Hidup bersama bukan perkara main-main. Mengenali seseorang juga bukan setakat melihat rupa paras. Sahsiahnya, agamanya, akhlaknya dan banyak lagi sisi yang perlu dilihat. Berkenalanlah dahulu dan kenali hati budinya.
**********************************************************************
Memilih, jangan terlalu memilih & jangan tersalah pilih.
Ada ramai yang cakap,
“Hang ni jenis memilih kot calon pasangan.”
Lebih baik memilih, jangan sampai tersalah pilih.
Tapi, janganlah terlalu memilih.
Nak bina keluarga yang baik?
Mestilah memilih pasangan yang baik.
Nak pilih calon suami, tengok pada AGAMA dan AKHLAKNYA.
Suami ini sebagai pemimpin di dalam keluarga yang bakal dibina.
Nak pimpin tangan isteri dan anak ke Syurga serta meraih redha Allah SWT.
Seperti sabda Rasulullah SAW:
“Jika datang kepada kalian seorang lelaki yang kalian redhai agama dan akhlaknya, maka nikahilah dia. Jika tidak, akan terjadi fitnah di atas muka bumi dan kerosakan yang dahsyat.” (HR Tirmidzi)
Pasangan yang kita pilih itulah yang akan menemani kita sepanjang hidup, so perlulah memilih dengan teliti dan hati-hati supaya tak tersalah pilih dan rumahtangga tak bergoncang.
Kaum hawa mesti ingin memilih calon pasangan berdasarkan ciri-ciri yang diimpikan.
Tak salah.
Tapi, pastikan ambil berat tentang 4 perkara ni juga:
1. Allah
2. Agama
3. Keluarga
4. Kawan-kawan calon pasangan
Selain tu, ada ciri-ciri yang lebih penting untuk dilihat pada lelaki yang ingin dipilih berdasarkan hasil penulisan seorang fren fb iaitu:
1. Jangan dilihat pada kereta mewahnya semata. Tapi, lihatlah pada aktiviti malamnya. Andai liar hidupnya tika malam menjelma, fikirlah sebaiknya andai mahu menerima, kerna maksiat lebih mudah berlaku jika malam sudah tiba.
2. Jangan dilihat pada pakaian berjenama semata. Tapi, lihatlah pada bahagian kakinya. Andai mudah lututnya ditayangkan tatkala lincah di padang bola, fikirlah sebaiknya jika mahu menerima kerana aurat suami hanya layak untuk isteri.
3. Jangan dilihat pada tampan semata. Tapi, lihatlah pada mulutnya tika berbicara. Andai mudah menghambur carutan dan kemarahan, fikirlah dulu jika ingin memilihnya. Risau kerana kesalahan isteri yang kecil, akan dimarah kasar. Wanita hari ini tidak lagi seperti dulu. Sama juga lelaki.
4. Kemampuan untuk memberi nafkah. Nafkah adalah kewajipan seorang suami. Tak beri nafkah, dosa besar.
Rasulullah SAW bersabda:
“Cukuplah seseorang itu berdosa apabila dia mensia-siakan orang yang menjadi tanggungannya.” (HR Ahmad, Abu Dawud)
So, perlu memilih calon pasangan yang terbaik.
Nasihat buat diri ini & kaum hawa yang ingin memilih atau menanti cinta adam. Nak Cari Teman Hidup Pilihlah Dulu, Jangan Main Ons Je!
Ikhlas,
Aisy Nur Masturah
Kredit: Facebook Rahsia Kahwin Muda
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI