
Sewaktu PKP Mac lalu, ramai yang menjaga solat malah ada yang buat amalan ekstra dengan membaca al-Quran dan sebagainya. Tetapi bila sudah mula bekerja, nak solat pun tergesa-gesa sehingga ada yang tidak sempat untuk duduk dan berdoa. Sedangkan kita mahu dikurniakan jodoh terbaik dari Allah SWT.
Terlalu banyak perkara yang ingin dipohon daripada Allah tetapi adakah cara kita berdoa sudah cukup sempurna untuk kita meminta-minta kepadaNya? Jom baca tips ini mudah-mudahan ada yang ingin memperbetulkan cara berdoa.
Tip 1
Sebelum mula berdoa, pujilah Allah SWT. Perbanyakkan zikir puji-pujian.
Tip 2
Berselawat kepada Nabi Muhammad SAW.
Tip 3
Pohonlah hajat yang diingini. Jika boleh, biarlah hajt itu berbentuk umum.
Tip 4
Berdoalah dengan doa-doa yang dibaca oleh Nabi Muhammad. Belek Al-Quran dan pilih doa yang terbaik. Kalau boleh, janganlah baca doa yang sama sahaja.
Tip 5
Bila berdoa, tutup dengan penutup yang baik. Berselawatlah kepada Nabi Muhammad SAW.
Tip 6
Jangan letak tangan di bawah. Angkat tangan setentang muka atau angkat lebih tinggi dari muka (untuk lelaki). Tangan terangkat dan muka mendongak.
Tip 7
Jangan berdoa sambil lewa. Tunjukkan kesungguhan saat menyampaikan doa.
Tip 8
Berdoa selepas solat adalah yang terbaik. Jangan tinggalkan peluang berdoa saat selesai solat.
Kek Minyak, Buat Sekali Terus Jadi

Melihatkan gambar Kek Minyak yang dikongsikan Nor Khomariah Norrohman sudah cukup membuka selera. Dan untuk membuatnya pun tidak sukar mana, tidak perlu kemahiran. Cukup dengan hanya mengikut resipi yang dikongsi.
Bahan :
5 biji telur
1/2 cawan gula halus
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
3/4 cawan susu pekat
1 sudu besar ovallate
1 cawan minyak masak
Perasa yg disukai ( kalau xletak pom tkpe)
1 sudu teh esen vanila
Pewarna yg disukai
Cara :
1. Satukan tepung dan baking powder kemudian di ayak, ketepikan.
2. Pukul telur bersama gula dan ovallate hingga kembang dan gebu. Putar dalam 5 minit.
3. Masukkan susu pekat dan esen vanila, pukul sebati.
4. Masukkan minyak masak dan perasa sambil dipukul lagi tapi hanya sekadar untuk adunan bergaul rata.
4. Akhir sekali masukkan tepung gandum yang telah di ayak.
5. Kaup balik adunan dengan spatula hingga rata
6. Bahagikan adunan kepada 3 atau 4 bekas. Letakkan pewarna dalam setiap bekas mengikut kesesuaian & gaul rata. Sediakan loyang 8 inci / 9 inci
7. Lapik dasar loyang dengan kertas minyak dan sapu keliling loyang dgn majerin.
8. Tuangkan adunan berselang seli warna sehingga habis
9. Bakar suhu 170 °C @ bergantung kepanasan oven masing-masing
10. Bakar selama 45 minit ~ 60 minit menggunakan api atas bawah.
Sumber: https://www.facebook.com/groups/MasakApaHariNiMAHN.my/permalink/3029358884054074?sfns=mo
Menang Hati Mak Mentua, Percayalah Perkahwinan Akan Sangat Mudah

Bagi menangani masalah tersebut, pastikan anda menyiapkan diri
dengan beberapa tips yang diberikan. Persediaan diri sebenarnya
bukan hanya bermula selepas sah bergelar isteri, seeloknya sedari
awal pertunangan lagi. Kalau kena gaya dan caranya, tidak mustahil
anda akan jadi menantu kesayangan.
1. Sebaik sahaja anda sah sebagai tunangannya, mulakan berkenal
kenalan dengan keluarga mertua. Andai tinggal berjauhan, hubungilah
mereka melalui telefon sekadar untuk bertanya khabar. Jika duduk berhampiran, cuba sesekali luangkan waktu berkunjung ke rumahnya.
2. Ketika berkunjung, bawalah buah tangan bersama.
Sekurang-kurangnya dengan membawa kuih ataupun buah-buahan. Tetapi
lebih elok jika anda membawa sesuatu yang boleh dibuat cenderahati.
Misalnya dengan memberikan sepasang kain sebagai tanda kenangan.

3. Kenali sikap sebenar mertua anda. Tanya kepada pasangan anda, apa
yang disukai dan dibenci oleh mertua. Jika anda tahu apa yang disukai dan
dibenci, secara tidak langsung ini boleh memberikan persediaan
ketika sudah menjadi ahli keluarganya kelak.
4. Setelah berkahwin, jangan sesekali anda memarahi anaknya
dihadapan mereka. Keadaan ini memberikan gambaran sebenar sikap anda
terhadap anak mereka. Situasi ini mungkin akan menimbulkan kebencian dihati mertua.
5. Setiap kali bertandang, cuba mengambil hatinya dengan bercerita
tentang pengalaman lucu yang boleh menghiburkan hatinya. Jangan lupa
bercerita dengan sepenuh perhatian agar dia tidak rasa jemu. Ingat,
jangan pula anda bercerita sesuatu yang dianggap bodoh dan boleh memalukan diri sendiri.
6. Berkongsi minat dengannya. Kalau dia gemar bercucuk tanam, anda
juga harus belajar bercucuk tanam. Kalau dia gemar memasak, tidak
salah anda cuba belajar memasak daripadanya. Tunjukkan yang diri
anda betul-betul berminat dengan apa yang disukai. Bagaimanapun anda
dinasihatkan jangan belajar sambil lewa kerana mungkin dia beranggapan anda tidak serius.
7. Apabila tiba hari-hari penting seperti ketibaan Hari Ibu, Ulang
tahun Perkahwinan, Hari Bapa dan Hari Lahir, jangan lupa menelefon
mengucapkan sesuatu. Lebih baik jika anda berkunjung ke rumahnya dengan membawa hadiah. Atau anda juga boleh membuat kejutan dengan mengadakan majlis untuk mereka.

8. Paling penting, jaga pertuturan anda. Jika sebelum ini anda
seorang yang 'mulut lepas', anda dinasihatkan agar menjaga pertuturan anda.
Kata orang, kerana mulut, badan binasa. Jadi berhati-hati ketika
menuturkan sesuatu di hadapan mereka. Jangan sampai menyinggung
perasaan keluarga mertua.
9. Setelah selesai majlis kenduri, pastikan anda ringan tulang
membantu mengemaskan apa yang patut. Terutamanya jika kenduri
dilakukan dengan memasak sendiri. Pasti banyak barang yang patut
dibasuh seperti periuk,kuali, gelas atau pinggan mangkuk. Walaupun
anda keletihan,tetapi cuba sibukkan diri dengan menolong apa yang patut. Tetapi jika majlis dilakukan secara katering, cubalah mengemas apa yang patut di dalam atau luar rumah.
10. Akhir sekali, cuba mengasihani keluarga mertua seperti anda
menyayangi keluarga sendiri. Anggaplah mereka sebahagian daripada darah daging sendiri supaya hubungan akan bertambah mesra dan berkekalan hingga ke akhir hayat.Walaupun jika ditakdirkan anda tiada jodoh dengan
anak mereka,pastikan anda sentiasa menghubungi sekadar bertanya khabar
FOTO : TANGKAP PICTURE Azfarina Sulaiman
Rumah Hancur Ditenggelami Banjir, Reka Teemor Gagahkan Diri Siapkan Majlis Pelanggan Dalam Keadaan Panic!

Penghujung tahun 2021 tentunya menitikkan memori ngeri kepada penduduk negeri Selangor. Banyak kediaman musnah dan rosak dek banjir besar yang berlaku. Tidak terkecuali, Perunding Perkahwinan tersohor negara, Reka Teemor turut menjadi mangsa banjir yang ketika itu menenggelamkan Rumah Teemor yang didiami Faiz Sabari dan Rozana Mumtaz.
Siapa sangka, disebalik senyuman yang diukir pasangan suami isteri ini terbit kesedihan mengenangkan memori yang berlaku pada 19 Disember 2021 lalu. Kediaman yang dihias indah, sarat memori dan keringat mendekorasi hancur sekelip mata. Paling sedih, ketika kejadian itu berlaku, Faiz dan Mumtaz sedang menguruskan sebuah majlis perkahwinan pelanggan.
“Tak tergambar saat cemas rumah kami di Shah Alam ditengelami air paras bahu tanggal 19 Disember 2021. Saat kami betul-betul panic berada di Shangrila Hotel ketika menguruskan majlis perkahwinan. Saat kami tidak dapat menyelamatkan keluarga, ibu, anak, kakak, abg, adik, anak saudara terperangkap di bahagian atas Rumah Teemor. Air yang begitu deras menghancurkan rumah kami.” tulis mereka di Instagram.
Sungguhpun dibalut luka, pasangan ini tetap memanjatkan syukur kepada Allah kerana dapat menyempurnakan impian pelanggan mereka minggu demi minggu.
“Sambil mengeringkan air mata kami melupakan derita kami dan menumpukan tenaga dan keringat kami menyahut cabaran hidup ini. Sedikit demi sedikit kami mengutip impian dan membina semula kehidupan kami.
Terima Kasih kepada mereka yang sudi membantu dan memberi semangat juang agar kami tabah dan terus melakar keindahan. Ya Allah kami redha dan hanya kepada Mu kami memohon perlindungan & kemudahan untuk bangkit semula meneruskan perjuangan. Hanya akhiratlah tempat abadi dan suatu hari dunia ini akan kami tinggalkan jua.”
Penerima Anugerah Pesona Pengantin Outstanding Wedding Planner 2021/2022 ini masih utuh menjaga kualiti sentuhan magis mereka dalam dekorasi walaupun seberat mana ujian yang diterima. Siapa yang berani menyangkal hasil dekorasi Reka Teemor sentiasa mendapat perhatian umum dan menjadi pilihan pelanggan dari pelbagai latar kehidupan.

Kuat meninggalkan kenangan sedih itu namun memorinya tidak pernah dilupakan. Tulis mereka,
“Hidup perlu diteruskan, decor wedding mesti on point dan hari ini syukur alhamdulilah kami kembali dapat menikmati sarapan seperti biasa… dgn vibe yang sedikit berbeza. Terima kasih tak terhingga kepada warga kerja reka teemor, rakan rapat, saudara mara adik beradik anak saudara yang menghulurkan bantuan dan kemeriahan di kala kami sedang kesusahan…. Hanya Allah yang dapat membalasnya…”.