Pada zaman sekarang, dah tak ramai yang menggunakan sesi taaruf ini dengan cara yang betul. Sebaiknya, inilah satu cara yang boleh anda gunakan untuk mengenali bakal jodoh anda. Baca ini agar anda tahu apa yang sepatutnya dilakukan.

—————————————————————————————————–

 

Saudaraku, jangan mudah untuk kau mengatakan ta’aruf dengan seseorang.

Fahami duhulu apa erti ta’aruf itu sebenarnya sebelum kau berani mengatakannya.

Jangan dikotori sucinya makna ta’aruf itu sendiri, sebuah syariat harus ditegakkan untuk itu lebih baik diam jika belum sedia untuk menjalaninya.

Mampukah setiap dari kita memikul semua perasaan cinta dan kasih sayang yang benar-benar sesuai dengan syariat?

Cinta harus diuruskan dengan baik, terutama cinta pada Allah SWT, Rasulullah SAW, cinta terhadap orang-orang soleh dan beriman.

Jadi tidak harus memberi cinta secara murahan atau bahkan melanggar syariat Allah SWT.

Bagaimanakah ciri – ciri  ta’aruf Islami yang sebenar dalam mencipta rumah tangga?

Disini adalah sesi Bertaaruf yang dianjurkan:

 

1. Melakukan Istikharah dengan sekhusyuk-khusyuknya

Setelah anda mendapatkan data dan foto, lakukanlah istikharah dengan sebaik-baiknya, agar Allah SWT memberikan jawapan yang terbaik.

Ads

Dalam melakukan istikharah ini, janganlah ada kecenderungan pada calon yang diberikan kepada kita. Tapi ikhlaskanlah semua keputusannya pada Allah SWT.

Luruskan niat kita, bahawa kita berkahwin atas alasan benar-benar ingin membentuk rumah tangga yang sakinah mawaddah warohmah.

Seseorang biasanya akan mendapat sesuatu sesuai dengan apa yang diniatkannya.

 

2. Mewujudkan pertemuan kali pertama

Setelah maklumat peribadi diperolehi, maka perlu wujudkan sebuah pertemuan yang diatur oleh murabbi pihak masing-masing.

 

Baca ni Hati Suami Mana Yang Tak Panas Kalau Si Isteri Sering Lakukan 5 Benda Ini! – Pesona Pengantin

 

3. Gali pertanyaan sedalam-dalamnya

Setelah bertemu, hendaklah didampingi murabbi masing-masing, lalu saling bertanya sedalam-dalamnya, dari maklumat peribadi, keluarga, hobi, penyakit yang diderita, visi dan misi tentang rumah tangga.

Ads

Biasanya pada tahap ini, baik perempuan mahupun lelaki agak malu-malu dan gementar, maklumlah sebelum ini tidak kenal.

Tetapi dengan berjalannya waktu, semua akan menjadi lancar.

Peranan pembimbing juga sangat diperlukan untuk mencairkan suasana.

Jadi, suasana tidak akan menjadi kaku dan terlalu serius.

Diperlukan suasana humor, santai namun tetap serius.

Pihak lelaki mahupun perempuan harus bertanya sedalam-dalamnya, jangan disembunyikan.

Pada tahap ini, biasanya pertanyaan-pertanyaan pun akan mengalir.

 

Ads

4. Menentukan waktu Bertemu dengan keluarga perempuan

Setelah melakukan ta’aruf dan menggali pertanyaan-pertanyaan sedalam-dalamnya, dan pihak lelaki merasakan adanya keserasian visi dan misi dengan calon perempuanP, maka pihak lelaki pun harus segera untuk melakukan ta’aruf ke rumah pihak perempuan, untuk berkenalan dengan keluarganya.

Namun ingat, pihak lelaki  jangan datang seorang diri,  untuk menghindarkan fitnah dan untuk membezakan dengan orang yang bercouple.

 

5. Keluarga pihak lelaki  mengundang silaturahim pihak perempuan ke rumahnya

Dalam hal perkahwinan , adalah wajar jika orang tua pihak lelaki  ingin mengenal calon menantunya.

Sebaiknya ketika datang ke rumah pihak lelaki, pihak perempuan juga tidak bersendirian, untuk menghindari terjadinya fitnah.

6. Menentukan Waktu Meminang

Setelah terjadinya hubungan silaturahim dikedua belah pihak, dan sudah ada keserasian visi dan misi dari pihak lelaki dan perempuan,  juga dengan keluarganya, maka janganlah tunggu lama-lama.

Segeralah menentukan waktu untuk mengkhitbah akhwat (memimang/melamar pihak perempuan).

Jarak waktu antara ta’aruf dengan pertunangan, sebaiknya tidak terlalu lama, kerana takut menimbulkan fitnah.

7. Tentukan waktu dan tempat pernikahan

Pada prinsipnya semua hari dan bulan dalam Islam adalah baik.

Jadi hindarkanlah mencari tanggal dan bulan baik, kerana takut jatuh ke arah syirik.

Lakukan pernikahan sesuai yang dicontohkan Rasulullah SAW, iaitu sederhana, mengundang anak yatim, memisahkan antara tetamu lelaki dan wanita, pengantin wanita tidak bertabarruj (berdandan), makanan dan minuman juga tidak berlebihan.

Semoga dengan menjalankan ciri – ciri  ta’aruf secara Islam di atas, Insya Allah akan terbentuk rumah tangga yang sakinah mawaddah warahmah…

Yang menjadi dambaan setiap keluarga muslim baik di dunia mahupun diakhirat.

Sumber :akuislam.com

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI