Jadi seorang isteri, hal yang amat kritikal bagi kita ialah suami. Kita makhluk Allah yang sarat dengan emosi dan kadang terlalu menuruti kata hati, lalu memang satu hal yang menakutkan kalau ada kata-kata dan tindak tanduk kita yang melukai hati suami – sengaja atau tak sengaja.
Rasulullah sebut dengan jelas tentang perangai orang perempuan – saat berdepan dengan satu saja pun keburukan suami, si isteri boleh lupa dengan kebaikan suaminya yang lain. Perangai inilah yang paling banyak menjerumuskan perempuan ke neraka. Allah.. betapa ngerinya!
Ads
Jadi seorang isteri, banyak-banyakkanlah minta maaf dari suami. Mungkin ada terkurang layanan kita, terkasar bahasa kita, terlajak berprasangka, tercerita tentang aibnya pada sesiapa..
Allah ya Allah, rendahkan hati kita untuk merayu kemaafan darinya. Jangan kita hanya nampak kelemahan dia tapi kita lupa kelemahan kita. Jangan kita sibuk besar-besarkan kesilapannya tapi kita pandang kecil kesilapan kita.
Pandang muka suami kita.. siapa pun dia, itulah yang Allah dah pilihkan sebagai jodoh kita. Itulah lorong nikmat.. itulah juga lorong ujian Allah buat kita.
Ads
Semua buruk baik dia boleh jadi asbab kebaikan untuk kita. Mungkin untuk tundukkan ego kita. Mungkin untuk Allah beri pahala melalui sabar kita. Mungkin untuk latih kita berdikari dan keluarkan potensi diri. Ada sebabnya. Pasti ada sebabnya!
Minta Allah jaga rumahtangga kita. Kalau ada hal tentangnya yang kita tak suka, banyakkan berdoa pada Allah. Kita tak boleh ubah suami kita.. tapi Allah boleh. Minta dari Allah. Jaga hubungan kita dengan Allah agar mudah kita minta Allah jaga rumahtangga kita.
Ads
Masya-Allah.. indahnya kesudahan hidup seorang isteri andai dia mati dalam keadaan mendapat redha seorang suami. Indahnya janji Allah bahawa isteri yang diredhai suaminya boleh masuk syurga dari mana-mana pintu yang disukainya. Indah sangat, kawan-kawan! Tak teringin ke kita untuk mendapatkannya?
Hari ni, ayuh simpan niat untuk jadi isteri yang lebih baik daripada semalam. Simpan hasrat untuk cuba dan kemudian cuba. Allah pandang usaha kita. Allah pasti beri ganjaran walau pun pada sekecil-kecil usaha kita. Insya-Allah…
Jadikanlah kami isteri yang menyejukkan hati suami kami ya Allah. Aamiin. Aamiin.
Facebook : Maahad Tahfiz Al-Quran Janda Baik
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Zihar ialah perbuatan seorang suami menyamakan isterinya dengan mana-mana perempuan yang diharamkan berkahwin dengannya.
Perempuan yang diharamkan berkahwin tersebut hendaklah yang diharamkan berkahwin buat selama-lamanya seperti ibu dan anak perempuan. Biasa terjadi menerusi percakapan, tidak dikira yang terlintas di dalam hati.
Syarat zihar ada 6, iaitu:
i. Suami mestilah seorang yang Muslim dan sudah baligh (mukalaf).
ii. Hubungan suami-isteri di antara mereka hendaklah masih sah.
iii. Gaya bahasa (sighah) lafaz yang digunakan oleh suami memang bermaksud untuk menziharkan isteri.
iv. Perumpamaan yang dikenakan oleh suami kepada isteri secara keseluruhan dirinya atau sebahagian sahaja.
v. Persamaan yang disebut di antara isterinya dengan mana-mana perempuan lain yang haram baginya nikah sama ada sementara atau selama-lamanya.
vi. Persamaan yang disebut membawa makna haramnya hubungan suami-isteri di antara mereka.
Apabila telah berlaku zihar, maka suami diharamkam bersetubuh dengan isterinya kecuali setelah membayar kifarat (denda).
Terdapat tiga jenis kifarat zihar mengikut keutamaan iaitu:
1. Membebaskan (memerdekakan ) seorang hamba Muslim.
2. Berpuasa dua bulan berturut-turut.
3. Memberi makan enam puluh orang miskin dengan secupak beras setiap seorang atau dinilaikan harga makanan tersebut.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebelum pergi jauh soal perkahwinan, jom belajar cara pengiraan jumlah tetamu yang akan hadir ke majlis anda nanti.
Kalau ikut cara yang dikongsikan oleh Nur Aryssa, tidaklah berlaku kes pembaziran dan tiada kes makanan yang tak cukup. Jom tengok!
Langkah-langkah Pengiraan:
1. Jumlah Kad Kahwin yang Diedarkan: Ini adalah bilangan kad yang diedarkan kepada tetamu. Anggap anda akan mengedarkan sejumlah kad tertentu.
2. Kemungkinan Tetamu Membawa Teman/Anak: Dalam anggaran ini, kita andaikan bahawa setiap tetamu mungkin membawa 4 orang (termasuk diri sendiri, teman, atau anak).
3. Peratusan Tetamu yang Akan Hadir: Anggapkan peratusan tetamu yang dijemput akan hadir, contohnya 80%.
Formula Pengiraan:
Jumlah Kad Kahwin (x) Kemungkinan Pembawa (x) Peratusan yang Hadir = Jumlah Tetamu Hadir
Contoh Pengiraan:
Untuk menghitung jumlah tetamu berdasarkan 1000 pax:
1. Jumlah Kad Kahwin:400
2. Kemungkinan Pembawa:4
3. Peratusan yang Hadir:80% (0.80)
Melalui pengiraan ini, jika anda mengedarkan 400 kad, dianggarkan akan ada 1280 tetamu yang hadir ke majlis perkahwinan.
Haa.. dapat sesuatu? Moga majlis anda berjalan tanpa halangan dan masalah, selamat menumpuh hari bahagia dengan tenang.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!