Bila sudah ada jodoh di depan mata, tentulah kita teruja untuk melangsungkan perkahwinan. Tetapi bakal pengantin selalu silap dalam soal membuat simpanan. Kebanyakkan bakal pengantin akan menyimpan untuk majlis perkahwinan dan bukannya untuk kehidupan selepas berkahwin. Betul tak?
Cuba bayangkan, anda dan pasangan beriya-iya mengumpul wang dan semuanya habis digunakan untuk sebuah majlis perkahwinan. Selepas majlis, apa pula yang tinggal untuk meneruskan kehidupan berkeluarga? Sebenarnya, PKP ini juga boleh dilihat dari sisi positif. Selain mengelakkan penularan wabak, majlis perkahwinan yang hanya terhad kepada beberapa orang tetamu ini boleh menjimatkan wang.
Ini antara cara untuk anda mengumpul duit:
Tetapkan matlamat
Sebelum mula menabung, fikirkan apakah matlamat anda. Dengan matlamat itu, anda akan mendapat motivasi untuk meneruskan niat membuat tabungan. Tanya diri sendiri berapa yang anda boleh buat tabungan setiap bulan atau atau setiap hari. Pastikan ia cukup untuk mencapai matlamat yang diperlukan.
Ads
2. Menabung bersama
Kehidupan berkahwin melibatkan dua individu iaitu anda dan pasangan. Jadi, pilihlah untuk mempunyai tabungan bersama. Maksudnya di sini, masing-masing mempunyai tabung untuk mengumpul duit. Tak perlulah untuk memiliki akaun bank bersama. Cukup sekadar anda dan pasangan tahu bagaimana menguruskan duit dan membuat simpanan untuk hari bahagia anda.
Sekiranya anda memilih untuk majlis yang memorable, bolehlah ‘laburkan’ sedikit wang untuk merealisasikan impian itu. tetapi jangan ‘kacau’ tabungan yang sudah dibuat.
3. Penjimatan
Ads
Kalau dilihat semula, perbelanjaan bulanan kita biasanya lebih kepada kehendak. Kita selalu menggunakan alasan ‘self reward’ untuk mendapatkan barangan yang mahal-mahal. Dan ada banyak kehendak lain bila kita mula nampak ada jualan murah. Alasannya, ‘bila lagi akan ada sale’.
Demi mengumpul duit, anda perlu bijak untuk tahu apa yang penting dan apa yang tidak. Kurangkan perbelanjaan yang tidak perlu terutamanya untuk membeli baju. Fesyen sentiasa berubah dan anda akan sentiasa ‘terikat’ untuk berada dalam trend. Lebih baik berjimat supaya satu hari nanti anda boleh gunakan untuk memiliki apa yang anda mahu. Atau, tetapkan bajet bulanan untuk baju. Mungkin RM50 sebulan?
4. Jangan buat pinjaman
Adalah satu kesalahan besar sekiranya anda membuat pinjaman untuk perkahwinan. Memang mudah untuk mendapat kelulusan tetapi anda akan terikat untuk membuat bayaran balik untuk jangka masa panjang. Ikutlah kemampuan diri dan jangan membazir. Tak ada salahnya membuat majlis kecil-kecilan. Bukan orang luar akan bantu anda untuk bayar balik pinjaman itu nanti.
Ads
Untuk barang hantaran, beli barangan yang tak berjenama pun tak apa. Sekarang kan trend gubahan hantaran di dalam kotak. Tak ada siapa pun yang akan sibuk-sibuk untuk melihat isi kandungan barang hantaran itu nanti.
5. Simpanan ‘terpaksa’
Pastikan anda membuat tabungan 20% daripada gaji diterima. Bukan apa, tabungan paksaan ini nanti boleh menjadi kesenangan buat anda di masa hadapan. Simpanan paksa ini juga boleh menyekat anda daripada membuat pembaziran dalam perkara-perkara yang tidak penting. jika anda boleh membuat simpanan paksa lebih daripada 20%, itu lebih baik!
Jadi, segalanya ada di tangan anda. Tak perlu turutkan sangat kata hati dan bimbang apa kata orang lain. majlis kecil-kecilan pun sudah cukup bermakna apatah lagi dikelilingi sahabat dan keluarga terdekat.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bunga sangat identik dengan wanita. Bahkan, elemen ini memegang peranan penting dihari pernikahan,persandingan mahupun pertunangan. Pemilihan bunga yang tepat adalah kunci keindahan perkahwinan anda kelak.
Memilih bunga tangan yang sesuai dengan peribadi dan citarasa bukanlah mudah, gandingan variasi bunga daripada pelbagai saiz dan warna nyata menyerlahkan keindahan bunga tangan ini. Mungkin dengan rujukan yang disediakan oleh Sweetpictures ini dapat membantu anda dalam memilih bunga tangan yang tepat. Jom kita lihat antara Top 5 pembuat bunga tangan ini!
Hubungan cinta jarak jauh pasti membebankan bagi sesetengah pasangan. Rasa rindu yang cukup mendalam antara satu sama lain amat mendalam kerana jarang sekali untuk bertemu atas urusan yang tidak dapat dielakkan.
Perasaan jadi tidak menentu dan ada kalanya menimbulkan persoalan adakah si dia disana setia dan masih mencintai. Mungkin anda sendiri pernah mengalami perasaan ini hingga menjadi tidak keruan akibat rindu yang berlebihan. Jom pengantin kongsikan 5 tip pengubat rindu bagi anda yang menjalinkan hubungan cinta jarak jauh!
1. TERUS BERHUBUNG
Biar hanya seketika pastikan anda berdua akan terus berhubung setiap kali sebelum menamatkan hari-hari anda. Skype, Google Talk atau panggilan sekadar lima minit pun memadai mahupun hanya ucapan selamat malam. Ini bukti cinta anda masih utuh buatnya.
Namun usah lakukan kerana terpaksa dan pastikan anda sentiasa ada setiap kali si dia mahu berkongsi cerita. Selagi pasangan anda masih mahu berhubung maknanya si dia masih lagi serius untuk meneruskan hubungan yang dijalin walau jarak waktu dan masa memisahkan anda berdua.
2. EKSPRESIKAN PERASAAN BUAT SI DIA
Sedangkan pasangan yang sering bersama pun kadang sukar untuk menyatakan perasaan sebenar apatah lagi mereka yang bercinta jarak jauh. Namun ada cara bagaimana anda boleh memperbetulkan situasi ini. Dr. Gary Chapman menerusi artikelnya ‘The Five Love Languages for Singles’, menyatakan cara terbaik meluahkan perasaan adalah dengan pemilihan kata dan ayat yang betul kepada pasangan anda.
Usah mudah terlarut emosi ketika menyatakan sayang atau rindu kerana itu belum tentu akan membuat pasangan anda selesa malah lebih teruk merimaskan. Apa yang boleh dilakukan, hantarkan kiriman kata-kata pujangga cinta melalui e-mel berserta lagu yang tepat dengan perasaan anda ketika itu. Hal ini merupakan salah satu saluran yang boleh anda lakukan untuk mengekspresikan perasaan kepada si dia.
3. TULUS DAN SETIA
Syarat pertama harus jujur dan telus. Tiada apa yang boleh kekal lama tanpa ketulusan juga ketelusan dalam mengukuhkan sesuatu perhubungan. Jika syarat ini tidak berjaya dipegang kedua-dua belah pihak maka kasih dijalin hanya sekadar di permukaan, sama ada kerana takut putus atau sekadar bermain tarik tali.
Dr. Greg Guldner, pengarang ‘Long Distance Relationship : The Complete Guide‘ menyatakan 70% daripada pasangan yang mengalami epidemik cinta sebegini selalunya gagal dalam mempertahankan perhubungan kerana tidak mampu membiasakan diri dengan perubahan yang berlaku bila berhadapan dengan situasi baru ini.
4. BERIKAN KEJUTAN
Kejutan manis buat si dia adalah perkara yang sentiasa boleh anda fikirkan. Tidak salah wang yang anda laburkan setiap kali keluar bersama dulu dikumpul dan gunakan untuk memberi kejutan dengan mengunjungi si dia yang jauh. Hal ini pasti saja akan memberi keterujaan kepada pasangan selain menjadi bukti sayang kepada si dia.
Jika masih belum mampu untuk melakukan perkara tersebut banyak kejutan lain boleh diberi seperti mengirimkan CD band tempatan kegemarannya atau membuat kolaj memori, kompilasi komunikasi anda berdua di media sosial seperti Yahoo Messenger dan jadikannya satu himpunan seakan cerpen. Pasti akan membuat si dia tersenyum kembali ketika membacanya.
5. RAIKAN MASA SENDIRI
Cipta hobi serta minat baru agar masa lapang yang selalunya anda habiskan bersama si dia terisi. Dekatkan diri dengan aktiviti kesukaan anda seperti membeli-belah, bersukan atau meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan anda.
Aktiviti begini mampu menukar duka sendiri anda selain memberi pengalaman berbeza ia juga pasti akan membikin si dia ingin tahu lebih lagi tentang aktiviti yang anda lakukan. Elakkan dari bersendirian dan ia boleh menyebabkan anda sentiasa teringatkan si dia. Penuhi hari demi hari anda dengan aktiviti berfaedah dan boleh menceriakan hari anda!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Mengupah jurugambar untuk majlis anda tentunya satu benda yang wajib dan berbaloi.
Jurugambar ini akan memastikan anda dan pasangan anda kelihatan ‘wow’ dalam gambar dengan pose yang menarik dan romantis yang boleh anda cuba bersama pasangan.
Gaya yang kelakar dan spontan juga dilihat menjadi antara pose yang menarik buat pasangan mempelai disamping effect dan suasana latar belakang yang indah. Kami kongsikan kepada anda antara idea gaya untuk anda pose dalam gambar kahwin anda.
Spontan habis gambar pasangan pengantin. Korang pun boleh try dengan pose yang berbeza.
Memang kreatif betul gambar-gambar yang diambil. Korang pun boleh cuba dengan pasangan korang !
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!