Sebagai seorang wanita, kita digalakkan untuk mempunyai pendapatan sendiri meskipun telah berumah tangga. Jangan terfikir untuk berhenti kerja dan menjadi rumah sepenuh masa tanpa ada sebarang pendapatan.
Amat penting untuk seorang wanita yang bergelar isteri ada pendapatan sendiri kerana kita tidak tahu masa depan bagaimana. Tidak kiralah kerja sambilan, berniaga dan sebagainya, asalkan ada pendapatan.
Melalui satu artikel yang dipetik dari Harian Metro, ini nasihat yang diberikan oleh Puteri Sarah Liyana.
“Suami sebelum kahwin berbeza dengan selepas kahwin. Kalau sebelum kahwin kamu rasa sudah cukup kenal perangai pasangan, silap besar.”
Itu diluahkan oleh pelakon, Puteri Sarah Liyana yang bersetuju dengan satu artikel yang dikongsi pengikut di media sosial mengenai pengajaran boleh diambil setiap pasangan yang berdepan masalah rumah tangga.
Puteri Sarah berkata, walaupun pengajaran yang dikongsi tidak mempunyai kaitan dengan kisah hidupnya, namun, dia bersetuju dengan beberapa perkara dinyatakan.
“Ada netizen beri artikel untuk saya baca. Sesuatu untuk direnungkan pada semua. Ini kisah orang lain, bukan saya, tapi nombor empat (merujuk kepada sikap suami sebelum dan selepas kahwin) itu sangat betul,” katanya.
Ads
Dalam masa sama, Puteri Sarah berharap wanita yang menjadi mangsa curang supaya lebih tegas dalam setiap pendirian seperti yang dikongsikan artikel itu.
“Jangan jadi terlalu baik sampai orang pijak kepala. Ada masa kau kena pejam mata dan tegas je dalam sesuatu. Isteri kena bekerja supaya bila jadi macam ini kita tak terkontang-kanting. Kita masih ada kewangan sendiri.
“Ketahui hak anda sebagai seorang isteri dan cari cara pertahankan hak itu. Hiduplah untuk diri sendiri. Hidup ini singkat je jadi buatlah semua benda yang boleh bahagiakan diri dengan bebas tanpa rasa terikat,” tulisnya.
Selalu bila kita dengar ‘penyondol’ rumah tangga orang akan terlepas begitu sahaja bukan? Awas! Mereka yang mengganggu keharmonian rumahtangga orang lain atau lebih digelar sebagai ‘orang ketiga’ boleh dipenjarakan atau didenda oleh Mahkamah Syariah.
Sesiapa sahaja boleh menjadi orang ketiga termasuklah ahli keluarga sendiri, kekasih atau bekas kekasih, rakan, jiran dan sebagainya.
Gangguan dilakukan dengan apa-apa cara dan mempengaruhi supaya mengabaikan tanggungjawab kepada rumah tangga sedia ada.
Jika disabitkan kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Mahkamah juga boleh memerintahkan lelaki atau perempuan itu supaya kembali kepada isteri atau suaminya.
Individu yang menjadi perosak rumah tangga atau menjadi orang ketiga dalam perkahwinan orang lain boleh berdepan hukuman penjara dan denda di bawah undang-undang syariah.
Peguam syarie, Noorazmir Zakaria berkata, walaupun undang-udang syariah berbeza setiap negeri dari segi nama dan nombor seksyennya tetapi dari segi kesalahan syariah dan hukumannya boleh dikatakan 90 peratus sama.
“Contohnya untuk di Selangor, ia dipanggil Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 manakala di Wilayah Persekutuan ia dipanggil Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997.
“Di bawah Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995, individu yang mengganggu keharmonian rumah tangga orang lain boleh berdepan hukuman penjara tidak lebih tiga tahun atau denda tidak lebih RM5,000 atau kedua-duanya sekali,” katanya kepada Sinar Ahad.
Noorazmir yang juga Presiden Pertubuhan Pengamal Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia Malaysia (ProGuam) menjelaskan, hukuman itu diperuntukkan di bawah tiga seksyen enakmen berkenaan membabitkan Seksyen 32 iaitu memujuk lari, membawa pergi atau mempengaruhi seorang perempuan yang telah bersuami supaya meninggalkan rumah tangganya.
Ia turut merangkumi Seksyen 33 iaitu menghalang pasangan yang sudah bernikah dengan sah daripada hidup sebagai suami isteri dan Seksyen 34 iaitu menghasut, memaksa atau memujuk mana-mana suami atau isteri supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan kepada pasangan atau keluarganya.
KESALAHAN MENGHASUT SUPAYA BERCERAI
Kesalahan menghasut suami atau isteri supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan diperuntukkan di bawah Seksyen 38 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 yang memperuntukkan hukuman sama.
Bagaimanapun, Noorazmir memberitahu, berdasarkan pengetahuannya setakat ini di Malaysia masih tiada kes orang ketiga dan perosak rumah tangga yang didakwa ke mahkamah dan dikenakan tindakan undang-undang.
“Saya pernah tanya dengan pegawai agama dan bahagian siasatan pendakwaan syariah dan mereka mengakui bila ada kes orang ketiga atau perosak rumah tangga, tak ada satu kes yang boleh dibawa ke mahkamah.
“Perkara ini berlaku disebabkan dua faktor utama iaitu kesukaran untuk membuktikan elemen kesalahan itu wujud dan yang kedua kerana dalam kes berkenaan ia lazimnya turut melibatkan ahli keluarga lain,” ujar beliau.
PERLU BUKTI MINIMUM
Mengulas lanjut, Noorazmir berkata, misalnya bagi kesalahan menghasut supaya bercerai dan mengabaikan kewajipan, pihak berkuasa dan bahagian pendakwaan menghadapi kesukaran mendapatkan bukti wujudnya hasutan itu.
Malah, katanya dalam sesetengah kes meskipun ada bukti hasutan, tidak dapat dibuktikan hasutan itu yang menyebabkan pasangan suami atau isteri mengabaikan kewajipan mereka kerana mereka mungkin tidak melaksanakan tanggungjawab dari awal lagi.
“Dalam kes-kes sebegini juga kebiasaannya ahli keluarga turut terlibat contohnya kalau ada orang ketiga menghasut hingga seseorang suami atau isteri mahu bercerai dan keluar rumah tapi jika ahli keluarga sendiri seperti ibu dan bapa bantu contohnya dengan ajak anaknya tinggal di rumah mereka, ia juga akan jadi susah,” tambahnya.
Susulan itu, Noorazmir mencadangkan agar prosedur pendakwaan kes berkenaan dapat dilonggarkan agar kes sedemikian dapat dibawa ke mahkamah walaupun dengan hanya bukti yang minimum.
Justeru, Noorazmir berkata, beliau melihat setakat ini undang-undang jenayah syariah di Malaysia masih tidak teruji sepenuhnya kerana tiada pendakwaan kes-kes melibatkan orang ketiga walaupun isu skandal dalam perkahwinan bukanlah perkara baharu.
Jika anda tak nak kulit kering berjeragat, betulkan cara pakai pelembap dulu ya. Ini memang peraturan dalam menjaga kecantikan kulit bagi kelihatan glowing.
Hah, sekarang macam mana cara anda pakai pelembap? Jangan pula lepas cuci muka, anda lap muka sampai kering dan baru pakai pelembap? Ini cara yang salah!
Tak Nak Bagi Kulit Kering Berjeragat, Jangan Malas Pakai Pelembap!
Sepatutnya anda kena pakai pelembap waktu kulit masih lembap. Bukanlah pakai waktu muka basah lenjun. Cukup jika muka tidak kering.
Lepas Cuci Terus Pakai Pelembap
Ini akan membantu mengunci kelembapan dan menghidrat kulit anda lebih baik daripada jika anda menggunakan pelembap ketika kulit sudah kering sepenuhnya.
Rahsia Kulit Porselin Wanita Korea
Wanita Korea yang terkenal dengan kulit proselin menggunakan pelembap hanya dalam 3 saat mencuci muka.
Salah satu peraturan pelembapan 3 saat mengharuskan anda menggunakan pelembap anda tepat setelah mencuci muka, seperti dalam masa 3 saat. Anda tak perlu beria nak mengeringkan muka tetapi apply pelembap sebaliknya.
Kebaikan Peraturan 3 Saat
Membantu kulit menyerap produk dengan lebih baik
Sekiranya anda menggunakan produk penjagaan kulit sebaik sahaja mencuci muka, kulit anda akan memanfaatkan sepenuhnya produk ini. Kerana lapisan luar kulit anda berfungsi sebagai pelindung dan bertindak sebagai penghalang antara sel hidup dan persekitaran.
Menjadikan kulit anda kelihatan lebih muda
Kulit yang terhidrasi kelihatan plump dan awet muda, dan ini bukan sekadar ilusi optik. Apabila kulit anda kering, ia menjadikan semua garis-garis halus dan kedutan lebih kelihatan.
Menjadikan kulit anda lebih sihat
Sekiranya anda menggunakan pelembap anda sebaik sahaja mencuci muka, ia membantu kulit anda mengekalkan keseimbangan. Apabila kulit anda terlalu kering, kelenjar di bawah permukaan mula menghasilkan sebum lebih banyak untuk meneutralkan kekeringan, yang akhirnya boleh menyebabkan jerawat.
Melindungi kulit anda dari kerosakan akibat sinar matahari
Wanita Korea tahu bagaimana melindungi kulit mereka dari sinar UV yang berbahaya, dan menggunakan pelembap sejurus selepas membersihkan wajah anda adalah langkah penting.
Selepas ini cuba cara ini dan lihat perubahan ketara pada kulit. Selamat beramal!
Dua minggu lalu penyanyi dan pelakon, Aizat Amdan dengan terbuka telah mengumumkan tarikh pernikahannya dengan Elyssa Alia Illias dan awal pagi tadi, mereka sah bergelar suami isteri selepas tiga tahun berkenalan.
Kredit foto: Instagram @aizatamdan
Pasangan ini dinikahkan bapa Elyssa, Leftenan Kolonel (B) Illias Moidean dengan disaksikan jurunikah Idrus Mohd Shahlan. Aizat menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 namun merahsiakan jumlah wang hantaran.
Kredit foto: Instagram @aizatamdan
Merpati dua sejoli ini yang mengenakan rekaan dari jenama Altelia Amani tampak begitu cantik dan segak. Dilatari dekorasi pelamin dengan konsep bunga-bunga vintaj hasil sentuhan KL Wedding Ministry, A-Park Puchong menjadi lokasi majlis pernikahan dan persandingan mereka.
Penyanyi yang popular dengan lagu Hanya Kau Yang Mampu dan Sampai Ke Hari Tua ini bersyukur kerana telah kini mereka melalui fasa baharu dalam hidup.
Kredit foto: Instagram @aizatamdanKredit foto: Instagram @aizatamdanKredit foto: Instagram @aizatamdan
“Selepas ini, apa sahaja tindakan tidak boleh fikir untuk diri sendiri sahaja. Saya ada isteri dan perlu minta persetujuan bersama.”katanya.
Menurut sumber dari Media Hiburan, pasangan ini akan berangkat ke Los Angeles pada Spetember nanti untuk menguruskan hal kerja dan terus menyambung perjalanan ke Mexico untuk berbulan madu. Wow! Jarang sekali kita dengar pasangan pengantin memilih Tulum, Mexico sebagai lokasi berbulan madu. Tak sabar nak lihat foto-foto mereka nanti.