Nak kahwin Tapi Duit Tak Cukup? Ikut 5 Panduan Ini Dahulu

Share

Bagi mereka yang ingin melangsungkan perkahwinan syabas di ucapkan, dan bagi mereka yang ingin melangsungkan perkahwinan tetapi tidak cukup bajet jangan risau anda boleh mula menyimpan dari sekarang.

Anda cuma perlu beberapa tips penting sahaja sebelum melangkah ke alam perkahwinan agar semuanya berjalan lancar.

  • Mula lebih awal

Kepada pasangan muda diluar sana yang sudah bertemu jodoh, anda dinasihatkan     untuk mencatat dahulu perbelanjaan anda setiap bulan. Kalau boleh sediakan satu buku nota untuk anda senaraikan keperluan perbelanjaan penting setiap bulan. Buku nota lebih memudahkan anda untuk mengira dan mengesan bajet bulanan anda kerana segalanya telah tercatit.

  • Perempuan juga perlu bertanggungjawab

Bila cakap saja mengenai simpan duit untuk kahwin, mesti ramai yang menunding jari ke arah lelaki. Sebenarnya tidaklah hanya lelaki sahaja yang bekerja keras untuk mencari duit, perempuan juga perlu memainkan peranan. Kerana duit yang di kumpul ini akan digunakan bersama, bukankah itu lebih bagus? Jangan bebankan hanya pada sebelah pihak sahaja.

  • Kerja ‘Part time’

Untuk anda yang mahukan pendapatan sampingan boleh lah buat kerja part time untuk membantu sedikit sebanyak kos perbelanjaan anda untuk persiapan kahwin. Walaupun untungnya tidak besar, sekurang-kurangnya ada juga duit lebih untuk ditambah ke dalam tabung simpanan kahwin anda.

  • Ikut Kemampuan

Sesebuah majlis perkahwinan itu seharusnya tidak dari segi lokasinya, pelamin atau sebagainya.Biarlah majlis itu diadakan bersederhana asalkan meriah kerana dapat bertemu rakan-rakan dan saudara mara yang jauh. Ya betul, tidak salah untuk anda impikan majlis anda seperti puteri raja, tapi jika kemampuan anda setakat itu maka biarlah ia kena dengan bajet anda.

  • Tahan Nafsu

Perempuan dan shopping memang tidak dapat di pisahkan lagi-lagi bila berjalan di mall dan lihat perkataan SALE besar-besaran. Mahu jadi gila ya, sebab itu anda perlu tahan sedikit nafsu untuk menyimpan pada majlis anda yang akan datang.

 

IKLAN