Ada orang kata, muka sama biasanya sebab jodoh kuat. Agak-agak sejauh mana kesahihan kenyataan tersebut, sekadar penyedap hati atau itu memang fakta?
Okay jom tengok cermin, muka anda sama tak dengan pasangan hidup? Ada sipi-sipi pun dah cukup baik.
Muka Sama Sebab Jodoh Panjang, Ini Kata Orang Dulu-dulu
Menerusi bebenang di Twitter, pakar psikiatri iaitu Dr. Rostam mendedahkan beberapa fakta mengenai isu muka sama. Ujarnya fakta ini berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh penyelidik.
Antara fakta yang dikongsinya adalah:
1. Cenderung pilih wajah seiras diri sendiri
Menurut Dr. Rostam berdasarkan kajian yang dilakukan pada tahun 2011, individu memiliki kecenderungan untuk memilih pasangan yang mempunyai muka yang sama seperti diri sendiri.
Ads
Selain itu, ada juga yang memilih pasangan yang muka sama seperti ibu bapa mereka. Kiranya, macam auto jadi pilih muka sama.
2. Teori ‘Assortative Mating’
Manakala dari segi teori “Assortative Mating” pula, pakar psikiatri ini mengaitkan tentang fakta corak berpasangan dan bentuk pemilihan seksual. Ujarnya, setiap individu akan memilih pasangan mereka berdasarkan ciri fizikal dan strata sosial yang sama.
3. Pilih pasangan yang sama seperti diri sendiri
Tak dinafikan kebanyakan pasangan ini bukan sahaja mempunyai wajah yang sama, malah personaliti pun boleh seakan-akan sama juga. Ini kerana setiap individu yang mencari pasangan, mereka akan memilih individu yang mempunyai tabiat, bahasa badan yang sama.
Ads
Ini bertujuan untuk membentuk ikatan emosi yang selesa dan membina kepercayaan.
4. Ada sistem imun badan yang sama
Jangan terkejut pula, bila pasangan sakit dan anda juga akan jatuh sakit. Kalau nak tahu selain daripada muka yang sama, sistem imun juga boleh menyerupai antara satu sama lain.
5. Pengalaman hidup
Miliki wajah yang sama ini boleh terjadi disebabkan oleh pengalaman hidup bersama. Ini terdiri daripada emosi dan cabaran yang diharungi bersama. Hah, cuba perhatikan pasangan, mana tahu mungkin kedudukan kedutan atau tahi lalatnya berada di tempat yang sama.
Malah cara senyum pun sama sebiji!
Ads
6. Hubungan yang bahagia boleh menyebabkan muka jadi sama
Menerusi kajian yang dibuat oleh Robert Zajonc, penyelidik ini telah mengumpulkan gambar perkahwinan pasangan dan bandingkannya dengan wajah yang terkini. Beliau menyatakan semakin tinggi kegembiraan dan kebahagiaan di antara pasangan tersebut, semakin iras muka pasangan tersebut.
Nampak tak, Uyaina dan suaminya sama dan seiras sangat! Comel pula tengok masing-masing punya gaya.
Jadi tak hairanlah kalau ada pasangan wajahnya macam kembar lain jantina sekali tengok. Yang beza cuma bertudung. Eh!
Okay, sekarang cuba tengok wajah pasangan anda, sama atau tidak? Tak sama tak apa, jodoh panjang juga. Yang penting jaga hati dan solat, inshaa Allah makin ketat cinta anda dan pasangan nanti.
Kalau nak bahagia dalam rumah tangga, gali kelebihan pasangan, bukannya cari kekurangan. Itu kunci paling mudah suami isteri kena tanam dalam diri sejak awal perkahwinan.
Andai selalu sangat melihat kelebihan pasangan lain, langsung tidak memberikan faedah. Malah akan rasa tidak pernah cukup.
Gali Kelebihan Pasangan Bukan Cari Kekurangan
Perkara ini akan lama-kelamaan akan menjejaskan hubungan suami, isteri. Nak lebih memahami isu ini, jemput baca perkongsian Firdaus Shakirin, moga anda boleh baiki hubungan suami isteri ke arah yang lebih harmoni.
Dalam rumah tangga ini, semua orang ada ujian masing-masing. Tiada rumah tangga yang sempurna. Close to perfect mungkin ada tapi itu pun setelah mereka berjaya melepasi ujian yang Allah SWT bagi kepada mereka.
Kenapa rumah tangga tak sempurna? Sebab kita yang manusia ini pun tak sempurna. Mana ada orang yang dapat pasangan tidak ada langsung kekurangan, kelemahan dan keburukan.
Manusia Tak Sempurna
Mesti akan ada juga terkurang dekat situ, terlemah dekat sini. Tak boleh lari oleh kerana kita ini manusia, bukan malaikat.
Kalau kita faham konsep itu, maka kita tidak akan menuntut kesempurnaan itu dari pasangan.
Bahkan kita sendiri yang cuba sedaya-upaya untuk menutup kekurangan, kelemahan dan keburukan pasangan dengan kelebihan yang ada pada diri kita.
Hendak hidup bahagia, nak hidup tenang, mahu hidup dalam keadaan yang bersyukur, maka kena tengok kelebihan pasangan.
Jangan Bandingkan Pasangan Dengan Orang Lain
Tengok apa yang dia ada berbanding apa yang dia tidak. Jangan sesekali compare dia dengan orang lain kerana dia adalah dia, orang lain adalah orang lain.
Setiap pasangan, ada ujian masing-masing. Baik buruk ujian tu, berat ringan ujian tu, hanya mereka dan Allah sahajalah yang mengetahuinya. Wallahualam.
Jodoh adalah Ketentuan Allah SWT, oleh itu hargailah sebaiknya. Jika berlaku sesuatu dan timbul rasa tidak puas hati, cubalah berbincang dengan baik demi kepentingan bersama.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Beberapa hari lalu, satu video tular tentang suami yang meraung apabila isterinya, Nurul Nazihah terbakar dalam sebuah kereta yang sedang marak dengan api. Lebih memilukan apabila arwah isteri yang menyuruh suaminya keluar dari kereta dan menyelamatkan diri.
Masih terngiang-ngiang jeritan si suami, Muhamad Redzuan. Apalagi mereka baharu saja pulang dari mengerjakan umrah. Pihak bomba mengesahkan dalam kemalangan di kilometer 45.7 Lebuhraya Selatan arah Selatan di Kulai, Johor melibatkan seorang maut manakala empat lagi selamat.
Ustazah Asma Harun dalam postingnya juga turut bersimpati di atas apa yang berlaku.
“SAYANG, SAYA TAK TINGGAL AWAK…SUMPAH SAYA TAK TINGGALKAN!”
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ Maksudnya: “Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nya kami dikembalikan.” TAKZIAH BUAT SUAMI DAN KELUARGA ALLAHYARHAMAH NURUL NAZIHAH BINTI KAMALUL ARIFFIN Ramai yang mengalirkan air mata saat mendengar rintihan kuat suami arwah Nurul Nazihah ketika api sedang marak sewaktu kejadian kemalangan yang berlaku di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) sebelum simpang Sedenak, Kulai Johor. Lagi menyayat hati pasangan ini baru sahaja pulang daripada mengerjakan ibadah umrah pada hari Rabu yang lalu dan ketika kejadian, arwah sedang menemani suaminya pulang dari urusan kerja. Allahu Akbar, beliau pergi dalam keadaan sedang berkhidmat untuk suami. Tak dapat dibayangkan situasi isterinya yang tersepit di dalam kereta selepas dilanggar oleh sebuah lori yang melibatkan 3 buah kenderaan lain. Suaminya bergegas cuba untuk menyelamatkan namun arwah berpesan, “abang keluar dulu” supaya suaminya mencari bantuan. Tetapi tidak lama selepas itu kereta terbakar rentung di depan matanya. Daripada Jabir bin ‘Atiq r.a., Rasulullah SAW bersabda: الشَّهَادَةُ سَبْعٌ سِوَى الْقَتْلِ فِى سَبِيلِ اللَّهِ الْمَطْعُونُ شَهِيدٌ وَالْغَرِقُ شَهِيدٌ وَصَاحِبُ ذَاتِ الْجَنْبِ شَهِيدٌ وَالْمَبْطُونُ شَهِيدٌ وَصَاحِبُ الْحَرِيقِ شَهِيدٌ وَالَّذِى يَمُوتُ تَحْتَ الْهَدْمِ شَهِيدٌ وَالْمَرْأَةُ تَمُوتُ بِجُمْعٍ شَهِيدٌ Maksudnya: “Orang-orang yang mati syahid yang selain terbunuh di jalan Allah 7 orang, iaitu korban wabak adalah syahid; mati tenggelam (ketika melakukan safar dalam rangka ketaatan) adalah syahid; yang punya luka pada lambung lalu mati, matinya adalah syahid: mati kerana penyakit perut adalah syahid; korban kebakaran adalah syahid; yang mati tertimpa runtuhan adalah syahid; dan seorang wanita yang meninggal ketika melahirkan anak adalah syahid.” (HR Abu Daud, hadis sahih)
Kredit foto: Instagram Ustazah Asma Harun dan Allahyarham Nurul Nazihah
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pengiran Muda ‘Abdul Mateen Bolkiah dan Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz pada Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja di Masjid Omar Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan, Brunei, Khamis.
Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah turut berkenan menyaksikan majlis yang berlangsung dengan penuh istiadat diraja.
Pengiran Muda ‘Abdul Mateen Bolkiah Sah Jadi Suami
Terdahulu, Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja disiarkan secara langsung oleh Radio Televisyen Brunei (RTB), dengan Putera Mateen, mengenakan busana serba putih.
Awang Adam Abdullah iaitu bapa pengantin diraja perempuan, meminta Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Datuk Seri Paduka Setia Awang Salim menikahkan Dayang Anisha bersama pasangannya dengan mahar sebanyak $1,000 dolar Brunei (RM3,498).
Istiadat bersejarah itu dimulakan dengan awang-awang menyalakan Dian Empat sebagai lambang keunikan adat Istiadat Diraja Brunei.
17 Das Tembakan Dilepaskan
Sebaik sahaja lafaz kabul disahkan, tembakan meriam sebanyak 17 das dilepaskan sebagai menandakan Istiadat Akad Nikah Diraja telah sempurna dan diakhiri dengan bacaan doa selamat.
Istiadat perkahwinan pasangan diraja itu berlangsung selama 10 hari, dimulakan dengan Majlis Istiadat Bersuruh Diraja pada 7 Januari.
Acara kemuncak iaitu Majlis Istiadat Bersanding Pengantin Diraja akan berlangsung di Istana Nurul Iman pada 14 Januari.
Mempelai pengantin diraja kemudian akan menyertai perarakan mengelilingi ibu kota Brunei, Bandar Seri Begawan, manakala Majlis Persantapan Diraja dijadualkan pada 15 Januari.
Putera Mateen, 33, merupakan anakanda Sultan Brunei, Sultan Hassanal bersama Datin Paduka Seri Mariam Abdul Aziz.
Dayang Anisha, 29, pula merupakan cucu kepada Pehin Datuk Isa, yang merupakan penasihat khas kepada Sultan Brunei.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!