Walaupun majlis kahwin kini telah dibenarkan, pasangan ini melangsungkan dengan cara yang cukup unik iaitu majlis kahwin Drive Thru. Ala-ala Mcd pun ada kan, tapi yang menariknnya majlis ini ia cukup meriah kerana dihadiri ramai ahli keluarga, malah ia bakal menjadi kenangan abadi pasangan ini. Tahniah dari Pesona Pengantin. Kita saksikan gambar-gambar menarik sekitar majlis ini berlangsung.
.
.
.
DRIVE THRU WEDDING
.
.
IKLAN
Setelah saya dan pengantin meminta kebenaran dari pihak Polis Diraja Malaysia Daerah kami di Kluang. Kami start susun strategi wedding drive-thru untuk pertama kalinya di Malaysia. Majlis kahwin yang berlangsung sangat meriah, dihadiri tetamu setiap pelusuk negeri dari Rawang, Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan beberapa negeri lagi.
Tahniah Norazura Mohd Ali & Aguzz Aguss
(pemilik perniagaan Burger Viral AguzzBurger)
-Merupakan majlis perkahwinan pertama yang berkonsepkan drive thru di Malaysia. Mengekalkan SOP mengikut saranan Kementerian Kesihatan Malaysia.
IKLAN
Syukur alhamdulillah serta ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak-pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis perkahwinan drive thru ini.
Terutama kepada ahli keluarga kedua mempelai Balai, Ibu Pejabat Polis Daerah Kluang, Dinas Bridal, As Puri Catering, DJ, pasukan RELA, dan individu-individu lain yg juga memainkan peranan dalam menjayakan majlis ini.
.
.
IKLAN
.
.
SOP kehadiran tetamu majlis :
= Kenderaan beratur menuju ke kanopi pelamin.
= Cek suhu oleh anggota RELA.
= Catat nama beserta nombor telefon.
= Masukkan sumbangan ke dalam tabung “Salam Keruk” yang disediakan.
= Jumpa pengantin yang sedang menunggu di pelamin dan memberi salam, ucap tahniah serta penyerahan hadiah tanpa perlu keluar dari kenderaan dan bersentuhan.
= 1 kenderaan hanya 1 minit sahaja masa yang diberikan.
Menjadi seorang isteri, ibu dan pada masa yang sama bekerja di luar rumah adalah satu perkara yang sangat berat untuk dilakukan.Menjadi pekerja yang sukses juga tidak semudah yang disangka. Banyak perkara yang perlu diambil kira terlebih dahulu, baru kita boleh dikatakan sukses di tempat kerja dan juga bahagia di rumah. Apa perkara-perkara tersebut? Mari kita kongsikan bersama!
RESTU SUAMI
Adakah anda mendapat restu suami anda untuk bekerja? Dia redha anda bekerja? Cuba periksa dan Tanya suami anda sekarang. Jika dia tidak restu dan tidak redha, maka jangan mimpi untuk anda jadi sukses di tempat kerja dan juga bahagia di rumah.
Dari Aisyah ra. yang menceritakan; Aku bertanya Rasulullah; “Siapakah yang paling besar haknya ke atas seorang perempuan ?”. Jawab Nabi; “Suaminya”. Aku bertanya lagi; “Siapakah yang paling besar haknya ke atas seorang lelaki?”. Jawab Nabi; “Ibunya”. (HR al-Hakim)
Pada suatu hari seorang wanita bernama Zainab yang bergelar Khatibatin-nisa’ telah menemui Rasulullah SAW lalu berkata: “Aku telah diutus oleh kaum wanita kepada engkau. Jihad yang diwajibkan oleh Allah ke atas kaum lelaki itu, jika mereka luka parah, mereka mendapat pahala. Dan jika mereka gugur pula, mereka hidup disisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki. Manakala kami kaum wanita, sering membantu mereka. Maka apakah pula balasan kami untuk semua itu ?”. Bersabda Rasulullah saw. “Sampaikanlah kepada sesiapa yang engkau temui daripada kaum wanita, bahawasanya TAAT KEPADA SUAMI SERTA MENGAKUI HAKNYA adalah menyamai pahala orang yang berjihad pada jalan Allah, TETAPI SANGAT SEDIKIT DARIPADA GOLONGAN KAMU YANG DAPAT MELAKUKANNYA.” (HR Al-Bazzar dan Ath-Thabrani)
Nabi saw. bersabda, “Apabila seorang wanita redha atas kehamilannya dari suaminya yang sah, sesungguhnya dia mendapat ganjaran pahala seperti ibadah puasa dan mengerjakan ibadah-ibadah lainnya di jalan Allah dan jika dia merasa berat, letih atau lesu, tidaklah dapat dibayangkan oleh penghuni langit dan bumi, betapa kesenangannya disediakan oleh Allah di hari akhirat nanti. Apabila anaknya lahir, maka dari setiap teguk air susu yang dihisap oleh anak, si ibu mendapat kebajikan pahala. Apabila si ibu berjaga malam (kurang tidur kerana anak) maka si ibu mendapat ganjaran pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba sahaya kerana Allah.” (HR Ibn Hibban)
NIAT YANG BAIK
Mengapa anda bekerja? Adakah kerana anda bosan di rumah? Adakah anda ingin membantu suami untuk meningkatkan ekonomi keluarga? Adakah untuk suka-suka? Cuba fikir-fikirkan. Jika niat anda salah dan tidak murni, ia juga tidak menjamin anda untuk sukses di tempat kerja dan juga bahagia di rumah. Jom kita cek!
Murnikan niat kita. Mungkin ada yang bekerja kerana ingin membantu meningkatkan ekonomi keluarga. InsyaAllah ini diterima. Ada juga yang ingin memanfaatkan ilmu yang dipelajarinya dan pelbagai niat murni yang ditanamkan. Mudah-mudahan niat kita itu diterima Allah swt.
Rasulullah SAW. bersabda,”Sesungguhnya Allah tidak akan menerima amal kecuali amal yang dilaksanakan dengan ikhlas dan dilakukan semata-mata untuk mengharap redha Allah. (HR Abu Daud dan An-Nasa’i)
KELUARGA YANG UTAMA
Walau tinggi mana pun pangkat dan gelaran kita di tempat kerja, kita masih wajib mendahulukan keluarga dari kerjaya. Sebelum keluar dari rumah pastikan segala tanggungjawab diselesaikan dengan baik. Jika rumah terurus maka hati kita akan tenang. Sekaligus tanggungjawab kita di pejabat juga dapat dilaksanakan dengan baik.
Pernahkah anda bawa pulang kerja pejabat ke rumah? Ketika anda sedang melakukan kerja, tiba-tiba anak anda sangat memerlukan anda pada ketika itu. Adakah anda melayaninya seketika? Atau anda memarahinya kerana mengganggu anda bekerja? Fikir-fikirkan. Adilkah bagi suami dan anak-anak anda jika sejak dari pagi anda melakukan kerja pejabat dan mengabaikan mereka ketika anda berada di rumah?
Ini adalah salah satu kunci sukses anda di pejabat dan bahagia di rumah.
JAGA AURAT, MARUAH TERPELIHARA
Setinggi mana pun pangkat kita, aurat kita sebagai seorang wanita masih sama iaitu seluruh badang kecuali muka dan tapak tangan.
Jagalah aurat anda ketika berada jauh dari suami. Janganlah mendedahkan aurat anda kerana itu hanya untuk suami anda sahaja. Maaf jika saya ingin menegur. Kadang-kadang kita ingin terlalu bergaya, berwangi-wangian tetapi di rumah kita sepeti wanita berpantang. Muka pucat lesi dan pakai kain batik sepanjang masa. Kita lebih cantik ketika berada di luar daripada ketika berada di dalam rumah. Bukankah ini sudah salah konsep.
Lagi satu, mari kita sama-sama periksa tudung kita. Adakah ia menepati syariat. Maaf sekali lagi ingin menegur. Dada anda mestilah ditutup. Pakailah tudung yang menepati syariat iaitu tidak menampakkan bentuk dada anda yang bidang itu. Anda sudahlah jauh dari suami. Maka suami orang lain pula yang memandang anda. Nauzubillah!
Inilah juga antara kunci sukses anda di pejabat dan bahagia di rumah. Berpakaian yang menepati syariat, dapat menghindarkan diri kita dari fitnah dan memelihara maruah kita.
Saya rasa cukup setakat ini dulu. InsyaAllah banyak lagi yang ingin saya kongsikan bersama sahabat-sahabat semua. Sehingga berjumpa di lain bicara.
***JOM SERTAI CHANNEL TELEGRAM PESONA PENGANTIN DAN DAPATKAN LEBIH BANYAK INFO BERSAMA KAMI. KLIK SAHAJA DI SINI.
Kestabilan hubungan boleh dinilai dengan pelbagai cara. Oleh itu, adalah masa nya anda dan pasangan lari dari semua sifat dulu dan bersikap lebih matang. Untuk mewujudkan keharmonian dalam rumah tangga anda juga perlu menitik beratkan sikap bertolak ansur. Tujuh tanda ini mungkin ada kena mengena sedikit dengan anda dan pasangan.
1. Tidak merajuk setiap kali gaduh
Mungkin dulu anda akan rasa perasaan ini. Setiap kali anda dan pasangan anda bergaduh pasti anda akan merajuk atau tidak bercakap dengannya walaupun hanyalah benda kecil. Namun sekarang anda tidak berbuat seperti dulu. Anda kini lebih matang dan lebih menyelesaikan masalah secepat mungkin.
2. Tidak mesej/telefon sepanjang masa
Selepas beberapa masa berlalu, rasa keterujaan untuk sentiasa berhubung akan sedikit berkurang. Bukan sebab dah rasa bosan atau perkara sebegitu, cuma anda sudah lebih faham tentang aktiviti pasangan anda, dengan siapa dia lepak, bagaimana waktu kerjanya dan sebagainya. Anda juga sudah memberi kepercayaan terhadap pasangan anda.
3.Anda akan nampak kelebihan dan kekurangan satu sama lain
Cinta ini memang macam magis. Bila sedang angau dibuai cinta kadang kala mata pun jadi kelabu. Tapi apabila awan nano cinta ini sudah ditiup ketepi sedikit oleh realiti, anda akan mula nampak perkara yang anda tidak perasan sebelum ini. Yang dulu selalunya manis, sekarang ada sedikit pahit. Jangan risau, ini bukan sebab anda benci pasangan anda atau anda sudah tidak sayang akan pasangan. Anda cuma makin mengenali baik buruk pasangan.
4. Anda berdua faham antara satu sama lain
Anda berdua tahu apa yang perlu dilakukan apabila pasangan sedih. Apabila pasangan rasa stress, apabila pasangan rasa nak makan tapi tak tahu nak order apa. Apabila pasangan cari barang lepas itu anda boleh agak di mana barang itu dan tekaan anda tepat. Apabila anda boleh habiskan ayat pasangan. Apabila anda dan pasangan mahu gosip berdua tapi ramai orang jadi terpaksa bagi isyarat mata sahaja. Pendek kata, anda dan pasangan boleh baca satu sama lain.
5. It’s okay to agree to disagree
Tidak semua perkara anda dan pasangan perlu punya pendapat yang sama dan anda berdua okay dengan perkara itu. Anda berdua terima pendapat masing-masing dan tidak bergaduh pun selepas berbincang.
Nak jadi suami bukanlah mudah! Banyak persediaan yang perlu lelaki lakukan sebelum bernikah. Ini kerana terdapat segelintir lelaki yang tidak bersedia sepenuhnya untuk berkahwin sebaliknya membiarkan diri mereka dikuasai oleh kehendak untuk segera menikmati keseronokan alam rumah tangga tanpa mengambil berat tentang peranan mereka sebagai suami.
Persediaan sebelum kahwin ternyata penting dimiliki oleh setiap lelaki agar mereka bersedia membimbing isteri dan anak-anak ke gerbang bahagia, selain memikul dan mejalankan tanggungjawab sepenuhnya sebagai ketua keluarga dan pemimpin rumah tangga.
Lelaki bernama Amaluddin Mahmood ini kongsi, lelaki kalau nak kahwin, bukan kumpul duit dan rumah je semata-mata tapi..
Macam mana nak tahu mood swing perempuan
Nasihat dari orang berpengalaman
Sudah memang Allah jadikan seorang lelaki itu ketua keluarga. Tentu Allah juga memberikan kekuatan untuk anda menjamin kesejahteraan keluarga.