Duduk sebumbung dengan mentua biasanya bukan pilihan menantu. Ramai yang kurang selesa dan kurang mempunyai privasi jika tinggal bersama mak ayah lebih-lebih lagi mentua. Sebagai suami, tanggungjawab diletakkan di atas bahu anda untuk memberikan keselesaan kepada isteri dan anak-anak.
Nmaun, nak memiliki rumah sendiri kadang-kadang hampir mustahil untuk sesetengah orang. Harga rumah yang tinggi, pendapatan tidak mencapai kelayakkan dan ekonomi yang tidak stabil (terutamanya ketika berlakunya penularan wabak Covid 19) menjadi sebab utama kenapa ramai yang masih tidak mampu untuk memiliki rumah sendiri.
Dr Azizul Azli Ahmad dalam perkongsiannya di Facebook mendedahkan rahsia atau tip untuk membeli rumah di bawah harga pasaran.
Dalam keadaan ekonomi begini, makin ramai orang menjual rumah mereka. Ada yang berpindah, kecilkan bajet, gaduh hingga bercerai, belanja perubatan, perniagaan merosot dan modal nak kawin lagi!
2. Beli Waktu Ramai Menjual.
Sekarang ramai orang menjual dan pembiayaan makin susah. Penjual mula rasa sukar nak dapat pembeli yang ‘baik’. Mereka akan buat tawaran, “kita nego sampai jadi”.
3. Cubalah Lelong!
Ini antara lubuk ‘best’ untuk dapat bawah harga pasaran. Cuba kena ada ilmu dan sedikit lebihan duit, tapi bila dapat kita cantikkan. Nilainya buat kita ketagih nak beli lagi kawan, bukan nak kahwin lagi.
4. Cari Rumah Buruk
Makin buruk rumah itu, makin tinggi peluang kita nak ‘negosasi’ dengan tuan rumah. Mintak baik baik dan belajar rendah diri, jangan sombong dan buat muka macam nak makan kaki. Manusia mudah cair dengan santun dan kebaikan orang kawan!
5. Agen Hartanah Kekasih Kita!
Jadikan agen hartanah kawan kita, sesekali belanja kopi kapal api atau ‘setabak’ sekali. Mereka tahu rumah mana bawah market value atau tuan rumah terdesak nak jual cepat!
6. Beli Dari Pasaran Sekunder
Pasaran ini boleh negosasi dengan tuan rumah atau agen, dalam keadaan ekonomi begini pasaran ini dah ada yang jual pada harga lelong. Cari betul betul pasti jumpa punya.
7. Mintak Diskaun Dari Pemaju!
Zaman “sold out” dah berakhir sekarang. Banyak pelancaran projek baru yang masih belum terjual. Cakap baik baik dengan pemaju, saya mampu jika harga ini turun sedikit! Zaman ini, ‘buyer’s market’ boleh bersuara. Ada lebihan 29,000 hartanah siap belum terjual tahun lepas!
Cuma gegadis tak suka hantaran mereka rendah kawan!
Kredit: Azizul Azli Ahmad
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jangan mengeluh apabila tiba satu masa kita diuji dengan kesusahan dalam kewangan. Setiap ujian itu pasti ada jalan penyelesaiannya. Orang kata bila berkahwin akan ada rezeki yang Allah sediakan untuk kita. Jom kita tengok apa yang boleh diusahakan untuk jana pendapatan keluarga.
TIPS REZEKI MENCURAH-CURAH DALAM MASA 7 HARI
Paksa diri buat 7S ini tanpa gagal.
◆ Solat di awal waktu & sentiasa pelihara aurat.
◆ Solat Dhuha sebelum memulakan urusan bisnes/kerjaya.
◆ Solat Tahajjud pukul 4 pagi – bercerita kepada ALLAH tentang perancangan bisnes/kerjaya, keinginan nak kaya & kemahuan akan nikmat dunia akhirat.
◆ Sedekah walau sedikit.
◆ Surah Al-Waqiah dibaca selepas Solat Isyak, untuk elak kemiskinan.
◆ Sembang dengan mak ayah & pasangan setiap hari walaupun 5 minit, mohon kemaafan & keredhaan.
◆ Seribu kali istighfar terutama ketika memandu untuk menyelesaikan urusan bisnes/kerjaya.
Credit to owner
Jangan cepat putus asa. Rezeki yang Allah sediakan kita tak jangka. Dah ada tip ni, kita cuba amalkan. Belum cuba belum tahu kan?
***JOM SERTAI CHANNEL TELEGRAM PESONA PENGANTIN DAN DAPATKAN LEBIH BANYAK INFO BERSAMA KAMI. KLIK SAHAJA DI SINI.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Orang lain buat majlis kahwin besar-besaran, kita pun nak juga. Mana yang takut nak berhutang, sanggup buat dua tiga jenis pekerjaan dalam satu masa demi untuk cari duit tambahan. Itu ok lagi. Yang tak oknya adalah apabila kita buat pinjaman demi untuk merealisasikan majlis yang gemilang. Kata orang, ukurlah baju di badan sendiri. Kalau tak mampu, tak perlulah membazir.
Dalam kehidupan ini, memang banyak keperluan yang membuatkan kita perlu berhutang. Beli rumah, kereta dan aset lain yang boleh menjadi jaminan masa depan. Yang buat personal loan untuk perkahwinan tu memang anda sebenarnya ‘menempah’ masa depan yang menyukarkan.
Dalam satu temubual bersama selebriti Ajak Shiro dan isteri, Afifah Amin, mereka sendiri menasihatkan supaya tidak membuat apa-apa pinjaman untuk perkahwinan.
“Abang dah melalui fasa menjadi raja sehari. Habis belanja berbelas ribu untuk majlis perkahwinan dulu. Sekarang ni musim PKP, hanya RM2000 pun dah boleh kahwin. Tak perlu pun berbelanja banyak-banyak. Kena ingat, duit bukan segala-galanya tetapi segala-galanya adalah duit. Sampai anak dah tiga orang pun tetap bayar loan setiap bulan!” seloroh Ajak.
Betul kata Ajak dan Afifah. Nak kahwin ni sebenarnya memerlukan persediaan dari segi kewangan. Kalau boleh, kukuhkan kedudukan kewangan dulu sebelum ambil keputusan untuk berumahtangga. Yang berkahwin pada musim PKP ni, ambillah peluang untuk berjimat sebaik mungkin!
Nyata, untuk melunaskan hutang bukanlah mudah. Itu belum termasuk bayaran bunga atau faedah. Apa kata anda pertimbangkan tip ini untuk bantu meringankan beban hutang anda.
Apa sahaja yang ingin dilakukan, mulakan dengan niat yang betul. Tanamkan dalam diri bahawa anda ingin melangsaikan semua hutang-hutang yang ada dan mohon agar Allah permudahkan.
Dalam setiap niat itu ada satu iltizam untuk menguatkan semangat kita mencapai matlamat yang diingini. Bila dah ‘pasang’ niat, sedikit demi sedikit adalah perubahan yang berlaku dalam hidup anda.
Cuba niatkan dalam hati, “Ya Allah, sesungguhnya aku hamba yang sering membuat kesilapan. Bantulah aku agar diringankan beban hutang yang ku tanggung ini. permudahkanlah untuk aku mencari rezeki demi membayar hutang (nyatakan hutang anda) kerana ku mencari keberkatanmu dalam kehidupanku dan keluargaku. Bantulah aku Ya Allah.”
Paling utama sekali untuk melunaskan hutang, anda perlu membuat senarai hutang-hutang yang perlu dijelaskan. Berikan maklumat terperinci seperti jumlah hutang, pihak yang memberi hutang dan tarikh akhir untuk membayar hutang.
Senarai ini nanti yang akan memudahkan urusan anda untuk membuat kira-kira jumlah hutang yang perlu dibayar. Jika ada bil atau resit yang disimpan, gunakanlah ia sebagai rekod untuk anda.
Contohnya, anda boleh menggunakan buku lejar untuk menulis aliran keluar masuk duit. Jika anda seorang yang celik teknologi, Microsoft Excel juga boleh membantu anda membuat kira-kira dengan lebih tepat.
Ini adalah cara kedua untuk memudahkan anda melunaskan hutang. Lakukanlah solat sunat taubat serta sentiasa berzikir kepada Allah. Sebagai manusia, kita mempunyai terlalu banyak dosa kepada Allah. Sedangkan Nabi juga beristighfar kepada Allah.
“Barang siapa yang membiasakan diri untuk beristighfar, maka Allah akan menjadikan jalan keluar dari setiap kesempitannya, kebahagiaan di tengah kesedihannya, dan Allah akan mengurniakan rezeki kepadanya dari arah yang tidak ia sangka-sangka,” (HR Abu Daud)
Sebagai umat Islam, kita wajib meletakkan keyakinan terhadap kekuasaan Allah. Apa juga yang kita lakukan dalam hidup, sentiasa ingat untuk mendapat keberkatan dari Allah Taala. Setiap malam, cuba bangun untuk melakukan solat sunat taubat dan tahajjud. Mohonlah kepada Allah untuk permudahkan anda membayar segala hutang dan tidak menyekat rezeki anda untuk terus membahagiakan keluarga kerana Allah Taala.
Pernah tak terfikirkan ini? Mesti pernah kan. Betul, bila kita berniat untuk langsaikan hutang, cubalah ‘cairkan’ apa yang patut.
Kadang-kadang, di waktu duit berkepuk-kepuk, perbelanjaan kita di luar kawalan. Memanglah niat untuk berhutang itu pada awalnya untuk perkara lain tetapi apabila ada duit di tangan, senang sungguh nak menjadi boros.
Seandainya anda mempunyai kereta mewah, peralatan senaman yang mahal-mahal, jam tangan mewah atau gajet yang terlalu banyak, bolehlah dijualkan. Wang yang diperolehi itu kemudiannya digunakan untuk bayar hutang. Biasalah, mesti ada kos lepasnya kan. Anda boleh tukar kereta yang lebih murah tetapi tetap boleh memudahkan urusan anda ke sana, ke sini.
Sedekah yang dimaksudkan adalah berkongsi rezeki. Di sebalik kesenangan kita, sebenarnya ada rezeki orang lain.
Teringat dengan satu kisah seorang hamba Allah yang begitu komited bersedekah kepada sebuah surau dengan membayar bil elektrik setiap bualn. Namun, dek kerana ingin berhenti membuat sedekah selama enam bulan di atas alasan ekonomi sekarang semakin tidak stabil dan bimbang perniagaan terganggu, dia terpaksa berhabis RM10,000 untuk membaiki kenderaannya yang rosak kerana suhu meningkat. Lantas, dia terus teringat sedekah yang cuba ‘ditarik balik’ itu.
“Dalam tak sedar, kita sebenarnya hidup dalam rezeki yang Allah dah tentukan. Selama ini duit kita masuk, kita mampu bayar bil sana sini semuanya dengan izin Allah. Dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain.”
Senjata orang mukmin adalah doa. Maka, dengan doa jugalah kita gunakan untuk berserah segalanya kepada Allah atas usaha yang telah dilakukan.
Setiap kali kita solat, jangan terus bangun. Memang ada banyak perkara perlu diselesaikan tetapi setakat beberapa minit digunakan untuk berdoa, apa salahnya. Allah tak pernah berkira dengan kita. Takkan benda yang kita ingin mohon pada Allah, kita sekat masanya pula.
Apabila anda berdoa, jangan lupa untuk mendoakan orang lain juga. Sekiranya masih mempunyai ibu bapa, mohon mereka juga mendoakan anda. Sesungguhnya doa ibu itu tiada hijab.
Memang benar, hutang itu sangat membebankan. Ada yang berhutang demi kelangsungan hidup dan ada yang berhutang untuk memenuhi kehendak. Tapi, sentiasa ada jalan dan usaha yang boleh dilakukan untuk melangsaikan hutang asalkan kita tahu caranya. Jangan sesekali membayar hutang dengan membuat hutang baharu. Seperti kata pepatah, gali lubang tutup lubang. Kuatkan iman dan tekad untuk buat perubahan hidup kerana Allah Taala.
***JOM SERTAI CHANNEL TELEGRAM PESONA PENGANTIN DAN DAPATKAN LEBIH BANYAK INFO BERSAMA KAMI. KLIK SAHAJA DI SINI.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...