Ramai anak muda bertanya bagaimana nak memujuk ibubapa benarkan mereka kahwin awal. Mak ayah mereka marah dan melarang kerana mereka masih belajar dan tiada keperluan hidup. Mereka terkilan dan sedih.
Wahai anak muda semua, Allah sayang saudara dan saudari. Kahwin muda sangat baik. Terbaik. Allah sangat suka…Menggembirakan hati orang tua lebih besar dari perkahwinan itu sendiri. Jadi bergantung pada ibubapa. Ada ibubapa berkemampuan dan mertua juga begitu. Mampu dan faham. Tapi ada yang susah dan tidak faham. Dulu saya pun sangat ghairah menuntut ilmu dan ingin berkahwin. Tapi bila saya sedar keadaan keluarga saya, saya pendamkan hasrat itu dan kembali ingat susahpayah ibubapa saya buat saya.
.
IKLAN
Jangan ikut orang lain. Perkahwinan bukan semangat tetapi tanggungjawab dan kasih sayang serta kesabaran..Sabarlah dan bantulah orang tua dahulu..berpuasalah…jangan susahkan orang tua. Pandangan mak ayah sangat penting. Berdasarkan pengalamannya dan sayangnya pada kita…satu masa kita jadi mak ayah baru kita faham…
Sibukkanlah diri dengan dakwah dan rajin berusaha, dan jauhi zina…jaga mata, jangan bercinta… Sabarlah sedikit. Dulu kita berjanji masa tengok mak ayah susah untuk bantu mereka. Peluang untuk bantu dan menggembirakan mereka tidak selalu kita dapat. Sepanjang hidup orang tua berkhidmat pada anak-anaknya.
IKLAN
Tiba-tiba baru masuk tahun satu universiti kita sudah sibuk bercinta dan nak kahwin..Sabarlah syurga juta-juta kali lebih indah lagi. Isteri atau suami boleh cari. Tapi mak ayah ada satu sahaja. Itulah syurga buat kita..Janganlah belakangkan mak ayah kita. Kerana seorang lelaki atau wanita yang kita baru kenal beberapa hari kita jadikan ibu bapa kita orang asing atau musuh. Jadi dia bukan pasangan hidup yang baik buat kita. Pasangan hidup yang baik yang membuat kita semakin menyayangi ibubapa kita…
IKLAN
.
Di kala semua pemuda sibuk berbuat dosa dan memuja kekasih mereka..kita sibukkan diri membuat kebaikan, rajin berusaha dan membantu orang tua.Jika ibubapa boleh bersabar sepanjang hidup besarkan kita dengan tidak buang kita. Takkan kita tak boleh sabar cuma 2 atau 3 tahun sehingga kita buang atau ketepikan pandangan ibubapa…pasti kita akan peroleh cinta yang akan membawa ke syurga. Manakalah buat ibubapa jika kita lihat anak kita sudah jauh perginya segeralah kahwinkan supaya mereka tidak terjerumus dalam dosa-ebit.
Bukan mudah menjadi seorang isteri, jika si isteri itu seorang yang berkerjaya. Isteri perlu bijak dalam menguruskan tanggungjawab terhadap suami dengan sebaik mungkin dan memberikan yang terbaik buat suami dan keluarganya. Namun mungkin ada yang mengeluh kepenatan, Subhanallah banyak pahala menjadi seorang isteri ini tau. Mari kita sebarkan agar wanita di luar sana mengetahui dan bersyukur.
1. Seorang isteri yang memberikan minum segelas air kepada suaminya adalah lebih baik dari berpuasa setahun
2. Setiap makanan yang disediakan seorang isteri bagi suaminya, maka jauh lebih baik daripada ia mengerjakan ibadah haji dan umrah
3. Apabila seorang isteri mandi junub disebabkan jimak oleh suaminya, maka jauh lebih baik baginya daripada mengorbankan 1000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin
4. Jka seorang isteri hamil maka dia dicatatkan sebagai seorang yang syahid dan khidmatnya kepada suaminya dianggap sebagai jihad.
5. Seorang isteri yang menjaga dan memelihara anak-anaknya dengan baik, maka hal tersebut menjadi benteng neraka serta pandangan yang baik dan harmoni terhadap suaminya menjadi tasbih atau zikir baginya.
6. Disebutkan pula bahawa tidak akan putus ganjaran pahala dari Allah SWT bagi seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya.
7.Apabila seorang isteri meninggal dunia dan suaminya redha, maka ia akan dimasukkan ke dalam syurga
8. Apabila dia mengerjakan solat fardhu lima waktu, berpuasa pada bulan ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya, maka dia berhak masuk syurga dari pintu mana saja yang dia suka.
Bertunang atau dalam bahasa Arab disebut khitbah adalah hasrat seorang lelaki untuk menjadikan seorang perempuan sebagai isterinya atau secara ringkasnya suatu perjanjian untuk mendirikan rumah tangga. Perjanjian juga dianggap sebagai suatu kontrak sebelum memasuki alam pernikahan, iaitu apabila pihak lelaki mengemukakan hasrat untuk mengahwini pihak perempuan sama ada secara langsung atau tidak langsung melalui orang tengah atau perantaraan.
Firman Allah SWT: “Dan tidak ada dosa bagi kamu meminang wanita-wanita itu dengan sindiran atau kamu menyembunyikan (keinginan mengahwini mereka) dalam hatimu. Allah mengetahui bahawa kamu akan menyebut mereka, dalam pada itu janganlah kamu mengadakan janji kahwin dengan mereka secara rahsia, kecuali sekadar mengucapkan (kepada mereka) perkataan yang makruf.” (Surah al-Baqarah, ayat 234-235)
Mengikut adat orang Melayu, jika seorang lelaki berkenan kepada seorang perempuan, maka hasratnya akan diluahkan kepada ibu bapanya. Maka ibu bapa lelaki atau saudara-maranya akan bertandang ke rumah perempuan untuk memaklumkan kepada ibu bapa perempuan hasrat lelaki itu.
Bukan tiket hubungan bebas
Kebiasaannya, sebentuk cincin merisik akan dibawa ketika bertandang. Sewaktu merisik inilah perbincangan mengenai majlis pertunangan akan diadakan, seperti tarikh dan tempat majlis pertunangan diadakan.
Hikmah bertunang adalah untuk membuka jalan perkenalan antara pasangan, mengenali hati budi masing-masing, menyuburkan rasa cinta kerana perkahwinan hendaklah diasaskan kepada cinta antara satu sama lain dan memastikan jiwa serta emosi pasangan yang bertunang stabil.
Namun, ikatan pertunangan bukanlah bermakna ia tiket membenarkan lelaki dan perempuan bergaul bebas. Menjadi tanggungjawab ibu bapa menyegerakan akad perkahwinan jika didapati ikatan pertunangan itu menyebabkan hubungan bebas antara pasangan yang bertunang.
Secara amnya Islam telah menggariskan syarat yang sepatutnya dimiliki setiap pasangan yang berhasrat untuk bertunang. Lelaki yang mengemukakan hasrat bertunang wajiblah seorang yang berakal, beragama Islam dan telah akhil baligh.
Lelaki itu juga harus dipastikan orangnya, supaya tidak keliru dengan orang yang mempunyai nama sama. Disyaratkan juga lelaki itu hendaklah seorang lelaki yang tidak mempunyai empat isteri. Syarat pada pihak perempuan juga hendaklah beragama Islam, pasti orangnya, terutama sekali apabila perempuan itu mempunyai ramai adik-beradik perempuan dan halal bagi lelaki yang ingin meminangnya.
Wanita yang haram dikahwini
Perempuan yang diharamkan dikahwini dijelaskan dalam firman Allah SWT: “Diharamkan ke atasmu menikahi ibu-ibumu, anak-anak perempuanmu, saudara-saudara perempuanmu, saudara-saudara perempuan bapamu (ibu saudara sebelah bapa), saudara-saudara perempuan ibumu (ibu saudara sebelah ibu), anak-anak perempuan daripada saudara lelakimu, anak-anak perempuan daripada saudara perempuanmu, ibu-ibu yang menyusukanmu, saudara-saudara perempuan sepersusuan, ibu mentuamu dan anak-anak tirimu yang ibunya sudah kamu campuri, tetapi jika kamu belum mencampuri ibunya, kamu boleh mengahwininya.” (Surah al-Nisa, ayat 32)
Perempuan itu juga hendaklah bukan di dalam edah cerai hidup atau cerai mati, dan hendaklah bukan isteri kepada lelaki lain. Mana-mana pertunangan yang diadakan dengan perempuan yang telah bersuami, ia adalah tidak sah dan terbatal.
Lelaki yang menjalin hubungan dengan seorang perempuan sedangkan dia mengetahui perempuan itu adalah isteri seseorang, lalu menyatakan kesediaan untuk mengambil ‘kekasihnya’ itu sebagai isteri jika diceraikan oleh suaminya, juga termasuk dalam konteks meminang yang dilarang syarak.
‘Peminangan’ sedemikian akan mendorong perempuan itu meminta cerai daripada suaminya, sebagai jalan untuknya berkahwin dengan kekasihnya. Islam melarang seorang isteri meminta cerai daripada suaminya, tanpa sebab yang diharuskan syarak.
Sabda Rasulullah SAW: “Mana-mana perempuan yang meminta suaminya menjatuhkan talak tanpa apa-apa kesalahan, maka haramlah ke atasnya bau syurga.” (Riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi)
Disyaratkan juga perempuan itu bukan tunangan lelaki lain. Adalah haram untuk meminang seorang perempuan yang telah bertunang. Daripada Ibn Umar, Rasulullah SAW bersabda: “Tidak boleh meminang seorang atas pinangan saudaranya sehingga yang meminang sebelumnya itu meninggalkan pinangannya atau diizinkan baginya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Bagaimanapun, perempuan yang sudah bertunang boleh dipinang setelah ikatan pertunangan dibatalkan oleh pihak lelaki atau dipersetujui pihak lelaki, yakni lelaki bersedia memutuskan pertunangan itu.
Tuntutan ganti rugi pertunangan
Memutuskan ikatan pertunangan tanpa sebab yang sah boleh menyebabkan tindakan ganti rugi pertunangan dikemukakan di Mahkamah Syariah. Seksyen 15 Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984 (Pindaan 1992) memperuntukkan: “Jika seseorang telah mengikat suatu pertunangan mengikut hukum syarak, sama ada secara lisan atau secara bertulis, dan sama ada secara bersendirian atau melalui seorang perantaraan, dan kemudiannya enggan berkahwin dengan pihak satu lagi itu tanpa apa-apa sebab yang sah manakala pihak satu lagi bersetuju berkahwin dengannya, maka pihak yang mungkir adalah bertanggungan memulangkan pemberian-pemberian pertunangan, jika ada, atau nilainya dan membayar apa-apa wang yang telah dibelanjakan dengan suci hati oleh atau untuk pihak satu lagi untuk membuat persediaan bagi perkahwinan itu, dan yang demikian boleh dituntut melalui tindakan dalam mahkamah.”
Menaruh minat terhadap perempuan yang telah bertunang juga adalah suatu perkara yang perlu dielakkan. Perbuatan meminang atau menjalin hubungan dengan tunangan orang boleh menyebabkan perbalahan, pergaduhan, perpecahan dan boleh memutuskan silaturahim.
Islam melarang keras perbuatan memutuskan silaturahim. Sabda Nabi SAW: “Tidak masuk syurga orang yang memutuskan hubungan silaturahim.” (Riwayat Muslim)
Isteri Bukan Tempat Untuk Anda Melempiaskan Rasa Tidak Puas Hati!
Dalam hal ini, bukan semua wanita diberi kebolehan dan bakat dalam memasak.
Ada yang main campak-campak sahaja, tup tup dah siap dan sedap pula rasanya.
Tetapi ada juga yang menggunakan pelbagai jenis rujukan namun masakan masih tidak menjadi.
Apabila masakan isteri tidak menjadi, suami jangan pula terus menghukum isteri tetapi berilah mereka sedikit masa untuk belajar memasak.
Bagi mereka yang beragama Islam, tindakan sebegini adalah salah sama sekali dalam mendidik wanita.
Kredit: Twitter @hafizaquafiz
Meskipun pada awalnya, wanita itu tidak pandai memasak namun semuanya boleh diperbaiki dengan cara yang betul.
Sekiranya sudah berkahwin dan anda mengetahui isteri anda tidak tahu memasak, apa salahnya anda menghadiahkannya buku resipi atau memasak bersama-sama isteri di dapur.
Ini, sudahlah meletakkan tanggungjawab isteri untuk memasak kemudian bising pula apabila isteri tidak dapat menepati selera suami.
Wahai lelaki, apabila isteri anda sudah memasakkan untuk anda itu, anda seharusnya bersyukur dan berterima kasih kepadanya, bukannya memukul!
Nampak sangat anda ini seorang lelaki yang dayus dan cepat naik tangan sekiranya tidak berpuas hati akan sesuatu, bukannya menyelesaikan masalah itu dengan cara yang baik.
Had Pukul Isteri
Tidak kira Islam mahupun agama lain, tindakan memukul isteri dilihat sebagai melampau.
Inikan pula, merantai isteri dan memukulnya dengan kayu!
Bagi yang beragama Islam, memukul isteri adalah dibenarkan bagi tujuan mengajar malah keharusan memukul isteri itu juga datang dengan syarat yang perlu dipatuhi.
Dalam hal ini, suami dilarang memukul pada wajah dan tidak boleh memukul sehingga menimbulkan bekas atau membahayakan isteri.
Sebagai kesimpulan, setiap alam rumah tangga itu pasti akan diharungi dengan pelbagai jenis cabaran dan dugaan.
Namun, sebagai suami isteri kita perlulah bijak mencari jalan penyelesaian dengan baik melalui komunikasi dua hala yang berkesan.
Jangan hanya isteri tidak pandai memasak, anda terus menghukumnya tanpa belas kasihan kerana kesemua perkara itu sama sekali boleh diperbaiki dan dipelajari bersama.
Pernah terpalit kontroversi rumahtangga, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan melangsungkan perkahwinan dengan wanita dikenali sebagai Qistina Lim.