Perkahwinan bukanlah seindah dongeng Cinderella seperti yang diimpikan oleh setiap insan. Dan ia juga bukanlah dongeng duyung yang berakhir dengan kesepian. Perkahwinan ialah penyatuan jiwa dan telolet kebahagian untuk insan yang berjiwa ikhlas dalam menerima.

Apabila berbicara tentang perkahwinan semua menganggapnya indah, namun sedarkah mereka dalam sesebuah perkahwinan ada turun naiknya. Perkahwinan pada usia muda sudah menjadi kebiasaan di negara kita. Perkahwinan pada usia muda banyak berlaku di kalangan orang Melayu sendiri berbanding dua etnik utama yang lain di negara ini. Agak menyedihkan apabila kajian yang sama mendapati keadaan itu wujud kerana pasangan dibelenggu nafsu semata mata.

IKLAN

Persoalannya, adakah berkahwin dalam peringkat usia yang masih muda atau dalam umur belasan tahun masa yang sesuai untuk mendirikan rumah tangga? Adakah mereka sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang ketua keluarga, suami dan isteri serta sebagai ibu bapa setelah dikurniakan cahaya mata?

IKLAN
IKLAN

Kurangnya ilmu pengurusan rumah tangga juga menjadikan perceraian di kalangan kaum Melayu lebih tinggi berbanding kaum lain di negara ini. Perkahwinan adalah sesuatu yang indah. Ibarat syurga di dunia jika bijak melayarinya. Tetapi ada yang kekal dalam perkahwinan dan ada yang bercerai. Malah yang paling mengejutkan ada yang baru berkahwin juga sudah bercerai. Apabila berlaku perkahwinan singkat atau berkahwin untuk beberapa hari, maka ramai yang menuding jari ke arah mereka yang berkahwin di usia muda. Ini kerana pada mereka golongan yang berkahwin pada usia muda tiada ilmu rumah tangga, tidak mempunyai kewangan yang kukuh, tidak sabar dan seumpanya. Bila bertengkar pasti bercerai.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI