Siapa yang tidak mahu miliki kulit yang halus dan mulus seperti orang Korea kan? Kulit orang Korea yang bersih sering dijadikan inspirasi buat wanita di negara kita.

Tahu tak, sebenarnya tidak susah pun jika anda mahu miliki kulit seperti mereka. Cuma anda perlu ‘extra’ rajin untuk menjadikan ia sebagai rutin harian. Caranya hanyalah dengan melakukan ‘7 skin method’.

Ayuh kita baca perkongsian oleh Herry Rozular menerusi laman Facebook miliknya tentang ‘7 skin method’ ini.

Nak Miliki ‘Glass Skin’ Macam Orang Korea, Cuba Buat ‘7 Skin Method’ Ini

Apa itu ‘7 skin method’?

7 skin method ni satu teknik paling orang Korea suka buat. “Skin” di sini merujuk kepada toner (kadang-kadang diorang pakai essence dalam method ni). So maksudnya? Yes maksudnya 7 layer toner diorang pakai. Tapi ada cara dia sendiri lah nak pakai. Cara pakai dia, tuang sikit je toner lepas tu korang dab dab ke muka dan ulang sampai 7 kali! Tak melekit ke? For me, abam dah cuba buat seminggu dan so far memang puas hati sebab bangun pagi memang skin nampak fresh je.

IKLAN

Kenapa sampai 7 layer?

Okay dia punya konsep diorang cakap if kita pakai product, tak sempat kulit kita fully absorb lagi product tu, dia dah pun tersejat atau tak masuk-masuk pun dalam kulit kita, just stay kat permukaan je kulit je. Thats why dia buat sampai 7 kali nak make sure memang skin dapat semua goodness dari product kita pakai tu. Serius if stay buat confirm nak dapat “glass skin” macam geng Korean ni memang tak mustahil lah.

Nak Miliki ‘Glass Skin’ Macam Orang Korea, Cuba Buat ‘7 Skin Method’ Ini

IKLAN

Sesuai untuk kulit kering

If skin dehydrated, korang memang disarankan untuk buat benda ni. If skin kita punya hydration cukup percayalah masalah-masalah macam jerawat, kusam tu tak muncul pun. Penting actually kita nak kena seimbangkan level of hydration skin kita. Tapi depends la, if pemalas taknak buat pun takda masalah tapi so far saya sndiri memang suka dengan 7 skin method ni. Bangun pagi memang muka nampak glow fresh je. Ingat, nak buat benda ni tuang sikit je atas tapak tangan dan dab dab dab sampai la 7 kali. If baru-baru nak try, buat 3 step pun dah okay je tp abam biasa la alang-alang dah buat tu baik sampai 7 terus

Lepas seminggu buat benda ni apa yang abam boleh perhatikan kat skin sendiri ialah kulit makin lembut, glow, kulit nampak segar.

IKLAN

Pantang larang: Toner yang ada alcohol untuk drykan jerawat/control oily skin tak digalakkan buat.

Pemilihan toner: Cari toner yang hydrating contohnya macam Hada Labo, Innisfree Green Tea, The Body Shop Vitamin E Hydrating Toner dan apa-apa sahaja brand yang hydrating.

Selamat mencuba!

Kredit: Herry Rozular

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI