Cerita bab persediaan kahwin zaman sekarang, banyak menakutkan anak muda kini. Bukan apa, bajet yang digunakan bukan sikit-sikit. Makan belas-belas ribu ada di antaranya makan puluh ribu. Untuk setahun dua menyimpan, bukan mudah jika tidak dapat bantuan dari keluarga dan saudara mara yang membantu. Hafiz Aamirul, kongsi di twitter bebenang buat mereka yang bakal berkahwin dan masih tak cukup duit lagi.
Ads
Ramai Yang Menyesal tak buat tabung awal-awal
Ads
Ads
Jangan bergantung dengan satu pendapatan
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Lain tempat, lain cara. Ada di sesetengah tempat yang tok kadi sudah sedia dengan beberapa soalan untuk di soal kepada pihak pengantin lelaki untuk di jawab sebelum saat akad dilakukan. Ini 8 soalan yang berpotensi tok kadi tanya pada waktu akad nanti.
1.Dua kalimah syahadah beserta maksud
2. Bacaan Al-Fatihah
3. Istighfar
4. Doa Qunut dan hukumnya jika tertinggal di dalam solat subuh
5. Rukun Iman & Rukun Islam
6. Rukun Nikah
Pengantin Lelaki
Perempuan yang ingin dikahwininya itu bukanlah mahramnya.
Islam, baligh, berakal
Tidak berada dalam ihram atau umrah
Tidak dipaksa kahwin
Tidak beristeri lebih dari 4 orang
Pengantin Perempuan
Islam
Tidak berada dalam ihram haji atau umrah
Bukan isteri kepada seseorang
Tidak berada dalam iddah
Akad (Ijab & Qabul)
Lafaz yang digunakan mestilah lafaz khas yang membawa maksud nikah atau kahwin serta tidak diselangi dengan perkataan yang lain dari maksud nikah atau kahwin di antara ijab dan qabul.
Tidak boleh diselangi dengan diam yang lama antara lafaz ijab dan qabul.
Lafaz ijab dan qabul membawa maksud yang sama.
Had atau tempoh masa perkahwinan tidak boleh dinyatakan dalam lafaz ijab dan qabul.
Wali
Islam, baligh, berakal
Merdeka
Tidak berada dalam ihram atau umrah
Bukan seorang lelaki yang fasik
2 orang saksi
Islam, baligh, berakal
Merdeka
Boleh melihat dan mendengar dengan baik
Tanggungjawab wali bukan ke atasnya
7. Lafaz niat mandi hadas
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pasti mengimpikan hubungan yang bahagia dan harmoni. Sikap saling mempercayai perlu ada dalam diri masing-masing dalam memastikan rumah tangga sentiasa dalam keadaan yang baik. Namun, anda juga pasti tidak dapat lari dari perselisihan faham dengan pasangan.
Ia dianggap perkara biasa dalam perhubungan. Perkara tersebut dapat mematangkan lagi hubungan bersama pasangan sekaligus membentuk rumah tangga yang lebih kukuh. Pasangan yang telah menemui kunci kepada kebahagiaan dalam hubungan akan menjadikan cinta mereka sentiasa kuat, lebih menyeronokkan dan setiap hari bagaikan hari baru yang penuh dengan bunga-bunga cinta.
Pesona Pengantin senaraikan 5 ramuan cinta untuk anda miliki hubungan rumah tangga yang bahagia dan harmoni.
Sikap yang ceria selalu membawa kebahagiaan dan emosi yang positif. Ramai yang inginkan pasangan yang bersikap ceria dan positif dalam kehidupan mereka. Sebaliknya pula dengan sikap tidak puas hati yang berterusan, sentiasa mengadu, kuat berleter akan memberikan emosi negatif dan seterusnya akan merosakkan hubungan dengan pasangan.
Anda mesti kekal positif dan jangan biarkan pasangan anda merasa sedih. Sentiasa optimis kerana anda dan pasangan anda boleh menempuhi apa sahaja asalkan anda mempunyai antara satu sama lain. Anda boleh buat jenaka tentang kegagalan anda, ketawa bersama , buat kesimpulan dan move on!
Anda mahu menjadi lebih baik daripada diri anda sendiri. Anda sembunyikan kesilapan lama anda dan anda sorokkan cerita yang anda ingin lupakan tetapi sebenarnya anda tidak perlu untuk menjadi sempurna. Jadilah diri anda sendiri. Ramai yang suka bersembunyi di sebalik topeng, takut untuk menunjukkan pada orang lain diri mereka sendiri.
Bersembunyi adalah perbuatan yang meletihkan dan hubungan anda bersama pasangan anda tidak jujur dan akhirnya akan merumitkan. Amat penting sekali untuk anda menjadi ikhlas dan tidak takut untuk menunjukkan kepada pasangan anda apa yang anda rasa. Pasangan anda adalah orang yang paling dekat dengan anda. Jika anda punya masalah, segeralah meluahkannya. Langkah pertama untuk menyelesaikan masalah adalah melalui perbincangan.
Jangan asyik nak berkepit dengan pasangan anda 24 jam. Jangan halang hobi pasangan anda dan jangan sesekali abaikan hobi anda juga. Anda jatuh cinta dengan pasangan anda kerana caranya dan dia juga jatuh cinta dengan cara anda dan terima semua hobi dan tabiat anda. Melakukan pengorbanan adalah sia-sia.
Tiada siapa yang akan menghargainya. Pasangan anda tidak perlukan pengorbanan dan tidak mahu mendengar celaan anda. Anda dan pasangan anda cuma perlu bahagia bersama. Anda dan pasangan anda perlu membawa perkara yang baru dan menarik ke dalam hubungan anda. Jangan rosakkan apa yang anda sudah punyai.
Pasti ada di satu hari kita akan mengalami hari yang buruk sehinggakan ia mampu menghilangkan mood. Sekiranya hari itu tiba, berikan pasangan anda sokongan anda. Tunjukkan kepada pasangan anda yang anda ambil berat tentang mereka. Ia tidaklah sukar dan pasangan anda pasti akan merasa lebih baik.
Pastikan anda berikan perhatian kepada kehendak dan keperluan pasangan anda. Anda hendaklah sedar bahawa pasangan anda bukanlah bayangan diri anda mahupun harta anda. Anda perlu menghormati pasangan anda tidak kira jika pasangan anda berbeza dari diri anda.
Ia amat penting untuk mengingatkan pasangan anda betapa anda menghargai semua tentang dirinya untuk anda. Bersyukurlah walaupun untuk perkara-perkara kecil. Jangan sia-siakan apa yang Allah sudah kurniakan untuk anda. Beritahu pasangan anda betapa anda menghargai setiap perkara dalam perhubungan anda.
Tunjukkan kepada pasangan anda betapa anda memerlukan dia dan jangan teragak-agak untuk menunjukkan kasih sayang anda kerana ia amat penting untuk membina hubungan yang mendalam dan kuat di antara anda berdua. Buat pasangan anda merasa istimewa.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap majlis perkahwinan akan menjadi lebih berseri dengan adanya pemberian barang hantaran. Bagi bakal pengantin, pastikan anda jangan ambil mudah dengan jumlah dan senarai barang hantaran yang ingin anda sediakan. Berbincanglah terlebih dahulu dengan pasangan dan keluarga tentang pemberian barang hantaran ini agar tidak timbul masalah di kemudian hari.
Malah jangan sesekali anda berhasrat untuk membuat kejutan kepada pasangan, bimbang nanti anda pula yang terkejut! Bukan itu sahaja risau juga jika hantaran yang anda sediakan sama dengan warna hantaran yang pasangan sediakan, ataupun jumlah hantaran lelaki jauh lebih banyak daripada hantaran perempuan! Dari sinilah tetamu boleh menilai kemuafakatan dan kata sepakat bakal pengantin.
SENARAI BARANG HANTARAN YANG RINGKAS
Kalau ikutkan adat, bilangan dulang hantaran adalah ganjil. Dan pihak perempuan pada kebiasaannya akan menghadiahkan lebih dua dulang berbanding hantaran pihak lelaki.
TIP PENTING: Elakkan daripada membeli barang-barang hantaran yang terlalu besar kerana ia menyukarkan untuk menggubahnya, apatah lagi kebanyakan dulang hantaran bersaiz sederhana dan kecil. Sebaiknya, pilihlah saiz beg tangan yang sederhana atau kecil.
CONTOH HANTARAN PIHAK PEREMPUAN KEPADA PIHAK LELAKI
TIP PENTING: Anda boleh menggabungkan antara satu hingga tiga warna barang hantaran dan tema warna hantaran. Jangan terlalu banyak warna ye, bimbang nampak berkecamuk dulang hantaran anda.
CONTOH HANTARAN PIHAK LELAKI KEPADA PIHAK PEREMPUAN
TIP PENTING: Sekiranya anda bercadang untuk memberi buah-buahan sebagai salah satu dulang hantaran, pilihlah jenis dan warna buah-buahan yang sesuai dengan tema warna hantaran anda. Memadai jika anda memilih satu hingga tiga jenis buah saja. Jumlah buah-buahan biarlah tidak terlalu banyak bagi mengelakkan dulang hantaran menjadi terlalu berat.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...