Kalau kita rajin berbual dengan orang tua-tua, terlalu banyak ilmu yang boleh kita ‘korek’ dan kongsi bersama mereka. Orang kata, mereka kan ‘makan garam’ terlebih dahulu dari kita. Itu belum lagi mereka kongsi petua-petua lama yang diamalkan sejak dulu.

Bukan petua kecantikan sahaja, bahkan nak cari jodoh pun ada caranya. Percaya atau tidak orang tua dulu-dulu kebanyakannya berpegang kepada konsep untuk mengetahui sifat mahupun ciri peribadi calon pasangan yang dipilih melalui kedudukannya dalam struktur keluarga. Biasalah orang tua dulu diketahui memang banyak kepercayaan dan pantang larangnya termasuklah, dalam urusan mencari pasangan hidup.

Hubungan kasih sayang

Mereka beranggapan anak sulung sebaik-baiknya tidak sesuai berkahwin dengan pasangan juga anak sulung. Alasan diberi, kedua-duanya mempunyai sifat dasar yang sama, setidak-tidaknya sifat manja dan keras kepala. Begitu jugalah jika anak bongsu, elakkan mencari pasangan yang sama-sama bongsu dalam keluarga kerana kedua-duanya sukar mengawal situasi.

Selain itu, jika anak bongsu bertemu anak tunggal, hubungan itu turut dikatakan, bakal bergejolak kerana kedua-duanya sama-sama memerlukan perhatian. Mereka ini dikatakan pasangan yang akan ‘panas’ dan susah untuk serasi. Betul ke? Jom semak apa lagi andaian yang dikaitkan hanya melihat melalui kedudukan atau pangkat dalam keluarga.

Orang Tua-Tua Kata, Kalau Anak Sulung Jodoh Dengan Anak Sulung Juga, Panas!

IKLAN

Anak Sulung Dengan Anak Sulung

Berpeluang besar untuk sering bertegang urat. Masing-masing sentiasa suka berkeras ataupun dalam menentukan siapa pemberi dan penerima perintah. Jika hubungan cinta terjalin, ia memerlukan jiwa besar dan kesabaran dalam menjalani hubungan seperti ini.

Anak Sulung Dengan Anak Tengah

Sudut negatif dari hubungan ini adalah kemungkinan berubahnya sikap si anak tengah untuk menyenangkan si sulung. Anak tengah adalah pasangan yang serasi untuk siapa saja. Meskipun begitu, ia sering kali menganggap si sulung sebagai yang suka menggertak dan menakutkan. Jika anak tengah berpasangan dengan anak sulung, maka sering kali ia harus merelakan keinginan dan impiannya demi pasangannya.

Anak Sulung Dengan Anak Bongsu

Kombinasi paling serasi. Si sulung dapat mengajarkan pasangannya, untuk bertindak lebih teratur dan menjadi lebih dewasa, terutama saat menghadapi masalah serius. Sementara, si bongsu dapat seimbangkan sikap serius si sulung dengan mengajaknya bersantai atau sekadar duduk sambil berkhayal mengenai masa depan seperti sikap keanak-anakan.

IKLAN

Anak Tengah Dengan Anak Tengah

Pasangan ini sangat serasi. Mereka melengkapi antara satu sama lain. Anak-anak tengah selalunya mempunyai sikap yang lebih berdikari dan matang dalam segala hal. Namun anak tengah sering berahsia. Kebanyakkan pergaduhan tercetus kerana kurang komunikasi antara mereka. Tetapi masalah mudah diselesaikan kerana dua-dua ada sikap berkompromi.

Orang Tua-Tua Kata, Kalau Anak Sulung Jodoh Dengan Anak Sulung Juga, Panas!

IKLAN

Anak Tengah Dengan Anak Bongsu

Hubungan ini akan berjalan lancar, kerana si anak tengah cenderung bersikap seperti anak sulung. Si anak tengah mampu bertolenrasi dan mempunyai sikap yang lebih tenang untuk mengawasi si anak bongsu. Tidak kira samada si bongsu itu lelaki atau wanita.

Anak Bongsu Dengan Anak Bongsu

Berhati-hatilah! Bersama pasangan yang mempunyai banyak persamaan memang menyeronokkan. Namun kadangkala ia sebenarnya lebih banyak keburukkan. Umum mengetahui sifat anak bongsu adalah manja. Maka jika kedua-duanya manja, susah untuk mereka bertolenrasi. Ego masing-masing akan sampai kemuncak kerana masing-masing susah untuk beralah.

Apa pun, semua ini berbalik kepada perancangan yang Esa. Yang baik anda boleh ambik sebagai pemangkin atau pengalaman untuk teruskan kehidupan. Yang buruk jadikan sempadan sahaja. Tidak semua yang dikatakan orang-orang lama adalah tepat, kalau benar sekali pun itu mungkin kebetulan semata-mata.

Instagram: Anna Jobling

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI