Buat pekerjaan apa pun, niat tu yang paling penting. Lagi-lagi bila kita nak kahwin. Pasang niat awal-awal agar Allah permudahkan segala urusan kita untuk capai impian. Coretan dari pemilik Facebook The Muhamad Shafri ini juga mempunyai maksud mendalam, sesuai untuk bacaan lelaki dan wanita yang sudah atau belum berkahwin.
***********************************************************************
Perempuan yang malang dan lelaki yang tak menghargai. Tentang isu curang yang tengah viral saat ini. Saya ada beberapa nasihat yang saya ingin sampaikan kepada semua orang di luar sana. Baik lelaki dan perempuan, yang dah berkahwin mahupun yang belum berkahwin. Kalian bacalah tulisan ini dengan hati yang paling lapang
Nasihat yang pertama.
Janganlah kalian berkahwin atau menikah di usia muda kalau niat kau berkahwin hanya sekadar nak hidup berdua. Kerana perkahwinan yang kau bina di dunia ini juga akan menentukan kehidupan kau selepas kau dah pergi meninggalkan dunia nanti. You know what i mean? Bahasa mudahnya jangan berkahwin kalau tujuan berkahwin bukan kerana nak mencari redha Allah.
Tapi kalau kalian nak berkahwin, maka berkahwinlah kerana niat nak mencari redha Allah, kau berharap dengan perkahwinan yang kau bina kau akan lebih dekat pada Allah, jadikan hubungan yang telah halal untuk kau mendapat keredhaan Allah, bukan untuk kehidupan di dunia saja. Tapi juga kehidupan untuk akhirat.
Dan yang kedua pula.
Janganlah kalian berkahwin hanya kerana sebab kau sayang dan kau cintakan dia. Kerana perasaan cinta dan sayang saja masih tak cukup untuk kau melayari bahtera perkahwinan. Perasaan cinta dan sayang boleh hilang saat ujian datang melanda. Sedangkan batu yang keras kalau di ketuk berkali-kali pun boleh pecah. Apatah lagi hati manusia yang sifatnya berbolak-balik. Dan mudah tawar hati.
Kita kena ingat dan faham bahawa perkahwinan itu adalah tentang sebuah janji, janji yang di penuhi dengan tanggungjawab dan amanah. Ada tanggungjawab yang perlu di pikul dan ada amanah yang perlu di laksanakan dengan sebaik mungkin. Dan kelak nanti pasti akan di perhitungkan oleh Allah.
Dan nasihat yang terakhir…
Janganlah kalian berkahwin hanya kerana sebab nak elak maksiat. Nak elak maksiat itu bagus. Tapi nafsu yang di turuti tak akan pernah puas. Selagi mana kau tak ubah maka selama itu lah kau tak akan pernah berubah. Boleh jadi selepas kau dan berkahwin nanti kau akan berlaku curang. Dah kantoi curang sekali. Kau masih akan berlaku curang lagi dan lagi.
Kau tak akan pernah merasa cukup dengan yang halal. Kalau kau masih memuaskan nafsu kau dengan mencari yang haram. Sedang yang halal itu di redhai Tuhan tapi yang haram juga kau tujui.
Nasihat istimewa dari saya buat semua perempuan di luar sana. Berhati-hatilah dalam mencari pasangan hidup. Kerana perempuan yang paling malang sekali adalah perempuan yang salah memilih lelaki untuk dijadikan suami. Kerana kehidupan seorang perempuan selepas dia dah bergelar isteri nanti. Adalah sepenuhnya bersama suami.
Maka pilihlah lelaki yang soleh, lelaki yang baik agamanya. Dia Menjaga hubungannya dengan Allah, solat 5 waktu tak pernah tinggal. Lelaki yang hormat kepada mak ayah, dan dia juga menghormati kamu sebagai seorang perempuan. Bila marah dia tidak akan menaikkan tangan ke tubuh kamu. Bahkan dia menasihati kamu dengan penuh lemah lembut serta berhikmah. Mungkin tegas pada suara tapi lembut pada hati.
Wahai perempuan…
Tak salah memilih rupa. Tapi memilih lelaki yang tampan itu tak menjamin kebahagian hidupmu. Dan memilih lelaki yang kaya bukan bermakna kamu tak akan di duakan. Kerana hati yang tulus ikhlas bukan datang dari paras rupa dan harta. Tapi datang dari hati seorang lelaki yang ikhlas mahu hidup berdua sampai ke syurga Dia.
Kalau terpisah di dunia moga bersama semula di syurga Allah
Have faith
__ The Muhammad Shafri
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI