Panduan Awal Ketika Merancang Perkahwinan, Bakal Pengantin Perlu Tahu

Share

 Buat bakal pengantin perasaan teruja untuk menempuhi alam perkahwinan pastinya dirasai hingga mendorong diri seolah bingung dari mana hendak memulakan langkah persediaan untuk ke arah itu. Apa yang perlu dilakukan lebih dulu? Bagaimana mencari vendor-vendor yang tepat? Serta banyak lagi persoalan yang bermain di benak. Untuk membantu bakal pengantin, berikut panduan bagi anda  yang dalam proses mempersiapkan hari istimewa.

  1. Jiwa yang Tenang

Pertama dalam mengurus segala hal memerlukan jiwa yang tenang dan tidak terburu-buru agar hasil yang diperoleh tidak “terburu-buru” juga. Begitu juga dengan mengurus perkahwinan, selama mempersiapkan perkahwinan ada baiknya calon pengantin sentiasa tenang agar dapat berfikir dengan rasional. Kuncinya, banyak berdoa dan rilek untuk mendapatkan ketenangan jiwa sehingga dapat mengeluarkan keputusan terbaik.

  1. Tidak Menjadi Bridezilla

Jenis bakal pengantin yang termasuk bridezilla ialah yang begitu obses dengan perkahwinan sempurna. Setiap bakal pengantin pasti akan berusaha merancang perkahwinannya sesempurna mungkin, tetapi bukan bermaksud berlebihan dan menganggap perkahwinannya perlu sempurna tanpa cela. Sikap berlebihan seperti itu justru akan menjadi boomerang baik bagi bakal pengantin mahupun vendor yang diajak bekerja sama. Bakal pengantin akan mudah stres, dan hubungan dengan vendor kurang baik kerana sikap terlalu berlebihan.

  1. Mencari Sumber Informasi

Pada era moden, mendapatkan informasi sangatlah mudah. Dengan adanya smartphone  membantu bakal pengantin mendapatkan informasi. Yang perlu dilakukan hanya melayari google atau website perkahwinan. Dalam satu klik bakal pengantin akan memperoleh sumber informasi yang lengkap berikut vendor-vendor yang mampu mewujudkan perkahwinan impian semua bakal pengantin.

  1. Memilih tempat

Ada baiknya mengutamakan lokasi perkahwinan diadakan dibandingkan vendor dekorasi, mekap atau lainnya. Mengapa? Kerana tidak selamanya lokasi yang disukai tersedia pada hari perkahwinan yang telah dipilih. Ada kemungkinan bakal pengantin lain telah menempah terlebih dulu, dan untuk menghindarinya, setelah tarikh perkahwinan diputuskan, segera tempah lokasi yang menjadi idaman.

  1. Bertukar cerita dan pengalaman

Tidak ada salahnya bertukar pengalaman dengan teman atau saudara yang telah lebih dulu berkahwin. Dengan mendengar pengalaman mereka akan terbayang bagaimana cara mempersiapkan perkahwinan yang baik, dan tidak mengulangi pengalaman pahit yang pernah dirasakan mereka. Selain itu, bakal pengantin sendiri pasti pernah hadir di acara perkahwinan yang dapat memberi gambaran bahkan dapat memberi inspirasi perkahwinan anda kelak.

IKLAN