Di antara khasiat surah Ali Imran ini dalam kehidupan adalah seperti berikut:

Pasangan PJJ, Bacalah Surah Al Imran Untuk Merawat Rasa Rindumu Dan Cemburu
.

Baca ayat 1-2 berulang-ulang kali, Insya’Allah ia amat berkesan bagi jiwa orang yang sedang ditimpa musibah, kesusahan, kesempitan hidup kerana di dalamnya terkandung nama Allah Yang Agung.

Dibacakan ayat 1-2 ini seberapa banyak kepada orang yang sedang sakit, Insya’Allah akan diampunkan dosanya.

Sesiapa membaca ayat 1-3 dari surah Ali Imran ini, Insya’Allah dia akan terhindar daripada segala penyakit dan terselamat dari gangguan jin.

Ayat 1-4 jika dibaca setiap kali selepas solat fardhu, Insya’Allah dapat jadi pendinding, kebahagiaan dan menunaikan segala hajat

Ayat 8 jika diamalkan secara istiqamah selepas selesai solat fardhu, Insya’Allah akan menjadi orang yang jujur, taat ibadah, mendapat rahmat dari Allah سبحانه وتعالى dan pembacanya akan mati dalam beriman (Husnul Khatimah).

Baca ayat 9 selepas solat fardhu, Insya’Allah dapat mengembalikan barang yang hilang.

Jika diamalkan membaca ayat 7-9, Insya’Allah dapat menjadikan diri cerdik yang luar biasa.

Dalam kehidupan seharian, kita banyak melakukan kesalahan dosa, terutama dosa-dosa kecil. Baca ayat 16 surah Al Imran untuk memohon keampunan dari Allah سبحانه وتعالى.

Bacalah ayat 26 sebanyak 7 kali selepas solat Subuh dan 7 kali selepas solat Maghrib dan dijadikan amalan setiap hari. Insya’Allah, akan disediakan bagi orang yang mengamalkannya rezeki untuk membayar hutang-hutangnya.

Jika dijadikan ayat 26-27 sebagai amalan wirid harian, Insya’Allah dapat menjadi karamah, meluaskan rezeki, melangsaikan hutang dan menunaikan segala hajat.

Nabi Muhammad ﷺ bersabda kepada Saidina Muaz, “Aku ajarkan kepadamu dua potong ayat. Dua ayat al-Quran dari Surah Ali Imran iaitu ayat 26-ayat 27. Jika engkau mahu mengamalkannya, Allah akan meluaskan rezekimu untuk menjelaskan semua hutangmu, walaupun hutangmu sebesar gunung banyaknya.”

Membaca surah Al Imran Ayat 31 iaitu ‘Ayatul Mahabbah’ jika diamalkan ayat ini setiap hari selepas menunaikan solat fardhu boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri, anak-anak, kaum kerabat, jiran-jiran, rakan-rakan, orang bawahan dan seumpamanya.

IKLAN

Ayat 35 adalah sebagai wasilah untuk merawat sakit perut dan untuk berjaga-jaga agar tidak diserang sakit perut. Caranya baca ayat ke-35 selepas solat Subuh dan Maghrib sebanyak 3 kali. Insya’Allah dengan cara pengamalan ini kita akan selamat dari sakit perut. Bagi merawat orang yang sakit perut pula, tulis ayat ke-35 di pinggan putih lalu larutkan dengan air dan diberi minum kepada pesakit. Insya’Allah dengan berkat air tersebut, orang tersebut akan segera sembuh dari sakit perutnya.

Ayat 35-37 surah Ali Imran jika diamalkan atau dibaca setiap kali selepas solat fardhu, Insya’Allah dapat menjadi sebagai perlindungan kepada perempuan hamil atau sebagai pelaris.
Jika mempunyai masalah perniagaan yang masih ‘tidak menjadi’, amalkanlah membaca ayat Surah Ali Imran Ayat 37 sebagai doa pelaris. Diamalkan ketika mengerjakan sesuatu dan dibacalah juga setiap kali selepas solat fardhu.

Bacalah ayat 38 berulang-ulang kali khusus selepas solat dan ketika isteri sedang hamil, Insya’Allah akan dikurniakan seorang anak yang soleh.

Ayat 53 adalah doa agar tergolong orang beriman. Amalkanlah membaca doa ini untuk dibangkitkan dalam rombongan Nabi Muhammad ﷺ pada hari akhirat kelak. Antara kelebihannya ialah jika diucapkan selepas solat sebelum berkata-kata dengan sesiapa, maka Allah سبحانه وتعالى akan memasukkannya dalam doa setiap makhluk-Nya di lautan dan daratan. (tafsir al-Fakhrurrazi, tafsir ayat 53, surah Ali-Imran)

Pasangan PJJ, Bacalah Surah Al Imran Untuk Merawat Rasa Rindumu Dan Cemburu
.

Ayat 73-74 boleh dijadikan pelaris dan memudahkan peminangan. Bacalah sebagai wirid ketika mengerjakan peniagaan atau urusan tersebut.

Bacakan Ayat 83 untuk melembutkan hati. Baca 3x dan tiupkan kepada binatang buas, liar, orang zalim atau tiupkan dalam air untuk di minum.

Sesiapa ingin disayangi, maka ada baiknya amalkan membaca ayat 103-104 dari surah Ali Imran setiap kali selepas solat sebanyak tujuh kali. Insya’Allah akan jadikan seseorang itu pengasih dan lembut hati.

Ayat 111-112 boleh dijadikan sebagai pendinding ketika menghadapi musuh. Bacalah sebanyak 3 kali sewaktu berhadapan dengan mereka.

Jika diamalkan membaca ayat 134-136, Insya’Allah dapat menjadi pelindung daripada melakukan kejahatan dan maksiat.

IKLAN

Bagi menghentikan darah, bacalah doa dan ayat 144 sebanyak 3 / 7 kali sewaktu merawat kecerderaan mangsa. Insya’Allah akan segera berhenti.

Ayat 146-148 dapat menghilangkan rasa kekesalan dan kesedihan ketika menghadapi musibah jika sentiasa diamalkan membacanya.

Ayat 169-171 sekiranya diamalkan secara istiqamah selepas solat fardhu, Insya’Allah akan mendapat taufiq dan menjadi penerang hati.

Ayat 173 adalah doa apabila menghadapi tekanan / stress. Baca ayat ini sebanyak mungkin sebagai zikir. Insya’Allah hati akan menjadi tenteram.

Jika dibaca “Hasbunallaah Wa ni’mal Wakiil” (ayat ke-173) sebanyak 450 setiap malam, Insya’Allah akan dicukupi semua keperluannya. Caranya dengan istiqamah mengamalkannya, kalau lupa hendaklah diqadhai.

Jika ingin supaya isteri mudah bersalin, bacalah ayat 191 sebanyak 3 kali pada pusat isteri sambil diusap-usap dengan tangan kanan ketika hendak tidur. Lakukan amalan ini sehingga ia bersalin, Insya’Allah memudahkannya melahirkan bayi.

Pasangan PJJ, Bacalah Surah Al Imran Untuk Merawat Rasa Rindumu Dan Cemburu
.

Ayat 190-194 jika dibaca sewaktu berdoa solat malam (Qiamullail), Insya’Allah dapat meneguhkan Iman dan pendirian kita.

Ketika waktu mustajab doa iaitu selepas solat Tahajjud, bacalah ayat doa 190-194 yang sering diamalkan oleh Rasulullah ﷺ. Selepas membaca ayat ini, mohonlah kepada Allah سبحانه وتعالى apa yang diinginkan, baik untuk keperluan dunia mahupun akhirat, Insya’Allah akan dikabulkanNYA.

Ayat 190 – 194 dan Ayat 199 dibacakan pada air dan diberi minum pada yang bermasalah rumahtangga sebagai kesejahteraan rumahtangga.

IKLAN

Ayat 193 & 194 surah Ali Imran adalah doa mohon keampunan dan dijauhkan dari segala kejahatan.

Sekiranya ada daripada keluarga antum yang tidak betah di rumah, maka ada baiknya ditulis ayat ke-200 dari surah Ali Imran pada makanan seperti roti yang hendak dimakan atau disajikan, kemudian berikan makanan tersebut kepada ahli keluarga yang suka keluar dari rumah tanpa izin. Insya’Allah ahli keluarga yang suka keluar rumah akan jadi tunduk patuh, menjadi baik dan tidak lagi keluar tanpa izin.

Sekiranya Ayat 200 surah Ali Imran dibacakan pada makanan yang hendak dimasak atau dihidangkan, Insya’Allah dapat menjinakkan isteri atau suami derhaka, anak degil dan haiwan liar.

Ayat 200 ini merupakan doa untuk jadi orang yang penyabar. Selepas habis ayat, sebut “Allah Ya- Sabur, Ya-Sabur” berulang kali.

Ayat 200 surah Ali Imran ini juga diamalkan secara istiqamah selepas solat, dapat mengurangkan panas baran suami dan mengwujudkan kasih sayang berumah tangga.

Jika diamalkan membaca ayat 200 surah Ali Imran sebanyak 3 kali selepas solat fardhu, Insya’Allah elok untuk ketenteraman ahli keluarga dan penghuni rumah.

Baca Ayat 200 surah Ali Imran dan Ayat 19 dari surah As-Shura lalu dikucup atau ditiup pada ubun-ubun anak. Insya’Allah dapat menjadikan anak antum insan yang berbakti dan pintar. Boleh juga ditiup pada air dan masakan dengan menyebutkan nama anak satu persatu sambil diucapkan harapan pada anak, semoga dapat mudah mendidiknya dan membantu anak untuk berubah.

Bercakap mengenai khasiat surah Ali Imran, maka kita akan mendapati surah ini mempunyai beribu-ribu khasiat yang tidak akan habis untuk diungkapkan rahsia khasiatnya. Demikianlah kalamullah yang agung ini, merupakan perbendaharaan tersembunyi yang menakjubkan bagi mereka yang mempunyai keimanan kepada Allah سبحانه وتعالى.

.

إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لَآيَاتٍ لِّأُولِي الْأَلْبَابِ ﴿١٩٠﴾ الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللَّـهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَىٰ جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَـٰذَا بَاطِلًا سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ ﴿١٩١﴾

“Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal; (Iaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan mengenai penciptaan langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! Tidaklah Dikau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Dikau, maka peliharalah kami dari azab neraka.”

[Surah Ali Imran 3: Ayat 190-191]

.

Mudah mudahan doa daripada ayat-ayat dalam surah ini dapat membantu merungkaikan dan menyelesaikan masalah anda seharian. Insya’Allah.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI