Duduk sebumbung dengan mentua biasanya bukan pilihan menantu. Ramai yang kurang selesa dan kurang mempunyai privasi jika tinggal bersama mak ayah lebih-lebih lagi mentua. Sebagai suami, tanggungjawab diletakkan di atas bahu anda untuk memberikan keselesaan kepada isteri dan anak-anak.
Nmaun, nak memiliki rumah sendiri kadang-kadang hampir mustahil untuk sesetengah orang. Harga rumah yang tinggi, pendapatan tidak mencapai kelayakkan dan ekonomi yang tidak stabil (terutamanya ketika berlakunya penularan wabak Covid 19) menjadi sebab utama kenapa ramai yang masih tidak mampu untuk memiliki rumah sendiri.
Dr Azizul Azli Ahmad dalam perkongsiannya di Facebook mendedahkan rahsia atau tip untuk membeli rumah di bawah harga pasaran.
Dalam keadaan ekonomi begini, makin ramai orang menjual rumah mereka. Ada yang berpindah, kecilkan bajet, gaduh hingga bercerai, belanja perubatan, perniagaan merosot dan modal nak kawin lagi!
2. Beli Waktu Ramai Menjual.
Sekarang ramai orang menjual dan pembiayaan makin susah. Penjual mula rasa sukar nak dapat pembeli yang ‘baik’. Mereka akan buat tawaran, “kita nego sampai jadi”.
3. Cubalah Lelong!
Ini antara lubuk ‘best’ untuk dapat bawah harga pasaran. Cuba kena ada ilmu dan sedikit lebihan duit, tapi bila dapat kita cantikkan. Nilainya buat kita ketagih nak beli lagi kawan, bukan nak kahwin lagi.
4. Cari Rumah Buruk
Makin buruk rumah itu, makin tinggi peluang kita nak ‘negosasi’ dengan tuan rumah. Mintak baik baik dan belajar rendah diri, jangan sombong dan buat muka macam nak makan kaki. Manusia mudah cair dengan santun dan kebaikan orang kawan!
5. Agen Hartanah Kekasih Kita!
Jadikan agen hartanah kawan kita, sesekali belanja kopi kapal api atau ‘setabak’ sekali. Mereka tahu rumah mana bawah market value atau tuan rumah terdesak nak jual cepat!
6. Beli Dari Pasaran Sekunder
Pasaran ini boleh negosasi dengan tuan rumah atau agen, dalam keadaan ekonomi begini pasaran ini dah ada yang jual pada harga lelong. Cari betul betul pasti jumpa punya.
7. Mintak Diskaun Dari Pemaju!
Zaman “sold out” dah berakhir sekarang. Banyak pelancaran projek baru yang masih belum terjual. Cakap baik baik dengan pemaju, saya mampu jika harga ini turun sedikit! Zaman ini, ‘buyer’s market’ boleh bersuara. Ada lebihan 29,000 hartanah siap belum terjual tahun lepas!
Cuma gegadis tak suka hantaran mereka rendah kawan!
Kredit: Azizul Azli Ahmad
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hujung minggu ini, pasti ada di kalangan pengantin baru mengambil kesempatan untuk berbulan madu sebelum tibanya bulan Ramadan. Walaupun sekadar short getaway, ia berkesan untuk melegakan tekanan yang dihadapi usai majlis perkahwinan baru-baru ini.
Bagaimanapun, soal penampilan diri tidak boleh dipandang sepi. Kali ni Pesona Pengantin himpunkan 14 panduan lengkap untuk wajah cantik sempurna walau di mana pun destinasi pilihan anda bersama suami tersayang!
(1) Sisihkan Bedak Alas
Menjelang hari percutian, pemakaian bedak alas sama sekali tidak digalakkan, sebaliknya cukup sekadar meratakan krim pelembap jernih yang nyaman dan mempunyai kandungan SPF mencukupi.
(2) Pelembap Wajah ‘A Must Have Item’
Malam sebelum penerbangan berlepas, pastikan wajah dioles krim pelembap sebelum terlena. Ini membantu meningkatkan paras hidrasi kulit sebelum ia terdedah kesan penghidratan dalam kabin pesawat kelak.
(3) Tekap Kulit Berminyak
Bagi mengawal masalah kulit berminyak ketika bercuti, pastikan anda membawa kertas pedap minyak (blotting papers) dan tekan ke daerah zon-T sekerap mungkin. Ia membantu mengawal kilauan tanpa mengeringkan lembapan semulajadi kulit.
(4) Air Mineral Dwifungsi
Selain dijadikan minuman, titisan air mineral juga mampu menyegarkan solekan tanpa perlu menambah pupukan bedak atau pemerah pipi. Caranya, percikkan sedikit air mineral dan oleskan krim pelembap dengan tipis.
(5) Lupakan Gincu Tahan Lama
Sapuan gincu tahan lama membuatkan bibir kering merekah tatkala bercuti. Demi mendapatkan pewarna bibir yang berkekalan, sapukan selapis gincu dan lapkan lebihannya dengan tisu. Ulangi beberapa lapis, biarkan kering dan oles pengilat bibir bertona jernih.
(6) Bawa Balm Bibir
Perubahan cuaca dan suhu persekitaran seringkali membuatkan bibir mudah pecah dan berkuping. Pastikan beg saku anda sentiasa diisi balm bibir berubat agar mudah disapu setiap kali ia kekeringan.
(7) Kilauan Glamor Di Pipi
Bercuti tidak pernah menjadi alasan yang menghalang anda tampil anggun menawan. Segarkan kompleksi kusam tidak bermaya dengan serbuk atau krim kilatan lembut dan layangkan sedikit kilauan ke atas pipi, tulang hidung dan bibir anda.
Anda juga boleh menggarap kombinasi krim pemerah pipi dan balm bibir untuk menambah sedikit warna dan lembapan tanpa mengeringkan kulit.
(8) Titisan Penyegar Mata
Bosan dengan perjalanan jauh, pastinya ramai memilih menonton tayangan filem atau membaca sebuah novel tebal. Kesannya, mata bertukar kemerahan, berair dan tampak tidak menarik. Sentiasa segarkan mata anda dengan titisan penyegar mata untuk merehatkannya dari keletihan.
(9) Nyahkan Kantung Mata
Perjalanan jauh sering mengakibatkan sekitar mata lebam keletihan. Untuk mengurangkannya, ambil sedikit ais hancur dan bungkus dengan sehelai kain. Dengan perlahan, tekap ke daerah mata untuk mencetus kesegaran secara automatik.
(10) Bulu Mata Bebas Maskara
Elakkan dari menyapu maskara ketika bercuti. Selain memberi peluang bulu mata untuk bernafas, anda tidak perlu bersusah payah membawa cecair penanggal solekan maskara, malah langsung tidak meninggalkan butir-butir hitam di bawah mata, lebih-lebih lagi jika anda tertidur.
(11) Jauhkan Tangan Daripada Wajah
Bagi meminimakan masalah jerawat ketika melancong, pakar dermatologi sering mengingatkan agar jangan menyentuh wajah anda dengan tangan. Kunjungan ke tandas, jendela di lapangan terbang, kusyen kereta api, oh… banyak sekali bakteria yang melekap-lekap di tangan. Amalkan mencuci tangan dengan sabun antibakteria terlebih dahulu, lebih-lebih lagi jika sebelum anda menyapu semula solekan.
(12) Sentiasa Bawa Pembersih Wajah
Jika hanya ada satu barangan yang boleh dibawa dari rumah, pastikan ianya pembersih wajah. Simpan sebotol tiub comel ke dalam beg saku agar mudah dibawa. Penggunaan pembersih wajah yang berlainan boleh menjejaskan keseimbangan asid kulit, seterusnya mencetuskan masalah jerawat.
(13) Produk Skincare
Jika anda bercuti ke luar negara, pastikan anda membawa barangan penjagaan wajah yang biasa bersama kerana dikhuatiri negara asing yang dilawati tidak menjual produk serupa. Pek semula cecair syampu, losen, gel badan dan pewangi ke dalam bekas-bekas kecil mengikut jangkamasa percutian anda.
(14) Dapatkan Tidur Secukupnya
Sekiranya terasa mengantuk di dalam pesawat, pupukkan sedikit krim malam mewah ke sekitar mata dan tutupkan dengan topeng tidur. Kedua-dua tindakan ini membantu anda bangkit lebih segar dan bertenaga berbanding cara tidur biasa
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seperti ramai sedia maklum, pelakon terkenal, Jazmy Juma sudahpun selamat diijabkabulkan dengan wanita pilihan hatinya, Farah Athirah pada Sabtu lalu, 27 Jun 2026.Perkahwinan yang...