‘Anak emak’ seringkali dikaitkan dengan anak lelaki yang manja dengan ibu sehingga kehidupannya jga ditentukan si ibu. Banyak juga cerita bakal isteri yang tersinggung dek kerana hubungan bakal suami yang terlalu bergantung kepada keputusan ibu dalam semua perkara.
Rimas juga bila ada ibu yang tidak boleh melepaskan anak lelaki kesayangan kepada wanita yang bakal menjadi suri hatinya. Lebih tidak selesa apabila setiap gerak-geri dan perjalanan anak ditentukan ibu tanpa memikirkan perasaan bakal isteri.
Tapi, jika anda tidak boleh mengubah si ibu, apakata anda ambil langkah-langkah ini agar tidak ‘makan hati’ sepanjang hidup.
AMBIL HATI
Sebelum berjumpa dengan bakal ibu mentua, cuba kenali dengan lebih mendalam setiap kegemarannya. Risik-risiklah dari pasangan anda apa yang bakal ibu mentua suka. Makanan kegemarannya, hobi, topik perbualan yang menjadi tarikan dan macam-macam lagi.
Ads
Nak ambil hati ibu mentua samalah macam mengambil hati ibu sendiri. Betul tempat yang ‘dicuit’, seronoklah bila tinggal bersama nanti!
BERLAKON!
Orang kata nak jumpa mentua kenalah jadi diri sendiri. Tapi tak sesuai pula kalau kita jenis yang outspoken, ketawa terbahak-bahak dan suka bercakap besar. Jadi, sebelum jumpa ibu mentua, jagalah sikit tingkah-laku. Jangan terlalu selesa kerana anda cuba untuk mengambil hati mereka.
Ads
BELAJAR MENERIMA
Masa awal perkenalan, sudah tentu anda tahu bakal suami anda adalah anak emak. Setiap tingkah laku dan perkara yang berlaku dalam hidupnya semua dibawah kawalan ibu. Jadi anda perlulah belajar menerima dari awal lagi. Kalau rasa tak selesa, sepatutnya anda sudah menjauhkan diri sebelum memikirkan untuk berumahtangga.
JAGA MARUAH DIRI DAN PASANGAN
Penampilan adalah salah satu perkara yang menjadi keutamaan untuk dinilai. Bukan sahaja anda perlu jaga penampilan diri depan mentua tetapi lakukanlah kerana Allah Taala. Sudah menjadi kewajipan wanita Muslim untuk menjaga aurat, baik yang sudah berkahwin mahupun masih bujang.
Ads
PEMURAH
Janganlah terlalu berkira dengan bakal mentua. Setiap kali anda menjenguk kedua orang tua, bawalah buah tangan yang boleh menggembirakan hati mereka. Rajin bertanya pada pasangan apakah kegemaran ibunya.
CARI TOPIK PERBUALAN
Apabila bersama mereka, carilah topik yang boleh dibualkan. Sekiranya anda buntu, lihat sahaja sekeliling atau bincangkan hal semasa. Anda juga boleh bertanya tentang kesihatan mereka dan aktiviti yang sering mereka lakukan ketika ini. dari situ nanti, banyaklah benda yang hendak dibualkan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tidak dapat dinafikan ramai lelaki sukakan wanita yang bertubuh langsing berbanding wanita dengan tubuh berisi. Mungkin juga kerana mereka dipengaruhi oleh penampilan model-model wanita yang sering tampil dengan tubuh ‘kurus sekeping’ di pentas fesyen.
Pernah tertanya-tanya mengapa lelaki sukakan wanita yang bertubuh kurus. Alasan mereka, wanita yang bertubuh kurus dan langsing nampak lebih seksi dan menawan. Seorang wanita yang kurus mempunyai bentuk dan ukuran badan berbentuk (curve) atau lebih tepat seperti jam pasir.
Mungkin ketika masih anak dara bentuk tubuh sebegini bukan masalah bagi ramai wanita. Walau bagaimanapun apabila sudah beranak pinak untuk mengekalkan bentuk tubuh sempurna sebegini bukanlah semudah A – Z. Jadi tidak wajarlah kiranya kaum lelaki meletakkan syarat agar wanita ‘wajib’ kekal langsing selepas berkahwin/bersalin.
Boleh sahaja jika suami ingin isteri kekal kurus dan langsing selepas berkahwin/ bersalin tetapi kenalah dengan caranya.
Sediakan Bajet Untuk Isteri
Tiada benda yang percuma dalam dunia ini. Kalau mahukan isteri kekal kurus dan langsing, suami kenalah keluarkan duit belanja sikit. Janganlah kedekut. Seperti juga kereta, tentunya perlu diservis agar selalu ‘tip-top’. Begitu juga dengan isteri anda. Sediakan bajet setiap bulan agar isteri berpeluang mendapatkan rawatan pelangsingan di pusat-pusat pelangsingan. Bukan senang hendak kekalkan bentuk tubuh yang langsing. Perlu ada modal.
Daftar Keahlian Di Gimanasium
Buat kejutan dengan mendaftarkan isteri sebagai ahli di gimnasium. Dengan cara ini isteri anda dapat bersenam dengan selesa. Boleh juga hadiahkan isteri dengan mendaftarkan isteri anda untuk mengikuti kelas Zumba. Kalau hendak tahu, Zumba bukan hanya dapat membantu isteri untuk kekal langsing tetapi juga dapat menambah kekuatan stamina tubuh.
Korbankan Masa Untuk Menjaga Anak-anak
Luangkan masa untuk menjaga anak-anak ketika isteri keluar beriadah. Ringan-ringankan tulang untuk membantu membuat kerja-kerja rumah seperti mengemas, memasak, melipat kain dan sebagainya. Dengan cara ini, anda dapat meringankan beban isteri dan secara tidak langsung isteri pun rasa gembira dan senang hati.
Bagi Sokongan Moral
Agar isteri mencapai matlamat untuk kekal kurus dan langsing, jangan lupa untuk memberikan sokongan moral kepada isteri. Sokongan daripada pihak suami amat penting bagi memastikan isteri anda terus bersemangat dan tidak mudah berputus asas.
Sediakan Menu Sihat Untuk Isteri
Sesekali sediakan makanan untuk isteri. Jika tidak mahir memasak, apa salahnya anda belikan sajian makanan sihat untuk dinikmati oleh isteri. Dengan cara ini anda dapat menggalakkan isteri makan menu yang sihat bagi menambah nilai usahanya untuk mengawal/menurunkan berat badan.
Suami Pun Mesti Jaga Badan
Kalau hendak isteri kurus dan langsing, suami pun kenalah jaga berat badan. Jangan hanya isteri sahaja ‘digesa’ untuk menjaga penampilan diri. Kenalah seimbang, baharulah adil. Untuk para suami, jika anda mahu lihat isteri sentiasa kekal kurus dan langsing, para isteri pun tentu mahu lihat suaminya kurus dan sado atau sekurang-kurangnya tidak boroi.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Salah satu impian pasangan yang baharu berkahwin tentulah untuk memiliki rumah bagi membina keluarga. Bukan tak nak tinggal sebumbung dengan ibu bapa tetapi sekurang-kurangnya bila dah berkahwin, inilah masanya untuk berdikari. Cari duit sendiri, jaga rumahtangga sendiri dan bersusah-senang bersama keluarga sendiri.
Tapi nak beli rumah bukan mudah. Tak semua orang ada kewangan yang kukuh. Tak semua orang ada bajet untuk bayar duit rumah setiap bulan. Buat yang mampu, cuba baca perkongsian Dr Azizul Azli Ahmad macam mana nak beli rumah.
“Untung lah kau gaji besar boleh beli rumah besar”
“Alahamdulilah, bolehlah merasa bila lagi nak rasa titik peluh kita yer dak”
“Cantik betul rumah kau nie, mesti kekangkawan bangga tengok tanah luas pulak tu boleh buat rumah satu lagi. Wah kagum aku”
“Tak der lah biasa saja”
Nasihat 2
“Untunglah kau gaji besar boleh beli rumah besar”
“Dari beli rumah besar baik beli rumah banyak”
“Ah rugilah tak merasa duduk bunglow”
“Rugi itu hanya perasaan kita, rugi sebenar bila kita tak boleh jana duit dari peluang gaji besar kita. Itu baru rugi yang sebenarnya”
“Macam mana tu Roslan?”
“Jika kita layak beli kediamaan RM600,000 belilah tiga kediaman RM200,000 untuk masa depan”
“Ahhh nanti orang cakap, ambil hak orang miskin beli rumah murah”
“Biasanya yang cakap itu jika belum ada rumah atau sifo hartanah yang jadi ejen rumah yang nak galakkan kita beli rumah mahal. Benda boleh murah buat apa beli yang mahal”
Kawan kawan,
Manfaatkan gaji kita untuk beli kediaman yang ada nilai pelaburan yang baik.
Semua kediaman yang saya beli dulu pastikan ada 3 ciri ini sahaja
1. Kediaman mesti below market price antara 15%-25%
2. Rent Yield 6% keatas
3. Wajib Positive cashflow bagi setiap belian. Tak guna jadi pelabur jika beli kediaman dapat negative cashflow.
Jangan buang duit dan angan angan akan untung masa depan jika sekarang pun tak boleh untung.
Bunga tangan adalah pelengkap bagi penampilan ratu sehari di majlis raikan cinta. Selain memberi keserian buat penampilan ratu sehari, sejambak bunga juga dianggap membawa kebahagian di dalam perkahwinan, manakala riben yang mengikat jambakan bunga tersebut melambangkan persekutuan.
Fungsi utama bunga tangan ini adalah ianya mampu meningkatkan keceriaan kepada pengantin. Selain itu dengan adanya bunga tangan ini, ia dapat meningkatkan mood pada majlis itu.
Walau bagaimanapun kebanyakkan pengantin sekarang membawa bunga tangan hanya sebagai aksesori pengantin. Maka ramai yang tidak tahu akan makna simbolik bunga yang sesuai dengan karektor mereka, jadi jom beri perhatian kepada jenis bunga tangan yang sesuai dengan anda.
BUNGA ROS
Warna beige: Kesopanan
Warna putih: Kesucian
Warna merah: Cinta dan kebahagiaan
Warna merah jambu: Menarik
Warna jingga: Terpesona
Warna kuning: Persahabatan
BUNGA HYDRANGEA: Kebanggaan, harga diri
BUNGA CARNATION: Keberanian
BUNGA ORCHID: Kecantikan
BUNGA TULIP: Cinta
BUNGA LILY: Keangungan
BUNGA ‘LILY OF THE VALLEY’: Kesucian dan rendah diri
BUNGA PEONY: Aura positif
BUNGA CALLA LILY: Kesucian dan keimanan
BUNGA RANUNCULUS: Daya tarikan
BUNGA GARDENIAS: Kegembiraan
Jadi bunga manakah yang akan menjadi pilihan anda untuk dijadikan sebagai bunga tangan pengantin?
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!