Kahwin dengan jodoh pilihan hati memang seronok. Kita tahu kenapa dia jadi pasangan kita. Kita rasa serasi, itu yang pasti. Kalau tengok balik, bila kita berkahwin dengan orang yang sayangkan kita lebih dari kita sayangkan dia, dia selalu buat kita rasa special.

 

Bercerita melalui pengalaman bersama arwah suami, Puan Amiza Amiruddin menulis panjang lebar tentang sebuah perkahwinan. Manisnya momen itu…

 

Satu pesan akak pada yang belum berkahwin, kahwinlah dengan orang yang menyayangi kita lebih dari kita sayang dia.

 

1. Apabila dia sayang kita lebih dari kita sayang dia, kita akan tak tersakiti. Kerana dia sangat menghargai kita.

2. Bila kita lebih sayang, kita akan lebih mudah kecewa. Kerana harapan kita melebihi apa yang kita dapat. Kita saja yg akan effort lebih tapi si dia tidak sama.

3. Apabila dia lebih menyayangi kita, dia akan “melenturkan” kita, kerana kita tahu dia berbuat apa saja untuk kita. Kita jadi lembut hati, jadi lebih banyak bersabar kerana sikapnya yang penyayang pada kita.

4. Dia “tahan” dengan kerenah kita, kerana kasih sayang dia yang terlalu dalam untuk kita, dan apabila dia tegur pun, penuh dengan kasih sayang terhadap kita.

IKLAN

5. Dia menerima kita seadanya, kerana dia kenal dan cintai kita, juga pada segala kebaikan dan kelemahan kita. Kita tak perlu pura2 jadi orang lain dihadapannya, kerana kita inilah yang dia sayang. Bukan orang lain.

=====

Ini dari pandangan peribadi akak saja ya. Mungkin lain orang lain pendapatnya.

Syukur, akak ada pengalaman berkahwin dengan arwah suami; lelaki terbaik yang amat menyayangi akak, dan membuatkan akak sangat bahagia sepanjang bersama arwah.

Dan akak juga pernah merasa pengalaman menyayangi orang lain melebihi orang tu sayang akak, memang sangat berbeza.

IKLAN

Ingat – dia sayang kita lebih dari kita sayang dia, bukan bermaksud kita tak sayang dia. Kita sayang sangat pada dia. Tapi sayang dia pada kita, lagi lebih.

Arwah suami akak, lelaki terbaik yang akak cintai, dan dia memang sayangkan akak, tahan segala manja akak, kerenah akak, dan itulah yang buatkan akak jatuh cinta setiap hari dengan arwah.

Kalau bergaduh, dia akan banyak sabar. Tak sama2 mencela dan provok, dan melihat kesabaran dia tu, akak sendiri akan jadi lembut hati.

Bila sampai momen akak mohon maaf atas kadang-kadang keras kepala akak, dia hanya senyum, sambil kata..” I memang sayang U, U camana pun, I memang dah terima U seadanya…”

Sungguh, dalam rumah tangga, kita akan selalu diuji. Kalau tak sabar, kalau tak sayang, mudah sangat goyah dan rapuh.

IKLAN

Akak banyak belajar erti sabar dari arwah. Dia tak perlu meninggi suara, paling-paling pun dia akan kata…” sayang..cukup tu…” tegas tapi lembut.

Akak pula masa darah muda, memang ada masa hot tempered saja kan waktu tu. Tapi bila tengok bagaimana arwah menunjukkan contoh baik pada akak, sekaligus akak rasa malu untuk berkelakuan buruk begitu. Dan secara perlahan-lahan akak berubah, untuk arwah.

Suami yang terbaik, adalah ketua keluarga yang mampu mempengaruhi ke arah yang lebih baik.

Walaupun hanya sekejap dipinjamkan untuk akak, akak bersyukur, kerana pernah merasa nikmat mencintai dan dicintai suami tersayang.

Dan kerana itulah, sudah 13 tahun arwah pergi dijemput Illahi, tidak mudah untuk mencari pengganti. Dan akak selesa begini. Kerana kasih dan sayang dalam hati akak untuk arwah, akan selamanya dalam hati hingga nafas terhenti.

Al fatihah buat arwah suami tercinta. Semoga Allah cucuri setinggi rahmat buat arwah Harris Izham.

Amiza Amiruddin,
Hargailah orang tersayang sementara masih ada…

#PastiAdaHiqmah

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI