Perkahwinan ialah alat atau wasilah dan bukanlah merupakan matlamat hidup seseorang. Apa yang berlaku dalam perkahwinan ialah dua insan menjadi pasangan dan hidup bersama secara halal.Perkahwinan tidak akan mengubah hidup seseorang menjadi lebih baik atau lebih buruk sebaliknya perkahwinan adalah alat yang bergantung kepada cara seseorang itu menggunakannya untuk mencapai sesuatu tujuan.

Jadi buat lelaki, anda perlu bersedia dari luaran juga dalaman untuk memastikan rumahtangga anda yang terbaik. Ikuti perkongsian di Twitter FirusFairuz_elfateh mengenai perkara ini.


Orang Lelaki, Cuba Siapkan Semua Ini Sebelum Berkahwin

1. Pastikan Ada Tempat Berteduh

Tidak kisah anda beli ataupun sewa, sekurangnya ada tempat berteduh untuk anak bini nanti. Pastikan barang dalam rumah dibeli secara tunai seperti set bilik tidur, dapur, peti sejuk. Elak beli secara ansuran.

Termasuk diantara syarat-syarat asas untuk mendirikan rumahtangga ialah pihak suami atau lelaki itu mempunyai kemampuan untuk memberikan nafkah dan memenuhi keperluan asas keluarganya serta menyediakan tempat tinggal yang selamat.

Ads

Allah SWT berfirman yang bermaksud : “Tempatkanlah mereka (para isteri) di mana kamu tinggal menurut kemampuan kamu dan janganlah kamu menyusahkan mereka untuk menyempitkan (hati) mereka.” (At-Talaq : 6)

Tidak disyaratkan untuk memiliki rumah yang besar atau mewah tetapi hendaklah ianya mampu melindungi keselamatan isteri dan auratnya serta dapat memberikan perlindungan dari hujan dan panas serta tidak memudharatkannya untuk menetap di dalamnya. Oleh yang demikian maka para lelaki Muslim dan bakal suami hendaklah memiliki pekerjaan dan pendapatan yang mampu untuk membiayai sara hidup dan kehidupan isterinya bersama keluarga sebelum mendirikan pernikahan dengan cara bekerja atau berniaga. Hal ini kerana Islam mementingkan persediaan dan pekerjaan bersungguh-sungguh bukan hanya meminta-minta dan mengharapkan bantuan atau sedekah tanpa usaha gigih yang bercanggah dengan sikap Islam.

Ads

Firman Allah SWT : “Dan Kami jadikan malam sebagai pakaian, dan Kami jadikan siang untuk mencari penghidupan (sara hidup dan rezeki).” (An-naba : 10-11)
Diriwayatkan dari Zuba’ir bin Al Aawam dari Nabi SAW yang bersabda dengan bermaksud: “Sekiranya salah seorang daripada kamu membawa tali lalu pergi ke bukit untuk mencari kayu, kemudian dia memikul kayu tersebut untuk ke pasar dan menjualnya demi menjaga kehormatannya, maka nescaya hal yang demikian itu adalah lebih baik baginya daripada perbuatan meminta-minta kepada orang lain, baik dia diberi atau pun ditolak.” (Hadith riwayat Bukhari)

Orang Lelaki, Cuba Siapkan Semua Ini Sebelum Berkahwin

2.Pastikan Ada Satu Kereta Kecil

Kereta kecil ini sangat berguna untuk anda sekeluarga berjalan dan jalani kehidupan seharian, tidak kisahlah beli secara ansuran pun, kalau Axia low spec pun baru 270 sebulan. Kereta ini juga boleh anda gunakan untuk menjana extra income nanti.

Ads
Orang Lelaki, Cuba Siapkan Semua Ini Sebelum Berkahwin

3. Kuasai Ilmu Asas Agama

Ada suami yang dah kahwin pun tak tahu solat, tak tahu berdoa. Sebagai ketua keluarga ini adalah perkara penting sebab anda ketua keluarga dan pendidik untuk segenap keluarga anda nanti.

Antara kemahiran asas yang penting lain yang perlu suami ada ialah kemahiran komunikasi dan kemahiran mendidik isteri dan anak-anak dengan berkesan atau kemahiran memujuk para isteri dan anak-anak apabila berlakunya masalah dan pergaduhan. Komunikasi boleh memberi kesan yang besar kepada perkahwinan jika tidak dijaga dengan baik dan diabaikan. Kemahiran bertukang dan berkebun pula boleh memberikan manfaat kepada pendapatan, manakala kemahiran seperti pengetahuan tentang kesihatan dan perubatan boleh membantu keluarga apabila berlakunya kecemasan dan kemalangan.

4.Make Sure Ada Kerja

Letak prinsip isteri tidak boleh bekerja, barulah anda akan bekerja secara bersungguh-sungguh. Isteri bekerja untuk membantu sahaja, kalau dia nak sangat bekerja terpulanglah.

Orang Lelaki, Cuba Siapkan Semua Ini Sebelum Berkahwin

5. Majlis Kahwin Tak Perlu Grand Sangat
Dari fikirkan majlis kahwin yang hanya bersifat sementara, lebih baik fokus pada perkara yang bakal dilalui sepanjang usia. Lengkapkan kelengkapan rumah, diri dan keluarga adalah lebih baik. Duit lebih boleh travel bro.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI