat, jangan biarkan pergaduhan dalam tempoh yang lama. Tiada perkara yang tidak dapat diselesaikan, berhentilah bergaduh dan cuba praktik 5 cara ini semasa bergaduh.
1. Masuk tidur dengan rasa marah
Tidak, ini bukan tersalah taip atau typo! Beberapa ahli terapi mengatakan sebelum menyelesaikan pergaduhan, biarkan seseorang itu tidur di atas sofa.
Menurut Lisa Earle McLeod, beliau mendapati tidur dalam keadaan marah menjadi pilihan terbaik. Ia membolehkan seseorang itu membersihkan pemikiran mereka dan mendapatkan tidur yang baik.
2. Senyap dan sentuh pasangan
Kadang-kadang, perbincangan tidak membantu dalam pergaduhan. Oleh itu, pasangan harus saling berpegangan antara satu sama lain. Ia dilihat lebih berfungsi untuk perdamaian.
3. Ingat apa yang penting
Perkahwinan membabitkan 3 perkara iaitu suami, isteri dan perkahwinan. Jadi, kita perlu menjaga ketiga-tiganya.
Bertolak ansur adalah penting dalam rumahtangga dan jangan sesekali mengatakan anda sibuk bekerja jadi urusan rumahtangga diserahkan semua kepada isteri.
Sebaiknya saling bekerjasama agar institusi kekeluargaan terjalin dengan sempurna.
4. Jangan balas
Sekiranya pasangan memarahi atau mencetuskan pergaduhan, sebaiknya anda tidak membalas. Cuba mendengar apa yang ingin disampaikan terlebih dahulu.
Jika diri anda salah di mana-mana, segera meminta maaf tapi jika dia yang salah tegurlah secara berhemah.
5. Berkomunikasi dengan perasaan anda
Langkah seterusnya untuk menghentikan pergaduhan ialah menyesuaikan dengan apa yang sebenarnya anda rasa pada masa ini.
Kemudian boleh mengakui atau berkongsi dengan pasangan. Misalnya apa yang berlaku dan bagaimana ingin selesaikannya.
Anda boleh mengambil risiko bersikap jujur dan terbuka terhadap perasaan sendiri.
Sumber:https://my.theasianparent.com/
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Perasaan marah menyebabkan seseorang itu hilang malu, sanggup bertindak di luar batasan dan tidak mustahil boleh mencederakan orang lain. Perasaan marah yang tidak terkawal boleh memusnahkan apa saja.
Faktor Lelaki Panas Baran:
Faktor luaran
Pertama adalah faktor luaran. Iaitu yang membabitkan tempat kerja. Seperti tekanan daripada pihak atasan, persaingan dalam urusan kerja dan prestasi kerja yang kurang memberangsangkan. Selain stres dengan kesesakan lalu lintas ketika pergi dan balik kerja juga menyebabkan si dia berasa letih lantas melepaskan perasaan tekanan itu kepada anda tanpa berfikir baik dan buruknya.
2. Faktor dalaman
Ada benarnya juga. Anda jangan terlalu kerap menuding jari kepada si dia sahaja kerana kemungkinan ada sikap anda yang kurang disenanginya hingga menyebabkannya naik darah. Antara yang sering terjadi seperti sering kali meminta sesuatu yang sukar untuk disediakan kerana kesempitan wang. Seterusnya, mengabaikan si dia, bersifat cemburu buta juga turut merimaskan si dia dan anda tidak melaksanakan tanggungjawab dengan sempurna.
Tips Mengenali Lelaki Panas Baran:
1. Biarkan dia menunggu
Sebenarnya untuk membezakan lelaki itu panas baran atau tidak, bergantung kepada raut wajah serta sikapnya. Perhatikan perkara ini sewaktu anda keluar bersamanya tetapi terlewat tiba. Marahnya berapi-api seolah-olah perbuatan anda itu adalah satu kesalahan besar. Jika begini karakter lelaki, dia sebenarnya seorang yang panas baran kerana tidak sanggup menunggu pada satu kejadian kecil dalam hidupnya.
Kalau lelaki yang panas baran, dia tentu akan menghamburkan kata-kata menyakitkan hati. Oleh sebab itu, anda harus berhati-hati dengan lelaki begini.
2. Minta dia mengajar sesuatu
Dalam mencari erti kesabaran, cuba perhatikan perkara ini juga. Mintalah dia mengajar anda sesuatu. Kalau kata-katanya agak pedas dan panas di telinga anda, itu tandanya dia seorang yang panas baran dan agak sukar berunding. Lelaki yang penyabar akan mengajar anda sehingga pandai tetapi lelaki panas baran akan mudah melenting bila anda tidak berjaya mengikut apa yang dia inginkan.
3. Lihat caranya melayan anak kecil
Umum mengetahui kanak-kanak banyak kerenah. Oleh itu sewaktu bersamanya, bawa sekali anak saudara anda yang masih kecil. Tinggalkan mereka dan lihat cara mereka menanganinya.
4. Cemburu atau tidak
Percaya atau tidak, lelaki yang panas baran biasanya seorang lelaki yang kuat cemburunya. Ada kalanya perbuatan cemburunya itu nampak mengarut tambah-tambah lagi cemburu pada hal yang remeh.
Justeru itu sebelum membuat pilihan, kajilah semua sikap lelaki agar anda tidak menyesal di kemudian hari. Baran berkaitan dengan sikap dan semestinya sikap boleh diubah. Sebagai lelaki andalah khalifah kepada pasangan, justeru itu tunjuklah moral yang baik kepada pasangan.
Cara Mengatasi Panas Baran Si Dia:
Jangan Melawan
Sesiapa sahaja yang bersikap panas baran akan mudah melenting. Lebih-lebih lagi jika anda melawan atau membantah setiap yang diperkatakan mereka. Jika ingin berbuat demikian, perlu tahu cara yang betul untuk bercakap.
Cari Kelemahan
Andai anda ditakdirkan mempunyai pasangan yang panas baran, cuba kaji tentang si dia. Cari sisi kelemahannya yang boleh melembutkan hati mereka. Menangis bukanlah langkah yang bijak kerena bagi sesetengah lelaki yang panas baran, amarah mereka akan bertambah teruk apabila melihat tangisan anda.
Rendahkan Nada
Apabila berdepan dengan lelaki yang sedang marah, rendahkan nada suara anda. Cakap dengan lembut. Dengan cara ini juga akan membuatkan mereka reda.
Sekali Sekala Anda Perlu “Tunjuk Belang”
Ada ketikanya jika anda dimarah kerana bukan kesalahan yang anda lakukan. Jadi, untuk sekali sekala beranikan diri untuk menegakkan kebenaran agar si dia akan tersedar. Tetapi jika pasangan anda berpotensi untuk naik tangan, anda perlu lebih berhati-hati.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!