Suami memenuhi tanggungjawab zahir, tetapi gagal menunaikan hak batin.Sudah dua tahun, suami tidak menyentuh saya walaupun hanya berpegangan tangan. Saya pernah mengajak suami mendapatkan kaunseling Jabatan Agama Islam, tetapi suami menolak. Suami tidak mempunyai kawan rapat, malah dia tidak rapat dengan ahli keluarganya. Jadi, saya menemui jalan buntu untuk mengetahui masalah sebenar suami.

Adakalanya, fikiran jahat dan hasutan membuatkan saya mahu menuntut cerai daripada suami, tetapi saya masih sayangkannya dan anak. Saya memohon pencerahan puan, apakah langkah terbaik perlu saya lakukan.

Nafkah Zahir Cukup, Tapi Batin Tak Cukup. Isteri Boleh Meroyan Kalau Tak Dapat

Seorang suami bertanggungjawab memberi nafkah zahir dan batin seperti makan minum, penginapan, pakaian, kebajikan, keselamatan, pengetahuan agama, hukum hakam dan keperluan seksual. Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Baqarah ayat 223 yang bermaksud: "Isteri-isterimu adalah (seperti) tanah tempat kamu bercucuk tanam, maka datangilah tempat bercucuk tanammu sebagaimana saja yang kamu kehendaki".

IKLAN

Selain itu hak terhadap nafkah batin atau seks bagi seorang isteri ini adalah wajib ditunaikan suami. Allah SWT menyebut dalam al-Quran menerusi Surah Al-Baqarah ayat 228 yang bermaksud: "Dan wanita mempunyai hak yang seimbang dengan kewajipannya dengan cara yang makruf."

Malah, antara tujuan perkahwinan ialah menghalalkan hubungan kelamin antara suami isteri.

Nafkah Zahir Cukup, Tapi Batin Tak Cukup. Isteri Boleh Meroyan Kalau Tak Dapat

Sekiranya, seorang isteri itu berkeinginan kepada nafkah batin maka wajiblah ditunaikan oleh suami melainkan suami mengalami penyakit yang menyebabkan beliau gagal memberikannya. Jika suami gagal untuk memberi nafkah batin kepada isteri tanpa sebab, hukumnya berdosa dan menganiaya isteri. Saya menasihatkan anda mengenalpasti apakah masalah suami puan, khususnya dari segi kemampuan menjalankan kewajipannya terhadap puan.

IKLAN

Sekiranya suami didapati mempunyai masalah atau penyakit maka wajarlah puan memujuk suami dengan cara berbincang untuk mendapatkan apa-apa rawatan perubatan moden atau alternatif untuk memulihkannya. Saya tidak nafikan bahawa isu ini amat sensitif dan sukar diterima suami puan, namun cara ini paling baik dan berhikmah. Perkahwinan selama enam tahun sedikit sebanyak puan dapat fahami dan kenali apa kemahuan dan kehendak suami puan khususnya berkaitan seks. Maka, dari dua keadaan ini puan boleh membuat perbandingan dan mencari jalan penyelesaian yang terbaik.

Selanjutnya, jika masalah ini gagal diselesaikan menerusi perbincangan bersama suami, pembabitan keluarga perlu. Sebaiknya pilihlah daripada kalangan ahli keluarga yang rapat dengan suami. Namun, beritahu ibu bapa suami, adik-beradik suami mengenai masalah puan. Ia bukanlah bertujuan bagi mengaibkan suami puan, tetapi hanyalah ikhtiar untuk menyelesaikan masalah itu.
Nafkah Zahir Cukup, Tapi Batin Tak Cukup. Isteri Boleh Meroyan Kalau Tak Dapat

Akhirnya, jika segala usaha di atas menemui kegagalan, puan perlu membuat keputusan.Jika puan merasakan tidak mampu lagi bertahan dengan ketiadaan nafkah batin itu serta enggan meneruskan perkahwinan, puan boleh membubarkan perkahwinan dengan perceraian secara baik atau fasakh.

IKLAN

Masalah ini salah satu alasan fasakh yang diperuntukkan di bawah Undang-Undang Keluarga Islam bagi Negeri Selangor iaitu di bawah Seksyen 53 (1) (d) iaitu: "Seseorang perempuan yang berkahwin mengikut Hukum Syara' adalah berhak mendapat suatu perintah untuk membubarkan perkahwinan atau untuk fasakh atas satu atau lebih daripada alasan-alasan yang berikut, iaitu-bahawa suami telah tidak menunaikan, tanpa sebab yang munasabah kewajipan perkahwinannya (nafkah batin) selama tempoh satu tahun".

Namun, sebelum mengambil langkah terakhir itu, pelihara pesona kecantikan dan kejelitaan kurniaan Ilahi kepada puan serta berusahalah mencari persefahaman dalam berkomunikasi mengenai hubungan di bilik demi memulihkan semula perasaan cinta antara puan dengan suami, insya-Allah cinta anda akan bertaut kembali.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI