Pernah terfikir tak kenapa perempuan kuat membebel? Serius kalau isteri dah mula bebel kita akan jadi simpati kat dia. Perempuan mana tak suka bebel kan tapi sebenarnya ada maksud tersirat di sebalik bebelan tu yang lelaki tak faham.
Kalau orang perempuan dah mula bebel ni ada beberapa sebab yang kita sebagai laki nak kena faham. Kemungkinan ada keperluan biologis dan fisiologis si dia yang tak terpenuhi. Contohnya isteri kita :
1. Kurang rehat
Bayangkan perempuan yang berkerjaya ni terpaksa fikirkan banyak benda sekaligus dalam satu masa. Pergi kerja, fikiran masih kat ampaian dan dapur. Balik rumah, kerja pejabat tak siap lagi. Memang otak perempuan ni hebat. Mereka boleh multitasking tapi kekuatan mereka pun ada batasnya.
Lebih dasyat lagi kepenatan surirumah sebenarnya. Mereka sentiasa dalam mood bekerja 24 jam sehari. Bayangkan kepenatan kudrat dan beban emosi yang mereka terpaksa tanggung.
2. Kurang tidur
Saya percaya lelaki yang kurang tidur pun akan jadi moody apatah lagi perempuan yang sepatutnya perlukan waktu tidur yang lebih lama. Mengikut National Sleep Foundation, perempuan memerlukan tidur 20 minit lebih banyak daripada lelaki disebabkan otak mereka yang lebih kompleks. Tapi hakikatnya, kat rumah memang kebanyakan lelaki yang berdengkur dulu daripada isteri dan anak-anaknya.
IKLAN
3. Kurang disayangi
Benda ni nampak remeh tapi sebenarnya benda ni la antara benda yang paling besar sekali. Cuba periksa diri masing-masing. Berapa kali kita pegang tangan pasangan kita hari ni? Pegang tangan sebab nak pergi kerja dan sebab baru habis solat je kan? Oh tidak. Si dia perlukan lebih daripada itu untuk mengisi tangki emosinya. Ingat, isteri yang jarang disentuh dan dipeluk akan cepat merasa terancam dan kekosongan!
4. Sedang kesakitan
Tak kisah lah kesakitan emosi ataupun kesakitan fizikal, orang perempuan ni paling susah nak berterus terang! Dia akan bagi ayat kiasan tahap level PhD punya yang mana kita lelaki yang level Diploma ni susah sikit nak hadam.
Itu sifat kaum Hawa yang kita kaum Adam kena faham. Mereka takkan cerita direct! Jadi untuk membuatkan kita faham masalah dan kesakitan diorang, si dia akan bebel je tanpa mereka sedar pun sebenarnya.
IKLAN
InsyaAllah. Kalau kita kaum Adam boleh faham benda ni rumahtangga akan jadi lebih best dan menyeronokkan sebab kita tahu apa nak kena buat.
Isteri saya kalau dah mula bebel saya dah tahu dah si dia tengah penat. Jadi saya amik dan jaga semua anak-anak saya, dan saya suruh isteri saya tu tidur waktu tu juga. Ajaibnya, lepas bangun je tidur si dia tu akan tersenyum-senyum bahagia!
Jadi, tak perlu nak bermasam muka dah kalau kita tahu camne nak handle emosi dan keperluan orang yang kita cinta. Tolong ajar ilmu ni pada pasangan masing-masing ye supaya masing-masing boleh saling memahami. Bila saling memahami, rumahtangga pun makin berseri. InsyaAllah!
Suami isteri selepas berkahwin bilik tidur itu adalah ‘tempat rahsia’ buat mereka. Kerana itulah bilik tidur utama dalam rumah adalah milik suami dan juga isteri. Jika orang luar ingin masuk, mereka hendaklah meminta izin anda dahulu walaupun dia ahli keluarga anda.
Bilik tidur ini adalah satu perkara yang boleh buat gaduh besar jika ada pihak yang melanggarnya. Sebagai orang luar, anda perlulah hormati privasi mereka.
Kenapa bilik tidur rahsia untuk suami isteri?
Secara amnya, bilik tidur adalah tempat beristirehat bagi suami isteri selepas seharian penat bekerja. Jadi, situasi yang aman, segar, tenang dan selesa semestinya amat diperlukan dalam bilik tidur.
Malah di bilik tidur itu juga, suami isteri berduaan, berbincang, bersolat, mengaji Al-Quran, bersemuka dan melakukan hubungan kelamin. Yang dibenarkan masuk ke dalam bilik tidur tersebut hanyalah suami isteri tersebut sahaja kerana di situ semua aktiviti sulit dilakukan dengan pasangan.
Jika ada tetamu datang ke rumah, mereka boleh menggunakan bilik tetamu atau bilik anak. Sekiranya suami tidak faham tentang ini, isteri boleh membawanya berjumpa pegawai kaunseling atau pejabat agama.
Orang luar dilarang masuk
Kewajipan menjaga bilik tidur ini tidak hanya terletak di tangan isteri sahaja tapi suami juga perlu ambil tahu bersama-sama.
Jika ada tetamu datang ke rumah, mereka boleh menggunakan bilik tetamu atau bilik anak. Sekiranya suami tidak faham tentang ini, isteri boleh membawanya berjumpa pegawai kaunseling atau pejabat agama.
Pernah atau tidak kita berhadapan dengan situasi kita yang sudah bertunang dan hampir ke jinjang pelamin, tetapi tetap putus akibat tidak serasi atau berbagai faktor yang lain. Jadi ini mungkin beberapa hikmah yang perlu kita renungkan apabila kita putus cinta.
1.Lebih dekat dengan Allah.
Mungkin ada perkara yang membuat kita jauh daripada Allah apabila bersama si dia. Jadi Allah sayang kepada kita dan tunjukkan bahawa si dia mungkin bukan jodoh yang terbaik buat kita. Kembalilah kepada Allah. Banyakkan berdoa dan memohon petunjuk supaya kita bertemu dengan calon yang benar-benar baik agama dan akhlaknya.
2.Mempunyai lebih masa berharga.
Sedar atau tidak ketika kita mabuk dengan dunia cinta, kita sebenarnya banyak menghabiskan masa untuk si dia. Dating, mesej, whatsapp dan segalanya adalah untuk si dia. Jadi selepas si dia sudah tiada dalam hidup kita, kita boleh gunakan masa-masa tersebut untuk kerja dan perbuatan yang lebih berfaedah.
3.Masa untuk bahagiakan ibu bapa.
Kadang kala apabila tengah mabuk bercinta, kita mengabaikan ibu bapa kita. Kita asyik berkepit dengan si dia termasuk dalam telefon atau bermesej. Masa untuk ibu dan bapa kita abaikan. Mungkin inilah masa yang terbaik untuk kita bahagiakan mereka kerana ibu bapa mungkin sudah tua dan mereka ingin bersama dengan anak-anak sebelum mereka tiada di dunia ini.
4.Menyelamatkan diri daripada pasangan yang tidak baik.
Setiap yang berlaku sudah tertulis dan ditentukan oleh Allah. Benar, kita berasa sangat sedih dan kecewa dengan apa yang berlaku. Sentiasa berfikiran positif dengan perkara yang telah ditakdirkan untuk kita. Mungkin di sana ada seseorang yang lebih baik yang disediakan oleh Allah untuk kita. Siapa tahu kan ?
5.Bebas daripada membazir wang.
Apabila kita bercinta banyak duit yang dihabiskan untuk pasangan kita sama ada lelaki atau perempuan. Shopping bersama, lunch dan dinner bersama dan macam-macam lagi yang kita beli untuk pasangan kita. Jadi dengan putus cinta, kita tak perlu bazirkan lagi wang kepada si dia. Simpan wang anda untuk perbelanjaan masa hadapan. Siap boleh bagi ibu bapa lagi!
Putus cinta bukanlah bermaksud segala-galanya sudah berakhir seperti lagu kumpulan atmosfera, ‘berakhirlah sudah’. Kita sukakan sesuatu, padahal ia bukanlah baik untuk kita dan kita benci sesuatu padahal ia baik untuk kita. Banyak perkara yang diluar pengetahuan kita sebagai manusia. Jadi, yakin kepada Allah. Allah mungkin merancangkan sesuatu yang lebih baik untuk anda.
Mencari pasangan hidup bukan mudah. Berusaha untuk menjadikan seseorang sebagai pasangan ke akhir hayat ada ciri-ciri tertentu. Buat seorang wanita, inilah antara ciri-ciri suami yang menjadi dambaan untuk menjaganya sehingga ke akhir hayat.
Ciri-Ciri Suami Mithali
PPN_20190101_6_94TO95_IMG_6289
1) Seorang yang soleh
• Menunaikan tanggungjawab terhadap Allah, keluarga serta kepada semua orang yang menjadi tanggungjawabnya dengan penuh semangat, penuh perhatian, dan penuh kelapangan dada.
• Menjadikan Rasullah sebagai contoh tauladan dan ikutan yang terbaik.
• Kemulian akhlak seorang suami yang soleh di ambil kira dengan sikapnya terhadap isteri kerana salah satu cirri orang yang berakhlak mulia ialah orang yang memuliakan wanita dan tidak pernah menghina wanita kecuali orang yang keji perbuatannya.
• Hal ini juga merupakan kesaksian Rasullah terhadap suami soleh yang berhias diri dengan akhlak mulia, yang dalam langkah kehidupannya sentiasa dilandasi dengan kekuatan iman dan takwa.
2) Berwajah manis
• Seorang suami yang soleh pasti akan menunjukkan sikap yang menyenangkan terhadap isteri. Hal ini kerana ianya dapat menanamkan kebahagian dan kesenangan dalam hati isteri.
• Rasullah telah memberikan petunjuk tentang beberapa perkara yang harus dilakukan oleh suami di hadapan isteri ketika kembali dari bermusafir : i. Menyampaikan ucapan salam kerana ianya dapat menambahkan berkat dan mendapatkan hidayah, menabur kedamaian serta ketenteraman antara suami isteri. ii. Sentiasa berwajah manis lagi berseri. Senyuman yang tulus dan raut muka yang jernih akan membuatkan senang hati orang yang bertemu. iii. Berjabat tangan hendaklah ditumbuh kembangkan antara suami isteri dan seluruh anggota keluarga, baik ketika keluar mahupun masuk rumah.
3) Panggilan mesra
• Untuk dapat menyeronokkan perbicaraan yang sedap lagi berkesan, Islam telah memberikan beberapa tuntutan kepada umatnya, lebih khusus lagi kepada suami, agar mereka dapat meraih kebahagian yang sempurna. i. Suami soleh apabila berbicara dengan isteri pasti pandai memilih kata-kata yang indah lagi baik, serta diungkap dengan ungkapan yang menarik. ii. Apabila orang yang berbicara menunjukkan penghargaan, penghormatan, raut muka berseri lagi gembira dan kelembutan serta perhatian penuh, tentu lawan bicaranya akan merasa senang dan reaksi perbicaraan tersebut. iii. Apabila seorang suami berbicara dengan isterinya, hendaklah dengan ucapan yang jelas, perlahan, mudah diterima dan dengan suara yang lembut. iv. Apabila seorang suami memanggil isterinya, hendaklah dengan menggunakan panggilan yang manis dan yang paling disukai. v. Seorang suami hendaklah memanggil isterinya dengan panggilan yang manja kerana dapat menumbuhkan rasa cinta dan hormat, melukiskan rasa senang dan bahagia, melapangkan dada serta mendendangkan kemerduan pada pendengarannya.
4) Tolong-menolong
• Tolong-menolong antara suami isteri akan melahirkan kebahagian dan keharmonian dalam kehidupan rumahtangga.
• Suami yang baik tentu akan selalu memberikan perasaan senang kepada isterinya, baik dengan cara membantu melakukan tugas-tugas sehariannya mahupun lain.
• Membantu pekerjaan isteri semakin besar nilainya apabila dilakukan dalam keadaan darurat.
• Suami isteri mengerjakan sesuatu pekerjaan dengan penuh kelembutan dan ketulusan sebagai penghubung tali cinta kasih dan rahmat yang telah Allah rentangkan antara keduanya, dalam rangka mewujudkan kedamaian, ketenteraman, ketenangan dan kebahagian.
5) Bersuka ria
• Bergurau senda dan bersuka ria menurut Rasullah merupakan tiang kebahagian dalam membangunkan sebuah tuntutan rumahtangga.
• Di antara perkara-perkara yang harus diperhatikan: i. Beristirehat di sebuah taman dapat menghilangkan penat dan jemu setelah melakukan pekerjaan seharian. Tetapi hendaklah dengan menghindari kebiasaan membuka aurat dan perilaku maksiat serta menghindarkan diri dari percampuran antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim. ii. Menunjukkan sikap mesra kepada isteri ketika menjamu hidangan sangat dianjurkan oleh Rasullah. Suasana di meja makan dapat dimanfaatkan sebagai media dialog dan menunjukkan rasa kasih sayang antara suami isteri. iii. Mandi dalam satu bilik mandi sambil bergurau tidak dilarang oleh Islam kerana dapat menghidupkan rasa bahagia dalam kehidupan rumahtangga seperti saling bergantian dalam menyiramkan air ke atas tubuh dan saling menggosok badan dengan tangan. iv. Di dalam bergurau, ada beberapa etika yang dianjurkan oleh Islam. Hal tersebut harus dipegang teguh sehingga dalam bergurau tetap tidak menyimpang dari kebenaran serta mengandungi hikmah dan makna.
6) Bermusyawarah
• Bermusyawarah adalah kunci dari segala kejayaan dan kebahagian dalam mengharungi hidupn berumahtangga.
• Musyawarah untuk muafakat sangat dianjurkan oleh Islam baik dalam rumahtangga mahupun yang lain.
• Musyawarah merupakan sebahagian tuntutan Rasullah dalam pergaulan antara suami isteri dan prinsip ini harus dipegang oleh setiap pasangan. • Bermusyawarah dapat mencipta ketenangan dan ketenteraman di dalam hati isteri serta menghidupkan rasa ingin selalu menghargai terhadap suami.
• Musyawarah juga dapat mengabdikan hubungan cinta kasih antara suami isteri.
sekadar gambar hiasan
7) Memberikan nafkah
• Kewajipan yang paling penting bagi suami adalah memberikan nafkah kepada isterinya. Bagi isteri pula, pemberian nafkah adalah hak yang mesti harus diterima.
• Seorang suami harus memiliki sifat pemurah dalam hal member nafkah. Islam menjanjikan pahala yang besar kepada suami yang memberikan nafkah kerana ini dapat membangunkan kebahagian rumahtangga.
• Orang yang bertanggugjawab serta tidak bakhil dalam memberikan nafkah adalah lebih baik daripada orang yang bakhil lagi tidak bertanggungjawab.
• Seorang suami harus selalu berusaha memenuhi kewajipan memberi nafkah kepada keluaraga, sesuai dengan keutamaan yang telah diajarkan oleh Islam.
• Suami yang member kelonggaran dalam hal nafkah, maka akan diberi kelapangan rezeki pula oleh Allah. Sebaliknya, bila dia bakhil, akan diberi kesempitan rezeki.
• Seorang suami yang memberikan nafkah secara baik kepda keluarganya akan mendapat hisab secara mudah.
• Seorang suami yang berupaya memenuhi kewajipannya dapat menambah rasa cinta kasih, melahirkan kebahagian, menegakkan ketaatan dan menabur kesetian kepada isteri.
• Seorang suami yang soleh akan menjauhi perangai syaitan dan menghindari penterbukaan.
• Seorang suami harus berbuat ekonomi tanpa harus bakhil dan murah hati tanpa harus terbuka.
• Semua ini dapat membahagiakan isteri agar mereka tidak merasa bosan dalam mencari nafkah dan dalam mencukupi keluaraga.
8) Menjaga rahsia
• Menjaga rahsia adalah sebahgian dari cara menjalin keharmonian dan keutuhan hubungan antara suami isteri.
• Membuka rahsia keluarga terutamanya kenikmatan bersenggama kepada orang lain adalah hal yang sangat tidak terpuji.
• Segala masalah hendaklah diselesaikan dengan fikiran yang jernih dan sikap yang bijak serta rahsia tersebut benar-benar dijaga.