Wanita Ini Tegur Segelintir Suami Asyik Bergurau Gelar Diri ‘Bujang 3’

Semua inginkan kehidupan bahagia bersama pasangan masing-masing. Bahkan dalam Islam pun menjadi satu tuntutan agama yang wajib sekiranya telah cukup semua syarat untuk menggalas tanggungjawab sebagai suami isteri.

Perkahwinan pada usia yang muda tidak mendatangkan kesalahan sekiranya pasangan tersebut telah bersedia dan yakin mental fizikal untuk menempah fasa kehidupan baharu. Ini bukan sahaja untuk pasangan muda, kadang-kadang yang sudah berkahwin sekian lama pun ada masalah-masalah tertentu juga.

IKLAN

Bagi Annis Athirah menerusi laman Facebooknya, ramai rakannya mengadu tentang mereka sedang diuji dengan masalah rumahtangga. Paling yang tidak gemar untuk didengari, para suami mengatakan mereka masih bujang tiga.

IKLAN

Ingatlah bahawa sang isteri di rumah tunggang terbalik urus anak, makan pakai suami, beri sokongan dan bantu dalam segenap aspek hingga suami berjaya sampai ke suatu tahap itu.

Suami pula selalu outstation atau lepak mamak, tapi asyik canang masih bujang 3.

Fikirlah sikit…

Sekurang-kurangnya, kalau takleh mengembirakan dan bantu isteri kat rumah, takyah la menambahkan kedukaan di jiwanya dengan ayat-ayat macam tu walau sekadar gurauan. Isteri ni hatinya sensitif.

Nak isteri seindah bidadari, suami pun indahkanlah pekerti sendiri.

Justeru itu, tolong doakan kenalan-kenalan aku yang diuji dengan masalah rumahtangga diberikan kemudahan dan jalan keluar yang terbaik buat mereka.

Perkahwinan ini bukan semata-mata untuk kejar siapa yang kahwin dulu tetapi tanggungjawab yang harus ditunaikan. Klaau dah kahwin buat carasudah berkahwin. Ingat, kita sendiri tidak tahu sama ada perkahwinan itu selamanya atau tersangkut di tengah jalan.

IKLAN

Sumber: Annis Athirah

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI