Sekadar Gambar Hiasan

Kata orang, dalam memilih pasangan haruslah yang sekufu agar tidak timbul masalah di kemudian hari dan rumah tangga yang dibina kekal hingga ke akhir hayat.

Apakah sebenarnya yang dikatakan sekufu? Adakah pasangan yang mencintai antara satu sama lain dianggap sekufu? Adakah bila hubungan direstui sudah dianggap sekufu?

Menerusi akaun Twitter, Khair Ithnin menjelaskan apakah yang dipanggil sebagai sekufu dan aspek-aspek yang dikatakan sebagai sekufu. Ayuh kita baca perkongsiannya.

Apakah Yang Dipanggil Sebagai Sekufu?

Kita sering dengar, “kalau ingin cari pasangan carilah yg sekufu”.

Sekufu ataupun dalam bahasa arab dipanggil Kafãah membawa erti musãwah iaitu sama. Ini dari segi bahasa.

Jadi ini adalah thread mengenai sekufu.

Setelah kita tahu berkenaan sekufu dalam erti bahasa, kita kena tahu apa yg dimaksudkan dalam fiqh islami. Dalam I’anah al-Tholibin hasyiah kepada Fath al-Mu’in mengatakan sekufu itu, ialah sesuatu yg disebabkan ia, pihak perempuan takkan berasa malu dan aib.

Dalam erti kata lain, jika pasangan itu tidak sekufu dengan kita, ia akan dapat memalukan pihak kita secara adat nya.

Ingat sekufu mengikut Mazhab Syafi’i bukan syarat sah nikah. Tetapi ia merupakan suatu bentuk untuk menyelematkan sesebuah pihak dari ditimpa malu.

IKLAN

Sekufu ini merupakan hak kepada perempuan dan wali perempuan. Contoh, perempuan minat dah si lelaki ni. Tup-tup didapati dia tidak sekufu, maka wali boleh membantah dan membatalkan pertunangan dan perkahwinan tersebut.

Jadinya, sekufu menurut Mazhab al-Syafi’i dilihat pada 5 aspek:

1) Agama dan Kesolehan

Seseorang yang beragama (bukan yang alim or yang mengaji kat Al-Azhar je, cukup dia itu baik akhlaknya) tidak sekufu dengan yang minum arak, yang berzina, dll. Begitu juga, tak sekufu dengan fasiq atau yang buat bidaah.

2) Nasab (Keturunan)

Seorang itu kadangnya bangga dengan keturunan sendiri. Oleh itu urutan ikut kitab, keturunan al-Hasyamiy dan al-Matlabiy hanya untuk depa. Dan tak sekufu dengan arab yg lain. Arab Quraisy tak sekufu dengan arab lain. Untuk yg bukan arab kena rujuk adatlah.

Contoh: Keluarga diraja mana nak sama ngn keluarga biasa. Haa dll lah contoh. Tapi sesiapa yg menuntut ilmu agama (so yg lain ngajilah agama) dia paling tinggi dari sekalian keturunan.

IKLAN

3) Cacat

Seorang yg cacat seperti gila, mati pucuk, yg takde alat langsung, kusta. Atau penyakit sperti Aids, HIV yg boleh berjangkit (Corona saya tak tahu lagi ye) tak sekufu dengan yg sempurna anggota badan dan kesihatannya.

4) Pekerjaan

Pekerjaan ni berbalik pada adat. Contoh suatu pekerjaan yg boleh memalukan. Kalau dulu, tukang kutip sampah atau kerja angkut najis ni, adalah pekerjaan yg aib. Jadi tak sekufu lah dengan anak ahli perniagaan, cikgu dll.

Ingat ia berbalik pada adat kita.

5) Merdeka

Iaitu tidak hamba. Atau anak kepada seorang hamba (walaupun dia merdeka) tak sekufu dengan anak yg merdeka.

IKLAN

Kelima-lima ini adalah panduan untuk lelaki dan perempuan. Cuma lelaki tak dititikberatkan sangat, walaupun dia kahwin dengan yang bawah daripada dia.

Jadi, kesimpulannya kesemua ini hanyalah panduan untuk kita dalam memilih. Supaya tak menyesal kemudian hari. Sebab itu wali juga main peranan untuk memastikan anak perempuan mereka dinikahi dengan seorang yg sekufu dan mampu membahagiakan anak dia.

Ya, boleh je da pastikan semua ini tetap berlaku perceraian. Tapi sekurang-kurangnya kita usaha dah yang terbaik.

Saya ulang, benda ni ikut adat dan suasana family kita. Masih boleh budi bicara dengan keluarga. Sebab ia bukan syarat sah nikah.

Yelah kalau dah bercinta lamakan tetiba tak sekufu, dah nanti broken payah pulak. So sembang lah baik-baik. Untuk masa depankan?

Itu guna masa pertunangan untuk selidik pasangan masing-masing. Jangan main bedal je kahwin dengan orang mana entah. Last-last menyesal. Lain lah korang wali Allah.

Ini sahaja perkongsian saya, berdasarkan kapasiti yang saya ada. Selamat beramal.

Rujukan:
I’anah al-Tholibin
Hasyiah Baijuri
Mughni al-Muhtaj.

Sumber: Khair Ithnin