
Naluri seorang isteri ni cukup kuat . Terdetik apa sahaja tentang suami, dada akan rasa berdegup kencang . Kalau ada yang buruk bakal menimpa suami , sumbang langkah suami, selalunya isteri yang akan mendapat petanda terlebih dahulu. Kalau suami tidak jujur, selalunya Allah akan gerakkan naluri isteri. Lambat laun isteri akan tahu juga. Kalau bukan esok lusa pun pasti masanya akan tiba.
Dan ketika suami sedang bersedih atau dilanda masalah, seorang isteri selalunya mampu merasakannya tanpa harus melihatnya atau diberitahu terlebih dulu oleh suami. Ibaratnya, dua hati yang berbeza tapi saling bertaut. Hebat kuasa Allah. Tapi kadang-kadang isteri juga kena tau bezakan antara naluri dan hasutan syaitan. Sebab syaitan ni suka sangat ganggu emosi dan perasaan orang perempuan. Kalau terlalu berperasangka dan menuduh melulu , takut isteri akan jatuh derhaka. Mohonlah petunjuk dengan berdoa.
Naluri isteri itu kuat…
Dia dapat mengetahui jika dia dibohongi, tapi dia memilih untuk berdiam diri dan berpura-pura tidak tahu…
Tapi dalam masa yang sama, dia memerhatikan segala tingkah laku suaminya…gerak geri suaminya…ke mana suami pergi dan sebagainya…
Belum masanya lagi untuk dia “bersuara”…
Sebagai suami, kita perlu takut?
Tidak…tapi cukup dengan menghentikan apa yang salah, dan berubah…selagi belum terlambat dan belum timbulnya masalah…
Isteri Cantik Sangat, Suami Jadi Tak Tenang

Kisah ini adalah satu perkongsian menarik daripada seorang suami yang beristerikan seorang wanita cantik dan jelita, semoga kisah ini menjadi satu pedoman kepada bakal suami di luar sana.
Whatsapp dengan kawan lama. Lama tak tanya khabar. Malas sikit nak tegur dia ni sebab dia super kacak. Anti orang kacak ke apa aku ni. Hee..
Aku: “Kau apa cerita sekarang?”
Member: “Dah kahwin. Dua tahun dah. Kau?”
Aku: “Aku masih membongak membujang. Koh koh koh.”
Member: “Nikah-nikahlah. Sian anak kau nanti, kau dah tua nak KO dia baru darjah satu. Kurang kasih sayang bapak nanti.”
Aku: “Best ke kahwin?”
Member: “Bergantung pada siapa yang kau pilihlah.”
Aku: “Err..maksud kau?”
Member: “Aku cakap directlah boleh?”
Aku: “Sila, sila..”
Member: “Kau kenal aku. Kau tahu aku macam mana. Orang kata aku playboy. Orang kata aku kasanova sebab rupa aku ni. Ya lah. Aku cerewet. Nak kenal perempuan yang lawa-lawa je. Model tak model, janji dahi licin. Ramai dah aku kenal. And, orang rumah aku pun alhamdulillah cun melecun.
Memang best dapat perempuan cun. Bila bawa keluar dating, banyak mata yang melihat. Bangga. Sampai ada yang snap gambar. Ramai puji aku bertuah dapat bini lawa. Orang kata nanti anak-anak semua comel-comel sebab mak bapak dah ada rupa.
Tapi, mereka tak tahu, tiap bulan aku habis berapa hanya untuk kekalkan kecantikan bini aku tu. Beribu. Dari alat make-up, supplements, skincare dari hujung rambut sampai hujung kaki, pakaian yang up-to-date, vogue dan fashionista bagai semua tu. Bayangkan kalau gaji aku cuma RM2k ke bawah? Teruk jugaklah.
High maintenance. Macam jaga kereta tapi kereta pun tak macam ni.
Jadi, aku cadangkan kau pilih yang solehahlah kalau boleh.”
Aku: “Kenapa? Sebab aku tak gaji besar macam kau ke, so aku tak boleh afford?”
Member: “Bukan sebab kemampuan gaji. Tu memang satu faktor gak. Tapi, yang lebih susah untuk diatasi adalah sikap dan perangai.
Bro, kau kenal aku takdelah alim. Agama so-so je lah. Kau tahu, betapa sukarnya nak suruh isteri sendiri berhenti atau kurangkan post gambar-gambar sendiri di instagram dan facebook?
Orang lawa ni dia memang suka expose diri. Aku dah cuba slow-talk tapi mungkin makan masa lama lagilah. Sebab manusia suka dipuji.
Aku pun suka bila orang duk puji-puji bini aku cantik. Memang aku tahu dayus macam tu, tapi susahlah nak buang sikap sendiri.
Bini aku pun ada perangainya sendiri. Kadang melawan. Kadang tinggi suara. Kadang marah merajuk melampau-lampau. Kadang-kadang, dia melebihkan penjagaan dirinya melebihi menjaga suami sendiri. Upgrade kecantikan saja tahu. Upgrade skill memasak ke menjahit ke, tak berapa suka. Nanti tangan jadi kasarlah apa lah.
Susah sebab aku kurang ilmu agama, nak didik orang ke arah agama. Baru sekarang aku faham. Dulu, aku ingat, kerja didik isteri ni mudah saja. Perlu tegas saja, perlu tengking saja, ugut nak nikah lagi satu ke. Tapi, meleset beb.
Aku nakkan kecantikan, aku dapat. Tapi, ketenangan dalam hati tu susah sikitlah. Nak tenang macam mana asyik nak cemburu buta je bila lelaki lain usyar bini sendiri.
Nak suruh dia tutup aurat lengan dan kaki pun masih tak berjaya. Apatah lagi nak suruh labuhkan tudung. Bukan mudah rupanya nak didik tutup aurat.”
Aku: “Hmmm..”
Member: “So, kesimpulannya, kau fokus pada yang solehah. Buat apa untung kat dunia macam aku, tapi rugi banyak di akhirat. Cari yang menguntungkan kau dunia dan akhirat.
Fikir dalam-dalam. Sekarang, aku gigih timba ilmu balik. Baca sendiri buku-buku agama. Sebab nak didik isteri. Kau jadikan cerita aku sebagai iktibar. Bukan mudah hidup berkeluarga. Banyak till neraka dari till jannah bila salah cara.”
Aku termenung lama..
Semoga memberi manfaat.
Sumber : sentiasapanas
Rumah Tempat Isteri Nak Rasa Bebas. Ini Keperluan Suami Perlu Sediakan

Betapa pentingnya tinggal di rumah sendiri selepas berkahwin, kerana ia bukan sahaja melibatkan rasa hati malah emosi pasangan anda. Mungkin anda dikurniakan ibu mentua yang baik, tapi jika berada di rumah ibu bapa ni terdapat ipar duai yang bukan mahram membuatkan itu sebagai satu kesulitan. Jadi berkongsi masalah ni, Rusyainie Ramli menceritakan betapa pentingnya tinggal berasingan selepas berkahwin.
.
Sejak berkahwin, hanya 6 bulan saja kami menumpang di rumah Mak. Itu pun sebab saya masih menjalani housemanship di HSAJB. Selepas itu, kami berpindah ke KL, kami membeli rumah pertama kami dan membina hidup berdua sendiri.
Dengan gaji yang tak berapa sangat, kami susah senang bersama. Terpaksa meminjam sedikit duit dengan Abah, sebab tak cukup bajet nak masuk rumah. Rumah kosong sampai bergema. Hahaha. Punyalah kan, sebab masa tu saya baru bekerja setahun. Dan suami pun baru nak mula bekerja di KL.
Saya tak betah tinggal dengan keluarga sendiri pun. Ma Abah pun memang menyokong dengan keputusan saya dan adik-adik untuk mempunyai kediaman sendiri selepas berkahwin.
Dalam rumah saya, dapur saya tu saya punya. Suami saya tak campur tangan. Jangan kacau tempat saya. Tak kiralah sederhana mana pun, tu tetap dapur saya. Saya tak suka nak berkongsi dengan sesiapa. Anak-anak pun tahu, dapur saya jangan dibuat kecah, mahu jadi hijau saya nanti.
Saya ni pengemas dan pembersih. Tak semua orang boleh hidup dengan saya. Saya tak suka kain bertimbun dalam bakul, lantai dapur berminyak, bilik air berdaki, mainan anak berterabur, makan bersepah, atau tidur merata. Saya memang cerewet.
Tinggal bersama mertua ni, untuk suami tak ada masalah sangat. Biasalah lelaki. Yang menjadi isu, adalah menantu perempuan dengan mak mertua atau ipar duai lain yang tinggal serumah.
Bukan semua orang macam Mak. Dia terlalu bertolak ansur. Menantu perempuan 3 orang, memang boleh duduk dengan dia. Mak tak bawa mulut merata cerita buruk menantu pada sesiapa pun. Mak tak kisah, masak apa pun dia makan. Mak tak berkira bab duit belanja dapur. Mak tak ambil pusing pasal kerja rumah. Kalau menantu buat, bagus, kalau tak, Mak tak bising pun. Dia siapkan.
Bila orang lain bercerita tentang mertua, saya bersyukur sebab saya tak ada yang buruk untuk diperkata. Mak terlalu baik dengan menantu. 3 perempuan menantu yang sangat berlainan personaliti dan latar belakang berbeza boleh tinggal sekali dengan Mak tanpa isu yang besar. Sekarang biras saya yang bongsu tinggal dengan Mak. Mak pun dok seorang diri. Risau juga.
.
Tapi itulah, tak semua Mak mertua serasi dengan menantu perempuan. Ada juga yang memeruk segala perasaan. Ada kisah di antara keduanya. Suami lah yang pening, mak dia di kanan, isteri di sebelah lagi satu.
Paling senang, selagi boleh, binalah kehidupan sendiri. Tak apalah rumah tu segala benda kurang. Kita bermula dari bawah, berdikit-dikit lah dulu, kecuali suami kita mampu dari segi kewangan, bolehlah berbelanja sesedap mahu. Mujur suami saya memahami saya, yang saya ni jenis control freak tentang rumah, maka keputusan terbaik, ialah duduk sendiri, walaupun rumah Mak atau Ma dekat dengan kami.
KREDIT :
Jika Tidak Mampu Mencari Yang Baik, Maka Cubalah Untuk Menjadi Yang Baik

Jika Tidak Mampu Mencari Yang Baik, Maka Cubalah Untuk Menjadi Yang Baik
Ketika seorang berkata “Di zaman sekarang susah untuk mencari seseorang yang benar-benar baik”, mungkin pertanyaan yang sedemikian memang tidak boleh diabaikan begitu saja. Kerana ternyata, sebahagian daripada kita banyak sekali yang mengeluh bahawa menemukan calon yang baik dan mahu lebih serius itu sangatlah sulit.
Namun, hal yang demikian bukanlah suatu masalah besar, kerana jika memang tidak mampu untuk kita mencari yang baik, maka cubalah untuk menjadikan dirimu baik dahulu, siapa tahu Allah akan menggerakkan hati seseorang yang baik untuk mendekat kepadamu.
**pullquote**
Jika Kamu Tidak Menemukan Yang Terbaik Menurutmu, Maka Jadilah Yang Terbaik Bagi Orang Yang Menemukanmu
Benar, jika kamu tidak menemukan yang terbaik menurutmu, maka jadilah yang terbaik bagi orang yang menemukan, didiklah hati untuk sennatiasa gemar memperbaiki diri menjadi peribadi yang baik lagi pantas. Kerana disaat kita sudah banyak dihiasi kebaikan, maka pasti sosok yang baik akan pula mendekat untuk menawarkan kisah indah “pernikahan”.
Jika Kamu Berperibadi Baik, Insyaallah Yang Datang Kepadamu Adalah Seseoang Yang Baik
Sebab jika kamu mempunyai peribadi yang baik, maka insyaallah yang datang kepadamu adalah seseorang yang memang baik pula, sebab itulah mengapa kamu harus selalu berusaha menjadikan dirimu peribadi yang baik. Menjemput jodoh itu tidak selamanya dengan terus mencari, tapi berdiampun asal dalam memperbaiki diri dengan kebaikan tanpa bosan juga disebut dengan menjemput jodoh, sebab bila telah baik maka Allah yang akan mengantarkan sosok baik kepadamu.

Allah Sudah Membocorkan Rahsia Tentang Jodoh, Bahawa Bila Kamu Seorang Yang Baik Maka Kamu Akan Bertemu Dengan Yang Baik Pula
Dan bukankah Allah telah membocorkan rahsia tentang jodoh dalam firman-Nya? Bahawa bila kamu baik maka Allah akan mempertemukanmu dengan sosok yang baik pula. Tetapi sebaliknya, jika kamu tak pernah sekalipun ingin memantaskan dirimu dengan kebaikan seadaanya, maka yang datang padamu juga yang hanya seadannya.

Jangan Khawatir Tidak Menemukan Yang Baik Dalam Pencarianmu, Asalkan Kamu Tetap Berusaha Menjadikan Dirimu Baik
Lantas jangan khuwatir bila kamu tidak menemukan seseorang yang baik untuk berjodoh, jika kamu sendiri masih sangat gigih untuk menjadikan dirimu seorang jodoh yang pantas lagi baik.Lama menunggu adalah masa untukmu lebih memantaskan diri, maka pergunakanlah waktu yang kamu miliki dengan baik dan benar dalam menjadikan dirimu seorang yang pantas dengan berhiaskan kebaikan demi kebaikan.

Kerana Yang Baik Akan Menghampiri Bila Kamu Tahu Caranya Untuk Tidak Pernah Bosan Menjadikan Dirimu Seseorang Yang Baik
Kerana seseorang yang baik akan menghampirimu, bila saja kamu tahu caranya untuk tidak pernah bosan menjadikan dirimu seseorang yang baik lagi pantas. Percayalah, walau saat ini tidak kamu temukan seseorang yang baik, maka dengan kesabaranmu dalam memperbaiki diri tentu seorang jodoh yang baik pada akhirnya akan menemukanmu, kerana Allah yang akan menggerakkan hatinya untuk mendekat kepadamu.