
Jadi suami, tak semestinya perlu belikan bunga selori untuk pujuk hati isteri, cukup dengan layanan dan rasa sayang yang tidak akan pudar darimu wahai suami.
Ini luahan dan perkongsian Ebit Lew di Facebooknya mengenai pentingnya berlemah lembut dengan pasangan.
Aduh. Ya Allah tuhanku..sebak rindu semua ada. Dapat peluang berdua-duaan dengan bidadari sayangku. Nak pegang tangan. Nak berbual. Nak cakap i love u till jannah banyak-banyak kali. Makin hari makin rindu. Makin jatuh cinta. Ya Allah jagakanlah bidadariku ini supaya dapat kami bersama mendapat RedhaMu dan jannatulFirdausMu
.
Rumahtangga paling bahagia ialah rumahtangga Rasulullah saw. Jadilah orang paling baik dan romantik seperti Rasul saw… Bila pulang ke rumah baring atas riba isteri. Atau isteri baring di atas riba kita. Saling mengusap dahi dengan cinta dan kasih sayang. Setelah berpenat berjuang di luar sana. Dakapan pasangan yang kita cintai ialah tempat paling indah. Mengubat segala duka dengan izin Allah.. Rasulullah saw berpelukan menangis kerana keletihan dan diuji dengan pukulan, cacian, kesusahan yang amat dahsyat di luar sana..rumahku syurgaku.baiti jannatiMemuji dan memanggil isteri atau suami dengan panggilan paling disukai
Wahai bidadariku yang menawan, yang cantik, kekasih hati teman hidupku. Menemuimu dalam hidup ini perkara yang terindah. Kaulah bulan. Kaulah matahari. Kaulah kurnia Allah yang terindah dalam hidup ini.. Rasulullah saw memanggil isteri dengan gelaran dan panggilan terindah
Mengusap tangan dan peha pasangan. Sambil ucap dan lafazkan sayang. Saya cinta dan sayang awak sampai syurga. Saya ingin terbang bersama sayang dalam syurga
Berlemah lembut dan lunakkanlah suara bersama pasangan. Perkataan dari hati yang mencintai dan bersyukur. Mereka bukan milik kita. Tapi amanah Allah yang untuk kita cintai dan bawa bersama ke syurga. Jangan sesekali berkasar..dengan wajah bengis, bahasa kasar semua orang lari darimu.. Mandi bersama dan bergurau semasa mandi bersama. Rasulullah saw mandi bersama isterinya… Dukung dan rapatkan pipi. Dengan kasih sayang dan manja.. Bergurau dan sekali sekala main kejar-kejar dengan pasangan bagi yang sihat.. Berlari bukakan pintu rumah atau kereta bagi pasangan. Berebut nak angkat barang atau anak semasa bersama.. Bersama dengan manja dan kasih sayang-ebitlew
#jomDaftarKeluargaSunnah #oktoberTour #semuaNegeriwww.keluargasunnah.com
Orang Tua-Tua Kata, Kalau Anak Sulung Jodoh Dengan Anak Sulung Juga, Panas!

Kalau kita rajin berbual dengan orang tua-tua, terlalu banyak ilmu yang boleh kita ‘korek’ dan kongsi bersama mereka. Orang kata, mereka kan ‘makan garam’ terlebih dahulu dari kita. Itu belum lagi mereka kongsi petua-petua lama yang diamalkan sejak dulu.
Bukan petua kecantikan sahaja, bahkan nak cari jodoh pun ada caranya. Percaya atau tidak orang tua dulu-dulu kebanyakannya berpegang kepada konsep untuk mengetahui sifat mahupun ciri peribadi calon pasangan yang dipilih melalui kedudukannya dalam struktur keluarga. Biasalah orang tua dulu diketahui memang banyak kepercayaan dan pantang larangnya termasuklah, dalam urusan mencari pasangan hidup.
Hubungan kasih sayang
Mereka beranggapan anak sulung sebaik-baiknya tidak sesuai berkahwin dengan pasangan juga anak sulung. Alasan diberi, kedua-duanya mempunyai sifat dasar yang sama, setidak-tidaknya sifat manja dan keras kepala. Begitu jugalah jika anak bongsu, elakkan mencari pasangan yang sama-sama bongsu dalam keluarga kerana kedua-duanya sukar mengawal situasi.
Selain itu, jika anak bongsu bertemu anak tunggal, hubungan itu turut dikatakan, bakal bergejolak kerana kedua-duanya sama-sama memerlukan perhatian. Mereka ini dikatakan pasangan yang akan ‘panas’ dan susah untuk serasi. Betul ke? Jom semak apa lagi andaian yang dikaitkan hanya melihat melalui kedudukan atau pangkat dalam keluarga.
Anak Sulung Dengan Anak Sulung
Berpeluang besar untuk sering bertegang urat. Masing-masing sentiasa suka berkeras ataupun dalam menentukan siapa pemberi dan penerima perintah. Jika hubungan cinta terjalin, ia memerlukan jiwa besar dan kesabaran dalam menjalani hubungan seperti ini.
Anak Sulung Dengan Anak Tengah
Sudut negatif dari hubungan ini adalah kemungkinan berubahnya sikap si anak tengah untuk menyenangkan si sulung. Anak tengah adalah pasangan yang serasi untuk siapa saja. Meskipun begitu, ia sering kali menganggap si sulung sebagai yang suka menggertak dan menakutkan. Jika anak tengah berpasangan dengan anak sulung, maka sering kali ia harus merelakan keinginan dan impiannya demi pasangannya.
Anak Sulung Dengan Anak Bongsu
Kombinasi paling serasi. Si sulung dapat mengajarkan pasangannya, untuk bertindak lebih teratur dan menjadi lebih dewasa, terutama saat menghadapi masalah serius. Sementara, si bongsu dapat seimbangkan sikap serius si sulung dengan mengajaknya bersantai atau sekadar duduk sambil berkhayal mengenai masa depan seperti sikap keanak-anakan.
Anak Tengah Dengan Anak Tengah
Pasangan ini sangat serasi. Mereka melengkapi antara satu sama lain. Anak-anak tengah selalunya mempunyai sikap yang lebih berdikari dan matang dalam segala hal. Namun anak tengah sering berahsia. Kebanyakkan pergaduhan tercetus kerana kurang komunikasi antara mereka. Tetapi masalah mudah diselesaikan kerana dua-dua ada sikap berkompromi.
Anak Tengah Dengan Anak Bongsu
Hubungan ini akan berjalan lancar, kerana si anak tengah cenderung bersikap seperti anak sulung. Si anak tengah mampu bertolenrasi dan mempunyai sikap yang lebih tenang untuk mengawasi si anak bongsu. Tidak kira samada si bongsu itu lelaki atau wanita.
Anak Bongsu Dengan Anak Bongsu
Berhati-hatilah! Bersama pasangan yang mempunyai banyak persamaan memang menyeronokkan. Namun kadangkala ia sebenarnya lebih banyak keburukkan. Umum mengetahui sifat anak bongsu adalah manja. Maka jika kedua-duanya manja, susah untuk mereka bertolenrasi. Ego masing-masing akan sampai kemuncak kerana masing-masing susah untuk beralah.
Apa pun, semua ini berbalik kepada perancangan yang Esa. Yang baik anda boleh ambik sebagai pemangkin atau pengalaman untuk teruskan kehidupan. Yang buruk jadikan sempadan sahaja. Tidak semua yang dikatakan orang-orang lama adalah tepat, kalau benar sekali pun itu mungkin kebetulan semata-mata.
Instagram: Anna Jobling
Suami Wajib Baca Ni Kalau Masih Tak Faham Apa Sebenarnya Yang Isteri Mahu Dari Anda!

Apa yang Perempuan Mahu Sebenarnya Dari Suami? Dengar, walaupun anda sudah menjalankan tanggungjawab memberi nafkah kepada isteri itu tidak bermakna tugas anda telah selesai.
Tindakan mereka selalu bercanggah, dan kata-kata mereka selalu mengelirukan. Mereka tidak memberitahu kita apa yang mereka mahu dari kita. Mereka selalu mengharapkan para suami faham sendiri dan sentiasa hidup dengan berteka-teki tentang apa yang mereka rasa.
Perempuan bila tak dipujuk, dia marah. Dan bila dah dipujuk, dia semakin merajuk. Apa yang perempuan mahu sebenarnya? Ada beberapa perkara menarik yang kami dapat kongsikan mengenai perempuan, khususnya isteri.
1. Isteri laparkan perhatian
Berapa kali anda buat kerja lain apabila berbual dengan mereka? Adakah anda selalu menjawab soalan mereka secara sambil lewa dan menjawab lain apa yang ditanya Sebenarnya sifat semulajadi wanita adalah mereka sangat menghargai setiap waktu yang mereka luangkan bersama kita.
Mereka mahu kita memberi perhatian dan terlibat sepenuhnya setiap saat dengan mereka. Dengan erti kata lain, mereka laparkan perhatian. Sebagai suami, seboleh-bolehnya luangkan masa untuk isteri anda. Fokus kepada mereka. Yang penting, gunakan waktu tersebut untuk perhatian sepenuhnya terhadap mereka.
2. Suami yang sentiasa tenang
Wanita menghargai seorang suami yang dapat mengawal emosi dan terbuka untuk membincangkan isu-isu tanpa meninggikan suara atau mengelakkan diri. Kematangan emosi dan fikiran adalah apa yang wanita mahu dari kita lebih daripada apa-apa perkara lain.
Menurut Imam Ghazali, jadilah seorang suami yang halim.
‘Halim’ maknanya ialah “sabar”, tidak cepat marah ketika isterinya kurang akal. Bilakah seorang isteri kurang akal? Yakni ketika isterinya sedang marah.
Lalu dia bersabar, maka itulah suami yang paling baik.
Jadi, perdengarkan apa yang dikatakan isteri tanpa prejudis dan ambil hati.
Mendengarkan akan membantu isteri melepaskan perasaan yang terpendam, yang mengganggu emosinya. Walaupun anda tidak mampu menyelesaikan masalahnya – dengarkan dan fahamkan mereka dengan sepenuh hati.
3. Mampu merendahkan diri
Kebanyakkan suami (lelaki), kita tidak dapat lari masalah ego. Memang benar, didalam rumah tangga kita adalah ketua keluarga. Kita mahu kelihatan lebih dihormati dan membuktikan kita adalah pemimpin terbaik.
Namun, jangan disebabkan ini, kita menjadi seorang yang angkuh, meninggi diri dan kasar. Mukmin yang paling sempurna adalah yang paling baik akhlaknya. Dan sebaik-baik kalian adalah yang paling baik tehadap isteri-isterinya.”
– Hadis riwayat at-Tirmidzi, disahihkan oleh Syeikh Albani
Apa yang isteri perlukan adalah seorang suami yang dapat merendah diri, adil dan sopan dalam melayani isteri.
Jangan sesekali memandang rendah atau menghina mereka dan juga ahli keluarga mereka. Isteri adalah sahabat kita, beri mereka penghormatan yang sewajarnya. Jagalah hati mereka, insyaAllah dengan keberkatan akan hadir rumah tangga anda.
4. Boleh mempamerkan kelembutan (gentleman)
Memang bukan dalam sifat kita lelaki untuk lembut dan gemalai. Secara normalnya, lelaki selalu sedikit kasar. Baik dari segi pergaulan, percakapan dan tindakan.
Tetapi apabila berkisar tentang rumahtangga, lemah lembut dalam perkataan, pemikiran, dan tindakan akan memberi banyak keharmonian dalam rumahtangga.
Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik.”
– surah al-Nisa’ ayat 19.
Layanilah isteri dengan penuh hormat. Berbuat baik dan bercakaplah dengan perkataan yang lembut.
5. Suami yang kuat
Wanita sukakan lelaki yang kuat. Tapi ini tidak bermakna kita harus memukul orang lain yang buat silap dan tergesa-gesa menyelesaikan masalah
Kekuatan yang sebenarnya adalah mampu bersabar, mampu mendengar luahan isteri, dan berupaya serta tabah menghadapi segala cabaran dan dugaan hidup yang muncul.
Tunjukkan kepada isteri anda bahawa anda sentiasa ada disisinya untuk setiap waktu. Inilah kekuatan sebenar yang diperlukan oleh seorang isteri.
6. Sentiasa jelas dalam menyelesaikan masalah
Kebanyakkan lelaki cenderung untuk tidak fikir berlebih-lebih atau merumitkan sesuatu perkara. Kita kurang bimbang tentang apa yang orang lain fikir dan tidak menghabiskan banyak masa risau tentang perkara yang kita tidak pasti.
Teruskan untuk memudahkan sesuatu perkara dengan mencari jawapan yang mudah dalam situasi yang kompleks. Dan membawa perspektif yang jelas dalam sebarang masalah.
7. Humor
Life’s too serious already. Kadangkala isteri mahu juga ketawa. Humor adalah cara yang baik untuk mengurangkan ketegangan.
Jika anda seorang yang pandai buat lucu, selalulah berjenaka dalam hubungan rumahtangga anda. Jika anda bukan jenis kelakar, maka berkongsilah perkara-perkara yang anda rasa lucu dengan isteri anda. Ketawa mampu merapatkan jarak diantara dua hati.
8. Menunjukkan kasih sayang
Isteri sukakan perkara-perkara kecil, seperti gerak isyarat yang menunjukkan kepada mereka bahawa kita berfikir tentang mereka.
Ya, perkara ini mungkin seperti mesej whatsapp yang sweet yang tidak dijangka olehnya, belikan makanan kegemaran atau membuat sesuatu perkara untuknya tanpa perlu diminta.
Perkara lain yang mungkin boleh dilakukan adalah termasuk memberi hadiah tanpa sebab, menampalkan nota terima kasih di cermin atau bawa dia makan diluar sekali-sekala.
9. Beri penghargaan kepada isteri
Banyak yang pasangan kita lakukan dalam rumahtangga tidak akan sedari. Kebanyakan suami (dan isteri) cepat menyalahkan pasangan mereka dengan rungutan dan bebelan, tetapi jarang pula untuk berkongsi apa yang mereka suka dengan pasangan mereka.
Isteri biasanya membahagikan masa pada banyak perkara dalam satu masa dan peranan mereka sering diambil mudah. Tunjukkan penghargaan anda kepada mereka. Ucapkan terima kasih. Beri mereka pelukan.
Tunjukkan bahawa anda menyedari segala pengorbanan yang dia lakukan akan banyak membantu isteri rasa dihargai dan disayangi.
10. Menerima segala kelemahan Isteri
Daripada mencabar, mentertawakan isteri anda, atau mempersoalkan kelemahan isteri anda, mengapa tidak menerima sahaja semua itu dengan hati yang terbuka?
Jangan tunjukkan kelemahan dia, jangan disebut mengenai sifat-sifat tertentu yang jelik, atau membuat dia berasa sedih tentang sesuatu yang dia sudah merasa kecewa mengenainya.
Secara semulajadi, wanita memang selalu merasakan dinilai oleh orang lain. Dia rasa selalu diperhatikan.
Janganlah seorang suami yang beriman membenci isterinya yang beriman. Jika dia tidak menyukai satu akhlak darinya, dia pasti meredhai akhlak lain darinya.”
– Hadith riwayat Muslim
Jangan pernah menyesal dengan segala baik dan keburukan isteri kita.
Berhenti menghakimi mereka dan terimalah mereka apa seadanya. InsyaaAllah, perkara ini akan membantu mereka rasa disayangi dan selamat bila bersama-sama kita.
Inilah Suami Sejati, Bantu Dan Harungi Masalah Depresi Isterinya

Ini perkongsian seorang suami yang mempunyai isteri yang mengalami masalah depresi yang sering dipandang enteng kebanyakan suami.
Ayuh ikuti pengalaman Najmi Nawawi ini.
==================================================
Aku nak cerita tentang isteri aku. Artikel ini panjang sedikit tetapi demi Allah aku yakin kau tidak akan rugi baca. Aku nak cerita tentang penyakit DEPRESI yang dihidap isteri aku.
Ya isteri aku, bidadari aku sendiri cik Husna mempunyai depresi. Ini telah disahkan oleh pakar psikiatri 4 tahun yang lepas. Aku masih ingat pada waktu itu kami ke Hospital Sungai Buloh setelah mendapat refer letter dari klinik. Punca dapat surat refer itu pula ialah apabila doktor di klinik tanya soalan ini pada Husna.
‘Husna ada rasa sampai macam nak bunuh diri ke?’
Dan isteri aku cakap – ‘Ya, rasa dah tak mahu hidup’.
Bagi aku ini ialah satu detik bersejarah dalam hidup kami. Kerana di sinilah bermulanya perjuangan aku dan isteri berhadapan dengan penyakit yang dipanggil depresi atau kemurungan.
Bila aku tahu isteri aku sudah ada perasaan untuk membunuh diri sendiri. Jadi kau fikir aku ada masa untuk main-main lagi? Kau fikir aku ada masa untuk buat benda lain? Aku kena hadapi masalah ini, sebab yang kena ialah isteri aku. Dia amanah untuk aku, aku perlu bantu.
Rentetan itu banyaklah keputusan-keputusan besar yang aku terpaksa buat dan mengubah hidup aku, hidup kami sekeluarga. Pandangan orang luar? Apa yang mereka tahu? Aku korbankan itu semua. Kerana apa yang penting aku sebagai suami kena bertanggungjawab untuk memulihkan isteri aku.
Maka seperti yang diminta oleh pihak klinik untuk refer department psikiatri Hospital Sungai Buloh maka aku menemani bidadariku untuk berjumpa pakar. Harapnya pada waktu itu, tiada apa-apa yang serius.
Kau tahu-tahu sahajalah ini ialah untuk pertama kalinya kami pergi masuk ke bahagian psikatari. Terdengar ada makcik menjerit-jerit bergaduh dengan nurse, ditambah lagi dengan ruang menunggu yang agak sempit memang buat kami tidak selesa. Ada juga yang bergaduh minta ubat lebih dan ada juga yang mengetuk-ngetuk meja. Macam bercampur dengan tempat orang gila.
Waktu itu, ada juga terfikir. Betulkah tindakan kami ini. Rasa macam masuk ke tempat yang tidak sepatutnya. Pegang tangan isteri dan redah sahaja. Kami mahu juga tahu apa yang berlaku dan semestinya ingin mendapatkan rawatan terbaik.
Aku cerita ini peristiwa yang berlaku 4 tahun lepas, masa ini dalam kepala kami tidak mempunyai kesedaran dan ilmu yang luas tentang penyakit depresi ini. Rasa takut, rasa tidak selamat, rasa risau dan sebagainya semuanya mula menghantui lubuk perasaan.
Kau bayangkanlah. Kau masuk tempat psikiatri kot. Dengan keadaan yang macam itu persekitarannya. Itu perasaan aku, bagaimana pula perasaan bidadari aku ketika itu. Jadi aku kena kuatkan semangat.
Maka berjumpalah kami dengan pakar psikiatri dan isteri aku didiagnos dengan penyakit depresi secara rasmi. Ya pada waktu itu ianya hanya permulaan, dan hanya ada depresi. Tetapi selepas beberapa pertemuan susulan, ia menjadi semakin teruk kerana turut didiagnos juga dengan anxiety dan panic attack.
Inilah realiti yang perlu kami telan. Kini bermulanya bahagian yang susah iaitu fasa ujian.
Kenapa aku sebut fasa ujian, sebab fasa inilah hubungan kami diuji. Fasa yang susah dan penat.
Husna selalu rasa macam diri dia tidak berguna dan malang.
Rasa macam semua orang benci. Rasa macam semua orang ambil kesempatan. Rasa macam tiada ada orang beri perhatian. Rasa macam tidak disayangi. Rasa baik diri mati sahaja.
Ini semua ialah luahan yang diceritakan pada aku. Dan dari pemerhatian aku sendiri, diri dia umpama ‘not being present’. Macam dia masih hidup dalam kisah lama, atau terlalu memikirkan tentang masa hadapan. Hingga the real world – the present yang ada depan dia ini macam kosong.
Ubat yang doktor bagi ialah setraline. Kami rasa ubat ini umpama nyawa, kerana kalau tiada ubat ini pasti jiran-jiran akan dengar jeritan husna marah dan menjerit-jerit atau menangis. Kerana pernah juga cuba stop makan ubat ini kerana rasa dah boleh baik. Namun ternyata ianya ialah pilihan yang silap.
Maka apa lagi, kami dimarahi oleh pakar psikiatri dekat Hospital PPUM kerana tinggalkan ubat. Kami tidak buat rawatan susulan di Sungai Buloh kerana agak jauh maka PPUM dirasakan lebih sesuai kerana berdekatan. Doktor juga bagi amaran jangan tinggalkan ubat ini lagi.
Ubat ini akan buat kau rasa letih dan penat seterusnya mengurangkan rasa marah atau sedih melampau. Kau akan rasa mengantuk dan lebih suka untuk berehat.
Kalau aku cerita tentang apa yang berlaku pada kami kalau isteri aku tiba-tiba kena panic attack. Pasti kau tidak percaya. Menjerit dan meraung? Itu perkara biasa. Pintu bilik pecah ditumbuk sekuat hati. Meronta macam hilang pertimbangan bahkan pernah juga cuba menikam aku dengan kunci.
Tidak lawak. Aku boleh menangis fikirkan apa yang berlaku.
Anak-anak? Pastinya terkesan. Macam aku ada dua orang anak, alhamdulillah dua-dua perempuan yang comel. Seorang Maryam Deen dan adiknya ialah Aisyah Deen. Mereka ini ialah penguat perjuangan daddy dan mommy untuk menghadapi perjuangan ini.
Zaman Maryam Deen ialah zaman kami struggle untuk mencari jalan untuk penyelesaian masalah depresi ini. Zaman baru nak kenal penyakit depresi dan mencuba rawatan yang ada.
Zaman Aisyah Deen pula ialah zaman masih struggle tetapi ‘getting better’. Harapnya dose ubat makin turun. Tipulah kalau kami tidak belajar dari apa yang berlaku. Aku sudah makin pandai menjaga husna. Paling penting ialah jaga emosi husna, tahu bahagian mana yang ok dan yang tak ok.
Pengalaman yang ajar aku. Pengalaman yang ‘real’ dan perit. Tetapi inilah kisah pengorbanan dan cinta. Aku harap Maryam Deen dan Aisyah Deen dapat berbangga satu hari nanti bahawa mommy berjaya jadi survivor penyakit depresi. Aminn.
Sekarang Maryam Deen dan Aisyah Deen ialah penguat untuk kami sekeluarga. Daddy and mommy sayang sangat kamu berdua.
Depresi bukan gila tetapi ianya ialah penyakit. Sepertimana organ lain pada anggota badan kita boleh sakit. Begitu juga dengan otak.
Orang lain memang tidak akan faham dengan apa yang kami lalui. Mungkin ada yang mengganggap ini masalah orang tidak ada iman, solat tak khusyuk. Jarang baca al-Quran. Berfikiran negatif dan suka fikir yang negatif sahaja. Acah-acah stress, orang lain pun ada masalah juga dan sebagainya.
Ini bukan realitinya. Kerana jika kau meminta orang yang depresi untuk melihat the ‘bright side’. Ia umpama kau meminta orang buta untuk melihat matahari!
Ini bukan realitinya. Kerana jika kau meminta orang yang depresi bersabar sebab orang beriman kan kuat sabar. Kau biar betul? Kalau orang ada cancer kau suruh dia bersabar juga ke? Atau kau minta dia dapatkan rawatan? Bahkan dalam masa yang sama kau sedar tak yang kau tengah ‘judge’ orang depresi kurang iman.
Ini bukan realitinya. Kerana jika kau minta orang yang depresi baca doa itu, baca ayat itu dan ini supaya depresi hilang. Aku tidak cakap doa itu tiada kesan, kerana Allah sudah nyatakan dalam al-Quran dengan mengingati Allah hati akan tenang. Tetapi kita sedang bercakap depresi dari sudut clinically! Doa ialah sebahagian dari solusi. Sama seperti kalau kau demam, doa untuk pulih memang boleh. Tetapi kau kena makan ubat dan jumpa doktor juga. Jadi janganlah cakap dekat orang yang depressed, baca je doa, nanti depresi tu hilang.
Ini bukan realitinya. Kerana jika kau minta orang yang depresi untuk melupakan sahaja semua perkara yang bermain di fikiran. Atau ayat seperti ‘move on’ seolah-olah ada red button yang kau perlu tekan sahaja untuk ‘exit’. Tanpa disedari ayat seperti ini sebenarnya satu penghinaan kepada pejuang depresi, lebih-lebih lagi orang yang bercakap ‘knows nothing about depression’.
Ini bukan realitinya. Kerana jika kau minta orang yang depresi untuk membandingkan diri mereka dengan orang lain. Atau memintanya untuk lihat kesusahan atau dugaan orang lain yang lebih susah. Siap bagi contoh orang itu dan ini kononnya. Lagi sekali, ini ialah penghinaan. Tanpa sedar kau sedang ‘judge’ orang yang depresi ini tidak bersyukur atau lebih sesuai lagi ‘spiritually weak’.
Cukup-cukuplah dengan ayat-ayat seperti ini. Belajar dan kenali depresi itu apa terlebih dahulu. Kau kena sedar mengikut kajian tahun 2020 penyakit mental akan menjadi penyakit no 2 paling tinggi di dunia. Kajian ini ialah kajian rasmi. Maka ini bukan isu untuk segelintir dari kita sahaja, ini ialah isu manusia sejagat.
Depresi BUKAN PENYAKIT ATTENTION SEEKER
Ini satu lagi. Aku pun tidak faham kenapa boleh dapat label sebegini dan ianya berlaku di negara kita. Sedangkan di negara-negara maju, depresi dipandang serius sehingga banyak tempat-tempat kaunselling ditubuhkan. Mereka ‘open’ dan sangat membantu dan memahami keperluan pesakit depresi. Berlaku adil kepada pesakit depresi kerana mereka tahu dan mereka kenal apa itu ‘mental illness’.
Depresi bukan bahan untuk kau ketawa dan perlekehkan. Kau kena belajar untuk kenali tanda-tanda, matang dan bantu yang mana boleh. Kerana depresi ini boleh bersembunyi disebalik senyuman. Kau jangan tertipu. Jaga ahli keluarga masing-masing.
Jangan pula berlaku sebaliknya dengan memburukkan lagi keadaan dengan perangai sombong dan rasa diri lebih baik dari orang lain.
Aku impikan satu hari nanti wujud ‘social awareness’ dan seterusnya membentuk ‘social support’ yang mantap dari netizen secara keseluruhan terhadap mereka yang menghadapi depresi.
Bagi kami, perjuangan aku dan bidadariku Husna masih perlu diteruskan. Kami belum lagi menjadi survivor dalam hal ini. Demi Allah, please doakan.
Aku sayang isteri aku. Aku sayang anak-anak aku. Yang pasti, depresi tidak akan sesekali berjaya merobohkan keluarga kami, bahkan akan membuatkan kami lebih kuat dan kuat lagi.
#isterikudepresi
p/s : tolong sebarkan, biar lebih ramai tahu dan faham apa itu depresi. Tolong.
SUMBER : FACEBOOK Najmi Nawawi DAN Husna Nadhirah.