Kehidupan kita akan berubah apabila mendirikan rumah tangga. Kita akan menerima keluarga baru yang semestinya tidak sama dengan keluarga kita sendiri. Jika dengan ibu bapa kita, tentu mereka sudah faham dengan perangai kita. Tetapi berbeza dengan keluarga mentua. Mereka belum kenal diri kita sepenuhnya dan jangan lupa ditunjuk sikap buruk kita di hadapan mereka. Takut terkejut pula mereka nanti.
Untuk memiliki keberkatan dalam rumah tangga, redha ibu bapa dan mentua adalah penting. Jangan biarkan ibu bapa kita dan mentua kita terasa dan berkecil hati dengan sikap kita. Sedikit sebanyak, ia akan mengganggu keharmonian rumah tangga kita bersama pasangan.
Hormatilah ibu bapa mentua sama seperti kita menghormati ibu bapa kita. Redha mereka penting dan jika mereka senang hati, insyaAllah rezeki anda dan pasangan juga akan melimpah ruah. Ingat, berkahwin dengan anak mereka bermakna anda juga perlu berkahwin dengan keluarganya.
Kami kongsikan beberapa tip untuk membina hubungan yang baik dengan mentua.
Ads
1. Hormati Mentua
Mereka ibarat ibu bapa kita sendiri. Hormatilah mereka sebaiknya dan jangan sesekali cipta jurang dengan mereka. Layani mereka dengan adil. Bercakaplah dengan lembut dan sentiasa letakkan mereka di atas.
Ads
2. Sayangi Mentua
Sayangi mereka seperti anda sayangi diri anda sendiri. Jangan beza-bezakan mereka dan jangan sesekali membandingkan mereka. Setiap ibu bapa ada cara tersendiri untuk mendidik anak-anak mereka.
Ads
3. Terima Teguran Mentua
Terima setiap teguran mereka dengan baik. Janganlah anda bertindak keras kepala dan melawan setiap teguran mereka. Anggap sahaja teguran mereka itu sebagai cara untuk memperbaiki diri anda ke arah yang lebih baik.
sekadar gambar hiasan
4. Sentiasa Mengalah
Janganlah bertengkar dengan mentua sendiri. Sentiasalah mengalah walaupun anda kurang setuju dengan pendapat mereka. Tak rugi jika anda mengalah asalkan hubungan anda dan mentua tidak terjejas.
5. Berdamai Dengan Diri Sendiri
Sentiasa bersangka baik dengan mentua anda dan tepis jauh-jauh segala prasangka buruk anda. Sentiasa berfikiran positif. Cipta suasana tenang dalam diri anda sendiri dengan mendekatkan diri pada Allah.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebulan hilang 9kg. Tengok warna dia pon dah mengancam kan. Siapa-siapa yang berhasrat ingin menurunkan berat badan atau menjaga pemakanan. Makanan diet ringan ini sangat sesuai untuk anda. Malah, anda juga boleh mengamalkannya untuk waktu sarapan dan makan malam.
Sebenarnya ini lah menu paling mudah, ringkas, dan cepat anda boleh amalkan. Ia juga menyihatkan. Jom kita lihat cara buat dan menyediakannya. Selamat mencuba!
Oat 6 sudu bsr
Yogurt origenal 1@2 sudu bsr
Buah ( bole pelbagaikan)
Susu segar(low fat/full cream)
Madu 1sudu bsr
Setelah selesai. Simpan dalam peti sejuk lebih kurang 6jam. Ia memang lebih enak jika dimakan sejuk.
Kredit: Ros Amira Mamat
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dalam kehidupan berumah tangga ada pasang surutnya. Untuk suami dan isteri adalah penting dalam mengekalkan hubungan yang baik kerana anda akan membina keluarga bersama.
Pernah tak anda melihat pasangan yang seperti tiada apa masalah yang berlaku tiba-tiba anda dapat tahu mereka sudah bercerai. Malah, orang sekeliling juga merasa sayang dengan perhubungan tersebut.
Banyak faktor sebenarnya yang boleh menyebabkan perkara ini berlaku. Mungkin ini antara sebabnya.
1. Jadi orang lain untuk pasangan
Jika kita tersalah langkah untuk memberi kebahagiaan kepada pasangan kita seolah-olah telah menjadi orang lain untuk pasangan kita. Sememangnya kita mahu mengembirakan pasangan tidak kira sebelum mahupun selepas berkahwin. Akhirnya diri anda menjadi plastik untuk dirinya.
2. Sentiasa menurut kata-kata pasangan
Perkara ini akan terjadi apabila kita terlalu mengikut kata-kata pasangan kita sahaja. Apa yang disuruh itulah yang dibuat. Sebenarnya boleh sahaja ikutkan kata-kata mereka tetapi haruslah yang mendatangkan faedah dan kebaikan. Jangan pula terlalu mengikut sehingga boleh mendatangkan keburukan kepada anda dan untuk kesenangan dirinya sahaja. Bahaya.
3. Tidak berbincang mengenai masalah
Walaupun ada sesetengah pasangan nampak seperti sempurna dan tiada apa yang berlaku namun siapa sangka disebalik rumah tangga mereka penuh dengan kekurangan. Sebab itu pentingnya komunikasi dan perlunya perbincangan sekiranya anda berdua menghadapi masalah.
4. Sentiasa menghindari masalah
Bila kita hanya menurut kata-kata pasangan itu bermakna sebenarnya kita mahu menghindari daripada masalah. Jangan terlalu mahukan hubungan yang sempurna sehingga tidak mahu ada masalah. Mana ada hubungan yang tiada masalah, semua ada. Jadi jangan lari dari masalah.
5. Terlalu bersangka baik terhadap pasangan
Hal ini pun sering terjadi kerana terlalu bersangka baik dengan pasangan. Sehingga curang dengan anda pun masih tidak tahu! Berpada-padalah jika anda terlalu ingin bersangka baik dengan pasangan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sesekali rumah bersepah, suami kena faham dan isteri tak perlu gelabah. Ikut kemampuan diri uruskan rumah tangga dan jangan sesekalki ikut orang. Baru lah akan rasa bahagia buat rutin harian.
Bak kata Puan Intan Dzulkefli, lain orang, akan lain cara caranya. Ikut keselesaan pasangan masing-masing. Okay, jom lah baca perkongsian kali ini untuk faham situasi isteri sibuk menguruskan hal rumah tangga.
Kalau Rumah Bersepah, Ikut Keselesaan Suami
Jika suami kita jenis balik rumah, apabila buka pintu lihat meja masih kosong tanpa lauk pauk, rumah seperti tongkang pecah, isteri muka seperti hantu mak limah, anak-anak masih masam tak mandi tetapi dia masih senyum gembira lihat isteri dan anak-anak, alhamdulillah.
Namun, kita kena ingat, bukan semua isteri direzekikan suami yang bertimbang rasa sebegitu. Ada yang boleh naik angin jika buka pintu rumah dan lihat situasi begitu.
Banyak faktor penyebab. Mungkin juga sebab sudah terbiasa dididik dari kecil, ibunya serba serbi sempurna.
Kita boleh kata, ‘suami saya okay je kalau pergi kerja tanpa saya siapkan sarapan. Malahan dia yang selalu siapkan atau beli sarapan.’
Namun, ada suami orang lain, kepantangannya jika dia melangkah keluar tanpa ada sarapan di atas meja atau secawan kopi untuk diminum.
Adakah kita boleh kata, “minta cerailah! Suami kau tu bukan manusia, tetapi lembu.”
Tentunya tidak kan? Kasut kita tak sama. Toleransi kita tak sama. Latar belakang setiap orang tidak sama. Prinsip, penerimaan dan kepantangan tidak sama. Terimalah hakikat itu.
Saya pernah lihat, seorang suami, hanya untuk membasuh tangan pun menunggu isteri. Walhal bekas air itu bukannya jauh dari tangannya. Itu pun masih mahu disuruh si isteri menghulurkan padanya.
Istighfar juga saya melihat kelakuannya.
Reda Suami Itu Penting
Ya, si isteri perlu menyiapkan segala-galanya. Namun, si isteri jujur berkata sendiri dengan anak-anak lelakinya.
“Jangan buat macam ini dengan isteri kalian. Buatlah semuanya bersama-sama. Mak ni kes lain. Anggap je mak ni kes special.”
Maksudnya dia memang redha dan gembira melayan suaminya begitu. Namun tidak pula dia mahu budaya sedemikian dinormalisasikan dalam kalangan anak menantunya. Mungkin sebab dia sedar, ketahanan mental, emosi dan fizikal setiap wanita bukannya sama yang mana mungkin dapat menjejaskan sebuah keikhlasan.
Ada pasangan suami isteri yang saya jumpa memang semua hal dalam rumah tangga suami yang buat. Penat balik kerja dari kebun, dialah juga yang masak, angkat baju di ampaian, melipat baju, kemas rumah. Isterinya bekerja sebagai guru. Tetapi (insyaAllah) rumah tangganya bahagia sahaja. Si suami okay dengan isterinya dan meredhai isterinya, dia memang tak suka lihat isterinya bersusah payah, katanya.
Bagi isteri, keredhaan suami. Itu point paling penting. Suami ikhlas dan redha. Mereka okay dengan cara rumahtangga mereka. Walhal orang luar selalu mengutuk isterinya sebagai pemalas dan sebagainya.
Tetapi apa yang pasangan ini buat? Mereka buat tak endah komen orang lain. Rumah tangga kami, cara kami. Asalkan tak salah di sisi agama, kita proceed.
Isteri Buat Semua Benda
Ada pasangan pula seperti yang saya ceritakan di atas tadi. Serba serbi semua isteri yang buat. Kuku pun isteri yang potongkan. Sudahlah alatan rumah semuanya tradisional, hinggakan mahu menggulai pun perlu kait sendiri buah kelapa sampailah mesin, memerah santan semuanya secara manual. Tetapi tidak pula isteri ini merungut. Memang semuanya dilakukan dengan rela dan ikhlas, walau mungkin ada wanita yang komen, ‘dah macam hamba abdi!’
Ada pula yang sejak sah ikatan nikah, semua hal berkongsi bersama. Baik kerja rumahtangga mahupun hingga menguruskan anak-anak, semuanya dilakukan bersama-sama. Sangat kontra kan?
Jadi, rumahtangga yang mana yang paling bagus antara semua ini? Jawapannya? Rumahtangga yang saling meredhai dan diredhai, saling membahagiakan kedua pihak suami isteri. Sebab rumahtangga ini didasari atas dua jiwa.
Jika cara sedemikian dipersetujui, diredhai bagi keduanya, siapalah kita sebagai orang luar mahu komen itu ini. Kita ada cara masing-masing.
Jika rumah tangga kita begini, itu rumah tangga kita, bukannya rumah tangga mereka. Cukuplah kita faham itu serta belajar hormat cara dan prinsip orang lain.
Dulu, saya juga sejenis yang cepat juga melenting andai terbaca bab-bab merajakan orang lelaki ni. Namun, sekarang sudah slow sikit. Mungkin atas faktor melihat dari sudut pandang berbeza.
Jika semuanya okay, then ‘go on’ dengan cara kita walau orang lain kritik begitu begini. Hal ini kerana, keikhlasan dan rasa bahagia yang lahir di dalam hati bukanlah boleh dibuat-buat.
Jalani hidup kita dengan cara kita sendiri, asalkan masih berpaksikan matlamat mengejar redha Ilahi. Sesungguhnya Allah Lebih Mengetahui apa di dalam hati – setiap dari kita.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...