“Satu dinar yang engkau belanjakan untuk perang di jalan Allah SWT dan satu dinar yang engkau belanjakan untuk istrimu, yang paling besar pahalanya ialah apa yang engkau berikan kepada istrimu.” (HR. Bukhari Muslim) Dari hadis diatas dijelaskan bahwa harta yang diberikan (nafkahkan) kepada keluarganya, lebih utama daripada didermakan harta bendanya untuk perjuangan Islam. Jadi bagaimana sekiranya terdapat isteri yang sering ditinggalkan suaminya dengan alasan dakwah, sedangkan kebajikan anak-anak dan isterinya tidak dijaga dengan baik? Rasulullah SAW memang seorang tokoh pendakwah yang teragung sepanjang zaman, akan tetapi baginda sering memberikan perhatian kepada keperluan dan kebajikan isteri-isteri baginda.
Begitu besar perhatian Rasulullah SAW, terhadap hak-hak kaum wanita, sehinggakan baginda memberitahu kepada kaum lelaki cara yang terbaik untuk memuliakan seorang wanita. Perlu diketahui oleh para suami bahawa nafkah yang mereka berikan kepada keluarga mereka tidaklah sia-sia di hadapan Allah SWT. Bahkan nafkah itu akan dicatat sebagai amalan sedekahnya, sebagaimana hadit dari Abu Mas’ud Al-Anshari dari Nabi Muhammad SAW, beliau bersabda: “Apabila seorang muslim memberi nafkah kepada keluarganya dan dia mengharapkan pahala dengannya maka nafkah tadi dianggap sebagai sedekahnya.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)
IKLAN
IKLAN
Bahkan satu suapan makan yang diberikan oleh seorang suami kepada isterinya dianggap sebagai suatu sedekah. Demikian disabdakan Nabi Muhammad pada shahabat beliau, Sa’ad bin Abi Waqqash: “Dan apa pun yang engkau nafkahkan maka itu dianggap sebagai sedekah bagimu sampaipun suapan yang engkau berikan ke mulut istrimu.” (HR. Al-Bukhari) Dalam riwayat Muslim disebutkan: “Tidaklah engkau menafkahkan satu nafkah yang dengannya engkau mengharap wajah Allah kecuali engkau akan diberi pahala dengannya sampaipun satu suapan yang engkau berikan ke mulut isterimu.”.
IKLAN
MasyaAllah, tidak sanggup bagi baginda Rasulullah SAW untuk menjadikan kaum hawa mangsa dari sikap suami mereka yang tidak bertanggungjawab. Beruntung sekali bagi seorang isteri yang memiliki suami yang pemurah dan tidak berkira kepada diri mereka. Rasulullah SAW merupakan seorang suami yang paling pemurah kepada isteri-isteri baginda, juga kepada sahabat dan kaum keluarganya. Sikap pemurah Rasulullah SAW menjadikan isteri-isteri baginda semakin mencintai dan menyayangi baginda.
Isteri cemburu dengan ibu mertua atau ibu mertua cemburu dengan menantu bukanlah satu perkara yang pelik ketika ini. Situasi ini memang berlaku. Biarpun ramai yang tahu syurga lelaki tetap berada di bawah telapak kaki ibu walaupun telah berkahwin, namun ramai isteri yang seakan-akan tidak boleh menerima apabila suami melebihkan ibu atau ibu bapanya.Lebih parah, apabila si suami menjadi anak derhaka dek kerana mengikut telunjuk isteri.
Pakar Motivasi, Dato’ Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah memberitahu, jika situasi ini berlaku dalam sesebuah perkahwinan, itu bermakna si suami telah gagal mendidik isterinya.
.
“Sebenarnya kalau perkara ini berlaku, lelaki itu telah melakukan dua kesilapan yang mungkin tidak disedarinya. Pertama jadi anak derhaka kepada ibu bapa, satu lagi dia telah dayus. Dua-dua kesilapan ini boleh masuk neraka.
Apabila dia derhaka, automatik dia telah dayus kerana dia gagal mendidik isterinya sehingga dikongkong atau sebagainya. Situasi ini berlaku sebab jahil dan sayang tidak bertempat,” ujar beliau.
Menurut Dr. Fazilah Kamsah lagi, masalah anak derhaka kepada ibu bapa ini selalunya berlaku kerana masing-masing sama ada anak mahupun ibu bapa ada ‘sakit’ rohani.
“Selalunya masalah anak derhaka ini berpunca masing-masing ada sakit rohani. Kalau seseorang itu jaga ibadahnya, solatnya, kemungkinan untuk berlaku masalah derhaka itu sangat tipis.
.
Lagi satu sebabnya ialah, kalau seseorang itu jahil. Kalau dia faham tanggungjawab, Insya-Allah masalah derhaka tidak akan berlaku. Jadi, kena cari ilmu, berbincang, tanya orang yang lebih tua dan dapatkan nasihat untuk elakkan masalah anak derhaka ini.
Lagi satu saya hendak pesan, apabila berlaku situasi di mana ibu merasakan anak lelakinya melebihkan isteri, yang kena mengalah sebenarnya adalah ibu. Sebab ibu punya emosi, perasaan, dan doanya boleh mempengaruhi kehidupan anak-anak di dunia dan akhirat. Jadi ibu-ibu yang terasa hati dengan anak-anak mereka tolonglah maafkan mereka. Takut mak tak panjang umur. Kalau mereka kecil hati nanti, anak tak selamat, menantu pun tak selamat,” ujarnya lagi.
.
Jadi bagaimana isteri boleh bantu suaminya masuk syurga?
“Hadiah yang terbaik untuk lelaki ialah mendapat seorang isteri yang solehah. Begitu juga dengan wanita, hadiah yang terbaik untuknya adalah mendapat suami yang soleh dan taat kepada kedua ibu bapanya. Jadi isteri-isteri kena faham, dapat suami yang soleh, yang berbuat baik kepada ibu bapanya ini adalah satu anugerah yang sangat-sangat besar. Jadi janganlah cemburu dengan mertua”.
Artis dan Selebriti Malaysia yang mendirikan rumah tangga sepanjang tahun 2019. Saban tahun, bukan kita-kita ini saja yang berlumba-lumba mahu membina masjid, para selebriti pun tidak melepaskan peluang membina mahligai impian.
Sememangnya menjadi perhatian dan tumpuan netizen memperkatakan apa yang dipakai, tema apa yang bakal diangkat pasangan di majlis resepsi yang mana mungkin boleh dijadikan inspirasi bagi perkahwinan akan datang.
Jadi jom kita selongkar perkahwinan artis dan selebriti sepanjang tahun 2019
Pelakon Elfira Loy telah selamat diijabkabulkan dengan tunangnya, Khairol Faris Anuar yang merupakan anak kepada seorang usahawan bergelar Datuk, pada hari ini (1 Januari 2019) dalam sebuah majlis tertutup.
“KAMI berkenalan di Instagram dan siapa sangka, hari ini, dia menjadi isteri saya yang sah,”.
Itulah kata penyanyi, Ameer Forteen yang petang tadi sah diijabkabulkan dengan pasangannya, Siti Nur Naja’a Shamsul Karam, 24, dengan sekali lafaz.
Ameer, 29, atau nama sebenarnya Mohd Arif Ameerais Azhar berkata, majlis ijab kabul itu hanya dihadiri rakan terdekat dan keluarga kedua-dua belah pihak.
Dengan sekali lafaz, Fasha Sandha sah bergelar isteri Aidil Aziz. Pasangan tersebut selamat disatukan di Masjid Tunku Syed Putra Jamalullail, Kangar, sekitar jam 8.30 Pagi
Bella Dally selamat bernikah dengan lelaki pilihannya yang juga ahli perniagaan, Arif Izuddin Mohd Radzali, 34, dengan sekali lafaz, yang diadakan di Marina Putrajaya, jam 9.55 pagi tadi.
Bella, 28, atau nama sebenarnya Nabilah Ali Dally dinikahkan jurunikah Wan Mohd Adlan Wan Salleh, Pendaftar Pernikahan, Ceraian dan Rujuk, Wilayah Persekutuan.
Pada majlis itu, Bella menerima mas kahwin RM1,000 berserta tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki. Sementara pihak perempuan menyerahkan sembilan dulang. Wang hantaran pula dirahsiakan.
Nelydia Senrose, 24, sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid, 35, dengan sekali lafaz pada jam 3.28 petang. Pada majlis itu, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin sebanyak RM10,000 bersama sembilan dulang hantaran dan dibalas 11. Bagaimanapun, wang hantaran tidak dinyatakan.
6. Ally Iskandar &Marlina Ibrahim
Pengacara Ally Iskandar Mohd Mardzi melangsungkan pernikahan dengan wanita dikenali sebagai Marlina Ibrahim, semalam selepas hampir tiga tahun menduda. Pengacara Malaysia Hari Ini (MHI) itu sah menjadi suami kepada wanita kelahiran Temerloh, Pahang itu dengan sekali lafaz.
Pada majlis itu, Ally, menyerahkan mas kahwin sebanyak RM22.50 dan senaskah al-Quran.
Pada 30 Ogos lalu, kira-kira jam 9.45 malam, pelakon dan pengacara, Adriana Adnan, 23, sah bergelar isteri kepada Harez Hazim Hazrin. Pasangan tersebut dinikahkan bapa pengantin perempuan, Dr. Adnan Derahman di Masjid Al-Ubudiah, Segambut, Kuala Lumpur. Pada majlis berkenaan, Adriana menerima mas kahwin berjumlah RM300 dan wang hantaran sebanyak RM10,000 serta lima dulang hantaran berbalas tujuh.
Selepas berkenalan selama 8 tahun, pelakon Nadzmi Adhwa selamat bernikah dengan pasangannya yang juga pelakon, Ardell Aryana pada jam 5.30 petang di kediaman Ardell di Seri Kembangan.
10. Zamani & Nur Juliana
Dengan sekali lafaz, penyanyi Zamani Ibrahim, 48 selamat bergelar suami kepada Nur Juliani Abdul Rani, 36 dalam satu majlis tertutp di Kuala Lumpur.
Penyanyi, Sufi Rashid, 28, selamat bergelar suami kepada pilihan hatinya, Nurulain Md Yusof, dalam majlis yang berlangsung di sebuah hotel di Putrajaya, hari ini.
Pasangan berkenaan dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan di hadapan Pendaftar Nikah Putrajaya, Hasli Othman.
Menurut kenyataan dikirimkan kepada BH Online, juara Akademi Fantasia 2015 itu sah bergelar suami dengan hanya sekali lafaz.
Dengan sekali lafaz, pelakon, Eyra Hazali, 20, sah bergelar isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan, Muhammad Haziq Nadzli, kita-kira jam 9.35 malam, Jumaat.
Pasangan itu dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Hazali Ramli, dengan disaksikan Pendaftar Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Abdul Jamel Jaafar di Masjid As-Syakirin KLCC.
Pelakon dan pengacara, Sarah Hildebrand, 29, selamat mendirikan rumahtangga bersama rakan lamanya pagi tadi.
Sarah sah menjadi isteri pelukis kacukan Filipina-Amerika Otto Gillen, 26, di Masjid As-Sobirin, Lembah Keramat, Kuala Lumpur, kira-kira jam 10.25 pagi Ahad.
Pelakon yang popular dalam drama Makmum Yang Paling Aku Cinta, Nazrief Nazri telah sah bergelar suami kepada model hijab Aizatul Aqma Hamdan dengan sekali Lafaz. Pasangan mempelai ini selamat diijab kabulkan di Seavoy House, Titiwangsa pada jam 6.10 petang.
14. Dato’ Seri Eizlan Yusuf & Natasha Rosa Boudville
Ada orang yang susah untuk berkahwin dengan pasangan oleh kerana bermacam ujian yang datang. Namun, ada pula yang Allah permudahkan tapi tak berhasil ditengah jalan kemudian bercerai.
Jodoh suami isteri ni boleh datang dalam bermacam-macam ujian. Terpulang pada kita untuk memikirkan jalan penyelesaiannya. Ikuti perkongsian daripada Syafiq Ridhwan ini.
Bila anak dah tidur, dan dapat makan berdua dengan isteri. Time ni lah semua masalah atau isu akan diceritakan.
Baik cerita hal kerja, cerita hal saudara mara, hal keluarga, hal jiran-jiran dan kawan-kawan, satu persatu akan dikupas.
Masa ni lah baru sedar, yang sebenarnya dah lama tak buat perkara macam ini. Dulu awal kahwin, selalu saja lepas balik kerja, duduk makan dan borakkan segala hal. Gelak-gelak waima ada juga yang bertelagah isu-isu yang kecil.
Tapi bila dah ada anak, perbualan tu tak sama lagi. Nak fokus pada anak yang nak perhatian. Kadang baru buka satu topik, terus je tamat sebab anak nak beraklah, mengamuklah.
Tapi itulah hilang satu, Tuhan Maha Baik, Dia gantikan dengan lagi satu. Tak dapat borak, dapat lihat anak punya keletah pun satu nikmat.
Cuma walau terbatas macam mana pun waktu, komunikasi ni memang wajib. Sebab tu saya selalu cakap dengan isteri, bila anak tidur je, cubalah siapkan makanan dulu, then kita kena makan berjemaah.
Sebab kita cuma punya masa ini sahaja. Untuk kita borak balik hal-hal awal perkahwinan, impian dan tujuan asal kita berkahwin, masalah yang bermain dalam kotak fikiran kita semasa di tempat kerja, hal apa pun yang kita sentiasa memendam, waima mungkin sesama kita.
Ia mungkin tak akan dapat lama. Tapi dengan 30 minit berborak, suami tahu yang isteri dia masih ada untuk dia, dan isteri tahu, suami dia masih ambil berat perihal diri dia. 30 minit berkualiti ni sangat penting untuk penjagaan emosi sesama kita.
Kadang kala kita beriya kejar hal dunia ni, tapi kita lupa, semuanya sebenarnya bermula dari rumah. Macam mana kita bahagikan kerja-kerja dalam rumah, menjadikan bagaimana kita mengurus di tempat kerja.
Bagaimana emosi itu dijaga baik dari rumah, ia akan membawa seterusnya emosi yang baik di tempat kerja. Begitulah.
Dengan dunia hari ini, semuanya akan sentiasa sibuk. Duit, kerjaya, tanggungjawab semuanya membataskan kita untuk fokus perkara yang lebih utama.
Tapi percayalah, isteri yang baik akan reflect pada suami untuk jadi baik. Dan suami yang baik akan reflect pada isteri untuk jadi baik. Dan ibu bapa yang baik, pasti reflectnya pada anak untuk jadi jauh lebih baik.
Jarang orang nak deko balkoni jadikan ruang lepak, tetapi bila seorang isteri itu rajin dan kreatif, inilah hasilnya!
Apa yang menarik, bila penat menguruskan hal...