sumber : sinarharian

Ramai di antara kita mengalami susah tidur kerana kepenatan di siang hari. Ada segelintir orang senang tidur apabila badan terlalu letih, namun ada juga yang mengalami susah tidur kerana mengalami sakit badan kerana terlalu letih bekerja di siang hari.

Kita disarankan untuk tidur selama 8 jam sehari, paling kurang pun jika tidak selama 8 jam, 7 jam sudah memadai. Tahukah anda ada satu kajian mengatakan bahawa orang yang tidur awal berpotensi untuk jadi kaya dan hidup lebih bahagia.

Selain itu, ada beberapa kesan jika anda sering tidur lewat di waktu malam. Mari kita lihat,

Turun Berat Badan

Apabila anda tidak mudah tidur awal, anda akan mula tidur pada lewat malam. Oleh kerana susah untuk bangun awal pagi, anda terpaksa turun kerja tanpa sarapan. Itu bukanlah perkara yang baik untuk diamalkan.

Mudah rasa tertekan

Kajian menunjukkan kebiasaan tidur lewat malam boleh menyebabkan insomnia. Oleh kerana tidak dapat tidur dengan lena pada malam hari, anda akan mengalami tekanan pada siang hari kerana rasa mengantuk. Ini akan menjejaskan kerja anda.

Cara Untuk Mengatasi Masalah Susah Tidur

Kosongkan fikiran

IKLAN

Buang tabiat suka berfikir atau berkhayal ketika baring. Ianya adalah salah satu punca mengapa anda akan susah untuk tidur. Sebaiknya jangan bawa masalah pejabat ketika masuk ke dalam bilik tidur.
Jangan fikirkan tentang masalah dan juga perkara-perkara yang negatif. Maafkan semua orang sebelum tidur, dan tidur lah dengan tenang

Beristirehat waktu malam

Jangan bawa kerja pejabat balik ke rumah. Ini akan membuatkan anda sentiasa berfikir tentang kerja sahaja. Sebaiknya tinggalkan semua kertas kerja di pejabat. Pulang ke rumah dengan hati yang tenang dan lapangkan fikiran anda.

Elakkan minum air berkafein

Amalkan minum susu sebelum masuk tidur, jangan pula anda minum kopi. Kopi akan membuatkan mata anda susah mengantuk, dan ia akan membuatkan anda rasa susah untuk tidur.
Jika anda bukan penggemar susu, amalkan minum air suam atau air kosong sebelum tidur.

IKLAN

Elakkan Dari Bunyi Bising

Tutup segala bunyi-bunyian yang mampu menganggu waktu tidur anda. Pastikan suasana senyap dan tenang. Ada segelintir orang tidak boleh tidur jika mendengar bunyi bising.
Jika anda seorang yang sukakan suasana tenang, pastikan anda sudah tutup sebarang bunyian. Tutup mata dan nikmati masa rehat anda dengan tenang.

Riadah waktu petang

Selepas balik kerja, anda boleh melakukan riadah petang, seperti berlari atau bermain badminton. Bila anda rasa penat, anda mampu tidur dengan lena dan tenang. Bawa anak-anak berjalan dan menikmati keindahan alam disamping beriadah bersama keluarga.

IKLAN

Tutup Semua Sumber Cahaya

Cahaya yang terang adalah salah satu faktor yang menyebabkan anda sukar untuk tidur. Memang sukar untuk tidur jika cahaya lampu yang masih menyala. Jika sumber cahaya yang terlalu terang akan menyebabkan anda susah untuk melelapkan mata.
Bagi mengatasi masalah susah untuk tidur, anda hendaklah tidur dalam keadaan yang gelap atau cahaya samar-samar. Tutup semua lampu dalam bilik anda kalau boleh. Tidur dalam keadaan gelap akan lebih cepat untuk anda melelapkan mata.

Pastikan Tempat Tidur Nyaman dan Selesa

Faktor kebersihan dalam bilik juga mempengaruhi anda, jika bilik terlalu bersepah, ianya mempengaruhi emosi anda untuk tidur. Pastikan tempat tidur dalam keadaan bersih dan teratur.
Sebelum tidur amalkan menyapu bilik dengan bersih supaya tidak mempunyai sebarang sampah atau benda-benda yang mampu menganggu anda untuk tidur.

Baca Doa Sebelum Tidur

Sebelum tidur, amalkan membaca doa sebelum tidur. Pastikan anda kosongkan fikiran dan tidur dalam lindungan Allah s.w.t.
Banyak manfaat bila anda membaca ayat-ayat Allah s.w.t sebelum tidur. Ia mampu melindungi anda dari gangguan jin dan syaitan ketika tidur. Dengan membaca doa, anda akan merasa lebih tenang.

Pastikan badan anda sentiasa dalam keadaan yang sihat, tidur dengan secukupnya dan jangan terlalu memaksa diri berjaga di malam hari. Kerana ia memudaratkan kesihatan anda. Sekian petikan dari Myinfoharian.com

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI