Dalam artikel kali ini saya cuba mengupas isu nusyuz yang sejak akhir-akhir ini macam menular dalam masyarakat kita. Apakah yang dimaksudkan dengan nusyuz? Nusyuz adalah, “Nusyuz adalah meninggalkan perintah suami, menentangnya dan membencinya” (Tafsir Al Qur’an Al ‘Azhim, 4: 24).
Ulama Hanafiyah berpendapat bahawa yang dimaksud nusyuz adalah wanita keluar dari rumah suaminya tanpa ada alasan yang munasabah.
Kebelakangan ini ramai wanita yang meninggalkan rumah tanpa kebenaran suami disebabkan beberapa hal seperti merajuk, bergaduh, mengikut lelaki lain dan sebagainya. Daripada penerangan tafsir al Quran di atas, ternyata meninggalkan rumah tanpa kebenaran suami adalah dianggap nusyuz. Dan nusyuz hukumnya haram. Na’auzubillah…
IKLAN
Persoalannya adakah nusyuz hanya di tujukan kepada isteri? Bagaimana pula dengan pihak suami?
Sebenarnya kita kena jelas bahawa nusyuz bukan sahaja untuk isteri tetapi suami juga dianggap nusyuz jika melakukan hal-hal yang dibincangkan di bawah ini.
IKLAN
Sebab-sebab Suami Isteri Boleh Nusyuz
Sumber bacaan untuk penerangan di bawah saya ambil dari fendi tazkirah.
IKLAN
Nusyuz dapat terjadi dalam bentuk perkataan dan tindakan. Nusyuz perkataan dapat terjadi jika seorang isteri tidak berbicara sopan kepada suaminya, seperti memaki-maki suaminya, atau menjawab secara tidak sopan terhadap pembicaraan suaminya yang bersikap santun kepadanya. Sedangkan nusyuz dalam perkataan bagi pihak suami kepada isterinya adalah menghina isterinya, atau membentak-bentak isterinya yang telah menjalankan tugasnya sebagai isteri.
Adapun nusyuz dalam bentuk perbuatan, dari pihak isteri misalnya tidak mahu pindah ke rumah yang telah disediakan oleh suaminya, tidak mahu melaksanakan apa yang diperintahkan oleh suaminya dalam batas-batas tertentu sebagai tugas seorang isteri, keluar rumah tanpa izin suami, tidak mahu melayani suaminya sedangkan dia tidak dalam keadaan uzur atau sakit. Sedangkan nusyuz dari pihak suami adalah mengabaikan hak-hak isterinya atas dirinya, seperti, tidak memberikan nafkah lahir batin pada isteri atau berfoya-foya dengan perempuan lain, atau menganggap sepi atau rendah terhadap isterinya.
Jika seorang isteri mengalami perlakuan nusyuz dari suaminya, maka isteri dapat melakukan dua hal, yakni: Pertama, bersabar terhadap perlakuan suaminya, kerana dengan sikap sabar akan dapat menimbulkan kesedaran pada suaminya, jika membalas dengan perlakuan yang sama, maka kedua-duanya akan terjebak kepada nusyuz, dan pada gilirannya akan membawa kepada syiqaq dan syiqaq akan membawa kepada perseteruan yang berpanjangan. Kedua, isteri dapat melakukan khulu’, iaitu kesediaan untuk membayar wang iwad (wang pengganti) agar suami bersedia untuk menceraikannya.
Sebaliknya, jika suami mengalami perlakuan nusyuz dari pihak isterinya, maka suami dapat melakukan empat hal, yakni: Pertama, memberikan nasihat kepada isteri agar bertaqwa kepada Allah Swt, dan nasihat diawali mengintrospeksi dirinya sendiri kerana boleh jadi sikap nusyuz isteri timbul akibat sikap suami sendiri.
Kedua, berpisah ranjang dan tidak saling tegur sapa (sebagai lanjutan dari tahapan pertama jika tidak berhasil di nasihati) dan tidak lebih dari tiga hari, berdasarkan Sabda Nabi Saw: Tidak halal bagi seorang muslim untuk tidak bertegur sapa dengan saudaranya lebih dari tiga hari tiga malam ((HR. Abu Daud dan Nasai).
Ketiga, memukulnya dengan tidak sampai mencederai, tidak boleh memukul wajah dan perut, dan dengan alat yang tidak membahayakan. Nabi Saw bersabda: Tidak dibenarkan salah seorang kamu memukul dengan pemukul yang lebih dari sepuluh helai lidi, terkecuali untuk melakukan hal-hal yang ditetapkan (hudud) Allah (HR. al-Bukhari Muslim).
Keempat, adalah tahap yang diberikan untuk menyelesaikan syiqaq, iaitu mencari juru damai, hingga sampai ke pengadilan untuk melakukan perceraian.
Daripada penerangan di atas nusyuz besar kesannya kepada institusi keluarga dan banyak membawa keburukan kepada banyak pihak bukan sahaja suami isteri tetapi termasuklah anak-anak dan ahli keluarga yang lain.
Kedua-dua pihak iaitu suami isteri harus tahu peranan masing-masing dalam mengemudi kehidupan berumahtangga. Kukuhkan rumahtangga dengan ilmu dunia dan akhirat agar kehidupan lebih berkat dan dinaungi rahmat Illahi.
Perkahwinan di dalam Islam itu mudah, tetapi adat yang menyusahkan. Tidak guna perkahwinan yang mahal jika selepas periuk belanga telangkup semula, hutang mula mahu dibayar.
Tak guna belanja perkahwinan mahal jika masa mengumpul terlalu lama dan bukan sekadar duit berjaya dikumpul, dosa juga makin lama makin terkumpul. Mula-mula dosa kering lama-lama jadi dosa basah.
Cuba tengok cara lelaki bernama Naqib Fahmy, hanya bermodalkan wang hantaran RM1000 dan mas kahwin RM113.00 tanpa perkahwinan yang mengikut adat mampu mudahkan urusan pernikahannya. Naqib juga kongsikan 4 panduan buat pasangan yang bakal berkahwin.
Alhamdulillah sebuah perkahwinan dengan Maskahwin sebanyak RM113.00 dan hantaran sebanyak RM1000.00 tanpa dulang hantaran, tanpa pelamin tanpa majlis makan yang membazir. Buat majlis makan sekadar yang mampu ??.
Baju kahwin ,saya pakai jubah masa belajar kat pondok ,buat 4 tahun lalu tapi sebab masih elok saya pakai jerlah…hiiii baju isteri pun pakai baju yang ada…kain tudung jer beli.
Masa nak minta dengan ayah dia…saya bagitahu “pok cik …saya ni baru balik kampung …kerja pon tak ada lagi…sekarang ni buatlah bisnes takaful tapi taklah besar mana gaji sekadar cukup makan nak lebih-lebih amber tak mampu”
Ayah dia jawab “tak per …menantu-menantu pok cik yang lain pun masa kahwin tak kerja juga …lepas kahwin semua dapat kerja”
Alhamdulillah mujur gok yer faham hiiii
…………………………………………………………………………………………………………………….
Sahabat-sahabat doakan semoga Hubungan ini diredhai Allah
Semoga apa yang dishare dibawah dapat jadi “guide” untuk pasangan yang bakal berkahwin
1. Kalau rasa wanita itu sesuai dijadikan isteri bagitahu kepada walinya kalau wali tidak setuju cubalah lagi tapi dalam masa yang sama minta dengan Allah agar Allah permudahkan urusan ……
Jangan tinggal untuk solat istiqarah …berapa kali?? buatlah banyak kali sebab doa itu juga satu amal yang mendatangkan pahala…jangan kita ingat hari ini doa…esok terus Allah tunaikan.
2. Kalau Wali perempuan tak bagi juga jangan tunggu lama-lama …jangn takut untuk move on …anggap sahaja tak ada jodoh mungkin kita rasa dia terbaik untuk kita…tapi Allah know best…
3. Bila wali dah setuju buatlah secepat mungkin pernikahan…jangan bertangguh …bertunang tak perlu lama-lama nanti makin banyak ujian (saya yang bertunang sekejap pun rasa ujian tu)
4. Lelaki kena main peranan sebagai bakal ketua keluarga…kita kena buat keputusan dan mengaturkan bagaimana perkahwinan itu nak dilangsungkan….kalau majlis pernikahan pun kita dah gagal nak atur dan terpaksa ikut telunjuk orang sehingga perkara yang dilarang agama pun terpaksa ikut bagaimana akan datang??? fikirkan
…………………………………………………………………………………………………………………………..
Semoga coretan ringkas ni dapat jadi sikit sebanyak pedoman untuk mereka yang bakal bergelar suami isteri.
Terima kasih kepada Umi abah dan sedara mara termasuklah family isteri terutama bapa dan ibu mertua serta abang-abang dan kakak ipar kerana mempermudahkan urusan kami berdua.
Memiliki raut wajah yang manis serta penuh dengan kemesraan dan kaya dengan sifat keibuan, Tunku Azizah merupakan seorang Raja Permaisuri yang sangat berjiwa rakyat dan cukup disenangi rakyat jelata khususnya di negeri Pahang.
Selain dikenali dengan kehandalan memasaknya, penampilannya yang bertudung litup dan sering berbaju kurung mendapat pujian serta menjadi inspirasi rakyat jelata.
Umum sudah mengetahui bahawa kebanyakan busana Tunku Azizah merupakan hasil rekaan pereka fesyen terkemuka, Rizalman yang telah bekerjasama dengan baginda selama 15 tahun.
Baru-baru ini seorang pengantin perempuan telah menjadikan gaya Raja Permaisuri Agong sebagai inspirasi ketika majlisnya.
Menerusi laman Twitter, pengantin lelaki tersebut berasa gembira apabila isterinya mengenakan busana kahwin yang menutup aurat. Dia telah berkongsikan gaya pemakaian baju kurung mirip Raja Permaisuri Agong, dan mendapat balas daripada raja permaisuri sendiri.
Peringatan buat isteri di luar sana, jangan alpa, jangan ego dan rendahkan sikap baranmu. Berkahwin itu satu ujian, jangan dipersiakan hanya kerana emosi. Ikuti perkongsian ini buat tatapan isteri dan bakal isteri di luar sana.
Jadi seorang isteri, hal yang amat kritikal bagi kita ialah suami. Kita – makhluk Allah yang sarat dengan emosi dan kadang terlalu menuruti kata hati, lalu memang satu hal yang menakutkan kalau ada kata-kata dan tindak tanduk kita yang melukai hati suami sengaja atau tidak sengaja.
Rasulullah S.A.W sebut dengan jelas tentang perangai orang perempuan saat berdepan dengan satu saja pun keburukan suami, si isteri boleh lupa dengan kebaikan suaminya yang lain. Perangai inilah yang paling banyak menjerumuskan perempuan ke neraka. Allah, betapa ngerinya!
Jadi seorang isteri, banyak-banyakkanlah minta maaf dari suami. Mungkin ada terkurang layanan kita, terkasar bahasa kita, terlajak berprasangka, tercerita tentang aibnya pada sesiapa.Allah ya Allah, rendahkan hati kita untuk merayu kemaafan darinya. Jangan kita hanya nampak kelemahan dia tapi kita lupa kelemahan kita. Jangan kita sibuk besar-besarkan kesilapannya tapi kita pandang kecil kesilapan kita.
Pandang muka suami kita, siapa pun dia, itulah yang Allah dah pilihkan sebagai jodoh kita. Itulah lorong nikmat, itulah juga lorong ujian Allah buat kita.
Semua buruk baik dia boleh jadi asbab kebaikan untuk kita. Mungkin untuk tundukkan ego kita. Mungkin untuk Allah beri pahala melalui sabar kita. Mungkin untuk latih kita berdikari dan keluarkan potensi diri. Ada sebabnya. Pasti ada sebabnya!
Minta Allah jaga rumahtangga kita. Kalau ada hal tentangnya yang kita tidak suka, banyakkan berdoa pada Allah. Kita tidak boleh ubah suami kita, tapi Allah boleh. Minta dari Allah. Jaga hubungan kita dengan Allah agar mudah kita minta Allah jaga rumahtangga kita. Masya-Allah, indahnya kesudahan hidup seorang isteri andai dia mati dalam keadaan mendapat redha seorang suami. Indahnya janji Allah bahawa isteri yang diredhai suaminya boleh masuk syurga dari mana-mana pintu yang disukainya. Indah sangat, kawan-kawan! Tidak teringin ke kita untuk mendapatkannya?
Hari ini, ayuh simpan niat untuk jadi isteri yang lebih baik daripada semalam. Simpan hasrat untuk cuba dan kemudian cuba. Allah pandang usaha kita. Allah pasti beri ganjaran walau pun pada sekecil-kecil usaha kita. Inshaa-Allah. Ayuh tutup aurat kita serapat mungkin agar kita bakal menjadi ketua bidadari untuk suami kita di syurga kelak. Lindungi walau sehelai rambut. Litupi walau hanya tapak kaki yang kita rasa hanya berada di bawah tapi ia yang bakal menentukan ke syurga kah kita.
PPN : Ya Allah, Jadikanlah isteri yang membaca ingatan ini sebagai isteri menyejukkan hati suami mereka ya Allah. Aamiin.
Tak pelik bila ada suri rumah burnout akibat membuat rutin yang sama dalam rumahtangga. Bukan kerana tidak pandai bergaul, tetapi lebih kepada tiada kawan untuk dibuat sembang.