
Perkahwinan bukan sekadar membuka rezeki buat kedua-dua pasangan tetapi ia juga memberi peluang kepada kita untuk mengejar pahala dengan lebih banyak lagi. Sebenarnya, pahala lebih mudah untuk kita miliki selepas berkahwin. Walaupun sekadar membuat pasangan kita tersenyum, itu sudah boleh menambah pahala kita.
Banyak perkara yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW yang boleh kita jadikan contoh. Baginda merupakan seorang suami yang sentiasa menjaga hati isterinya. Terlalu banyak hadis yang menceritakan tentang kebaikan baginda sebagai seorang suami.
Ini antara perkara yang dilakukan oleh Rasulullah yang boleh dijadikan contoh kepada para suami di luar sana. Semoga bermanfaat!

- Baginda berlumba lari dengan Aisyah. Adakalanya Baginda menang dan ada masanya Aisyah menang. (HR Ahmad, Abu Dawud & al-Nasaiiy)
- Membuat kerja-kerja rumah (sudah tentu seperti membasuh baju, menjemur baju, sapu sampah, basuh pinggan) ketika baginda berada di rumah. (HR Bukhari)
- Menzahirkan kecintaan kepada isteri. Apabila ditanya siapakah wanita paling disayangi, baginda menjawab “Aisyah”. Kalau lelaki? Jawab baginda, “Bapanya”. (HR Bukhari)
- Tidak pernah memukul wanita (isteri) dan khadamnya. (HR Muslim)
- Melayani isteri ketika sakit malah baginda mengelap air mata Safiyyah ketika dia menangis. (HR Nasaa’iyy) Adakalanya baginda meniup isteri-isterinya yang sakit dengan bacaan surah 3 qul -al-mu’awwizat. (HR Muslim)
- Tetap mengingati kebaikan isteri telah meninggal dan amat menghargai kebaikan, kecantikan dan sumbangan mereka. Nabi tidak pernah melupakan Khadijah malah sering menyebut namanya sehingga Aisyah rasa cemburu. (HR Bukhari)
- Amat romantik sehingga berkongsi gelas dengan isteri. Malah, baginda minum ikut tempat yang ada kesan mulut isterinya tanpa rasa jijik. (HR Muslim)
Sumber: baituljannah
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kalimat Maaf Kepada Pasangan Dapat Meredakan Kemarahan

Meminta maaf dan memaafkan merupakan salah satu kunci yang berkesan untuk melupuskan apa jua konflik. Malah energi maaf ini juga mampu menenangkan suasana dan menghapuskan permusuhan dalam hubungan sesebuah rumah tangga.
Namun saat berlakunya konflik antara suami isteri, ucapan maaf ini terasa begitu sukar untuk diterima ataupun diucapkan. Masing-masing dengan ego yang tersendiri, tidak kurang juga yang degil dan malu untuk meluahkan kalimat keramat ini yang akhirnya mengeruhkan lagi hubungan.
Mengucapkan kalimat maaf kepada pasangan sebenarnya dapat meredakan kemarahan pasangan, menenangkan jiwa dan membuat pasangan rasa lebih dihargai. Oleh itu, fahami enam alasan ini kenapa ungkapan maaf itu penting dalam sesebuah rumah tangga.
Buktikan kemaafan dengan setulus hati
Jangan meminta maaf hanya di bibir sahaja ataupun sekadar untuk mengalihkan masalah kerana cara ini langsung tidak menyelesaikan masalah. Buktikan ketulusan anda dengan meminta maaf seikhlas hati dan segeralah memperbaiki diri agar rajuk pasangan anda tidak berpanjangan. Tidak dinafikan ada sesetengah pasangan sukar untuk memohon maaf secara berdepan. Apa kata anda ambil hati pasangan dengan melakukan tindakan yang disukainya misalnya memasak makanan kegemarannya ataupun menyediakan keperluan yang diinginkannya. Apabila hati pasangan sudah sejuk, minta maaf kepada pasangan dan katakan yang anda benar-benar menyesal. Dengan cara ini akan mencairkan hati pasangan untuk memaafkan kesalahan anda.
Bukan bererti lemah
Jika merasakan apabila anda meminta maaf anda berada di pihak yang lemah, anda sebenarnya silap. Sebenarnya ketika anda meminta maaf kepada pasangan disebabkan oleh kesalahan anda sendiri, ia menunjukkan bahawa anda sedang menghargai perasaan pasangan. Lagipun tidak salah jika anda perlu mengalah kerana sikap mementingkan diri boleh membuatkan anda semakin ego dalam hubungan. Adalah lebih baik jika anda berterus-terang dan berkata benar daripada membuatkan pasangan terus tertekan. Jangan memendam rasa begitu lama kerana perasan ini boleh mencetusnya perang yang besar.
Tidak semestinya yang salah harus meminta maaf
Mungkin saat anda memarahi pasangan kerana melakukan kesalahan terhadap anda, tanpa sengaja ada perbuatan, mimik muka atau kata-kata anda yang telah menyinggung hatinya. Jadi, tidak salah untuk anda pula yang meminta maaf kepadanya kerana kata maaf itu merupakan sebuah ungkapan yang sangat berkesan dalam meredakan kemarahan.
Keras kepala bukan penentu yang anda kuat
Mempunyai sikap keras kepala dan ego yang tinggi bukanlah penentu seseorang itu lebih kuat. Bahkan sikap ego dan mementingkan diri sendiri jika dibiarkan berterusan boleh menjadi racun yang akhirnya memusnahkan sesebuah rumah tangga. Apabila anda merendahkan ego dan sikap keras kepala dengan memaafkan pasangan, kehidupan rumah tangga yang anda berdua bina akan lebih harmoni. Malah komunikasi anda berdua juga akan bertambah baik dalam membentuk sebuah keluarga yang bahagia.
Mampu menyelamatkan rumah tangga
Kehidupan suami isteri pastinya tidak terlepas daripada rasa kecil hati dan tersinggung. Segala masalah yang melanda itu akan terlerai satu persatu jika anda mengakui kesilapan dan segera memohon maaf kepada pasangan. Selain berjaya menyelesaikan masalah yang dihadapi bersama pasangan, memohon maaf juga memberi kejayaan dalam rumah tangga kerana anda telah menyelamatkannya daripada terus retak.
Boleh belajar daripada kesilapan
Meminta maaf kepada pasangan atas kesalahan anda membolehkan anda belajar daripada kesilapan yang telah anda lakukan. Mungkin sebelum itu anda tidak terfikir untuk melakukannya ataupun sama sekali anda tidak terfikir tentang baik dan buruk yang bakal terjadi. Dengan memohon maaf, anda boleh belajar daripada kesilapan yang telah anda lakukan sekali gus mengelakkan daripada ia berulang di kemudian hari.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Digalakkan Buat Istikharah Bagi Yang Rasa Was-Was Pada Bakal Pasangan

Umat Islam disuruh mengerjakan solat sunat Istikharah bagi menyelesaikan jalan buntu atau untuk membuat suatu pilihan atau keputusan dalam segala urusan kehidupan. Terdapat beberapa hadis Rasulullah SAW yang menggalakkan solat Istikharah. Di antaranya;

Rasulullah SAW bersabda: “Di antara kebahagiaan anak Adam ialah Solat Istikharah (minta pilih) daripada Allah Taala dalam segala urusannya dan di antaranya kecelakaan anak Adam ialah meninggalkan solat Istikharah daripada Allah pada segala urusannya.”
la boleh dikerjakan dua rakaat atau sehingga dua belas rakaat (enam salam). Waktunya siang atau malam. Sebaik-baiknya dikerjakan pada waktu sebelum tidur malam. Insya-Allah Tuhan akan menggerakkan hati anda dan memberi petunjuk untuk membuat sesuatu keputusan atau penentuan yang betul.
Cara Solat Istikharah
a. Lafaz niatnya:
Daku solat sunat Istikharah dua rakaat kerana Allah Taala.
b. Antara surah yang dianjurkan ulama ialah:
Rakaat pertama, bacalah Al-Kafirun (1 kali).
Rakaat ke-dua, dibacakan Al-Ikhlas (1 kali).
Atau;
Rakaat pertama, bacalah ayat Al-Kursi (7 kali).
Rakaat ke-dua, dibacakan Al-Ikhlas (11 kali).
c. Dalam sujud akhir, baca tasbih berikut sebanyak 40 kali:
Maha Suci Dikau yang tiada ilmu bagi kami kecuali apa yang Dikau ajarkan (tunjukkan) kepada kami. Sesungguhnya Dikau Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana!
d. Sebelum bangkit dari sujud, mohonlah kepada Allah SWT. dipertunjukkan jalan yang betul dalam membuat keputusan dan pilihan.
e. Selesai memberi salam, bacalah selawat untuk dihadiahkan kepada Rasulullah SAW., para sahabat Baginda, para wali Allah dan seluruh umat Islam.
f. Membaca doa solat sunat Istikharah:

g. Ulangilah doa tersebut sebanyak 3 kali. Dalam berdoa sebaik-baiknya sebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah SWT. misalnya: “Ya Allah! Jika Dikau mengetahui urusan ini..….. (sebutkan perkaranya).”
h. Serahkanlah sepenuh keyakinan kepada Allah SWT. sambil bermohon kepada-Nya agar diberikan petunjuk, sama ada didatangkan melalui mimpi, gerak hati atau dengan dipermudahkan urusan yang mana baik. Tidurlah dalam keadaan berwuduk dan berpakaian bersih.
i. Lakukan solat Istikharah 3 atau 7 hari berturut-turut, mengikut kepentingannya. Insya-Allah akan diberi kecenderungan atau digerakkan hati untuk membuat sesuatu keputusan atau pilihan yang betul.
Sumber : shafiqolbu
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila Dah Kahwin, Minta Suami Isteri Amalkan Surah Al Mulk Untuk Fadhilat Yang Anda Tidak Dijangka

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Surah Al Mulk (bahasa Arab:الملك ) adalah surah ke 67 dalam Al-Qur’an. Surah ini tergolong surah ‘makkiyah’ yang terdiri daripada 30 ayat. Dinamakan Al Mulk kerana kata Al Mulk yang terdapat pada ayat pertama surah ini. yang bererti ‘Kerajaan’. Surat ini disebut juga dengan ‘At Tabaarak’ yang bererti Maha Suci.
Surah Al Mulk adalah surah keamanan dan keselamatan, kerana ia akan menjadi penyelamat dan pendinding dari seksa kubur kepada pembacanya.
Surah Mulk hendaklah dibaca secara istiqamah dengan menjadikan membacanya amalan kehidupan seharian. Ulama berkata: “Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam tidak akan beradu melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk.”

Kandungan Surah Al Mulk
Secara umumnya, surah ini banyak mengisahkan tentang kekuasaan Allah terhadap makhluk ciptaan-Nya. Ini jelas digambarkan daripada tajuk surah ini, al-Mulk, yang bermaksud ‘kerajaan’. Pada awal surah, ayat ini diceritakan kesempurnaan ciptaan alam ini, yang tidak ada cacat-celanya.
Allah telah menciptakan alam ini daripada awal yang tiada apa-apa kepada yang ada dan seterusnya menjaga alam ini dengan penuh kesempurnaan. Allah berkuasa menciptakan dan mematikan sesuatu menurut kehendak-Nya.
Beberapa ayat yang seterusnya mengisahkan azab di neraka, di mana setiap kali sekumpulan manusia di campakkan ke dalam api neraka, malaikat penjaga bertanya, “Apakah belum pernah datang orang yang memberi peringatan kepada kamu?”. “Ya, tetapi kami mendustakannya”. Begitulah respons mereka.
Cuba kita lihat dalam kehidupan seharian kita. Adakah kita sering menolak ajakan untuk membuat kebaikan? Jika ya, cuba check iman, mudah-mudahan kita tidak termasuk ke dalam golongan yang akan menyesal di akhirat kelak.
Dan secara ringkasnya, ayat-ayat yang berikutnya berkisarkan kuasa Allah yang mengetahui perkara yang disembunyikan, berkuasa menciptakan burung yang terbang di angkasa, dan yang berkuasa memberi dan menahan rezeki kita. Allah amatlah murka terhadap mereka yang mendustakannya, walhal telah jelas bukti kewujudan dan kekuasaaan-Nya.

Surah ini ditutup dengan suatu pernyataan yang harus kita renungi bersama : “Katakanlah (Muhammad), Terangkanlah kepadaku, jika sumber air kamu menjadi kering, maka siapa yang akan memberimu air yang mengalir?”
Kelebihan Surah Al Mulk
Surah ini menyelamatkannya daripada azab kubur. Kelebihan juga dinyatakan pada malam hari. Seseorang yang membacanya pada malam hari telah melakukan banyak ibadah dan telah melakukan satu amalan yang baik.
“Sesungguhnya Rasulullah SAW tidak akan tidur melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk.”
Di antara kelebihan Surah ini ialah:
1. Surah ini akan menjadi penyelamat.
2. Penegah pembacanya dari seksa kubur.
3. Berada di bawah naungan sayap malaikat (mendapat rahmat Allah).
4. Di hari kiamat rupanya akan dicerahkan seperti wajah Nabi Yusuf (cantik).
5. Dinamakan Surah gagah perkasa, pintar lagi cerdik.

Fadhilat Dari Hadis
Terdapat banyak hadis tentang fadhilat yang terkandung dalam Surah Al Mulk, iaitu:
1. Mendapat Syafaat
- Daripada Abu Hurairah r.a dari Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya di dalam al_Quran ada 30 ayat memberi syafaat kepada pembacanya sehingga diberi keampunan untuknya iaitu surah al-Mulk.”
- Abu Hurairah meriwayatkan hadis, katanya: “Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun untuknya. Surah itu ialah surah Al Mulk.”
- Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surah itu surah Al Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari Neraka dan memasukkannya ke dalam Syurga.”
- Ulama berkata: “Sesungguhnya surah Al Mulk itu melepaskan pengamal-pengamalnya dari kena azab. Ia akan bersoal jawab pada hari kiamat di hadapan Tuhan kerana menuntut kelepasan mereka yang mengamalkannya dari azab api Neraka.”

2. Menyelamatkan daripada seksa kubur
Di dalam kubur orang yang telah mati para malaikat azab datang pada sisi kakinya untuk memberi hukuman. Kakinya berkata; “kamu tidak dapat hampir dari sisi kakiku kerana orang ini pernah berdiri dalam solat dan membaca Surah Al-Mulk”. Kemudian mereka datang dari sisi dada (hati) dan perut, dan mereka juga terhalang. Kemudian mereka datang dari sisi kepala.
Pendekata, setiap sendi berkata; “kamu tidak dapat datang dari arah ini kerana orang ini selalu membaca Surah Al-Mulk”. Maka, Surah ini menyelamatkannya daripada azab kubur.
- Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Surah Al Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur.”
- Nabi Muhammad SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah Al Mulk setiap malam, diselamatkannya dari azab kubur.”
- Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah Al Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai penganti untuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir”.
- Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah itu ialah surah Al Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam Syurga.”
- Saiyidina ‘Abdullah bin Abbas berkata: “Sesiapa membaca surah Al Mulk sehingga menjadi amalan wiridnya, nescaya ia mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah Subhanahu wa Ta’ala di dalam kuburnya. Bila azab hendak datang ke kepala, terdengar satu seruan: “Tidak boleh engkau datang ke pihak kepala ini kerana ada surah Al Mulk.”
- Daripada Ibnu Abbas r.a berkata, seorang sahabat Rasulullah SAW telah mendirikan khemah di atas kubur dan beliau tidak tahu ianya kubur. Maka di dalamnya terdengar suara bacaan surah al-Mulk sehingga khatam maka beliau menemui baginda SAW dan berkata : “Wahai Rasulullah SAW, saya dirikan satu khemah di atas satu kubur dan saya tidak tahu bahawa ianya kuburdan saya terdengar seorang manusia sedang membaca surah al-Mulk sehingga khatam. ” Nabi SAW bersabda; “Itulah yang menahan dan menyelamatkan dia daripada siksa kubur.” (HR At-Tarmizi)

3. Hati Beriman
- Rasulullah SAW bersabda: “Hatiku ingin supaya Surah Al-Mulk berada di dalam hati setiap orang yang beriman.” (iaitu setiap muslim hendaklah mempelajarinya dan membacanya dengan istiqamah).
- Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya.”
4. Mendapat Keistimewaan
- Saiyidina ‘Ali berkata: “Sesiapa mengamalkan surah Al Mulk, nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti nabi Yusuf.”
- Ulama berkata: “Sesungguhnya surah Yasin dan surah Al Mulk terkandung di dalamnya beberapa rahsia dan kelebihan. Sesiapa mengamalkannya, nescaya ia mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan-kelebihan itu serta dikasihi oleh semua manusia dan juga menjadi hebat pada pandangan makhluk.”
Khasiat Ayat Dari Surah Al-Mulk
Ayat dari Surah Al Mulk juga mempunyai khasiat dan keistimewaan yang lain. Diantaranya:
1. Khasiat Ayat 14 Surah Al-Mulk
أَلَا يَعْلَمُ مَنْ خَلَقَ وَهُوَ اللَّطِيفُ الْخَبِيرُ ﴿١٤
Tidakkah Allah yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui (segala-galanya)? Sedang Ia Maha Halus urusan PentadbiranNya, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya!
1. Dipandang hebat dan berwibawa.
2. Boleh mengetahui apakah kelebihan diri sendiri.
3..Dapat merasai apabila ajal telah hampir tiba.
4. Jika diamalkan menjadi wirid, zikir harian boleh meluaskan rezeki dan menghilangkan fakir.
5. Dibaca 2,012 kali untuk menolak bala yang besar.
6. Jauh dari seksa kubur jika dibaca ayat 14 dan 15 surah Al Mulk.
7. Jika berhajat hendak melihat orang yang melakukan jahat, pencuri, sihir, memfitnah, orang yang sudah meninggal dalam kubur dan perkara yang penting dalam peperiksaan lakukan:
a. Solat hajat.
b. Baca ayat di atas 9 kali dan diniatkan.
c. Tidur dalam keadaan berwudhu dan berdoa (apa niat kita) dan tidur mengiring dengan lembung kanan.

2. Khasiat Ayat 23 Surah Al-Mulk
قُلْ هُوَ الَّذِي أَنشَأَكُمْ وَجَعَلَ لَكُمُ السَّمْعَ وَالْأَبْصَارَ وَالْأَفْئِدَةَ ۖ قَلِيلًا مَّا تَشْكُرُونَ ﴿٢٣
Katakanlah (wahai Muhammad): “Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur”.
– Jika diamalkan ayat ini, iaitu dibacakan pada gigi yang sakit. InsyaAllah, akan berkurangan dan sembuh sakit giginya.
Terdapat banyak keistimewaan daripada tiga puluh ayat Surah Al – Mulk tersebut. Ia akan terus mensyafaati bagi orang yang membacanya dengan istiqamah hingga ia diampunkan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!

