Sebagai bakal pengantin, mesti anda kadang terfikir, bahaya atau tidak nak hidangkan menu buat tetamu yang hadir nanti ke majlis anda. Ada satu ketika daging kambing dikatakan boleh menyebabkan darah tinggi, tapi sejauh mana kesahihannya. Anda tuan rumah, anda perlu tahu dan jangan biar tetamu anda balik dalam keadaan pening kepala pula nanti.
KOLESTEROL DAGING KAMBING LEBIH RENDAH DARIPADA DAGING AYAM ATAU LEMBU
Setiap 100 gram daging kambing mengandungi lebih kurang 109 kalori, yang mana ia lebih rendah berbanding kalori daging lembu (250 kalori) dan ayam (195 kalori). Kolesterol daging kambing juga lebih rendah iaitu 57 mg per 100 gram, sementara daging lembu mempunyai 89 mg dan ayam 83 mg bagi setiap hidangannya.
Keseluruhannya, 100 gram daging kambing hanya mengandungi 2.3 gram lemak, sementara daging lembu boleh mencapai 15 gram dan ayam 7.5 gram. Ini bermakna satu hidangan daging kambing hanya memenuhi 4% daripada keperluan lemak setiap hari. Berdasarkan pengiraan 2,000 kalori sehari.
Walaubagaimana pun, daging kambing adalah sumber protein yang baik sama seperti daging lembu dan ayam. Jumlah protein dalam daging kambing lebih kurang 20 gram, sementara daging lembu dan ayam lebih kurang 25 gram dan 30 gram setiap hidangan.
Setiap hidangan 100 gram daging kambing boleh memenuhi hampir 50% keperluan protein harian.
Ads
MAKAN DAGING KAMBING MENYEBABKAN HIPERTENSI ADALAH TIDAK BENAR
Daging merah tidak sepatutnya dimakan terlalu banyak kerana ia mempunyai kandungan lemak tepu yang cukup tinggi yang boleh meningkatkan kolesterol dan menyebabkan penyakit jantung. Oleh itu, pastikan pengambilan lemak tepu daripada makanan tidak boleh melebihi 20 gram setiap hari.
Umumnya, terdapat 6 gram lemak tepu dalam daging lembu dan 2.5 gram dalam ayam bagi setiap hidangan. Sementara itu, lemak tepu dalam daging kambing adalah hanya sekitar 0.71 gram per 100 g.
Daging kambing kaya lemak tak tepu, iaitu sekitar 1 gram setiap bahagian, berbanding dengan daging lembu atau ayam. Lemak tak tepu adalah sejenis lemak baik yang membantu mengimbangi paras kolesterol darah, mengurangkan keradangan dalam badan dan menstabilkan degupan jantung.
Ads
BAGAIMANA DENGAN MITOS DAGING KAMBING MENYEBABKAN HIPERTENSI?
Memakan daging kambing tidak menyebabkan hipertensi. Bagaimana pun terdapat beberapa faktor yang mana meningkatkan tekanan darah.
Tekanan darah tinggi berlaku selepas memakan daging kambing selalunya disebabkan teknik memasak yang salah. Memasak daging kambing dengan cara goreng, bakar atau panggang akan meningkatkan kalori dalam makanan. Teknik memasak ini kebanyakannya memerlukan minyak masak, mentega atau marjerin yang kemudian menjadi lemak dan diserap oleh daging. Ini menyebabkan kalori makanan tinggi mencapai 64%.
Ads
Pengambilan kalori yang tinggi dalam badan akan berubah menjadi lemak, dari semasa ke semasa ia berkumpul dalam saluran darah dan menyebabkan tekanan darah meningkat.
TIP SELAMAT MAKAN DAGING KAMBING
Jika anda ingin makan daging kambing tetapi bimbang mengenai risikonya terhadap kesihatan, sebaiknya elakkan hidangan kambing bergoreng, dibakar atau dipanggang. Sebaliknya olah makanan kepada cara memasak lain iaitu sup. Tambahkan juga sayuran kaya serat, vitamin dan mineral bersama hidangan kambing anda.
SUMBER : https://hellodoktor.com/
OLEH : FARAH AZIZ
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ada orang suka guna produk untuk hilangkan dark circle bawah mata, tetapi yang jadi masalah cara itu belum tentu berkesan. Haa… jadi kali ini mak-mak boleh cuba petua yang dikongsikan oleh Puan Aisyah Badar Bajrai, katanya dia sendiri pun dah cuba dan hasilnya berkesan!
Kalau orang lain ada masalah kulit jerawat, Aisyah pula masalah dark circle. Lagi pun sekarang selalu tidur lambat, makin menjadi jadi la dark circle ni.
Memacam petua Aisyah dah cuba tuk hilangkan dark circle ni. Orang cakap pakai timun, Aisyah pakai timun. Orang cakap pakai kentang, Aisyah pakai kentang. Tapi dark circle Aisyah ni liat, still tak kurang sampai la Aisyah jumpa satu petua ni.
Cuma Guna Aloevera
Jeng jeng jeng. Ingat tak semalam Aisyah cakap aloe vera ni boleh buat macam-macam. Yess, sila lah percaya. Aloe vera ni sebenarnya bahan utama untuk banyak petua kulit.
Aisyah dah try memacam petua tuk hilangkan dark circle, and serum ni masuk dalam carta top 2 paling best. Yang buat dia double best, dia guna 2 bahan jek. Memang simple sangat.
Bahan Buat Serum
Ok, jom tengok bahan and cara buat serum ni
2 sudu besar gel aloe vera
2 kapsul minyak vitamin E
Gunting softgel vitamin E, pastu masukkan minyak tu dalam aloe vera dan kacau rata-rata. Nanti aloe vera korang akan jadi kaler putih macam dalam gambar tu tau.
Cara Pakai Serum
Ambil calit sikit kat jari pastu sapu lembut-lembut kat bawah mata dengan kelopak mata. Pastu biarkan jek. Tak yah basuh okey. Pakai 2 kali sehari.
Tapi kalau dark circle korang kategori nazak sampai orang tak dapat beza mata korang dengan mata panda. Korang wajib konsisten pakai at least 2 minggu. Baru nampak kesan. Cuba dulu baru dapat hasilnya!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Agak kritikal hubungan rumah tangga kalau isteri nak ziarah dan berbakti pada mak ayahnya yang masih hidup pun suami berkira. Boleh jadi rumit dan kudis!
Jadi untuk betulkan situasi ini, suami kena renungkan perkongsian saudara Firdaus Shakirin ini. Bagi seimbang dan harmoni kedua belah pihak.
Isteri Nak Ziarah Dan Berbakti Pada Orang Tua
Kalau kahwin dengan perempuan yang masih ada ibubapa lagi, maka suami kena berlapang dada.
Dia nak berbakti kepada orang tuanya, tolong bagi.
Dia nak memberi kepada orang tuanya, tolong bagi.
Dia nak balik, nak ziarah orang tuanya, tolong bagi.
Jangan halang.
Benda yang dia nak buat itu, adalah tanggungjawab dia sebagai anak.
Dia masih ada mak bapak, maka biar dia nak jaga, nak layan, nak bagi mak bapak dia happy.
Usah Pentingkan Diri Dan Berat Sebelah
Jangan sesekali berat sebelah. Suami sahaja boleh buat itu ini pada mak bapaknya.
Bila turn bini, kita halang, suami tak bagi. Alasan suruh taat perintah lelaki itu, alasan orang tak mengaji.
Dia bukan nak buat kemungkaran, bukan nak buat kejahatan, bukan nak buat benda yang tak berfaedah.
Jadi kenapa nak halang?
Selagi yang dia nak buat kat mak bapaknya, itu tak memudaratkan dirinya dan orang sekeliling. Maka izinkan tanpa syarat.
Itu tanda suami yang mengaji, bukan suami yang buta hati.
Jadi pilihan anda macam mana nak jernihkan hubungan suami isteri atau terus ‘keruh’kan perasaan pasangan dengan sikap pentingkan diri sendiri.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Alam perkahwinan bukanlah seindah yang kita sangka. Ada pahit dan manisnya juga. Begitu juga dengan cabaran yang kita bakal lalui nanti. Dah bersedia? kalau anda masih bergaduh macam zaman ‘couple’ dulu lebih baik anda ubah.
Bila dah berkahwin ni banyak tanggungjawab yang anda perlu pikul. Anda sekarang hidup berdua dengan pasangan. Masing-masing memerlukan sokongan masing-masing. Jangan pentingkan diri sendiri sahaja. Bertolak ansur itu adalah kunci utama dalam rumah tangga. Baca perkongsian lelaki ini. Semoga kita sama-sama ambil ikhtibar.
Ingat lagi bila kami baru berkahwin. Duk rumah sewa. Beli dapur, beli peti ais, beli tilam, beli barang yang penting saja dulu. Benda tak penting macam TV, meja makan, sofa semua tu kami tak beli.
Bulan ni beli peti sejuk. Kumpul duit beli pula mesin basuh. Beli satu-satu. Masa mula duk rumah sewa tu, beli yang mana perlu je dulu. Bukan beli peti ais, mesin basuh sekaligus. Beli sikit-sikit. Dah la rumah sewa kat sini boleh tahan harganya. Tiket flight nak balik kampung lagi. Memang banyak nak guna duit.
Memang perkahwinan membuka pintu rezeki. Kau jangan ingat rezeki tu duit je. Hati senang pun rezeki. Isteri yang baik dan solehah pun rezeki. Walaupun tak banyak duit tetapi sentiasa rasa cukup.
Berbuka puasa pun jarang pergi bazar. Makan apa ada je. Banyak masak sendiri di rumah daripada makan luar. Masa tu rasa cukup sangat. Hati pun senang.
Bila dah beberapa bulan berkahwin, Alhamdulillah rezeki makin bertambah. Kehidupan makin stabil. Bila dah ada anak, lagi bertambah rezeki.
Gambar sekadar hiasan
Apa yang gua nak sampaikan, bila mula-mula kahwin tu biasalah kalau kau rasa kesempitan wang. Baru nak mulakan hidup berumah tangga kan. Tapi percayalah Allah akan bantu dan permudahkan semuanya.
Jangan kau pernah putus harapan. Yakinlah dengan rezeki kau. Berdoalah selalu supaya kau sekeluarga dimurahkan rezeki.
Kau jangan ingat nak hidup serupa drama petang-petang tu je. Nak kahwin dengan orang kaya je. Nak hidup senang je. Liku-liku kehidupan selepas kahwin ni cabaran dia banyak. Kau kena tabah. Kau kena kuat. Itu sebabnya kau ada pasangan. Hadapi dugaan tu berdua. Jangan sorang je derita, kau pulak bahagia.
Kalau boleh jangan kahwin guna pembiayaan peribadi. Kalau terpaksa kahwin guna pembiayaan peribadi pun, janganlah pakai habis untuk majlis kahwin je. Sekurang-kurangnya simpan lima ribu untuk kehidupan lepas kahwin tu. Ingat kehidupan selepas kahwin tu penting lagi.
Niat kau berkahwin kena betul. Jangan abaikan tanggungjawab kepada anak dan isteri. Susah senang sama-sama. Jangan bila dah senang kau lupa isteri yang sanggup bersusah payah dengan kau dulu.
Kesusahan di awal perkahwinan itulah yang jadi kenangan indah. Kenangan kau patut ingat sampai bila-bila. Kenangan yang mendekatkan kau dengan pasangan. Bukannya semakin menjauh.
Sumber : AmirSyahir
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!