Jika tak di turut kehendak pasangan di kata tak sayang, tapi nak di turut semua kehendak tak mampu. Perkahwinan ni bukan untuk sehari je tapi untuk setiap hari selagi badan masih bernyawa.

“Ala.. kahwin sekali je, mesti kena buat grand grand”

“Majlis kahwin ni special moment buat kita, jadi kena pastikan setiap detik tu indah dan jadikan kenangan”

Di negara kita satu perkahwinan yang indah dan mewah sering menjadi idaman semua bakal pengantin. Gara-gara terpengaruh dengan janji indah perkahwinan di tv, majalah, radio dan majlis artis-artis.

Tanpa di sedari ia menjadi kuat dalam diri dan “Intrinsic Desire” ini jika tidak di capai boleh membuatkan individu itu semakin taksub. Sehingga sanggup buat apa sahaja asalkan impian tercapai.

Mulalah “Animalistic Desire” dalam diri 100% digunakan untuk capai matlamat. Bekerja siang malam, labur sana labur sini, apa sahaja peluang pantas buat duit akan di buatnya, ada juga yang sanggup jual tanah, jual kereta, jual emas ibu asalkan “Intrinsic Desire” ni di capai.

Tidak kurang juga yang sanggup buat loan dengan bank semata-mata untuk majlis kahwin. Siapa macam ni kita geng..

Bukan menyesal, bukan juga bangga tapi nak highlight kat sini cara yang di pilih tu tak sesuai kerana mendera diri buat sesuatu yang tak mampu. Buat je lah ikut kemampuan..

Habis bab kahwin..
(1-2 hari sahaja)

Mulalah bab rumahtangga..
(Setiap hari selagi hidup)

Banyak cabaran dan ujian akan di tempuh selepas kahwin, tak kurang juga dengan “Intrinsic Desire” dan “Anamalistic Desire” semakin mencabar dan besar.

Lepas kahwin mula pasang impian bersama pasangan nak rumah besar, kereta besar, kabinet dapur besar, bilik air besar, jakuzi besar, sehingga terlupa “The True Desire” dalam rumahtangga.

IKLAN

Sebagai contoh mulanya nak beli kereta sebagai keperluan untuk bergerak ke sana sini, lepas tu terlihat kereta-kereta yang lebih canggih di jalanraya timbul pula desire untuk memiliki kereta canggih tu.

Bila keluarga dah semakin membesar desire untuk beli kereta yang lebih besar pula. Desire (keingginan) tak pernah berhenti dan Animalistic Desire ni jadi semakin liar.

Percayalah kata-kata ini
“Di saat kita ADA SEGALA-nya kita tetap akan mengeluh tapi di saat kita TAK ADA apa-apa kita mudah bersyukur”

The True Desire dalam rumahtangga yang patut semua pasangan suami isteri kejar dan istiqomah ialah :

Kebahagiaan

Tiada yang setanding dengan kepuasan hidup bahagia bersama keluarga, nikmatnya tidak boleh di kata, tidak boleh digambarkan. Hanya mereka yang berjaya dapat nikmat kebahagiaan sahaja yang dapat rasa.

Ketenangan

Saat kita dapat ketenangan jiwa kita akan lebih redha dan bersedia hadapai walau apa pun musibah yang datang.

Kebebasan

IKLAN

Kebebasan untuk sentiasa bersama keluarga tanpa ada belengu masa, wang, tenaga. Dapat bersama keluarga dan dapat pahala.

Kasih sayang

Kasih sayang yang tulus ikhlas antara suami, isteri dan anak. Bukan hanya sayang apabila kehendak dipenuhi sahaja, tapi sayang walau apa pun situasi.

Sumbangan

Keluarga yang paling banyak nikmat ialah keluarga yang sanggup beri sumbangan kepada yang lebih memerlukan.

Kesihatan

Nikmat kesihatan adalah nikmat yang paling besar dan semoga kita semua di pelihara kesihatan sehingga akhir hayat.

Perkahwinan bukan sekadar wang hantaran, mas kahwin, gelang emas, 7/9 dulang, pelamin atas bukit, bergambar tepi laut, bukan juga untuk sekeping sijil nikah.

IKLAN

Perkahwinan lebih tinggi nilai dari semua jumlah harga dulang campur mas kahwin campur gelang emas campur pelamin campur gambar dan campur baju pengantin.

Persiapan perkahwinan hempas pulas macam mana pun hanya pakai sehari je, tapi persiapan untuk rumahtangga pakai setiap hari selagi badan masih bernyawa.

Rumahtangga bukan tempat untuk cuba-cuba,
Rumahtangga bukan tempat melabur keuntungan,
Rumahtangga adalah perjanjian kongsi hidup yang ganjarannya ialah syurga atau neraka.

Sampaikan pesanan ini pada pasangan dan rakan yang anda sayang supaya mereka tidak terjerat dengan “Intrinsic & Animalistic Desire” seumur hidup.

 

 

 

 

 

 

 

 

Kredit : Mohd Fhais