
Kenapa orang perempuan ni suka membebel? Orang perempuan bebel pun tapi keje jalan. Keje siap. memang dah lumrah kot. Tengok je mak-mak kita, nak lagi kaum ibu-ibu, suri rumah sepenuh masa yang tak ada orang gaji. Mana yang bekerja pun. Kesian penat. Tengoklah dah berapa kali beranak.
Iyelah, hari-hari kena hadap. Mana anak buat sepah main mainan tak kemas, baju dah berbakul tak sempat lipat, mana nak masak lagi. Pinggan tak bercuci dengn baju spender laki bergulung merata kat lantai. Tuala tak sidai. Sibuk mengurus tu yang dia selalu membebel. Kau anggap je tu terapi bagi dia.

So, jadi suami tu cuba ringan tangan tolong bini sikit. Mana orang perempuan tak tekanan. Ini tak. Taunya asyik menghadap telefon main game. Bila disuruh semua malas.
Tolong-tolonglah sikit. Kan seronok kalau kita dapat buat keje rumah tu sama-sama. Dapat pahala. Dapat keberkatan. Dorang membebel tu sebab sayang. Nanti kalau mereka ni dah tak ada dalam hidup kau. Disitu baru kau tau erti rindu, rasa kehilangan. So, hargai mereka.
Kredit : En.Norshahrizan
Nak Indah Malam Pertama? Buat Ni Dulu Sebelum Masuk Tidur.

Macam-macam perasaan bila hampir tiba hari bahagia. Kekalutan membuat persediaan kahwin pun sudah cukup untuk membuatkan hari anda begitu sibuk. Tapi, janganlah sampai lupa untuk menjaga diri sendiri. Kaum wanita yang bakal bergelar isteri khususnya kena ada persediaan untuk ‘bertemu’ bakal suami pada malam pertama.
Anda jangan terlalu memikirkan saat malam pertama kerana malam pertama itu tidak semestinya malam untuk bersama. Tak perlu terlalu runsing membayangkan apa yang bakal berlaku kerana paling penting sekali adalah anda mempersiapkan diri sendiri.
Apa yang perlu anda buat?
Bilik tidur
Kamar tidur adalah ruangan privasi untuk anda dan suami. Tak perlu dekorasi mewah untuk menjadikan kamar tidur nampak hebat. Cukuplah sekadar mengemaskan bilik itu dengan baik.
Haruman
Bukan tubuh badan sahaja memerlukan haruman yang menyegarkan tetapi bilik tidur pun perlu ‘dimanjakan’. Semburanlah wangi-wangi supaya hilang bau yang kurang menyenangkan. Selepas majlis kahwin, mesti anda berdua akan penat. Jadi, bilik yang kemas dan berbau harum membuatkan anda rasa lebih tenang dan selesa. Kalau ada bajet lebih, belilah diffuser dengan wangian yang boleh menjadikan suasana bilik tidur lebih relax. Banyak pilihan diffuser boleh anda dapati DI SINI.
Wajah
Bersihkan wajah sebelum tidur. Janganlah kerana terlalu penat, anda memilih untuk tidur dengan mekap masih di wajah. Bakal suami tentu ingin melihat wajah isteri yang baru dinikahi dengan wajah paling fresh dan ‘asli’. Mungkin anda dan bakal suami boleh menggunakan masa ini untuk saling membersihkan wajah pasangan.
Semburan badan
Jangan sesekali biarkan badan anda berbau. Bukan sahaja untuk malam pertama tetapi sentiasa! Ada wanita yang kurang peka hal ini kerana mungkin sudah terbiasa. Sedangkan adik-beradik sendiri pun tak tahu macam mana cara untuk menegur apatah lagi bakal suami. Mandi dahulu dan semburlah haruman. Tak perlu banyak, nanti pening pula kepala suami!
Pakaian
Pilihlah pakaian paling cantik. Tak perlu seksi, tak perlu mahal dan tak perlu berjenama. Kenangan malam pertama ini diharapkan menjadi ingatan buat anda dan pasangan sampai bila-bila.
Solat berjemaah
Sempurnakan malam pertama anda dengan solat berjemaah. Inilah kali pertama si dia menjadi imam solat anda. Berdoalan pada Allah agar hubungan yang dibina itu bahagia sehingga ke Jannah. Hargai momen indah ini sebaik-baiknya.
Kredit foto: TANGKAP PICTURES
Ustaz Datuk Kazim Elias Kongsi 4 Punca Kenapa Perkahwinan Tu Tak Bahagia.

Ustaz Datuk Kazim Elias ada share 4 punca kenapa satu-satu perkahwinan tu tak bahagia.Sebab duit ke? Sebab rupa? Atau sebab agama semata?
1. Punca pertama ialah sebab semua benda isteri buat. Basuh baju isteri, kemas isteri, masak isteri. Sedangkan isteri ni cuma dituntut untuk layan suami je. Jadi, tak perlu ke isteri buat semua tu? Isteri solehah dia TOLONG buat kerja. Bantu sama membantu. Masing-masing kena faham erti tanggungjawab.
Ustaz siap cakap, semakin suami rasa senang rileks tak buat apa-apa, lagi senang dia lupa tanggungjawab dia. Bukanlah balik ni hang pi kabo kat laki hang “Awak, start harini saya taknak basuh baju masak apa semua.”
Tak tak.
Benda susah akan senang bila buat sama-sama. Jangan senang je bersama. Bila susah pas kat pasangan pulak. No no
2. Punca kedua sebab kita tak faham PERANGAI pasangan masing-masing.
NAK JAGA LAKI NI SENANG JE BAK KATA USTAZ KAZIM.
1- BAGI MAKAN KENYANG-KENYANG. ZAHIR DAN BATIN. SEMOGA SEGALANYA DIKIRA IBADAH. AAMIIN YA RABB.
2- MANA SUAMI TU PERGI, IKUT ! HAHAHA ?
SELAGI HANG BOLEH IKUT, IKUT.
3. Punca ketiga sebab kita TAK REDHA itu pasangan kita. Ramai orang hanya menghargai seseorang lepas seseorang tu meninggal. So tak best la nak tunggu laki ke bini hang mati pastu baru nak cakap, “takde yang sama macam laki/bini aku dulu.” ?
Kita memang takkan kenal pasangan kita selagi kita tak share serumah, sekatil, sebantal dengan dia. Hat mak pak dia pun takkan kenal dia sedalam kita kenal dia. Sebab tu kabo, bini lagi kenal laki dia dari mak dia kenal dia.
Tapi orang bijak, lelaki soleh, wanita solehah akan selalu menganggap bahawa pasangan itu adalah ANUGERAH.
Ada pasangan tu, bersyukur. Sebab ada ramai lagi yang masih Allah tak kabulkan doanya untuk berpasangan. Jadi, bersyukurlah.
Bukan senang zaman sekarang, nak dapat pasangan yang solat, yang mengaji, yang nafkah tak culas apa semua. Jadi kalau kita dapat pasangan hat gitu, belajar menghargai walaupun dia tak cantik ke boroi ke apa.
Hat boroi, tak lawa, tak comey ke apa, kat situ Allah nak uji kita, siapa antara kita yang paling BERTAQWA. Memilih yang beragama, mengatasi segalanya.
4. Yang last sekali, punca dia ialah bila seseorang tu tak jadi yang saling menyenangkan. Ye, belajar jadi seorang yang menyenangkan pasangan masing-masing.
Kalau pasangan kita suka sekian-sekian, so kita usahalah untuk memberi sekian ataupun lebih. Yang penting usaha ye, yang lain tu biar Allah yang tentukan. Insyaa Allah.
Ustaz tu share lagi, musibah ni dia mai dalam 3 bentuk :
•UJIAN
•TEGURAN
•BALA
Kalau kita rasa dalam kahwin ni asyik musibah je, meh kita tengok hat tiga ni. Mana satu sebenarnya yang Allah nak tunjuk.
Yang ujian tu adalah untuk orang-orang beriman. Dia bagi contoh, Asiah yang solehah bersuamikan Firaun yang zalim. Tu ujian untuk dia.
Hat yang Allah uji seseorang tu soleh solehah, solat tak tinggal, mengaji tak miss, puasa penuh tapi bertahun-tahun tak dapat anak. Itu ujian namanya. Dan ujian ini tak lain adalah untuk angkat darjat taqwa dan iman kita lebih tinggi. Bersabarlah dan bergembiralah dengan ujian Allah bagi.
Yang kedua, musibah yang mai dalam bentuk teguran. Yang ni Allah hantar sebab Allah nak tegur suruh kita balik semula kepada kebaikan.
Contoh, kita dok leka kejar duit sana sini, kaya sana sini, papppp Allah bagi accident. Takleh dah carik punca rezeki. Tu teguran namanya. Mungkin kita solat tak khusyuk. Kita buat ibadah tapi banyak culasnya. Jadi, Allah nak jentik sikit nak bagi teguran. Nak bagi kita kembali balik pada Dia. Jadi, jangan melatah dok mengata Allah. Allah tak buat benda sia-sia.
Yang last pulak musibah ni mai dalam bentuk bala atau azab.
Dalam kahwin ni, kalau kita nak ketenangan, kita kena belajar untuk REDHA. Redha apa yang Allah bagi. Redha itu pasangan kita. Redha atas segala ujian Allah.
Kalau satu detik nanti Allah uji takde rezeki jodoh panjang, takde rezeki nak bersama.
“Kalau masih mampu, pegang elok-elok, kalau tak mampu, lepaskan elok-elok.”
Selalulah belajar untuk curi hati suami/isteri. Belajar rebut segala pahala yang Allah nak beri dalam perkahwinan. Belajar jadi orang yang tamak pahala ❤️
Perkongsian bermanfaat dari Farahin Ashaari
12 Tip Tawan Hati Suami Agar Dia Tak Terfikir Nak ‘Pasang Dua’

Bagi seorang wanita yang bergelar isteri, tiada apa yang lebih memedihkan apabila suami berubah hati. Saat cinta kian memudar, mulalah si dia sering mencari kesalahan dan menunding hari pada isteri. Pada ketika itulah peluang untuk suami membuka hati untuk membahagikan kasih sayang terhadap wanita lain.
Sakitnya hati dan perasaan itu hanya mereka yang pernah melaluinya saja yang tahu. Tapi, pernah tak anda terfikir cara untuk tawan hati suami semula agar hubungan anda bahagia seperti dahulu? Mungkin anda anggap sudah terlambat untuk bertindak tetapi sekurang-kurangnya anda cuba terlebih dahulu.
Jom Pesona Pengantin kongsikan 12 tip menawan hati suami semula agar tidak terfikir untuk kahwin lain atau “pasang dua”!
1. JANGAN AMBIL SIKAP TIDAK PEDULI
Tunjukkan yang sebenarnya anda amat menyayangi pasangan. Jika anda ambil sikap tak peduli, pasangan akan cepat merasa bosan. Jadi, cuba ambil berat mengenai dirinya.
2. BAIKI PENAMPILAN DIRI
Berhiaslah untuk suami. Jaga dan jangan sesekali mengabaikan kecantikkan diri. Sentiasa nampak cantik dimata suami. Cuba untuk menjadi seorang isteri yang lebih baik dari sebelum ini, luaran dan dalaman. Okay?
3. DEKATKAN DIRI DENGAN TUHAN
Ini yang paling utama sekali. Pokoknya ingat tuhan dan sentiasa berdoa supaya diberi hidayah dan keberkatan dalam rumahtangga. Bagi yang muslim, ingatlah Allah itu sentiasa ada untuk mendengar setiap keluhan dan rintihan. Percayalah, tak ada yang lebih tenang dari mengadu pada sang Pencipta.
4. INGATKAN TANGGUNGJAWABNYA KEPADA ANAK-ANAK
Orang kata, anak-anak merupakan pengikat kasih antara suami isteri. Apa kata anda ingatkan kembali tanggungjawab si suami. Bukan dia terlupa, tapi mungkin hanyut dek cinta sementara. Cewah! Ajaklah anak-anak bermanja sekali dengan ayah mereka, pasti kebahagiaan keluarga akan bertambah.
5. AMALKAN DOA DALAM MASAKAN
Orang kata, nak pikat suami melalui masakan. Tapi, jika anda sayang suami anda, apa kata amalkan beberapa doa ketika memasak makanan. Bukan apa, ia sebagai penguat dan pengikat kasih sayang. Barulah suami anda akan terikat dan terpikat. Jangan cari bomoh sudahlah ya!
6. IZINKAN SUAMI BERPOLIGAMI
Ya, pastinya perkara ini amat sukar. Wanita mana yang ingin berkongsi kasih. Betul tak? Tetapi, kadang-kadang anda harus belajar untuk menerima dan redha dengan ketentuan Allah. Mana tahu, bila anda izinkan suami berkahwin lain, dia akan mula sedar kesilapan diri dan ingin anda menyayanginya seperti dulu kan.
7. HUBUNGAN INTIM YANG SIHAT
Hubungan intim sememangnya amat penting dalam kehidupan rumahtangga. Waktu tidur amat penting, pasangan suami isteri hendaklah tidur bersama. Kerana sebelum waktu tidurlah si suami mahupun si isteri akan bercerita dan berkongsi apa yang dirasai dalam hati.
8. DUDUK BERBINCANG
Ini yang sepatutnya anda lakukan. Tak ada jalan penyelesaian jika bermasam muka dan saling marah antara satu sama lain. Ingat, setiap masalah pasti ada penyelesaian. Berbincang degan baik. Tunjukkan anda seorang wanita yang tabah dan kuat.
9. PIKAT HATI SUAMI KEMBALI
Kembalikan kehangatan bercinta. Mungkin apabila sesuatu perhubungan itu sudah terlalu lama, dah tiba masanya anda melakukan sesuatu. Cuba tawan hati suami kembali dengan kelembutan dan kemanjaan anda yang sering membuatkannya rasa sentiasa disayangi. Wanita kan dilahirkan dengan sifat lemah lembut. Tunjukkanlah.
10. CARI KAUNSELOR DARI PEJABAT AGAMA
Tak tahu nak bercerita pada siapa? Jangan risau, cari kaunselor yang dapat membantu masalah anda. Mungkin akan ada jalan penyelesaian yang anda terlepas pandang. Carilah kaunselor yang arif mengenai hukum-hukum syariah dan dapatkan pendapat mereka. Sedikit sebanyak ia akan membantu menguatkan semangat anda dan pasangan.
11. JANGAN MENDESAK ATAU BERI TEKANAN
Lelaki memang tak suka didesak dengan pelbagai persoalan. Lagi didesak, lagi mereka akan mengelak. Bagi mereka, desakan itu satu tekanan yang amat merimaskan. Jadi, cuba berlembut dan sabar dalam mencari jawapan.
12. AJAK SUAMI SOLAT BERJEMAAH
Sesungguhnya sembahyang itu tiang agama. Jadikan sembahyang berjemaah bersama suami dan anak-anak sebagai satu rutin harian. In sha Allah, jika di izinkan oleh-Nya rumahtangga akan terpelihara dari pelbagai anasir-anasir jahat. Ketika bersolat, mintalah hubungan anda dan pasangan dijauhkan dari perkara maksiat.