Ads

Orang Bujang Boleh Rentas Negeri, Tapi Sebab Nak Bernikah Lah

Kerajaan membenarkan urusan rentas negeri bagi tujuan akad nikah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, mereka hanya perlu memohon kebenaran perjalanan daripada pihak polis.

Orang Bujang Boleh Rentas Negeri, Tapi Sebab Nak Bernikah Lah

"Banyak yang mahu bernikah antaranya terpaksa merentas negeri. Ramai yang memohon dari pihak polis.

Ads

Mesyuarat bersetuju membenarkan rentas negeri untuk urusan itu. "Dengan syarat, kelulusan rentas negeri dari polis. SOP (prosedur operasi standard) masih sama iaitu tidak boleh melebihi 20 orang (hadir dalam majlis akad nikah), tanpa bersalaman dan jaga jarak sosial," katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.

Ads

Beliau berkata, khidmat jurufoto perkahwinan juga dibenarkan untuk menjalankan aktiviti mereka termasuk mengambil gambar pakaian dan pasangan pengantin.

Ads

"Kita bersetuju untuk membenarkan jurufoto ambil gambar pengantin di tempat terbuka di tepi tasik dan sebagainya. Kita benarkan tapi SOP tetap sama seperti jaga jarak dan pakai sanitizer," katanya.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Inspirasi Lain

Raikan Cinta di IWK Eco Park @Pantai Dalam, Lokasi Perkahwinan Suasana...

Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...