Ini adalah perkongsian dari Mona Din Beliau merupakan seorang usahawan yang sangat berjaya dengan memiliki beberapa jenama terkenal seperti Leesa Formula, Hajaba dan Serenity Spa. Kisah kehidupan dan perniagaan beliau telah berjaya menginspirasikan ramai orang.
Seperti hari-hari lain, setiap hari atau berselang, telah selama 24 tahun, sejak malam akad nikah kami 15 Februari 1991, inilah yang sering berlaku di setiap pagi. Samada saya melihat ada duit terselit celah handbag, atau saya melihat purse saya ternganga, disumbat beberapa keping note RM, di dalamnya.
Saya ingat sebaik bernikah, saya serahkan kad ATM saya kepada Mr. Hubby, dengan kata-kata paling tulus, ini kad gaji saya. Saya minta you uruskan kewangan kita berdua dan keluarga kita, bila ada anak-anak nanti.
Buatlah dengan baik dan amanah. You khalifah saya, saya akan patuh pada you. Kalau saya perlu duit, saya akan minta dari you..
Saya dah lupa guna mesin ATM
Dan sejak itu, menjadi amalan Mr. Hubby menjengok purse saya setiap hari. Kalau masih banyak bersisa, dia tak menambah, tapi kalau dia tengok dah berkurang, dia akan masukkan sedikit lagi.
Dan menjadi amalan saya pula, kalau saya perlu sedikit budget lebih, saya akan bagitau dia. Hari ni nak meeting client di Starbuck. Mungkin saya yg akan kena bayar dan Mr. Hubby akan hulur tambahan sekeping dua lagi, tanpa pernah merungut atau berkeluh kesah.
Dan sepanjang saya berkerja makan gaji, selama 16 tahan di Karangkraf, dari belum beranak hinggalah 6 cahaya mata, saya sangat bersyukur, hidup kami anak beranak sempurna selesa.
Dan sejak bernikah juga, saya tak pernah ambil tahu hal kewangan keluarga. Mr. Hubby yang uruskan semua. Dari merbayar semua bill, menabung hinggalah shopping groceries semua.
Dan saya juga dah tak pernah pergi tekan duit di ATM mesin. Until now, jangan suruh, saya tak tau, dah lupa.
Mr. Hubby uruskan semua
Dan apabila kami berbisnes bersama, dengan Leesa Formula, Serenity Spa & Hajaba, amalan Mr. Hubby menguruskn kewangan keluarga berterusan ke bisnes pula.
Jangan tanya saya pasal hal-hal bank, hal-hal cek dab payment, hal-hal audit dan tax, hal-hal pembayaran properties, semua saya tak tau, Mr. Hubby yang pandai itu semua.
Dan wang belanja saya, yang ada dalam purse dan handbag saya, tetap apa yang Mr. Hubby masukkan setiap pagi juga.
Amalan yang sama, sejak 24 tahun lalu.
Dan saya sejujurnya tak pernah ambil tahu betapa wang yang ada dalam tabungan personalsaya.
30% lebih darinya
Cuma sesekali, Mr. Hubby panggil saya, dia buka buku bank saya, dia tunjukkan semua akaun statement saya, dia perlihatkan geran-geran kereta dan properties saya, sebab dia paksa supaya saya tau apa yang saya ada, yang telah cantik di urusknnya untuk saya.
Dan dia tetap nak saya tahu, di dalam setiap bank mahupun tabung haji saya, simpanan untuk saya melebihi sebanyak 30% berbanding dirinya. Itu kehendak dan apa yang di lakukannya, tanpa berunding pun dengan saya. Dia yang putuskan sendiri, semua harta sepencarian kami, milik saya melebihi dia.
Dan selalu saya buat acuh tak acuh saja. Saya tengok sambil gelak-gelak saja. Saya cakap, kenapa buat macam tu, saya bukan mata duitan.
Tapi Mr. Hubby kata, itulah ikrar dia pada dirinya, dia mahu melebihkan saya, kerana dia appreciate, saya percayakannya.
Dan begitulah, mempercayai dirinya, memuliakan dirinya, dengan membiarkan dia yang mengurus wang keluarga, agar dia tak perlu merendahkan harga dirinya meminta wang dari seorang isteri untuk bersama-sama membina keluarga.
Agar dia merasa seolah-olah semua wang kami berdua adalah miliknya, hingga dia bebas membuat apa jua keputusan dalam menguruskannya, dan mungkin di berkati Allah, hingga memberi kami berdua rumahtangga yang aman sentosa dan rezeki yang melimpah.
Dan sehingga ke hari ini, saya rasa sungguh syahdu menerima setiap huluran wang darinya, walaupun wang itu sebenarnya adalah juga wang saya.
Dan saya juga, masih meneruskan amalan, tidak akan sesekali membeli sesuatu barang, tanpa izin darinya.
Terima kasih Allah, mengajar saya berlapang dada dalam menghormatinya, seorang suami, anugerah terbaik Allah buat diri saya.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI