Kita perlu tahu pertama sekali dalam perkahwinan masing-masing mempunyai tanggungjawab dan sudah menjadi lumrah dalam hubungan perlu ada kasih sayang yang sentiasa menebal.

Tidak semestinya juga ucapan atau perbuatan sahaja yang menjadi kayu ukur ‘ketebalan’ kasih sayang antara suami dan isteri. Mungkin, si suami bukan jenis yang romantik tetapi dia sangat peka dalam melindungi dan menjaga tanggungjawabnya sebagai seorang ketua keluarga. Begitu juga dengan si isteri.

Pasangan Hantar Teks Kasih Sayang, Bukan Mengada-ngada. Tapi Manja!
.

Walaupun sudah bertahun bergelar suami isteri melakukan perkara seperti di awal perkenalan juga tidak ada salahnya kerana ia dapat memupuk rasa sayang dan mengingat kembali bibit kasih sayang antara satu sama lain.

“Jangan merasakan kiriman teks atau pesanan ringkas penuh rasa sayang kepada pasangan kita sebagai sesuatu yang mengada-ngada.

“Malah perlu menghargai. Tidak ada salahnya mengirim ucapan sayang kepada suami atau isteri. Wujudkan suasana ingin mengurat antara satu sama lain.

“Tidak sekadar itu, kita juga boleh mengadakan janji temu dengan pasangan seperti makan malam, menonton wayang atau berjalan-jalan berdua-duaan. Jika ada anak, cari masa yang sesuai untuk meninggalkan si kecil sebentar untuk waktu ‘dating’ itu.

Katanya, salah satu pasangan tidak boleh menjadikan kehadiran si kecil sebagai jurang mengulangi perkara mesra di awal perkahwinan kerana anak seharusnya menjadi pengikat kasih sayang.

“Jadi pasangan yang peka apabila mempunyai anak. Apabila melihat isteri penat mengurus anak, suami ambil alih dan sebaliknya. Saling bantu membantu menguruskan anak-anak juga salah satu aktiviti yang boleh melahirkan rasa kasih sayang dalam hubungan rumah tangga.

Pasangan Hantar Teks Kasih Sayang, Bukan Mengada-ngada. Tapi Manja!
.

IKLAN

“Selain itu, kita juga boleh lakukan aktiviti baharu bersama ahli keluarga seperti berkebun atau kegiatan rekreasi yang mampu mewujudkan rasa seronok bukan sahaja kepada pasangan malah anak-anak,” katanya.

Beliau juga mengingatkan, perkara yang perlu diambil peduli ialah jangan hanya pandai mengkritik pasangan tetapi sampaikan sesuatu yang dapat membina hubungan lebih baik.

“Sekiranya merasakan isteri atau suami sudah naik berat badan atau kelihatan tidak menarik seperti baharu kenal, jangan kritik tetapi cadangkan untuk mengikuti kelas senaman atau belanja berhias,”

GAMBAR HIASAN : TANGKAP PICTURES

IKLAN
IKLAN

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI