Memang dah selalu sangat kita dengar malah ada juga kawan-kawan rapat yang selalu meminjam duit dengan kita dek kerana tak cukup duit. Ada yang nak beli lampin anak, susu anak, bayar yuran taska dan macam-macam lagi.

 

Pandai Buat Anak Tapi Tak Pandai Bina Kewangan Keluarga

 

Sebab itu kalau hendak berkahwin, pastikan dahulu kedudukan kewangan anda stabil. Bukan hendak melambat-lambatkan anda membina ‘masjid’ tetapi nanti lambat laun pasti akan terjadi perkara begini. Itu baru pinjam dari kawan-kawan, belum lagi minta duit dari mak dan ayah untuk membantu.

 

 

Dalam penulisan di Facebook Azizul Azli Ahmad, pasangan suami isteri perlu belajar urus wang dengan bijak. Jangan hanya pandai ‘buat’ anak.

 

IKLAN

Baca senarai ini untuk panduan anda:

 

  1. Bila dah kahwin tadbir hidup baik-baik dan jangan serahkan pada takdir. Takutnya nanti kita salahkan takdir.

 

2. Isteri saya dulu juga penjawat awam, sebelum dia berhenti jadi suri rumah sepenuh masa. Kami pastikan ada pasif income yang stabil untuknya.

 

IKLAN

3. Jadi suami isteri harus tahu duduk cara belanja keluarga kita. Jika pendapatan isi rumah gaji RM4500. Belajar belanja hanya RM4000 sahaja.

 

4. Jika duit selalu hilang, buat mesyuarat keluarga. Bincang baik baik apa yang boleh ada dan tidak dalam keluarga.

 

5. Jangan biarkan suami tanggung beban ekonomi sepenuhnya. Jika tak dapat bantu dari segi wang, lebihkan kasih sayang padanya.

IKLAN

 

6. Suami juga, jangan bebankan kepala dengan semua tekanan kewangan. Bincang baik baik dengan isteri, apa boleh beli atau nak tambah anak seorang lagi.

 

7. Anak adalah tanggujawab kita, dari lahir sampai belajar kita perlu bersedia. Malu minta bantuan orang dan dia tweet di Twitter.

 

Jadilah suami yang dikenang isteri walau kita dah tiada nanti.

 

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI