Hubungan

Nak Isteri Baik, Suami Kena Buang Ego & Cuba Jadi Lelaki Yang Beri Ruang & Bertolak Ansur

Share

Bila isteri kita derhaka,

Tahunya marah saja,

Membebel dan berleter setiap masa,

Tak mahu mendengar kata,

Setiap kata suaminya di sanggah dan tak setuju semua,

Jangan mudah menuduh mereka ahli neraka. Jangan mudah terus campakkan mereka ke tepinya. Jangan mudah menghukum mereka sahaja.

Kita suaminya. Kita lelaki mereka. Kita adalah pakaian mereka.

Pasti Allah ada sebab menjadikan isteri itu seperti tidak sempurna. Penuh cacat dan cela.

Pasti ada kenapa.

Mungkin Allah mahu kita menjadi cukup sabar. Allah mahu kita mendidik tanpa putus asa. Allah mahu beritahu isteri kita, hati dan jiwa mereka milik Allah semata-mata.

Mahukan isteri baik, kita kena kembali menjadi hamba. Kena buang ego dan cuba menjadi lelaki yang memberi ruang dan bertolak ansur seketika.

Isteri baik atau jahat, sebab kitalah.

Kat akhirat Tuhan nanti tanya hal mereka kat kita lah.

Kita boleh masuk neraka hanya sebab anak isteri,

Dan sebab anak isteri jugalah, mereka boleh menarik kita ke syurga.

Mereka amanah. Mereka hadiah. Mereka benar di cipta dari bahagian kita yang lemah.

“Sesungguhnya, hartamu dan anak-anakmu hanyalah ujian (bagimu) dan di sisi Allah pahala yang besar.”

(Surah at-Taghabun ayat 14)

Nukilan Ustaz Abu Hurairah Asifa

IKLAN