Semakin jauh hubungan dalam rumahtangga bukan sebab perempuan ketiga tetapi sebab handphone. Nauzubillah. Tetapi realitinya itulah, demi sesuap nasi katanya. Maka kena pegang handphone 24 jam. Anak-anak pun tengok dan kesannya boleh mak ayah teka tak?
Dalam situasi ini bukan nak salahkan golongan suami sahaja, tetapi daripada contoh yang dikongsikan saudara Firdaus Shakirin ini macam itu lah yang berlaku. Cuba fikir dan renungkan kejap. Makin Jauh Sebab Handphone Zaman sekarang ni, tak perlu orang ketiga untuk meretakkan atau merenggangkan hubungan suami isteri, cukup dengan benda yang ada di hujung jari kita tu.
Handphone.
Telefon yang kita pegang selalu tu, banyak isteri di luar sana yang “di duakan” suami dengan benda tu. Isteri sambut suami balik kerja, tapi suami masuk umah sambil mengadap handphone. Duduk kat ruang tamu, mata tengok handphone. Mandi, solat, kemudian pegang handphone. Waktu makan, handphone dibawa ke meja, tangan kanan makan, tangan kiri pegang handphone.
IKLAN
.
“Abang, kerja ok tak hari ni?”
IKLAN
‘OK’ tapi mata masih kat hadphone. Isteri mulanya datang nak bersembang, tapi terus blah sebab mood nak bersembang hilang. Suami tak layan, jawab sepatah-patah. Suami sibuk dengan handphone.
Ajak isteri keluar makan, sampai je kedai, tangan pegang handphone. Ajak isteri pergi melancong, jalan-jalan, sampai je kat destinasi, tangan pegang handphone. Ajak anak main kat playground, sampai je sana, tangan pegang handphone. Ajak isteri bershopping, beli barang dapur, tapi sambil tolak troli pun pegang handphone.
Handphone… handphone… handphone!
IKLAN
Jadi Jarang Berkomunikasi Banyak rumahtangga yang hilang “serinya” disebabkan handphone. Hubungan yang dekat menjadi jauh. Masing-masing kurang berhubung, jarang berkomunikasi antara satu sama lain. Gelak tawa pun dah semakin tiada dalam rumah tu. Semuanya disebabkan benda yang bernama handphone. Tolong sedar sebelum terlambat. Handphone ni nothing, media sosial ni nothing, up to date or ketinggalan ke belakang untuk benda yang viral juga nothing. Ssemua itu adalah perkara yang kita tak perlu risaukan.
Yang kita perlu bagi perhatian, yang perlu kita risaukan ialah hubungan kita dengan pasangan, hubungan kita dengan anak-anak, hala tuju rumahtangga kita dan haluan hidup kita. Untuk apa kita berkahwin, apa tujuan perkahwinan itu. Untuk apa kita jadi suami, apa fungsi seorang suami. Untuk apa kita jadi ayah, apa fungsi seorang ayah.Ingat balik tujuan hidup kita, apa dan siapa yang kita nak jadi. Adakah kita sanggup kehilangan anak bini hanya disebabkan handphone?
Beruntung siapa yang pandai ‘sayang’ duit. Betul kata pepatah, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Simpanan yang dibuat sejak awal sangat membantu di kala ekonomi sedang ‘sakit’ kini. Mujur pihak kerajaan memperkenalkan moratorium. Walaupun hanya penangguhan bayaran balik pinjaman tetapi sekurang-kurangnya meringankan beban rakyat.
Tapi pelik juga bila sejak PKP Mac lalu ramai yang tukar kereta baru, ubahsuai rumah, beli barang-barang berjenama. Andai mereka memilih untuk membelanjakan wang moratorium itu dengan pembelian yang membazirkan, lebih baik cepat-cepat sedar kerana ini bukan masanya untuk tayang kehebatan harta benda.
Ketua Pegawai Eksekutif Principal Asset Management di CIMB, Puan Munirah Khairuddin berkongsi ilmu kewangan yang patut kita semua ambil berat.
“Saya amat bersimpati dengan situasi yang dihadapi rakyat Malaysia ketika ini. Pada saya, menyimpan dan melabur sama penting lebih-lebih lagi dalam situasi sekarang dimana kita dilanda pandemik.”
SIMPANAN:
mengenepikan wang yang dimiliki untuk perbelanjaan seharian kecemasan atau bagi tempoh sekurang-kurangnya 3 bulan. Maksudnya, wang ini boleh kita pakai atau guna serta merta. Simpanan ini tidak ada sebarang risiko kerana nilainya tidak bertambah.
PELABURAN:
Memperuntukkan wang di mana nilainya akan meningkat dalam satu jangka masa ditetapkan; khususnya untuk MASA HADAPAN. Contohnya, pembelian aset seperti saham, bon, dana unit amanah atau mutual fund, dan hartanah atau property.
“Sekiranya seseorang itu masih mempunyai pendapatan tetap dan stabil, mempunyai simpanan yang mencukupi untuk perbelanjaan harian dan kecemasan, serta mempunyai lebihan wang, maka saya syorkan agar mereka melabur dalam dana unit amanah.
Ini kerana melabur dalam situasi kita dilanda pandemik ini tidak akan memberikan kesan negatif kerana matlamatnya adalah untuk mencapai potensi pulangan atau penambahan nilai kepada wang kita pada masa hadapan.
Menurut Puan Munirah lagi, sebaik-baiknya duit moratorium digunakan untuk menambahkan lagi simpanan dan menggunakan peluang ini untuk pelaburan. Ini kerana apabila berakhirnya moratorium, pulangan dari simpanan atau pelaburan jangka masa panjang dapat digunakan untuk tujuan menampung segala kekurangan.
Rasulullah saw adalah insan pemaaf, tidak mudah merasa sakit hati walaupun diperlakukan dengan perbuatan yang sangat menyakitkan sekalipun. Beliau dicaci dihina disakiti tetapi dengan mudahnya beliau melupakan itu semua. Bukankah kita kerap kali merasa sakit hati, tersinggung dan kecewa hanya kerana hal yang kecil? Apakah sepuluh perkara tersebut, dan bagaimana kita mengusainya?
.
(1). Menahan marah
Perkara ini mengingatkan kita untuk dapat menahan amarah dalam semua aspek kehidupan. Allah swt berfirman dalam al-Quran surah Aali-Imran ayat 134;
وَالْكَاظِمِينَ الْغَيْظَ وَالْعَافِينَ عَنِ النَّاسِ وَاللَّهُ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ
“Dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan(kesalahan) orang lain. Dan Allah mencintai orang-orang yang berbuat kebajikan.”
(2). Akhlak yang mulia
Perkara ini mengingatkan kita untuk dapat meraih akhlak paling utama. Rasulullah saw bersabda;
يَا عُقْبَةُ، أَلا أُخْبِرُكَ بِأَفْضَلِ أَخْلاقِ أَهْلِ الدُّنْيَا وَأَهْلِ الآخِرَةِ؟ تَصِلُ مَنْ قَطَعَكَ، وَتُعْطِي مَنْ حَرَمَكَ، وَتَعْفُو عَمَّنْ ظَلَمَكَ
“Wahai Uqbah tidakkah aku memberitahumu akan akhlak paling utama bagi penghuni dunia dan akhirat? Engkau menyambung hubungan terhadap orang yang memutus hubungan denganmu, engkau memberi orang yang tidak mahu memberimu, dan engkau memaafkan orang yang menzalimimu.” (Jami’ul hadis juz 37, hal: 309)
(3). Memaafkan kesalahan orang lain
Faktor ini mengingatkan kita untuk mudah memafkan kesalahan orang lain meskipun berat. Allah berfirman dalam surah al-Hijr, ayat 85;
فَاصْفَحِ الصَّفْحَ الْجَمِيلَ
“Maka maafkanlah (berlapang dada sesama manusia) dengan cara yang baik.”
(4). Mengharapkan ampunan Allah
Perkara ini mengingatkan kita agar sentiasa mengharapkan ampunan Allah. Firman Allah dalam al-Quran surah al-Nuur,ayat 22;
وَلْيَعْفُوا وَلْيَصْفَحُوا أَلَا تُحِبُّونَ أَنْ يَغْفِرَ اللَّهُ لَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ
“Dan hendaklah mereka memafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka bahawa Allah mengampunimu? Dan Allah Maha pengampun lagi Maha Penyayang.”
(5). Memperbanyakkan sabar dalam menjalani kehidupan
Perkara ini mengingatkan kita agar sentiasa bersifat sabar. Firman Allah dalam al-Quran surah as-Syuura, ayat 43;
وَلَمَنْ صَبَرَ وَغَفَرَ إِنَّ ذَلِكَ لَمِنْ عَزْمِ الْأُمُورِ
“Barang siapa yang bersabar dan memaafkan, sesungguhnya yang demikian itu termasuk perbuatan yang mulia.”
(6). Ingatlah Wasiat Nabi Muhammad saw
Perkara ini mengingatkan kita kepada sebuah wasiat Rasulullah saw bahawa dalam satu riwayat hadis disebutkan;
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَجُلًا قَالَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَوْصِنِي، قَالَ: لَا تَغْضَبْ فَرَدَّدَ مِرَارًا قَالَ: لَا تَغْضَبْ
“Dari Abu Hurairah ra bahawa ada seorang berkata kepada Nabi saw; Berilah aku wasiat. Nabi pun berkata; Janganlah engkau marah. Orang itu mengulangi berkali-kali permintaannya, Nabi pun berkata; Janganlah engkau marah.” (riwayat al-Bukhari)
.
(7). Bersikap lemah lembut dalam semua aspek kehidupan
Perkara ini mengingatkan kita akan kehebatan sikap lemah lembut terhadap sesama manusia. Rasulullah saw bersabda;
إِنَّ الرِّفْقَ لا يَكُونُ فِي شَيْءٍ إِلا زَانَهُ، وَلا نُزِعَ مِنْ شَيْءٍ إِلا شَانَهُ
“Sesungguhnya lemah lembut tidaklah berada pada suatu apapun kecuali akan menghiasinya, dan tidaklah dicabut sifat lemah lembut itu dari sesuatu kecuali akan menjadikannya buruk.” (riwayat Muslim)
(8). Menggunakan kekuatan hati dalam menghadapi kemarahan
Perkara ini mengingatkan kita bahawa kekuatan yang sesungguhnya adalah menahan amarah. Rasulullah saw bersabda;
لَيْسَ الشَّدِيدُ بِالصُّرْعَةِ، إِنَّمَا الشَّدِيدُ الَّذِي يَمْلِكُ نَفْسَهُ عِنْدَ الْغَضَبِ
“Kekuatan itu tidaklah diukur dengan menang dalam bergulat, akan tetapi orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan amarahnya ketika ia marah.” (riwayat al-Bukhari & Muslim)
(9). Ihtimaalul adza (bersabar atas keburukan orang lain)
Faktor ini mengingatkan kita bahawa ihtimalul adza (bersabar atas keburukan orang) adalah pembuka pertolongan Allah. Sebuah hadis berbunyi;
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ: أَتَى رَجُلٌ، فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، إِنَّ لِي قَرَابَةً أَصِلُهُمْ وَيَقْطَعُونَنِي، وَيُسِيئُونَ إِلَيَّ وَأُحْسِنُ إِلَيْهِمْ، وَيَجْهَلُونَ عَلَيَّ وَأَحْلُمُ عَنْهُمْ. فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: لَئِنْ كَانَ كَمَا تَقُولُ، فَكَأَنَّمَا تُسِفُّهُمُ الْمَلَّ وَلا يَزَالُ مِنَ اللَّهِ مَعَكَ ظَهِيرٌ، مَا زِلْتَ عَلَى ذَلِكَ
“Dari Abu Hurairah ra bahawa seorang berkata kepada Rasulullah saw; Sesungguhnya aku mempunyai kerabat, aku selalu menyambung hubungan baik dengan mereka tetapi mereka selalu memutuskannya, aku berbuat baik akan tetapi mereka membalasnya dengan keburukan, aku berlaku bijak akan tetapi mereka berlaku bodoh. Rasulullah saw kemudian bersabda; Bila keadaannya seperti yang engkau katakan, mereka itu seperti meminum abu yang panas, dan sentiasa Allah akan memberikan pertolongan kepadamu selama kamu dalam keadaan demikian itu.” (riwayat Muslim)
(10). Memperbanyakkan do’a kepada Allah
Mendoakan orang yang menzalimi dan menyakiti kita dengan doa yang baik adalah suatu yang luar biasa, seperti yang dilakukan Rasulullah saw terhadap penduduk Taif. Orang tidak akan dapat mendoakan orang yang menyakitinya dengan doa’ yang baik kecuali orang yang berhati mulia, dan itulah salah satu ciri-ciri penghuni syurga.
Ya Allah jadikan kami sebagai hamba-Mu yang mampu menjadikan kehidupan ini sebagai ujian kepada kami. Berikan kepada kami kekuatan untuk terus berusaha dalam menghadapi cabaran kehidupan. Mudah-mudahan kesabaran akan sentiasa menghiasi kehidupan kami.
Biodata Penulis
Ustaz Sihabuddin Muhaemin (USM)
Wanita memang akan mengeluh tentang perut. Baik yang sudah berkahwin, sudah beranak, mahupun anak dara, perut buncit ni memang dah jadi satu masalah wajib kaum wanita.
Jangan sedih sangat, kita selongkar kaedah-kaedah yang boleh membantu menyelesaikan masalah ini. Kalau tak banyak, dapat kurangkan sikit perut buncit pun jadilah…
1. Tidur kena cukup
Tidur membantu sistem dalaman tubuh mendapatkan rehat yang cukup untuk menggantikan sel-sel badan yang telah rosak. Bila cukup tidur, sistem saraf, pengeluaran hormon, dan metabolisme kita juga akan berada pada tahap optimum dan akan menjadi lebih cergas.
2. Amalkan minum air limau
Air limau sangat bagus diminum sejurus bangun pagi dan setiap kali lepas makan. Ini membantu fungsi hati untuk mengelakkan lemak terbentuk di pinggang. Air limau boleh meningkat enzim yang membantu proses nyahtoksik hati kita supaya berfungsi dengan lebih efektif.
3. Curi hari untuk puasa
Berpuasa juga salah satu kaedah untuk ‘nyah’ toksik hati. Amalan berpuasa dikatakan antara teknik mengempiskan perut yang paling berkesan. Lagipun, ini lebih mudah daripada kita merancang diet yang mungkin tidak mampu kita ikut.
4. Minum teh halia
Kebanyakan orang tahu, halia membantu untuk membuang angin dalam badan. Amalan teh halia dapat membantu proses pencernaan secara semulajadi tanpa bantuan suplemen atau ubat-ubatan.
Bila rajin minum teh halia, ini meningkatkan suhu badan dan membantu proses pembakaran lemak terutama pada bahagian perut.
5. Elak terlebih gula dan garam
Pernah tak terasa macam kembung perut selepas makan ‘fast food’ atau makanan masin? Haaa… makanan yang tinggi natrium boleh menyebabkan pengumpulan cecair dalam badan. Ya, inilah yang menyebabkan perut kita buncit. Garam berlebihan juga menjadi punca kegagalan jantung, strok, dan kanser usus.
Makan atau minum terlalu banyak benda manis pula akan meningkatkan kadar insulin dalam badan. Ini menyebabkan pengumpulan lemak di kawasan perut kita. Ah, tak sanggup!
6. Bersenam walau terpaksa
Setiap senaman tu ada fungsinya yang tertentu. Begitu juga dengan beberapa jenis senaman yang sesuai dibuat untuk mengempiskan perut.
Wanita, jangan malas ya! Nak kempiskan perut bukan mudah, kena semangat yang tinggi dan rajin senam untuk kempiskan perut. Selamat mencuba!