Malu adalah antara sebab kenapa wanita jarang nak buat first move. Orang keliling pula akan terus label kita perigi mencari timba. Kalau nak tahu, lebih baik bertindak cepat dari terus pendam perasaan sebab kita tak tahu kalau-kalau si dia pun sebenarnya sedang memerhatikan kita.

 

Bukan senang nak luahkan perasaan apalagi nak beritahu lelaki idaman kita yang kita menyukainya. Ada lelaki memang cepat jatuh cinta dengan wanita yang suka berterus terang. Tapi ada juga yang sebaliknya. Kata orang, untung batu timbul, untung sabut tenggelam.

 

So, macam mana kita nak mulakan?

 

Delay 

Eh, kenapa pula nak tunggu-tunggu? Bila anda tahu si dia memang single, cepat-cepat luahkan isi hati anda. Beritahu padanya apa yang anda rasakan dan kenapa dia menjadi perhatian anda. 

 

IKLAN

Bukan nak suruh jadi tak tahu malu tetapi lebih baik meluahkan daripada terus simpan perasaan. Bila kena reject, jangan cepat mengalah. Malu? Tolak tepi dulu. 

 

Bersedia 

Takkan nak tackle orang yang kita suka macam tu je kan? Kenalah ada persediaan mental dan fizikal. Eh, janganlah takut pula bila sebut persediaan ni. Anda cuma perlu tahu apa yang perlu dicakapkan, bagaimana untuk meluahkan dan bila untuk meluahkannya. 

 

IKLAN

Tip yang boleh diberi: 

Jangan sampaikan perasaan anda kepada si dia di saat dia bersama kawan-kawannya.

Cuba dapatkan nombor telefon si dia terlebih dahulu. Atau boleh DM dulu di media sosial.

Mulakan dengan memberi tahu secara berterus terang kepadanya. Macam ni:

“Hai Ali. Saya Nora. Maaf kalau text message saya ni mengganggu. Saya nak tanya, boleh tak kalau kita berkawan?”

IKLAN

Lebih kurang macam ni lah… 

 

Berterus terang! 

Terus sahaja berhadapan dengan si dia! Sama ada secara berhadapan atau menggunakan medium lain seperti media sosial atau telefon. Tak cuba, tak tahu kan!

 

Kalau kena reject, jangan kecewa untuk teruskan kehidupan. Mungkin ada orang lain yang sedang menyukai kita. Yang penting perlu berusaha.

– “Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” –
(Al-Baqarah: 216)

Kredit foto hiasan: Instagram Sharifah Rose

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI