Istimewanya wanita ialah segala perbuatan dan setiap apa yang disentuh oleh jari halusnya di dalam ruang lingkup rumahtangganya akan mendatangkan pahala.
Namun terdapat suatu perkara yang jarang sekali diambil perhatian oleh kebanyakan wanita hari ini, iaitu perihal menyambut kepulangan suami.
Setiap kali suami pulang ke rumah suami memerlukan bantuan isterinya untuk menghilangkan rasa letih, penat, lapar, dahaga dan lain-lain beban yang sedang ditanggungnya. Oleh itu, isteri yang menyambut suami hendaklah pandai memahami mood dan kehendak suami.
Sambutlah kepulangan suami dengan air muka gembira dengan senyuman. Tunjukkanlah wajah yang semanis mungkin dan senyuman yang kita berikan ketika itu akan menghilangkan sebahagian daripada keletihan suami.
Elakkan daripada bersikap acuh tak acuh, marah-marah dan bermasam muka. Sabda Rasulullah saw:
IKLAN
” Siapa sahaja seorang isteri bermuka muram di hadapan suaminya, maka ia dalam kemurkaan Allah S.w.t hingga ia dapat membuat suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya ”
Begitulah besarnya harga senyuman seorang isteri kepada suaminya. Senyuman akan mencetuskan suasana kegembiraan dan itulah sebenarnya yang dikehendaki oleh semua suami ketika pulang, terutamanya jika ia sedang dalam keletihan.
Muka yang masam bukan sahaja akan menimbulkan kebencian suami, malahan menyebabkan Allah s.w.t turut murka. Kemurkaan Allah itu akan berkekalan hingga isteri itu berjaya mengembalikan semula suasana gembira dan memohon keampunan daripada suami. Kerana sesungguhnya keredhaan Allah itu terletak pada keredhaan suami.
IKLAN
Bila suami pulang segeralah bukakan pintu. Persilakan masuk dengan penuh hormat dan dengan kata-kata yang lemah lembut. Sambutlah tangan suami dan ciumi ia sebagai tanda hormat serta meminta maaf, walaupun isteri merasakan tidak berbuat sebarang kesalahan pada hari itu. Bukannya isteri yang hulurkan tangan untuk dikucup oleh suami sepertimana yang dilakukan oleh kebanyakan orang pada hari ini.
Andaikata mempunyai anak-anak, ajarlah mereka untuk selalu bersalaman dengan ayahnya. Kelaziman ini akan memupuk rasa kasih dan hormat anak-anak kepada orang tua.
Jika suami pulang membawa buah tangan, sambutlah dengan ucapan terima kasih. Jangan biarkan sampai barang itu lama di tangannya atau suami meletakkannya sendiri di dapur. Ini tanda isteri tidak menghargai buah tangan yang dibawa oleh suami.
IKLAN
Jangan pula bertanya soalan-soalan seperti ” kenapa tidak beli barang yang dipesan? ” dan seumpamanya. Soalan yang di tanya bertubi-tubi ketika suami sedang penat hanya akan membosankan suami, malahan mungkin akan menimbulkan kemarahannya.
Kebahagiaan rumahtangga terletak pada akhlak dan budi pekerti isteri. Biarpun seorang isteri itu tidak cantik tapi jika cukup sempurna layanannya terhadap suami dan berakhlak pula, tentu ia akan menjadi penghibur dalam rumahtangga.
Oleh itu wahai wanita-wanita atau para isteri-isteri hendaklah berlumba-lumba untuk menjadi seorang isteri yang solehah, yang bertaqwa berakhlak mulia dan taat kepada suami. InsyaAllah seorang isteri itu akan disayangi oleh Allah, suami malah seluruh makhluk di dunia ini.
Jika seorang isteri mengharap cintanya berbalas maka berbanyak-banyaklah isteri itu mencari keredhaan Allah melalui suami.
“Dan tidak ada dosa ke atas kamu meminang wanita (yang kematian suami dan masih dalam iddah) dengan cara sindiran, atau kamu menyembunyikan (keinginan terhadap wanita itu) dalam hatimu. Allah mengetahui bahawa kamu akan menyebut-nyebut mereka. Dalam pada itu janganlah kamu mengadakan perjanjian perkahwinan dengan mereka secara rahsia, kecuali sekadar mengucapkan (kepada mereka) perkataan yang makruf (sindiran yang baik). Dan janganlah kamu berazam untuk bernikah sebelum habis iddahnya. Dan ketahuilah bahawasanya Allah swt mengetahui apa yang ada dalam hatimu; maka takutlah kepada-Nya dan ketahuilah bahawa Allah swt Maha Pengampun Lagi Maha Penyantun”[2] [Al-Baqarah : ayat 235]
Muhammad Ali Ash-Shabuni dalam Tafsir Ayat Ahkam [3], menjelaskan bahawa ayat di atas mengandungi hukum pinangan terhadap perempuan itu ada tiga macam iaitu:
i. Peminangan Secara Terang atau Sindiran
Perempuan-perempuan yang boleh dipinang dengan terang-terangan dan dengan sindiran iaitu perempuan yang masih bujang (belum pernah berkahwin) dan perempuan yang pernah berkahwin tetapi bukan dalam masa iddah (tempoh iddah telah tamat). Ini disebabkan kalau perempuan tersebut boleh dikahwini, sudah pasti boleh dipinang terkecuali perempuan yang sedang dalam proses pinangan orang lain.
Meminang secara terang-terangan (tasrih) bermaksud menggunakan lafaz yang hanya mempunyai satu tafsiran sahaja iaitu keinginannya untuk berkahwin, saperti contohnya ”aku ingin mengahwini kamu” atau ”selepas habis iddah, aku akan mengahwinimu”.
Manakala meminang secara sindiran (ta’rid) iaitu lafaz yang boleh ditafsirkan dengan pelbagai tafsiran, sama ada sebagai keinginan untuk berkahwin atau sebaliknya saperti contoh ”awakni cantiklah” atau ”ramai orang sukakan awak” atau seumpamanya.[4]
ii. Peminangan Secara Sindiran Sahaja
Perempuan yang boleh dipinang secara sindiran, tidak boleh dengan secara terang-terangan, iaitu perempuan yang kematian suami tetapi masih dalam iddah saperti yang diisyaratkan al-Qur’an : ”Dan tidak ada dosa atas kamu meminang perempuan itu dengan sindiran”. Ini termasuk perempuan yang ditalak bain (talak tiga)
iii. Peminangan Yang Di Haramkan
Perempuan yang tidak boleh dipinang, baik dengan terang-terangan atau pun dengan sindiran iaitu perempuan yang masih mempunyai suami, semua perempuan yang haram dikahwini sama ada haram untuk selama-lamanya atau haram untuk sementara waktu, hukumnya haram kerana ianya boleh merosakkan rumahtangga mereka.
Begitu juga perempuan yang telah ditalak raja’i yang masih dalam iddah, kerana dia masih lagi bergelar isteri dan suaminya masih boleh rujuk pada bila-bila masa (dalam tempoh iddah) dan perempuan yang sedemikian dihukum masih dalam ikatan perkahwinan.
Perkara di atas berdasarkan kepada Firman Allah swt yang bermaksud:
”Dan suami-suami mereka berhak mengambil kembali (rujuk akan) isteri-isteri itu dalam masa iddah mereka jika mereka (suami-suami) bertujuan hendak berdamai” [Al- Baqarah: ayat 228]
Diharamkan seseorang lelaki meminang perempuan yang telah dipinang oleh orang lain sekiranya pinangan tersebut telah diterima, ini kerana ia telah menyerang hak dan menyakiti hati peminang pertama serta memecahkan kekeluargaan dan menggangu ketenteramannya. Walaupun begitu peminangan boleh dilakukan sekiranya lelaki pertama memberi keizinan kepada lelaki kedua untuk meminang.
Dalam sebuah hadis daripada Uqbah bin ’Amir berkata bahawa Rasulullah saw bersabda yang bermaksud ” Orang mukmin satu dan lainnya bersaudara, tidak boleh ia membeli barang yang sedang dibeli saudaranya, dan meminang pinangan saudaranya sebelum ia tinggalkan”[5]
Dalam hadis yang lain bahawa Rasulullah saw bersabda yang bermaksud ”seseorang lelaki tidak boleh meminang seorang perempuan yang telah dipinang oleh saudaranya (saudara seIslam) sehinggalah dia meninggalkan (membatalkan pinangannya) atau dia mengizinkan peminangaan itu”.[6]
Sekiranya pinangan lelaki pertama masih belum diberi jawapan (sama ada diterima atau ditolak), maka harus lelaki kedua masuk meminang.
MEMILIH CALON
Sesungguhnya bahagianya rumah tangga, lahirnya anak-anak yang baik dan cerdik serta kekalnya kehidupan rumahtangga adalah terletak kepada pemilihan suami isteri yang baik. Didalam sesebuah keluarga, isteri merupakan tempat penenang bagi suaminya, tempat menyemaikan benihnya, pengatur rumah-tangganya, ibu dari anak-anaknya, tempat tambatan hatinya, tempat menumpahkan rahsianya dan mengadukan nasibnya. Oleh itu sebelum mengambil keputusan untuk bertunang wajarlah dipastikan beberapa kualiti gadis yang bakal dirisik.
Islam menganjurkan agar memilih perempuan yang salih sebagai isteri untuk menjadi perhiasan yang terbaik yang semestinya dicari dan diusahakan mendapatkannya dengan bersungguh-sungguh.
Dalam suatu hadis daripada Abdullah bin Umar, Nabi saw telah bersabda yang bermaksud ”Dunia itu laksana perhiasan dan perhiasan yang terbaik adalah isteri (perempuan) yang salihah”.
Di dalam hal memilih calon yang bakal dipinang, ulama Mazhab Shafie, telah menyimpulkan ciri-ciri gadis saperti berikut yang perlu diberi perhatian oleh laki-laki yang ingin menyuntingnya.
i. Gadis yang mempunyai pegangan agama yang kuat kerana dengan agama itulah akal dan jiwa akan dapat terpimpin. Rasulullah saw bersabda yang bermaksud ”Perempuan itu dikahwini kerana empat perkara; kerana cantiknya atau kerana keturunannya atau kerana hartanya atau kerana agamanya, tetapi pilihlah yang beragama agar selamatlah dirimu”.[8]
Dalam suatu hadis yang lain Rasululullah saw bersabda yang bermaksud ”Barang siapa diberi rezeki oleh Allah swt dengan seorang isteri yang salih, sesungguhnya telah ditolong separuh agamanya, dan hendaklah dia bertaqwa kepada Allah swt pada separuhnya lagi”.[9]
Rasulullah saw pun menggariskan ketentuan tentang perempuan yang salih itu adalah yang cantik, patuh, baik lagi amanah.
ii. Gadis yang dipercayai subur iaitu yang boleh melahirkan anak dengan berpandukan kepada latar belakang adaikberadik perempuannya serta ibu-ibu saudaranya. Dalam suatu hadis apabila seorang sahabat telah meminang seorang perempuan mandul, lalu Rasulullah saw bersabda yang bermaksud ”Kawinlah dengan perempuan pennyayang dan boleh melahirkan banyak anak, agar nanti aku dapat membanggakan jumlahmu yang banyak di hadapan para Nabi pada hari akhirat nanti”.[10]
iii. Gadis yang masih dara (perawan) kerana umumnya masih segar dan belum pernah mengikat cinta dengan laki-laki lain, sehingga kalau beristeri dengannya akan lebih harmoni rumahtangganya. Dalam satu riwayat, tatkala Jabir bin Abdullah berkahwin dengan seorang janda, Rasulullah saw bersabda kepadanya yang bermaksud ”Alangkah baiknya seorang gadis yang masih perawan, engkau dapat bergurau senda dengannya dan diapun dapat bergurau senda denganmu”.[11]
iv. Gadis yang terdiri daripada keluarga yang taat beragama dan hidup sederhana kerana perempuan yang sedemikian boleh menyayangi anak-anaknya dan mengurus kepentingan suami dengan baik. Rasulullah saw bersabda yang bermaksud ”Perempuan yang terbaik iaitu bila kau lihat, menyenangkan; bila kau perintah, ia mematuhimu; bila kau beri janji diterima dengan baik dan bila kau pergi (musafir), dirinya dan hartamu dijaganya dengan baik”.[12]
v. Gadis dari keturunan yang baik-baik, tenang dan selamat dari gangguan kejiwaan kerana gadis yang sedemikian boleh melahirkan anak yang pintar, menyayangi anak-anaknya dan mengurus kepentingan suami dengan baik. Dalam satu hadis daripada Anas r.a. katanya Rasulullah saw pernah bersabda yang bermaksud ”Barangsiapa mahu bertemu dengan Allah swt dalam keadaan bersih lagi suci, maka kawinlah dengan perempuan yang terhormat”.[13]
vi. Gadis yang mempunyai paras rupa yang cantik kerana telah menjadi lumrah alam bahawa manusia itu suka dan senang kepada yang indah dan cantik dan apabila ia berjaya mendapatkannya, pasti ia akan merasa puas dan bahagia serta jiwanya menjadi tenteram dan tidak menginginkan kepada yang lain. Dalam sebuah hadis sahih disebutkan yang bermaksud ”Sesungguhnya Allah swt itu indah, dan menyukai keindahan”.
vii. Gadis yang tidak daripada ahli keluarga terdekat kerana dikhuatiri perkahwinan dari kalangan keluarga terdekat saperti sepupu biasanya melahirkan anak yang lemah. Ini berlaku kerana syahwat terhadap kaum-kerabat yang terdekat adalah lemah.
Syarbini didalam huraiannya terhadap ”matan minhaj” karangan Imam Nawawi menyatakan satu riwayat bahawa Rasulullah saw telah bersabda yang bermaksud ”Jangan (tidak sayugia) kamu kahwini keluarga terdekat kerana anak hasil perkahwinan sedemikian (biasanya) kurus (kurang cergas)”.[14]
Walaubagaimanapun, perkahwinan seumpama ini tidaklah dicela kerana Nabi saw telah mengahwinkan anaknya Fatimah dengan Ali bin Abi Talib r.a. untuk menerangkan bahawa hukum perkahwinan diantara keluarga terdekat adalah harus.
Selain daripada yang telah disebutkan di atas, harus diperhatikan juga tentang perbedaan umur, kedudukan sosial, pendidikan dan keadaan ekonomi antara lelaki dan perempuan tersebut. Sekiranya perbedaan dalam soal-soal tersebut adalah kecil, maka hal ini akan memudahkan mereka membina sebuah rumah tangga yang aman dan tenteram. Sebaliknya jika perbedaan dalam soal-soal tersebut adalah jauh sudah pasti sedikit sebanyak akan menggugat keharmonian rumahtangganya.
Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. pernah meminang Fatimah anak Rasulullah saw tetapi baginda menyatakan anakya itu masih kecil tetapi sewaktu Ali bin Abu Talib yang memintanya, Baginda mengkahwinkan Fatimah kepadanya.
Demikianlah di antara ciri-ciri yang diajarkan oleh Islam dalam memilih calon gadis yang ingin dipinang agar keluarga yang bakal dibina menjadi keluarga sebagai taman syurga yang dapat dinikmati anak-anak, tempat bersenang-senang bagi suami dan tempat latihan bagi anak-anak untuk menjadi orang yang baik sehingga masyarakat dapat hidup dengan baik dan terhormat.
Dalam soal memilih calon, tidak terbatas kepada memilih calon isteri sahaja malah golongan perempuan juga berhak untuk memilih calon suami iaitu orang yang akan meminangnya. Kebijaksanaan para wali dalam memilih calon suami untuk anak-anak perempuan mereka adalah sangat penting. Hendaklah ia memilih lelaki yang berakhlak, mulia dan baik keturunannya, serta kuat pegangan agamanya iaitu yang sekufu (persamaan) dengan anak perempuan mereka. Ini kerana firman Allah swt yang bermaksud ”Adakah orang yang beriman sama saperti orang fasik? Mereka tidaklah sama”. [As-Sajadah: ayat 18]
Bagi wali yang mengkahwinkan anak perempuannya dengan lelaki yang zalim atau fasik atau ahli bid’ah atau pemabuk berarti ia telah berbuat derhaka kepada agamanya dan rela menerima kutukan Allah swt kerana ia telah memutuskan tali kekeluargaan dengan memilih suami yang jahat kepada anaknya. Nabi saw bersabda yang bermaksud ”Barangsiapa menikahkan saudara perempuannya dengan laki-laki fasik, berarti memutuskan tali kekeluargaannya”[15]
Ibnu Taimiyah berkata ”Laki-laki yang selalu berbuat dosa tidak patut dijadikan suami”[16]
Oleh yang demikian, para wali memainkan peranan yang penting dalam memilih calon suami bagi anak-anak atau saudara perempuan mereka sehingga dalam hal ini Rasulullah saw memperingatkan kita dengan sabdanya yang bermaksud ” Jika datang kepada kamu pinangan daripada seseorang lelaki yang kamu redha terhadapnya, agama dan akhlaknya, hendaklah kamu terima. Kalau kamu menolaknya, padahnya adalah fitnah dan kerosakan di muka bumi”
Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya’ Ulumuddin berkata ”Berhati-hati dalam menjaga hak anak perempuan itu lebih penting, sebab dengan berkahwin ia menjadi perempuan yang tidak mudah lepas, sedang suaminya boleh menceraikannya bila-bila masa ia suka”
Saiyidatina Aisyah berkata ”Kahwin berarti perhambaan. Kerana itu hendaklah seseorang perhatikan di tempat mana ia lepaskan anak perempuannya”.
Suami isteri selepas berkahwin bilik tidur itu adalah ‘tempat rahsia’ buat mereka. Kerana itulah bilik tidur utama dalam rumah adalah milik suami dan juga isteri. Jika orang luar ingin masuk, mereka hendaklah meminta izin anda dahulu walaupun dia ahli keluarga anda.
Bilik tidur ini adalah satu perkara yang boleh buat gaduh besar jika ada pihak yang melanggarnya. Sebagai orang luar, anda perlulah hormati privasi mereka.
Kenapa bilik tidur rahsia untuk suami isteri?
Secara amnya, bilik tidur adalah tempat beristirehat bagi suami isteri selepas seharian penat bekerja. Jadi, situasi yang aman, segar, tenang dan selesa semestinya amat diperlukan dalam bilik tidur.
Malah di bilik tidur itu juga, suami isteri berduaan, berbincang, bersolat, mengaji Al-Quran, bersemuka dan melakukan hubungan kelamin. Yang dibenarkan masuk ke dalam bilik tidur tersebut hanyalah suami isteri tersebut sahaja kerana di situ semua aktiviti sulit dilakukan dengan pasangan.
Jika ada tetamu datang ke rumah, mereka boleh menggunakan bilik tetamu atau bilik anak. Sekiranya suami tidak faham tentang ini, isteri boleh membawanya berjumpa pegawai kaunseling atau pejabat agama.
Orang luar dilarang masuk
Kewajipan menjaga bilik tidur ini tidak hanya terletak di tangan isteri sahaja tapi suami juga perlu ambil tahu bersama-sama.
Jika ada tetamu datang ke rumah, mereka boleh menggunakan bilik tetamu atau bilik anak. Sekiranya suami tidak faham tentang ini, isteri boleh membawanya berjumpa pegawai kaunseling atau pejabat agama.
Setiap manusia pasti tertarik dengan kecantikan. Lazimnya, kecantikan itulah yang dipandang terlebih dahulu sebelum perkara yang lain. Begitu juga dengan sikap lelaki yang suka melihat kecantikan wanita. Sememangnya lelaki punya pilihan masing-masing dalam mencari wanita yang diidamkan termasuklah ciri-ciri fizikal tubuhnya yang sentiasa menggoda dan menjadi kesukaannya.
Bagi pasangan suami isteri, mungkin hubungan yang dibina sedikit renggang kerana sikap si isteri yang tidak menjaga penampilan selepas berkahwin. Dalam tidak sedar, si suami mula merasa seakan si isteri tidak prihatin tentang penampilannya dan membuatkan suami tidak lagi tertarik. Oleh itu, si isteri patut cuba realisasikan ciri-ciri fizikal ini untuk pikat si suami kembali demi merapatkan kalian berdua.
Dengan ciri-ciri ini jugalah yang sebenarnya menjadikan seseorang wanita itu tampil cantik dan menawan. Ia sekaligus mencerminkan tubuh anda yang sihat dan sentiasa terjaga rapi. Nak tahu ciri-ciri fizikal pada wanita yang lelaki sukakan? Jom kita lihat senarai di bawah!
1. RAMBUT YANG SIHAT
Dengan rambut yang terurai lembut serta bersinar sihat panjang boleh menarik perhatian lelaki. Jadi, buat para isteri, seeloknya menjaga kesihatan rambut kalian sebaiknya kerana dengan cara ini ia lebih menyempurnakan gaya seorang wanita cantik berseri di hadapan suami.
2. SENYUMAN MANIS
Sains membuktikan yang mana senyuman mampu menarik perhatian semua orang. Bahkan ia boleh menceriakan hari seseorang yang sedang berduka. Lemparkan senyuman manis anda buat suami agar dia merasakan anda sentiasa mencintainya.
3. PAKAIAN ATAU GINCU BERONA MERAH
Disebabkan itu warna merah sering dikaitkan dengan seks kerana ia terbukti boleh menaikkan nafsu berahi. Mungkin boleh pilih pakaian dalam dengan rona merah untuk malam istimewa kalian sebagai suami isteri. Sekurangnya boleh pikat semula hatinya!
4. PINGGANG RAMPING DAN PINGGUL YANG MENAWAN
Menurut sains, ini adalah aset bagi diri seorang wanita. Lelaki selalunya lebih sukakan wanita yang mempunyai pinggang ramping dan pinggul yang menawan. Untuk mendapatkan bentuk tubuh seperti ini, anda boleh melakukan senaman seperti squat! Selain untuk menarik perhatian suami dengan bentuk tubuh yang menawan, ia juga baik untuk kesihatan anda!
5. SOLEKAN YANG NATURAL
Mungkin ramai wanita menganggap yang lelaki lebih sukakan wanita yang bersolek tebal, walhal mereka lebih sukakan wanita yang bermekap natural serta tidak terlalu melebih. Jadi, seeloknya pilih rona-rona pembayang mata yang buatkan mata tampak sihat berseri semula jadi.
6. BENTUK BADAN YANG IDEAL
Bentuk badan yang cantik pasti menjadi idaman setiap wanita. Begitu juga lelaki yang suka melihat bentuk badan wanita yang cantik. Sebaiknya, dapatkan bentuk badan yang ideal dengan berat dan ketinggian anda. Jangan biarkan anda terlihat terlalu gemuk atau terlalu kurus di mata si dia.
7. KELIHATAN KEMAS
Selain menjaga penampilan diri agar kelihatan cantik, kekemasan sesorang wanita itu juga boleh membuatkan lelaki tergoda. Contohnya, cara wanita itu makan, minum dan sebagainya. Dalam kata erti lain, ciri wanita yang sentiasa tertib dalam melakukan sesuatu perkara boleh membuatkan lelaki cair!